Ahad, 7 Oktober 2012

BUKAN BEBAL...ITU SAJA YANG BOLEH JAWAB DAN MENANGKIS....TU BELUM DAKWAAN DIAKHIRAT...MACAM MANA NAK TANGKIS...KALAU MACAMNI BEBAL TENTANG AKHIRATLAH

Pojok: Katanya.. BN pun tiada kabinet bayangan

http://penpasksgb.blogspot.com, 07 Okt 2012
Oleh : Daing Yahya


Serangan terbaru UMNO BN kali ini berterusan dengan menyerang Pakatan Rakyat yang tidak menampilkan kabinet bayangannya jika menang dalam PRU 13 ini kelak. Pastinya barisan kabinet PR itu kelak (jika diumumkan) akan diputar-putar menjadi bahan untuk melagakan anggota PR. Sudah terang lagi bersuluh, ini suatu kerja bodoh untuk dilakukan oleh PR.

Bercakap tentang kabinet bayangan ini, katanya di Parlimen UK, memang wujud kabinet bayangan ini. Ia wujud semasa kerajaan yang dipilih itu memerintah, bukan sekadar semasa kempen pilihanraya. Ia secara tidak langsung menjadi satu sistem ‘semak dan imbang’ tentang kerja-kerja kerajaan yang sedang berjalan yang akan sentiasa dipantau oleh barisan kabinet bayangan tersebut.

Kabinet bayangan dalam realpolitik

Katanya lagi, kabinet banyangan di UK ini diiktiraf sebagai satu elemen secara sah disisi undang-undang. Maka, kabinet bayangan ini bukanlah sekadar retorik politik untuk kempen raih undi, sebaliknya ia memang satu sistem yang berfungsi seperti mana yang telah disahkan oleh undang-undang British. Katanya lagi, menteri-menteri kabinet bayangan (yang terdiri dari parti pembangkang) memang dibayar separuh dari jumlah gaji menteri kabinet yang sedang berfungsi.

Katanya lagi, ia berfungsi sedemikian kerana mahu memastikan kabinet bayangan ini juga membuat kerja dengan betul, bukan makan gaji buta untuk kepentingan politik sempit. Nah, sistem kabinet bayangan di UK ini rupanya lebih memahami yang mana politik sampah dan yang mana realpolitik.

Justeru, pasti ada yang berkata, pasti duit cukai rakyat akan habis untuk menggajikan semua menteri kabinet banyangan ini. Tetapi tidak, sistem kabinet bayangan di UK ini pula, bukanlah mencakupi semua portfolio (kementerian). Ia hanya meliputi beberapa kementerian yang penting contohnya,

Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Undang-undang dan Keselamatan dan Kebajikan.
Ia sekitar empat ke lima portfolio sahaja. Bergantung kepada saiz kabinet kerajaan itu sendiri. Ini disebabkan, sistem kabinet bayangan ini hanya bertujuan untuk memantau beberapa kementerian yang sangat penting yang banyak melibatkan kepentingan awam.  Maka, menteri-menteri kabinet bayangan pembangkang ini bertanggungjawab pula untuk memantau secara rasmi dengan mendapat akses maklumat dan dokumen setiap kerja yang dibuat oleh kementerian terbabit. Ini pastinya meningkatkan mutu kerja, pentadbiran dan secara tak langsung ia pasti meningkatkan mutu perdebatan politik.

Retorik Kabinet Bayangan di Malaysia

Tetapi di Malaysia, sistem pemerintahan yang kita ada dikatakan mengambil model British iaitu Westminster, namun demikian sistem kabinet bayangan ini hanya menjadi isu, bukan diimplimentasi menjadi realpolitik sebagaimana yang dipraktikan oleh model Westminster itu sendiri. Tetapi ‘ini model dan acuan kita’, inilah alasan klise UMNO BN.

Akhirnya semua perkara-perkara baik, tidak dapat diterjemah dengan sihat untuk rakyat fahami malah ia menyimpang hingga menjadi politik murahan. Inilah yang sedang dijaja oleh UMNO.

Malah Parlimen kita juga agak miskin dari segi semangatnya. Ahli Parlimen pembangkang langsung tidak ada peruntukan untuk mengupah tenaga kerja pakar dan penyelidik untuk membantu kerja-kerja parlimen dalam merangka, membahas dan merencana dasar negara.

Akhirnya, ini juga menjadi salah satu faktor penyumbang lahirnya ‘perbahasan politik yang murah’ di Parlimen.

Parlimen kita hanya gah dengan bangunannya. Itu sahaja.

Sekarang UMNO nak bercakap tentang kabinet bayangan? Hentikanlah. – Roketkini.com

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Najib #tanyaNajib kena teruk di Twitter terhangat

Harakahdaily, 07 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Ulasan blog http://paspb2.blogspot.com bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkena teruk di Twitter akibat #tanyaNajib ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-40.
Di tangga kedua adalah berita PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.

Gambar-gambar menarik antara Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Sultan Kelantan paparan http://kachipemas.blogspot.com pula menduduki tempat ketiga.

Artikel blog oleh Milo Suam mengenai bintang terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima ialah berita artikel terhangat minggu ke 39 yang dimenangi berita bergambar Tun Abdullah Badawi bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan bersama banner tuntutan ROYALTI ‘R’  paparan Kedahkini.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 30 September hingga 6 Oktober, 2012.

1
Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib
2
PAS kesal kenyataan Azmin dan Shuhaimi
3
Allahu akbar: Terharu lihat gambar ni...
4
Penyanyi Amerika Janet Jackson peluk Islam
5
Gambar Pak Lah tersalah parking, terhangat
6
Panas!! Video hangout Najib dimuat semula pun dislike
7
Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri
8
Jom tengok elaun bekas pemimpin???
9
Azalina terkejut peserta demo PR tidak dibayar?
10
Susah ke nak faham bajet BN vs PR... baca ini

Indeks bursa saham capai paras tertinggi, tetapi saham Felda terus merudum

http://greenboc.blogspot.com, 07 Okt 2012


Sungguhpun Indeks utama Bursa Saham telah mencecah paras tertinggi 1,668.32 pada hari semalam, namun harga saham Felda Global Ventures (FGV) terus tidak mampu untuk naik, malah menurun kepada 4.750 dari harga pembukaan 4.770

Para pelabur dan penggemar saham nampaknya tidak berminat terhadap saham FGV.

Yang berminat memantau tetapi dengan rasa berketar-ketar mengikuti turun naik harga saham FGV berkemungkinannya ialah KWSP dimana KWSP telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus pertengahan bulan lepas.

FBM KLCI telah ditutup 23.57 mata lebih tinggi pada 1,660.23 pada Jumaat berbanding 1,636.66 sebelumnya berikutan pengukuhan serantau.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit.

“Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.

“Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda),” kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
 
Aduh.. apa la bebal sangat Ali Rustam ni !!!
Posted on Friday, October 05 @ 15:39:04 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"Sebelum baca komen Kerajaan Rakyat, baca dulu apa kata Ketua Menteri, Ali Rustam berkaitan perkahwinan anak beliau.

Aduh.. apa la bebal sangat Ali Rustam ni. Ini bukan soal dengki atau iri hati, tapi ini soal integriti. Ini soal kebertanggungjawaban.

Ali, kamu adalah Ketua Menteri, kamu pemimpin masyarakat. Tindak tanduk kamu diperhatikan. Kamu sepatutnya menjadi role model. Kamu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Kamu tidak sepatutnya tunjuk angkuh dengan berbelanja besar dalam keadaan terlalu ramai rakyat Melaka yang hidup dalam kesukaran. Kamu seharusnya faham bahawa orang yang membazir itu adalahsaudara syaitan.

Andai perbelanjaan kamu dipertikaikan, kamu sewajarnya jelaskan kepada rakyat. Bila kamu mengelak daripada memberi penjelasan, maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan kamu.

Ali Rustam, sekiranya benar, apa salahnya kamu mengaku bahawa sebahagian besar perbelanjaan perkahwinan anak kamu itu adalah hasil duit rasuah yang telah biasa kamu rembat !!!!
Syed Husin minta pemimpin Pakatan lebih hati-hati beri kenyataan kepada wartawan
Posted on Sunday, October 07 @ 03:23:47 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Md Izwan
Malaysian Insider


PETALING JAYA, 6 Okt — Mantan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menasihati para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kepada wartawan bagi mengelak pergeseran seperti yang berlaku antara naib presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan setiausaha agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Kontroversi bermula apabila laporan akhbarSinar Harian membuat laporan mengatakan Azmin membayangkan Selangor bakal mendapat menteri besar baru yang kemudiaannya mengundang campur tangan Mustafa yang mengatakan isu tersebut tidak pernah dibincangkan dikalangan parti PR.

"Pemimpin Pakatan perlu berwaspada terutamanya apabila bercakap dengan media.

"Saya lihat perkara ini semakin menjadi-jadi, walaupun isu itu kecil ia mampu mewujudkan persepsi buruk nanti," kata Syed Husin (gambar) semasa ditemui The Malaysian Insiderpada pelancaran buku memoirnya berjudul "Memoirs of Political Struggle".

Syed Husin juga menggulas tentang persediaan PR untuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan menyatakan keyakinan PR mampu kekal memerintah negeri tersebut.

"Jika prestasi semasa dikekalkan, saya rasa Selangor akan kekal milik PR.

"Cuma masalahnya sekarang ialah masih banyak isu daftar pemilih yang diragui belum lagi diselesaikan oleh SPR," tambah Syed Husin.

Mengenai cabaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya PR menubuhkan kabinet bayangan, Syed Husin berkata tindakan tersebut adalah petunjuk bahawa Umno sudah tiada modal hinggakan terpaksa isu remeh-temeh untuk menyerang PR.

"Gesaan tersebut adalah sangat remeh berbanding dengan langkah PR yang mahukan sebuah pentadbiran yang telus dan menghapuskan rasuah," kata Syed Husin membidas gesaan Najib.

Dalam laporan media lalu, Najib telah bertindak mencabar PR untuk menubuhkan kabinet bayangan yang masih belum ditunaikan.

"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?" kata Najib.

Sumber: Malaysia Insider
Najib Lindung Perasuah Besar?
Posted on Sunday, October 07 @ 03:32:07 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber RoketKini

KUALA LUMPUR 7 OKTOBER: Jika benar-benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak anti rasuah rasuah sepertimana ucapannya dalam Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin, beliau perlu mengambil tindakan terhadap tuduhan rasuah besar terhadap Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patail.

Apapun sehingga kini, pentadbirannya gagal membanteras rasuah, yang terserlah pada kedudukan buruk Malaysia di tempat ke-60 dan skor terendah 4.3 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Najib perlu mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ia berikutan dakwaan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF) yang menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

“Ketiga-tiga VVIP yang terdiri daripada Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa melakukan rasuah serius dan penyalahgunaan kuasa mereka telah didedahkan kepada umum,

“Ini adalah “ujian trio” sama ada terdapatnya kehendak politik sebenar untuk membanteras “rasuah besar” oleh kerajaan.”

Rentetan isu yang timbul ini, Kit siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berharap agar Najib akan muncul sendiri di Parlimen untuk melaporkan hal berkenaan demi membanteras rasuah.

Persoalannya ujar beliau, “Adakah Najib akan menghantar dan mengemaskini laporan mengenai siasatan ke atas tuduhan-tuduhan rasuah dan penyalahgunaan terhadap trio tersebut?” katanya.

Selain Taib, gesaan siasatan rasuah besar ini juga berdasarkan pendedahan buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad, Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah (Fraud, Liar, Criminal)? dan isu pengubahan wang haram ke luar negara oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang mendapat liputan media antarabangsa.

Sumber: roketkini.com
Kamal Affendi Hashim perlu bantuan kita
Posted on Saturday, October 06 @ 09:45:04 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Siapa yang tak kenal Kamal Affendi Hashim, orang Kg Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang sering keluar di kaca TV dalam rancangan pencegahan jenayah. Walaupun beliau tidak merayu untuk dibantu, sebagai rakyat yang prihatin pasti terdetik dengan apa yang ditulis di Blog Mazidul Akmal Sidek.

Beliau hanya memerlukan RM41,820 untuk melakukan pembedahan otak pada Isnin ini, tetapi terpaksa ditangguhkan hingga cukup dana. 

Dalam kata-kata Kamal Affendi dalam Facebook beliau: "Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn't cover my ilness at all.

Menurut Mazidul kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.

Maklumat lanjut mengenai pembedahan tersebut di Blog Mazidul di mazidulakmal.com"
 


Tiada ulasan: