|
||||||
Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.
Termasuk
perkara ini ialah :
1)
Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya.
Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.
2)
Suntikan makanan atau menambah vitamin.
Kedua :
Memasukkan sesuatu daripada
dua jalan (Qubul & Dubur).Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja. Keempat : Jimak (Bersetubuh)
Sebagaimana
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Seorang
lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata:
Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki
itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada
waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w
berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba?
Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w
berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?.
Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah
s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan
kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki
itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap
lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan
memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata
lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih
miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk
kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan
selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa
sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata:
Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Kelima : Keluar
Mani dengan sengaja.
Dengan
apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya.
Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir,
cium, sentuh dan sebagainya.
Akan
tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak
membatalkan puasa.
Keeؤnam dan
Ketujuh : Keluar
darah Haid dan Nifas .
كنا
نحيض عند
رسول الله
صلى الله
عليه وسلم
ثم نطهر فنمر
بقضاء الصوم
، ولا نؤمر
بقضاء الصلاة
Maksudnya
: Dari Aisyah r.a,
katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada'
puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Kelapan :
Gila .Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.
وَمَنْ
يَرْتَدِدْ
مِنْكُمْ
عَنْ دِينِهِ
فَيَمُتْ
وَهُوَ كَافِرٌ
فَأُولَئِكَ
حَبِطَتْ
أَعْمَالُهُمْ
فِي الدُّنْيَا
وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Dan
sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling
tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati
sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian,
rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia
dan di akhirat.
[Surah
Al-Baqarah, Ayat : 217]
Kesepuluh : Pengsan
sepanjang hari ketika berpuasa .
1.4 Perkara
Sunat, Makruh dan Yang
Membatalkan Puasa
Ø
Perkara-perkara sunat puasa:
a)
membanyakkan membaca al-Quran
b)
mandi junub sebelum fajar
c)
melewatkan sahur waktu imsak
d)
berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)
membanyakkan sedekah
f)
solat terawih
g)
segera berbuka bila masuk waktu
Ø
Perkara-perkara makruh puasa
a)
berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)
merasa makanan dengan lidah
c)
bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)
memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)
gosok gigi setelah gelincir matahari
f)
mencium isteri
g)
menderma darah
Ø
Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)
makan dan minum dengan sengaja
b)
mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)
haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)
muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)
melakukan persetubuhan
f)
gila walaupun sebentar
g)
murtad
h)
berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
Ø
Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a)
Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya
adalah dimaafkan.
b)
Bersuntik
c)
Tidur walaupun sepanjang hari
d)
Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)
Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja
Ø
Hari-hari sunat puasa:
a)
pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b)
pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c)
pada 10 Muharram (hari Asyura)
d)
6 hari pada bulan Syawal
e)
Hari Isnin dan Khamis
Ø
Hari-hari diharamkan puasa:
a)
Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b)
Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c)
Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM
1. Syirik dalam beribadah kepada Allah swt, yakni mempersekutukan Allah dengan sesuatu selain daripadaNya.
Firman
Allah swt yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa syirik mempersekutukan-Nya (Menurut sesuatu apa jua) dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(Menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa
yang besar. An-nisa ayat 48.
2.
Sesiapa yang menjadikan di antara dia dan Allah swt akan sesuatu
sebagai perantaraan, seperti meminta pertolongan dan berserah diri
kepada sesuatu selain dari Allah swt, maka dia telah kafir. Seperti apa
yang berlaku pada agama Kristian, mereka telah mengangkat nabi Isa a.s
daripada apa yang sepatutnya, akhirnya nabi Isa diangkat sebagai tuhan.
Padahal nabi Isa adalah manusia seperti kita semua.
Firman
Allah swt yang bermaksud : Katakanlah : Sesungguhnya aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa tuhan kamu
hanyalah tuhan yang satu, oleh itu, sesiapa yang percaya akan pertemuan
dengan tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia
mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada tuhannya. Al-kahfi
ayat 110.
Kesan
daripada perantaraan juga ialah seperti apa yang berlaku pada kaum
musyrikin Makkah dahulu, mereka percaya bahawa Allah swt itu ada, tetapi
mereka mengambil berhala-berhala sebagai perantara dengan Allah swt,
seperti firmannya :
Firman
Allah swt : Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah swt dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap
teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi
zakat. Dan demikian itulah agama yang benar. Al-bayyinah ayat 5.
Sama
juga seperti hari ini, ramai manusia telah beriktiqod bahawa guru-guru
ada kuasa, gelang yang boleh melindung serta menyembuhkan, ubat yang
menyembuhkan penyakit, adanya sakit berjangkit, percaya terhadap
ramalan-ramalan ahli sihir, pergi ke kubur-kubur para wali untuk
meminta-minta pertolongan, dan banyak lagi perkara khurafat yang
menjalar di dalam masyarakat. Perkara ini harus di ambil perhatian yang
serius oleh semua orang, kerana dengan kesesatan dan iktiqod yang sesat
ini menyebabkan amalan-amalan kita yang lain tidak diterima oleh Allah
swt. Perkara khurafat inilah yang telah menyebabkan umat islam menjadi
mundur dan tidak bertamadun.
3. Sesiapa yang mendakwa dan meyakini bahawa golongan musyrikin itu tidak kufur, maka ia keluar dari islam.
4.
Sesiapa yang beriktiqod bahawa bukan nabi Muhammad saw sebagai
pelengkap pembawa risalah dan petunjuk daripada nabi-nabi sebelumnya,
dan menganggap bahawa apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw itu tidak
elok, seperti ketinggalan zaman, mundur dan hina. Dia menganggap pula
bahawa apa yang dibawa oleh taghut adalah baik seperti hukum perundangan
dan lainnya. Maka ia telah kafir.
5.
Sesiapa yang tidak suka dengan apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw
walaupun satu perkara, maka ia kafir. Sebagai contoh pada hari ini, ada
orang telah menyatakan bahawa hukum potong tangan adalah hukum yang
kolot, ini telah membawa satu fahaman akidah yang sangat tergelincir.
Hukum ini bukanlah sistem yang dibawa oleh manusia dan bukan juga
kempen-kempen oleh parti politik, bahkan ia adalah satu sistem
perundangan yang dibawa dan diwajibkan oleh pencipta manusia dan alam
ini yakni Allah swt kepada pemerintah sepert firman Allah swt :
Sesungguhnya
mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah swt (Mengenai
ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang jelas diterangkan di dalam
a-quran) , lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. Muhammad ayat 9.
6.
Sesiapa yang mempersendakan balasan baik dan balasan buruk atau pahala
dan dosa, maka ia kafir. Sebagai contoh, ada orang menyatakan bahawa
apabila dia membuat maksiat, dia yakin yang dia akan terlepas dari
sebarang akibat perbuatannya sama ada di dunia dan akhirat.
Firman
Allah swt : Dan jika engkau bertanyakan kepada mereka (tentang
ejek-ejekan itu), tentulah mereka akan menjawab : ” Sesungguhnya kami
hanyalah berbual-bual dan bermain-main”. Katakanlah : ” Patutkah nama
Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan
mengejeknya?”. Janganah kamu berdalih (Dengan alasan-alasan yang dusta),
kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (Melahirkan) iman.
Jika kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka kami
akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang
terus bersalah. Attaubah ayat 65 dan 66.
7.
Melakukan sihir, menyokong perbuatan sihir, dan ingin cenderong ke
arahnya. Maka sesiapa yang melakukan dan merelakan perbuatan sihir, ia
kafir. Pada hari ini, terlalu ramai manusia yang mengamalkan sihir,
mereka sanggup menyihir orang semata-mata untuk memikat hati seorang
perempuan. Semata-mata untuk merebut tanah dan harta yang ditinggalkan
oleh pewaris, sanggup sihirkan saudara kandung sendiri. Disebabkan ada
orang yang berniaga di sebelah tempat perniagaannya, dia sanggup
menggunakan sihir untuk merosakkan perniagaannya. Ini adalah satu
fenomena sihir yang berlaku dalam masyarakat, perbuatan inilah yang
telah membawa manusia kepada pergaduhan, fitnah, dan huru hara.
Firman
Allah swt : Sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang setelah
mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah
cubaan (Untuk menguji imanmu) oleh itu janganlah engkau menjadi kafir
(dengan mempelajarinya)”. Al-baqoroh ayat 102.
8.
Menyatakan sokongan terhadap golongan kafir dan membantu golongan ini
dalam perjuangan mereka menyerang golongan muslimin yang tidak zalim.
Firman
Allah swt : Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai
teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu.
Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku
zalim. Al-maaidah ayat 51.
9.
Sesiapa yang beriktiqod bahawa ada agama lain selain daripada agama
islam, maka ia kafir. Pada hari ini, ramai manusia ingin mencari
persamaan dalam beragama, mereka menganggap bahawa agama lain juga
adalah benar, iktiqod ini telah menyimpang jauh daripada akidah agama
yang sebenar. Mereka juga menyatakan bahawa agama lain juga menganjurkan
amalan yang baik kepada umatnya, ini akan menimbulkan kekeliruan yang
besar dalam masyarakat, akhirnya masyarakat yang jahil
sewenang-wenangnya keluar daripada agama islam seperti apa yang berlaku
pada hari ini.
Firman
Allah swt : Dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam, maka
tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari
orang-orang yang rugi. Ali-imran ayat 85.
10.
Sesiapa yang berpaling daripada agama islam dengan tidak mempejarinya
dan tidak pula mengamalkannya, maka batal keislamannya. Banyak umat
islam pada hari ini menganggap bahawa apabila dia berbangsa Melayu, maka
dia islam, padahal dia tidak mengamalkan dan mempelajari ajaran islam
yang betul dalam kehidupan seharian. Ramai juga yang mengaku bahawa dia
islam kerana nama dan ibu bapanya islam, padahal dia tidak beramal dan
mendalami ilmu islam. Inilah salah faham yang menyebabkan mereka tenang
dan tidak rasa bersalah terhadap Allah swt kerana mereka menganggap
bahawa mereka masih islam.
Firman
Allah swt : Dan tidakkah ada yang lebih zalim daripada orang yang
diberi ingat dengan ayat-ayat tuhannya, kemudian ia berpaling kepadanya,
sesungguhnya kami tetap membalas pada orang – orang yang berdosa (
zalim). As-sajadah ayat 22.
semua. Hukum Korek Telinga Atau Hidung Ketika Sedang Berpuasa
Oleh : Faqeh
Hukum Korek Telinga Atau Hidung Ketika Sedang Berpuasa. Perbuatan mengorek telinga atau hidung dalam keadaan berpuasa perlu ditinjau sama ada sampai atau tidak perbuatan itu pada rongga dalam. Jika sampai ke rongga dalam, maka batal puasanya. Dan jika perbuatan mengorek itu tidak sampai ke rongga dalam, maka tidak batal puasanya. Disyaratkan juga perbuatan mengorek telinga itu bukan dalam keadaan sedar atau sengaja. Jika dalam keadaan sedar atau sengaja, maka batal puasanya. Ini sepertimana yang telah dijelaskan oleh para ulama’ yang muktabar. Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibary berkata di dalam kitabnya, Fath al-Mu’in:
Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar Al-Husaini juga berkata perkara yang sama di dalam kitabnya, Kifayatul Akhyar (Hlm. 286, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut):
Dalil Bagi Hukum Tersebut Dalam hal ini para ulama’ mazhab Syafi’e menggunakan dalil atau sumber hukum yang keempat iaitu Qiyas sebagai hujah bahawa hukum memasukkan sesuatu ‘ain (yang jelas boleh dilihat) ke rongga dalam akan menyebabkan puasanya batal. Firman Allah SWT: (Surah Al-Baqarah: 187) Syeikh Ibn Rusyd menjelaskan di dalam kitabnya, Bidayat al-Mujtahid: واختلفوا من ذلك في مسائل منها مسكوت عنها ومنها منطوق بها أما المسكوت عنها : إحداها فيما يرد الجوف مما ليس بمغذ وفيما يرد الجوف من غير منفذ الطعام والشراب مثل الحقنة وفيما يرد باطن سائر الأعضاء ولا يرد الجوف مثل أن يرد الدماغ ولا يرد المعدة . وسبب اختلافهم في هذه هو قياس المغذي على غير المغذي وذلك أن المنطوق به إنما هو المغذي فمن رأى أن المقصود بالصوم معنى معقول لم يلحق المغذي بغير المغذي ومن رأى أنها عبادة غير معقولة وأن المقصود منها إنما هو الإمساك فقط عما يرد الجوف سوى بين المغذي وغير المغذي وتحصيل Syeikh Abu Ishaq Al-Syirazi berkata di dalam kitabnya, Al-Muhadzdzab (Hlm. 586-587, Dar al-Ma’rifat, Beirut):
Kesimpulannya, apabila masuk sesuatu ‘ain (benda yang dapat dilihat) ke rongga dalam, menerusi rongga yang terbuka seperti perbuatan mengorek telinga atau hidung, dengan sengaja dan sedar sedang berpuasa, maka batal puasanya di sisi mazhab Syafi’e. Wallahu a’lam bis shawab. Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan Kassim Ahmad kufur dan murtadPesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu. "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu berlangsung di Putrajaya. Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka. "Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media hari ini. Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang. Mohd Rozali berkata sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit. "Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat. "Oleh demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan fahaman golongan tersebut," katanya. Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis ini diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit, katanya. – Bernama, 1 Julai, 2014. |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 1 Julai 2014
PUASA BOLEH BATAL....ISLAM KITA PUN BOLEH BATAL....JANGAN RASA KITA NI ISLAM SAJA/ISLAM SETIAP MASA...TAKUT KITA MATI DALAM KEADAAN TAK ISLAM...ISLAM BUKAN AGAMA MAIN2 DAN BUKAN CIPTAAN MANUSIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan