Isnin, 7 Julai 2014

KESAN KERJA BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN....DI SEKOLAH JUGA....KOLEJ DAN UNIVERSITI....ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN


Karipap Angin !!! Peniaga Bazar Ramadhan Ambil Kesempatan
Posted on Sunday, July 06 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Bila baru baru ni si mulut sial yang menggelarkan dirinya diva lembut adik kepada si Azmin Ali mengatakan bahawa makanan di Bazar Ramadhan rasa seperti sampah, maka berduyunlah orang ramai termasuk Sangkakala sekali mengutuk mamat lembut ni.

Tapi selepas apa yang berlaku kepada seorang pelanggan yang membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan, kita dapat lihat bahawa memang ada para peniaga di Bazar Ramadhan mengambil kesempatan dan cuba mengaut keuntungan daripada perniagaan mereka walaupun dengan cara yang tidak sepatutnya.



Lihat gambar gambar diatas, kalau ye pun nak ambil keuntungan, jangan le sampai macam tu sekali, ingat le kita ni orang Islam, dan perniagaan dalam Islam adalah satu pekerjaan suci dimana Nabi Muhammad dulu juga seorang peniaga tetapi baginda meminta umatnya supaya berniaga dengan jujur dan ikhlas.

Takkan takde perasaan langsung para peniaga yang sanggup buat macam tu kepada pelanggan, bukankah pelanggan tu datang dengan memberikan rezeki kepada para peniaga? Tapi kenapa mereka dikhianati?

Sangkalala rasa sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berwajib bagi melihat sejauh mana para peniaga ini tidak menipu pelanggan kerana dapat kita lihat, jika keadaan seperti ini berulang lagi, maka penipuan seperti ini tidak akan hilang dn yang menjadi mangsa adalah para pelanggan.

Artikel ini bukanlah niat Sangkakala nak bela si lembik adik Azmin Ali pula sebab dia kata semua peniaga meniagakan barang yang rasanya seperti sampah, tapi Sangkakala mengatakan bahawa ada sesetengah peniaga yang bersikap tidak bertanggungjawab seperti peniaga karipap tersebut.

Diharap kepada para peniaga agar lebih sensitif lagi dan belajarlah berniaga dengan jujur dan ikhlas.


Dicatat oleh sangkakala 


 
Kurma dan Air Zam-zam pun UMNO curi!
Posted on Sunday, July 06 @ 23:32:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Hampir tiap kali sali ramadan saya dengar ada pembahagian kurma dan air zam-zam oleh kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyatnya. Tapi hampir setiap tahun saya tak pernah nampak kurma dan air zam-zam itu.

Bukan lapar kebulur.. tapi nak juga rasa hasil pemberian kerajaan negeri. Kurma dan air zam-zam tu tak sampai RM10 pun di Mydin, malah saya selalu beli letak dalam kereta dan setiap pagi saya minum untuk mendapat keberkatannya sedeguk dua sebelum perjalanan ke tempat kerja.

UMNO ni buah kurma dan air zam-zam pun dia pelahak! semuanya nak disimpan di rumah... itu belum masuk lagi pemberian lain macam basikal malah mangkuk tandas pun tersusun di rumah ketua JKKK.

Memang benar UMNO perompak wang rakyat!

Artikel ini mengulas berita di bawah...


KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri turun padang menyerahkan sumbangan kurma dan air zam-zam kepada 498 masjid seluruh negeri Terengganu.

Sumbangan itu diserahkan kepada kepada lapan Ketua UMNO Bahagian termasuk Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Besut, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez turut mengiringi Najib mengagihkan sumbangan pada Program Agihan Kurma, Air Zam-Zam Peringkat negeri Terengganu itu.

Melalui program itu, setiap masjid menerima 10 kilogram kurma dan 20 liter air zam-zam untuk dihidangkan pada majlis berbuka puasa atau moreh di masjid masing-masing.

Hulu Terengganu menjadi penerima tertinggi iaitu sebanyak 96 masjid, diikuti Marang (77), Besut (69), Setiu (56), Kuala Nerus (54), Dungun (54), Kemaman (53) dan kuala Terengganu (39).

Selain itu, semua ahli jawatankuasa masjid turut dihadiahkan sepasang kain baju Belayu sebagai persalinan baru di pagi Syawal sebagai menghargai jasa mereka.

Kemuncak acara agihan kurma itu diserikan dengan pelepasan lapan van yang akan membawa kurma dan air zam-zam untuk dibawa pulang ke parlimen masing-masing.



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)


Akhbar Kosmo tak prihatin aurat Allahyarham Sharifah Aini
Posted on Sunday, July 06 @ 23:04:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Sedih beli nak beli akhbar tadi, belek beberapa akhbar Melayu. Selain beli Harakah ingatkan tadi nak beli Kosmo. Bila tengok gambar Muka Depan akhbar Kosmo gambar Allahyarham Sharifah Aini yang tidak bertudung, tidak menutup aurat tak jadi saya beli Kosmo. Tengok akhbar Melayu yang lain tak ada pula tak beradab macam Kosmo ni.
Rasanya Kosmo perlu minta maaf kepada waris Allahyarham Sharifah Aini terutama anak lelakinya.

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Sunday, July 06 @ 23:04:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Anak Kelahiran Malaysia Bakal Buka Restoran Di Pejabat Twitter
Posted on Sunday, July 06 @ 17:49:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





PETALING JAYA: Seorang penjual jalanan, kelahiran Malaysia yang pernah hidup dalam serba kemiskinan kini bersedia untuk membuka restoran dengan keluasan 15,000 kaki persegi di ibu pejabat Twitter di Bay Area, San Francisco.

Generasi kelima peniaga jalanan berketurunan 'mamak', Azalina Eusope pernah menolak kereta sorong di Pulau Pinang, menjual pencuci mulut, sehinggalah beliau bertemu dengan suaminya dari Amerika dan berpindah ke San Francisco, tempat di mana beliau kini berjaya dalam perniagaannya.

"Membesar sebagai seorang 'gadis mamak' bukan fantasi bagi sesiapa. 'Mamak' biasanya berada di bahagian bawah sistem kasta di Malaysia suatu masa dahulu," katanya dalam temu bual bersama majalah dalam talian yang dikendalikan oleh Whole Foods, Dark Rye.

"Oleh kerana sistem kasta, golongan 'mamak' hanya dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara tertentu sebagai profesion," katanya.

Azalina berkata dia mahu membebaskan diri dari acuan yang diperkatakan, jadi beliau mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolahnya untuk mengejar impiannya menjadi seorang doktor.

Walau bagaimanapun, hati Azalina kecewa apabila permohonannya untuk memasuki kolej telah ditolak.

Selepas mendapat berita buruk itu, beliau mendapatkan nasihat daripada seorang guru yang menyarankan supaya beliau belajar memasak dengan lebih baik.

"Cukup aneh, apabila dia mencadangkan 'Mengapa tidak awak pergi ke sekolah masakan," Azalina mengimbas pengalamannya.

Apabila Azalina berkahwin dengan suaminya dan mengikutnya kembali ke Amerika Syarikat, beliau bergelut untuk mengatasi satu kejutan budaya yang amat besar sebaik sahaja tiba di sana.

"Saya membesar di sebuah kampung, kami berjalan apabila mahu ke mana-mana, kami tidak mempunyai televisyen, dan tidak tahu bagaimana rupa bentuk peti sejuk.

"Kali pertama saya menyentuh komputer ketika saya baru melahirkan anak lelaki saya iaitu pada tahun 2002," kata Azalina dalam temu bual dengan Mashable.

Azalina berkata untuk mengatasi kerinduan dan kejutan budaya itu, dia akan memasak makanan yang beliau makan sewaktu membesar.

Hobi beliau akhirnya bertukar menjadi satu perniagaan pada tahun 2010 apabila beliau membuka sebuah kedai di pasar tani di San Francisco.

"Saya meminjam USD500 dan mula menjual makanan di pasar tani. Saya akan mengejutkan anak-anak saya pada pukul 3 pagi dan kami memasukkan semua makanan ke dalam kereta untuk kami pergi menjualnya," kata Azalina.

Tetapi dalam tempoh enam minggu pertama, tiada siapa yang datang makan makanan yang dijualnya.

Perniagaan beliau kemudian mula mendapat perhatian apabila penulis terkemuka makanan, Andrew Knowlton menyenaraikan kedainya sebagai salah sebuah daripada 10 kedai makan jalanan terbaik di San Francisco dalam majalah 'Bon Appetit' pada tahun 2010.

Azalina kemudiannya bertukar ke bidang katering, majlis dan acara, dan bertemu dengan seorang pembeli yang menawarkannya untuk menjual sendiri aneka sosnya di Whole Foods Market, sebuah rangkaian pasar raya di Amerika.

"Saya mahu memberitahu orang ramai tentang mamak dan siapa kami dan saya ingin memberitahu cerita melalui makanan saya," kata Azalina.

"Ini adalah jenis makanan yang mengingatkan saya tentang budaya, keluarga dan kenangan saya.

"Anda tidak dapat menolaknya. Ia ada dalam keluarga dan dalam jiwa anda. Lambat laun ia akan datang dan mencari anda walau di mana dan siapa anda sekali pun," katanya.

Di sebalik kejayaan beliau, Azalina berkata kerjanya tidak mudah yang menuntut beliau bekerja selama 18 hingga 20 jam sehari, dengan hanya tidur dua hingga tiga jam.

Beliau berkata dua orang anaknya yang memberikannya kekuatan untuk beliau terus menjalankan urusan perniagaan.

sumber


Jurugambar terkilan pabila USM ambil fotonya sesuka hati
Posted on Sunday, July 06 @ 17:11:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



BUKAN mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi siapa tidak marah dan terkilan bila hasil kerja sendiri di rompak dan diguna sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertangungjawab.

Nixon bertindak menghubungi pihak USM tetapi jawapan yang diterimanya agak mengecewakan, malah menafikan gambar tersebut bukan milik nixon pada awalnya.

“Kemudian mereka menyuruh mengeluarkan surat saman kepada penasihat undang-undang, Encik Khairul Anuar Bin Che Azmi, untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Menurut Nixon lagi, gambar tersebut telah diubah suai, namanya juga telah dibuang (Crop) oleh kakitangan USM yang bertanggungjawab menjaga laman tersebut.

“Saya pasti tidak membiarkan perkara seperti ini terjadi, kerana mereka bersikap tidak profesional dan telah mengubah suai dengan sewenang-wenangnya, bagi saya mungkin pereka web mereka bermasalah,” tambahnya lagi dengan perasaan terkilan dan marah terhadap apa yang berlaku.

Nixon juga, mengunakan medium laman sosial untuk menuntut kebenarnya dan akhirnya pihak USM telah membuat satu temujanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Apa yang dibangkitkan beliau bukan untuk memburukan atau memalukan mana-mana pihak, tetapi untuk menyedarkan pihak yang tidak bertangungjawab mengunakan karya orang lain untuk kepentingan mereka sendiri.

“Seharusnya perkara ini boleh dibincang, tidak perlu mencuri karya orang lain, malah setiap jurugambar ada menyimpan gambar asal (RAW), kita boleh tahu itu adalah karya kita,” katanya lagi.

Seharusnya perkara seperti ini tidak harus terjadi kepada jurugambar kerana mereka mencari rezeki dalam kerjaya ini, seharusnya pihak lain jika mahu perkhidmatan perlu berunding dahulu, semoga banyak pihak buka mata dalam isu seperti ini. – NMP

Gambar milik Nixon yang dipecayai diguna pihak USM:






sumber



 Mengapa Prof Redzuan perlu dipecat?
Posted on Sunday, July 06 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



APABILA berita tersebar pada 30 Jun lalu tentang pemecatan (saya kira istilah ini lebih tepat berbanding perletakan jawatan) Prof Dr Mohd Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), ia bukan lagi khabar mengejutkan.

Desas-desus Dr Redzuan tidak digemari Kementerian Pendidikan (dahulunya Kementerian Pengajian Tinggi) -- berpunca daripada rumusan kajian yang dianggap tidak memihak elit pemerintah menjelang pilihan raya umum paling kritikal -- juga bukan lagi perkara baru.

Beliau bernasib baik kerana berketuakan naib canselor, ketika itu Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, yang cukup memahami dan menyokongnya; lagipun penubuhan UMcedel diluluskan oleh Senat Universiti, petanda tidak mudah untuk dibubarkan meskipun ada pihak atasan tidak menyenanginya.

Sejurus selepas keputusan PRU13, pernah beliau dipanggil menghadap Lembaga Pengarah Universiti Malaya, yang dipengerusikan Tan Sri Arshad Ayub, 85 tahun (Dr  Redzuan ditolak kononnya disebabkan faktor usia dan akan bersara tahun depan,)

Sebelum sempat menjelaskan kedudukan UMcedel, profesor sejarah yang pernah mendapat anugerah pensyarah cemerlang selama 11 tahun berturut-turut dan dekan terbaik pada 2012, bagaikan diherdik. (Apa pun Dr Redzuan dapat menghuraikan kekeliruan kepada anggota lembaga pengarah dan khabarnya Arshad turut berpuas hati serta menjemputnya makan tengahari bersama mereka!)

Puncanya, kajian UMcedel menjelang PRU13 tidak menyenangkan Putrajaya, dan mungkin juga  berkaitan populariti BN dan Pakatan Rakyat, termasuk Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Sepatutnya pemimpin tertinggi BN mengambil iktibar dan pengajaran daripada kajian berdasarkan metodologi saintifik itu, serta berusaha melakukan penambahbaikan.

Sebelum itu, pada 19 Februari 2013, forum politik anjuran UMcedel, terpaksa dibatalkan susulan arahan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Pengajian Tinggi. Ahli penal yang diundang nampak seimbang; Husam Musa (PAS), Nurul Izzah Anwar (KeADILan), P Kamalanathan (MIC) dan Saifuddin Abdullah (Umno).

Bagaimanapun, komposisi penalis itu termasuk Saifuddin sebagai  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi masih tidak dapat menghalang sikap bebal dan angkuh PMO dan KPT.

Mengenali Dr Redzuan sejak 25 tahun lalu  saya kira sosoknya sejak awal merupakan seorang ahli akademik sejati, biarpun beliau juga aktivis gerakan Islam, melalui pembabitan aktifnya dalam ABIM.

(Ketika itu saya baru bertugas di Harakah dan dilantik Setiausaha Lajnah Penerangan dan Dakwah Pemuda PAS Pusat,  dan sedang mencari bahan-bahan berkaitan bekas Timbalan Presiden PAS, Zulkifli Muhammad. Kebetulan Dr Redzuan pernah membuat kajian akademik mengenai tokoh hebat PAS itu).

Rekodnya dalam ABIM cuba dimanipulasi pihak yang tidak menyenangi beliau, terutama untuk mengaitkan beliau dengan Anwar, bekas Presiden ABIM. Tujuannya jelas, iaitu mempertikai tahap profesionalisme Dr Redzuan, sekali meragui kajian-kajian politik UMcedel.

Sedangkan, saya yakin beliau lebih rapat dengan pemimpin-pemimpin Umno yang dikira segenerasi dengannya, misalnya Menteri Besar Perak, Dr Zamry Abd Kadir. Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan turut menafikan dakwaan Dr Redzuan bersikap berat sebelah hanya kerana dilihat rapat dengan pembangkang.

"Kenapa tidak melihat Prof Redzuan ini rapat dengan Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan dan merupakan rakan baik kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Dato' Shahlan Ismail," kata Amidi.

Saya perhatikan, Dr Redzuan sedaya mungkin mengelak daripada terjebak dalam kontroversi atau polemik yang tidak perlu bagi seorang ahli akademik. Kajian anak didiknya di UMcedel bukan saja dicemuh BN tetapi juga pernah diremehkan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

Namun beliau cukup terbuka berdepan situasi itu serta bersedia mempertahankan kajian Umcedel. Dan ketika berbicara dengannya, Dr Redzuan agak kerap melontarkan teguran atau pandangan kritisnya terhadap pembangkang,

Mudah untuk diwawancara, terutama mengenai bidang pengkhususan beliau berkaitan perkembangan politik Timur Tengah, paling akhir tentang situasi kemenangan dan kejatuhan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Apa yang menarik, Dr Redzuan begitu teliti dengan ketepatan fakta dan bersedia untuk mengedit dengan cermat kandungan interbiunya. Jika tidak mempunyai informasi lengkap tentang isu yang dilontarkan, beliau menyarankan agar ditanyakan kepada pihak lain.

Ya, pemecatannya daripada UMcedel (dia sepatutnya berkhidmat sehingga hujung tahun ini berdasarkan surat perlantikannya pada 28 Disember 2013 bagi tempoh 2 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014) adalah satu tragedi hitam dalam dunia akademik yang semakin dinodai kebebasannya.

Malah, proses pemilihan secara demokratik Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang disandangnya selama lima tahun juga menimbulkan banyak tanda tanya. Saya kira sebagai ahli akademik terbilang, Dr Redzuan bukannya memburu jawatan pentadbiran itu, tetapi jika pemilihannya sudah dibuat berdasarkan suara ramai, mengapa tidak boleh dihormati?

Daripada empat calon, beliau terbukti mendapat undi paling tinggi, malah diminta bersama dua yang lain untuk mengemukakan pelan atau cadangan jika terpilih dekan. Jika faktor umur dan persaraannya menjadi penentu, mengapa sejak awal pencalonannya tidak pula ditolak?

"Saya yakin beliau mendapat lebih 100 undi daripada kira-kira 140 kakitangan akademik yang ada," kata sumber Universiti Malaya kepada  Malaysian Insider di samping mempertikaikan mengapa jumlah undi tidak pernah diisytiharkan.

Dan, bagi saya, pihak naib canselor mahupun kementerian boleh saja membuat keputusan sendiri untuk memilih siapa yang digemari bagi mengisi jawatan dekan, sepertimana dahulu, tetapi seeloknya batalkan saja proses pemilihan secara demokratik itu.

Dalam laporan portal berita itu, 5 Julai lalu, Dr Redzuan memecahkan kebisuan dengan menegaskan beliau tidak meletakkan jawatan sebagai Pengarah UMcedel tetapi dipecat.

Sebelumnya, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut mendedahkan bahawa dalam pengetahuannya berlaku campurtangan kementerian berhujung kedudukan Redzuan dalam UMcedel.

"Saya tahu perkara ini sejak awal. Saya tahu Prof Redzuan dipanggil pengurusan universiti dan beliau dimaklumkan Kementerian Pendidikan tidak begitu gembira dengan beliau dan diminta meletakkan jawatan," katanya.

Saifuddin berkata, beliau kemudian mendapatkan pengesahan daripada Naib Canselor UM mengenai hal itu.

"Sepanjang pengetahuan saya, Naib Canselor dihubungi seseorang daripada kementerian dan mesejnya adalah Redzuan tidak perlu terus memegang jawatan pengarah UMcedel," katanya.

Putrajaya mahu menyampaikan mesej jelas: Tiada tolak ansur atau sifar toleransi terhadap penjawat awam -- apatah lagi yang mempunyai integriti dan pengaruh besar seperti Dr Redzuan -- yang bersedia untuk berkata tidak kepada penguasa, jika itu yang dirumuskan kajian akademik dan penelitian ilmu.

Jika Universiti Malaya yang masih dianggap mempunyai sisa-sisa kecemerlangan berbanding kampus lain, turut tercemar teruk dengan kes pemecatan Dr Redzuan daripada UMcedel, maka apa lagi makna kebebasan akademik di negara ini?

Mampukah warga kampus terutama para pensyarah, meluahkan kejengkelan mereka? (Mahasiswa, melalui Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya sudah "menunjukkan perasaan" mereka dalam demonstrasi dan perarakan, bermula pintu masuk kampus sehingga bangunan Canseleri, selepas solat Jumaat, 4 Julai lalu).

Apakah semuanya -- termasuk kajian politik di universiti --  mahu ditundukkan di bawah kehendak pemerintah yang jelas semakin tidak popular itu? Pembaharuan yang cuba dibawa Saifuddin Abdullah, semasa di KPT, seolah-olah tidak memberi apa-apa impak positif.

Akta Universiti mungkin boleh dipinda tetapi mentaliti kelas ketiga elit penguasa dan sikap mengampu pegawai kanan kementerian-IPTA hanya akan terus memastikan bukan saja ranking universiti menjunam, malah martabat ilmuannya semakin merosot.

Rakan saya, Dr Mohamad Agus Yusof menulis dalam akaun FB: "... saya fikir betul juga dakwaan tentang kebebasan akademik kita disekat. Apatah lagi, saya juga tahu ramai pemimpin kerajaan yang dahagakan hanya pujian dan benci pada teguran dan kritikan, biarpun teguran itu hanya sekadar pandangan yang berbeza."

.........
AHMAD LUTFI OTHMAN
HARAKAH



 Lantik Mah ke portfolio agama Hindu, kabinet Najib ‘tangkap muat’
Posted on Sunday, July 06 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR, 4 JULAI: DAP menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pengagihan portfolio Menteri yang dilihat tidak mencerminkan kewibawaan barisan kabinet, sebaliknya hanya mengisi kekosongan, kata Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.

Katanya, pengagihan baru dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencerminkan kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya pelantikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk menguruskan Hal Ehwal Agama Hindu di Jabatan Perdna Menteri (JPM).

“Melantik Mah ke portfolio Hal Ehwal Agama Hindu seolah-olah membuktikan tidak ada pemimpin kaum India dalam BN yang layak menguruskannya.

“Mah bukan penganut Hindu dan tidak tahu hal keagamaan Hindu, jadi bagaimana beliau hendak mengurus tadbir hal ehwal agama Hindu?,” kata Nga dalam kenyataan.

Selain portfolio tersebut, Mah turut berperanan termasuk mengawasi Unit Inovasi Khas (UNIK) di JPM, Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan kebajikan peniaga kecil Cina.

Tambah Nga yang juga Penolong Bendahari DAP, kabinet baru Malaysia yang terlalu besar ini telah menjadi jenaka antarabangsa.

“Jumlah 35 orang Menteri dan 27 orang Timbalan Menteri mengikut nisbah penduduk adalah paling ramai di dunia.

“Malaysia kononnya mempunyai ‘dasar pandang ke timur’, tapi negara Jepun hanya mempunyai 16 orang Menteri walaupun bilangan penduduk seramai 120 juta orang,” ujarnya.

Tegas Nga, Australia juga hanya memiliki 18 orang Menteri sahaja, sementara Amerika Syarikat 23 Menteri.

“Jika kita bandingkan dengan India yang mempunyai 1 bilion penduduk, jumlah anggota Kabinet negara demokrasi terbesar di dunia itu hanya 28 orang sahaja.

“Kabinet besar ini turut merugikan. Kos tanggungan rakyat kini berjumlah RM10 juta setahun untuk gaji dan emolumen Menteri-Menteri,” tegasnya. – Roketkini.com

sumber

Otak bodoh mana yg blh terima bila Wanita Umno mewujudkan tabung utk mengutip derma bg membantu adik Mohd Firdaus yg mana kos utk perbelanjaan dia sehari tk sampai pun rm10..
-skrg timbul cerita nk saman sesiapa yg memberi derma kpd peminta2 sedekah di kawasan di kl..sekali lg,otak bodoh mana blh terima dgn rancangan bodoh menteri umno itu??
-Geng2 umno..sblm kamu terus buat perkara2 yg bodoh,lbh baik kamu pergi ke Pejabat Zakat atau Pej Menteri yg Mengurus Zakat,cuba tanya KEMANA HILANGNYA WANG ZAKAT 1 BILION,hinggakan terpaksa Wanita Umno menadah tempurung utk meminta sedekah bg membantu adik Mohd Firdaus??
LikeLike · ·
Kasih abang sampai mati
Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.
Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.
Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.
Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.
Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.
"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.
"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.
“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.

5 Gambar Tak Senonoh Wanita Bertudung Di Pejabat



Memang mengejutkan!!! biasanya kes-kes masalh sosial  seperti ini melibatkan golongan remaja.Tetapi bagi golongan dewasa atau berumur juga turut hanyut digoda syaitan dan nafsu.Perkara ini dianggap biasa kepada yang selalu tersempak dengan aktiviti tidak bermoral seperti ini.

Namun inilah punca utama kes pembuangan bayi yang tidak berdosa disebabka perbuatan manusia yang mengikut kehendak nafsu.Persoalannya kini adakah kes-kes begini dapat dibendung terutamanya Malaysia yang dikatakan sebagai Negara Islam? 


apakah tindakan kita sebagai masyarakat yang melihat perkara seperti ini? apa pula peranan kerajaaan untuk mengatasi masalah ini? Semoga pihak kerajaan dapat mencari jalan bagi mengatasi masalah sosial dimana-mana sahaja 





Sumber


ASSALAMUALAIKUM,,,,,,,
SOALAN AKU KEPADA USTAZ USTAZ UMNO...
APAKAH KALAU AKU MENYOKONG UMNOBN AKU MENDAPAT SAHAM JUDI INI DI AKHIRAT NANTI...???
LikeLike · ·
Selagi undang2 penjajah digunapakai oleh kerajaan, selagi pusat2 maksiat dan kemungkaran diberikan lesen kelulusan, selagi hukum Tuhan tidak ditegakkan,..maka selama itulah terlaknatnya kerajaan, dan terlaknat juga orang2 yang menyokongnya..kecuali zikrullah dan org2 yang tertentu yg diredhai Allah swt.!

Muhyiddin hilang moral ugut insiden 13 Mei akan berulang, kata DAP
Posted on Sunday, July 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu




imej - mkini

DAP menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak bermoral susulan kenyataan amaran 13 Mei mungkin berulang hari ini dalam Utusan Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kenyataan timbalan perdana menteri itu tidak mencerminkan sikap kerajaan sebagai pemerintah dimana sepatutnya mempertahankan kepentingan semua rakyat.

"Hinggalah kenyataan satu lagi insiden 13 Mei tidak mustahil berulang, ia menunjukkan timbalan perdana menteri hilang moral dan pertimbangan politik untuk terus memerintah negara," kata Lim, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.

Sebaliknya, Lim berkata kenyataan Muhyiddin itu secara tidak langsung adalah kegagalan polisi kesederhanaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin sendiri mengakui kegagalan kerajaan BN dalam polisi membentuk keharmonian negara di bawah Najib sejak lima tahun lalu," kata Lim.

Menurut Lim lagi, konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib selama ini juga hanya tinggal nama sahaja.

"Ini bermakna kegagalan sepenuhnya polisi 1Malaysia yang dicipta selama ini," kata beliau.

Malah, Lim mengganggap kenyataan Muhyiddin itu memeranjatkan kerana tidak pernah ada pemimpin tertinggi negara sebelum ini yang secara terbuka memberi ancaman 13 Mei seperti beliau.

"Tidak ada perdana menteri atau timbalannya di Malaysia yang keluarkan kenyataan sebegitu sepanjang tempoh empat dekad ini," kata Lim.

Muhyiddin dipetik berkata hari ini dalam akhbar Utusan Malaysia tidak menolak kemungkinan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang jika hubungan antara kaum tidak dipelihara.

Menurut Muhyiddin, ketegangan dan hubungan tidak baik antara kaum memungkinkan insiden itu berulang lagi.

"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969)," kata Muhyiddin semasa menghadiri majlis berbuka di Johor semalam.

Pertikaian kaum dan agama sering diperdebatkan di dalam negara, tidak kurang juga ada yang mencetuskan kontroversi.

Beberapa insiden provokasi yang dilakukan kumpulan pendesak Melayu yang juga penyokong kuat kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menjadi tumpuan, malah seakan-akan mendapat restu daripada pemerintah. – 5 Julai, 2014.

sumber
 

Tiada ulasan: