Selasa, 8 Julai 2014

SIAPA YANG BODOH

Tuesday, 8 July 2014

EDISI KERAJAAN "DAP/PR" MELAKA ZALIM ... PENIAGA BAZAAR RAMADHAN 100% MELAYU BERAGAMA ISLAM RASA TERTIPU DENGAN MEWUJUDKAN SEBUAH LAGI TAPAK BAZAAR RAMADHAN JARAK 200 METER MENYEBABKAN TAPAK ASAL LENGANG DAN SUNYI SEPI TANPA DIKUNJUNGI ORANG RAMAI..


Zalim sungguh DAP ini??? .. Nampak sangat anti Melayunya ... peniaga bazaar ramadhan pun tidak terlepas dari pukulan zalim dan anti Melayunya .... terbaru mangsa "DAP/PR" ialah para peniaga bazaar ramadhan yang hampir 100% warga bani Melayu di Melaka.

BATU BERENDAM - Kewujudan dua tapak bazar Ramadan dalam satu kawasan di Taman Merdeka, di sini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan peniaga, semalam.

Menurut peniaga, tapak bazar Ramadan asal diuruskan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pak Balang, Taman Merdeka selepas membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Ekoran itu, satu lawatan oleh Yang Dipertua MPHTJ telah dilakukan di kawasan tapak berkenaan, sekali gus memutuskan bersetuju mengadakan sebuah tapak bazar Ramadan di situ.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila secara tiba-tiba, muncul sebuah lagi tapak bazar Ramadan kira-kira 200 meter dari situ, menyebabkan tapak asal lengang tanpa dikunjungi orang ramai.

Peniaga, Samsudin Serin, 48, berkata, pada asalnya seramai 21 peniaga sudah memohon lesen kepada MPHTJ dengan bayaran RM280.

“Malangnya, ada pihak lain menganjurkan bazar Ramadan di sini sehingga menyebabkan kami peniaga tersepit.

“Kami semua mengikut undang-undang dan membayar lesen tetapi yang tidak ikut undang-undang berniaga di sana. Lebih malang apabila kami pula disindir oleh kumpulan peniaga di sana,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Nor Azura Abdullah, 29, berkata, dia bersama beberapa peniaga terlibat sudah mengadukan perkara itu kepada MPHTJ tetapi sehingga kini masih belum dapat diselesaikan.

“Saya jual nasi ayam, setiap hari hendak mendapat RM20 pun susah. Nasi ayam saya sejak hari pertama berniaga banyak yang terbuang sedangkan saya terpaksa mengeluarkan modal hampir RM200 sehari.

“Yang kami kesalkan, kebanyakan peniaga di sana beroperasi secara haram dan tanpa lesen tidak diambil tindakan pihak berkuasa, sebaliknya kami di sini yang beroperasi secara sah terus terhimpit,” katanya.

Bagi Samsudin Isnin, 54, pula, dia difahamkan oleh MPHTJ hanya terdapat lapan bazar Ramadan saja diluluskan, tetapi pelik kerana kini terdapat sembilan bazar Ramadan.

Sementara itu, isu tapak bazar Ramadan berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Menurut Shamsul Iskandar, isu berkenaan timbul berikutan masalah politik tempatan antara Pengerusi JKKK baharu dengan pengerusi terdahulu.

“Cadangan saya, peniaga terlibat di kedua-dua tapak ini ditempatkan satu tempat di sini, seperti mana dipersetujui antara MPHTJ dengan JKKK di sini,” katanya.

Tuesday, 8 July 2014

PERBANDINGAN ANTARA UMNO DAN DAP TANGANI ISU GELANDANGAN DI BANDAR RAYA ... UMNO AKAN DENDA RM150 KEPADA PEMBERI PENGEMIS ... DAP TIADA TINDAKAN SEBALIKNYA SUMBANG RM20,000.



Aduhhhh!!! Apa nak jadi dengan pemimpin yang dilabelkan oleh macai-macai UMNO sebagai komunis ini buat perangai macam ini pula sedangkan pemimpin pujaan mereka yang dikatakan berjiwa rakyat merangkap Setiausaha Agung UMNO Malaysia nak denda RM150 kepada sesiapa yang beri wang kepada pengemis di Kota Raya Kuala Lumpur.

Dahlah tiada sebarang tindakan diambil diberi pula sumbangan RM20,000 kepada aktivis dapur yang menyediakan khidmat memberi makanan dan minuman percuma kepada golongan fakir miskin yang tidak berumah.

Nampak sangat jahat dan zalimnya pemimpin DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ini????????

INI KISAH MENGENAI TINDAKAN DAN PERASAAN KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG PIMPINAN SETIAUSAHA AGUNG DAP PUSAT TERHADAP GOLONGAN MISKIN BANDAR INI.
Kerajaan Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan terhadap golongan tidak berumah atau kumpulan pemberi makanan percuma, kata ketua menterinya Lim Guan Eng.

Jabatan kebajikan negeri, kata Lim, tidak dibenarkan membuat sebarang operasi terhadap dua golongan itu.

“Kerajaan persekutuan bercakap tentang denda RM150 kepada pemberi sedekah kepada pengemis. Ini tidak dapat diterima sama sekali.

"Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan sama,” katanya.

Bercakap di Pulau Pinang semalam, Lim juga mengumumkan akan menyumbang RM20,000 daripada tabung ketua menteri kepada aktivis dapur umum di negeri itu.

Isu berkaitan itu timbul selepas Kementerian Wilayah Persekutuan berazam untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada pengemis dan golongan tidak berumah.

Untuk tujuan itu, pemberi sedekah dan kumpulan dapur umum juga mungkin akan disaman atas anggapan menggalakkan gejala itu – tindakan yang mengundang kemarahan pelbagai pihak.



YANG INI PULA PANDANGAN KERAJAAN YANG MENDABIK DADA BERJIWA RAKYAT DENGAN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN TERPACUL DARI MULUT SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA.

KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar bandar raya ini yang dikesan memberi sedekah kepada golongan pengemis akan didenda sebanyak RM150 tidak lama lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  berkata, ia bertujuan membendung kegiatan meminta sedekah membabitkan kanak-kanak dan orang pelarian yang menjejaskan imej negara.

Beliau berkata, wang denda itu akan dikumpulkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk disalurkan kepada golongan miskin manakala pengemis yang ditahan pula akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan lain untuk tindakan lanjut.

“Undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan ahli jawatankuasa badan penasihat rumah ibadat bukan Islam di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz36qsIif76
Hakcipta terpelihara

ANTARA DUA SETIAUSAHA AGUNG PARTI INI .. SIAPA YANG ADA SIFAT BERJIWA EHSAN KEPADA RAKYAT SUSAH FAKIR MISKIN YANG TIDAK BERUMAH?????

Luahan hati wanita terjebak tukar suami rakan suka sama suka

tukar1
Kuala Lumpur –  ”Saya dan suami pernah dua kali melakukan perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri rakan kami sendiri. Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan ketika melalui zaman ‘jahiliah’ lebih lima tahun lalu.
“Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan,” kata Laila, 36, yang diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih baik manakala lelaki itu kekal dalam kejahilan.
Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah lagi.
Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam.
“Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasra mahu memeluk Islam kerana beranggapan ia agama yang indah.



“Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam, malah boleh dianggap jahil,” katanya.
Menurutnya, sejak itu, dia mula menyimpan perasaan mahu berubah menjadi insan yang lebih baik.
Katanya, tiga bulan selepas rakannya memeluk Islam pada 2011, Laila mula mengenakan pakaian sopan untuk ke pejabat selain tidak lagi mengikuti pelbagai aktiviti sosial bersama suaminya.
Bagaimanapun, perubahan Laila tidak menarik minat suaminya, malah lelaki itu mengatakan ia hanya sementara.
“Saya sedih dengan kenyataan suami, namun bersyukur kerana keluarga serta mentua memberi sokongan penuh untuk saya berubah.
“Selepas itu, saya mengikuti kelas agama pada masa lapang dan berdoa kesalahan saya diampuni Tuhan,” katanya, lapor Hmetro.

Menjanda Di Malam Pertama


 
Menjanda Di Malam Pertama

Menjanda Di Malam Pertama | Malang sungguh nasib wanita yang baru saja bergelar sebagai seorang isteri ini tetapi telah diceraikan dengan serta-merta pada malam pertama perkahwinan mereka.
Pasangan berkenaan meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel. Pengantin lelaki telah diberikan bunga dan sampul yang mengandung kad memori dan terselit sekeping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya di dalam kad itu.
Akibat terkejut selepas melihat gambar isterinya dalam kad memori berkenaan, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya pada malam itu juga.
Empat hari sebelum kejadian malang itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya sebelum majlis perkahwinannya.
Bekas kekasihnya itu memaksa mereka berjumpa atau dia akan mendedahkan hubungan mereka pada bakal suaminya. Wanita malang itu cuba menasihati bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia ingin mulakan hidup baru dengan bakal suaminya.
Namun rayuan wanita itu tidak dipedulikan malah bekas kekasihnya tidak berpuas hati dan bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang membuatkan dia dicerai.
Bakal Jururawat Kantoi Buat ‘Kuliah’ Se.ks Dalam Bilik Asrama... goo.gl/OLVaSP
Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta...
ohdunia.my
 
 

Ziana Zain Berhijab Kerana Menghormati Ramadan

08/07/2014
Dilihat : 1832
Sumber: Portal Murai

Sejak tersiarnya gambar Ziana Zain berhijab seperti yang dimuatnaik di dalam laman instagram peribadinya, ramai yang tertanya-tanya adakah diva pop itu sudah pun berhijrah atau sebaliknya?

Namun, menerusi kirim SMS yang dihantar kepada wakil hlive!, Ziana Zain memberitahu bahawa sudah menjadi kelaziman untuknya berhijab apabila menghantar anak-anak ke sekolah agama demi menghormati bulan Ramadan.

"Inilah pesanan yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan," kata Ziana Zain mengenai pesanan ibunya itu.

Diharap dengan penjelasan daripada kakak Anuar Zain ini, semua pembaca serta peminat tegar Ziana Zain akan lebih jelas dengan gambar hijab Ziana Zain yang sudah pun tersebar luas di laman sosial.

Khalwat: Pelajar IPT menangis teresak-esak

PelajarKuala Terengganu – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman denda RM4,900 atau sembilan bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas dua pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.
Siti Noor Syaidatul Husna Mohd Yusof, 21, yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel pada April tahun lalu sekali lagi mengulangi kesalahan sama bersama seorang lelaki di sebuah rumah tiga bulan kemudian.
Bagaimanapun, kesalahan kedua pada Julai lalu, tertuduh ditahan bersama dua lagi rakan wanitanya juga berusia 21 tahun.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berada di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, bersama Syed Mustaffa Syed Zainal A’biden, 24, yang tiada hubungan suami isteri atau mahram, jam 1.10 pagi pada 5 April 2013.
Bagi kesalahan itu, Siti Noor Syaidatul Husna yang didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dikenakan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Bagaimanapun, kes pasangannya, Syed Mustaffa masih dalam proses perbicaraan.
Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu ke bilik berkenaan dan sebaik pintu diketuk, ia dibuka seorang lelaki.
Pemeriksaan lanjut ke dalam bilik itu mendapati terdapat seorang perempuan yang tiada hubungan suami isteri atau mahram turut berada di dalamnya.
Bagi pertuduhan kedua, Siti Noor Syaidatul Husna sekali lagi ditangkap berkhalwat bersama dua rakan wanitanya dan seorang lelaki yang tiada hubungan suami isteri atau mahram di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 4.45 pagi pada 27 Julai 2013.
Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu selepas menerima maklumat awam.
Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar, 21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.
Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22, yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik lain.
Bagi kesalahan itu, Kamalruazmi mengenakan hukuman denda RM2,700 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Siti Noor Syaidatul Husna manakala teman lelakinya dikenakan denda RM2,600 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.
Rakannya, Nur Aini Fazni pula dikenakan denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda manakala Siti Nadhirah pula dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah, lapor Hmetro.

Tiada ulasan: