Baghdad terancam, militan terus mara
KEDUDUKAN Baghdad, Ibu Kota Iraq, sedang terancam apabila bandar Baquba, 40 batu utara Baghdad telah jatuh ke tangan kumpulan militan - yang menggelar diri mereka Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria atau ISIS - dalam pertempuran yang menewaskan tentera Iraq.
Kumpulan ISIS ini adalah pro-Sunni yang disokong oleh negara Arab Sunni dan Wahabi.
Sekiranya Baghdad jatuh, kesannya ialah bahawa kedudukan Baghdad terancam. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk Baghdad dan sekitarnya lari dari kota itu. Demikian menurut agensi berita luar negera.
Tetapi masalahnya, sudah lima bandar di Iraq telah jatuh ke tangan militan ISIS itu dan militan ini merancang bukan saja untuk membebaskan Iraq daripada pemerintahan Syiah Perdana Menteri Nouri al-Maliki, tetapi juga merancang untuk membebaskan Syria daripada pemerintahan Syiah Alawi, Bashar al-Assad.
Penganalisis antarabangsa berpendapat, jika kumpulan Sunni ini semakin banyak menawan wilayah Iraq, maka impikasinya ialah akan mengundang krisis sejagat, yang akan melibatkan kuasa besar dan Iran.
Rabu lalu, Presiden Barack Obama telah berbincang dengan pemimpin Kongres Amerika untuk memutuskan sama ada Amerika akan campur tangan kansung di Iraq dan bagaimana caranya. Pentadbiran Amerika dikatakan berdepan dengan keputusan yang sukar. Bagaimanapun, Obama sudah menghantarkan ratusan tenteranya ke Iraq, tetapi belum memutuskan sama ada akan melakukan serangan udara ke atas wilayah yang telah ditawan oleh militan ISIS itu.
Sementara itu, ribuan penduduk – kebanyakannya Syiah – telah meninggalkan Baquba dan beberapa bandar yang telah ditawan oleh militan ISIS itu. Pelarian itu membawa apa saja yang sempat mereka bawa, termasuk daging dan makanan lain.
Sebelum ini militan Sunni ini telan menawan bandar Tal Afar, dua wilayah di daerah Diyala dan Mosul, bandar kedua terbesar selepas Baghdad.
Menurut laporan agensi berita luar negera, militan ISIS mendakwa telah membunuh sekurang-kurangnya 1,700 penduduk bermazhab Syiah sejak mereka melancarkan serangan untuk membebaskan Iraq daripada pemerintahan Syiah.
Kabinet Iraq kelmarin telah memberi bantuan USD850,000 kepada penduduk yang rumah mereka musnah di Nineveh, Salaheddin dan wilayah Diyala.
Sementara itu Iran, yang bersempadan dengan Iraq, kini sedang bersedia untuk campur tangan di Iraq. Baru-baru ini, agensi berita Iran, Irna melaporkan bahawa Presiden Hassan Rouhani memberitahu bahawa Iran akan melindungi beberapa tempat suci Syiah di Iraq daripada serangan ‘pembunuh dan teroris’.
Seorang pegawai tinggi Iraq di Baghdad memberitahu CNN minggu lalu bahawa Iran telah menghantar 500 Pengawal Revolusi untuk menentang militan ISIS. Tetapi Rouhani menafikan berita itu. Bagaimanapun, beliau berkata, Iran terbuka untuk membantu Iraq jika diminta. Iran mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Syiah Iraq.
Sementara itu, Amerika dan Iran telah mengadakan perbincangan serius di Vienna, Austria Isnin lalu mengenai ancaman militan ISIS.
Krisis yang berlaku di Iraq ini menimbulkan impikasi terburuk mengenai kestabilan di Semenanjung Arab itu. Pertentangan Sunni-Syiah di negara rantau Arab itu sudah lama membara, walaupun pemimpin negara Arab itu selama ini cuba tidak membesar-besarkannya.
Sementara itu, tentera Iraq yang sempat lari, menceritakan bahawa mereka sangat malu apabila ditewaskan oleh militan ISIS. Komander mereka tidak kelihatan di tempat pertempuran. Mereka meminta peluru untuk melawan, tetapi tiada jawapan, lalu mereka lari meninggalkan pusat-pusat kawalan dengan rasa amat malu.
Dalam hubungan ini dua komander tentera Iraq telah disoal-siasat kerana meninggalkan pusat kawalan. Dalam masa yang sama Perdana Menteri Nouri al-Maliki telah menuduh kaum Kurdis di utara Iraq mendorong kekalahan tentera Iraq supaya mereka dapat merebut wilayah utara itu serta senjata yang ditinggalkan oleh tentera Iraq. Tetapi tuduhan al-Maliki itu tidak dapat dibuktikan.
Selasa lalu, al-Maliki telah memecat tiga orang jeneral yang ditempatkan di Mosul dan memerintahkan supaya mereka dibicarakan di mahkamah tentera.
Beliau juga telah memecat seorang brigadier jeneral dan memerintahkan supaya jeneral itu dibicarakan di mahkamah tentera. Al-Maiki juga bercadang untuk memecat beberapa lagi pegawai kanan tenteranya atau dihadapkan ke mahkamah tentera.
Menurut sumber, militan ISIS ini mendapat bantuan kewangan dan senjata yang banyak dari negara Teluk yang kaya dan dijangkakan krisis ini akan berlarutan. - HARAKAHDAILY 19/6/2014
Tidur Selepas Subuh ? Kenapa Rasulullah Larang
Posted by Malaysian Read ThisJangan Tidur Selepas Solat Subuh
Tidak dinafikan ada sebahagian daripada kita menjadikan tidur selepas subuh sebagai satu amalan.
Amalan ini adalah kurang baik kerana Rasulullah SAW sendiri melarang anaknya Fatimah r.a. tidur selepas subuh.
Ramai orang sering memperkatakan tentang larangan tidur selepas solat subuh.
Larangan ini bukanlah daripada kita, tetapi terdapat hadith Rasulullah SAW yang mana baginda melarang anaknya Fatimah untuk tidur selepas subuh.
Lihatlah kepada diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah.
Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.
Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?
Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri.
Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.
Tabiat Pemalas Yang Perlu Diubah
Cuba semak diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini?
Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”
Jika Mahu Bermuhasabah
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi,
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :
“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”.
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini?
Nak ke suami yang sebegini?
Masing-masing menggeleng tersengih sendirian.
Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah.
Bukan nanti, tetapi sekarang.
Masa Untuk Berubah
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada Perubahan.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar.
Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
– Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya.
Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar.
Mak mertua pun tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.”
Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua.
Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU.
Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN.
Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul.
Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan.
Dan hanya syaitan yang suka pembaziran.
Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi SAW melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,
sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
Jika kita tetap meneruskan amalan tidur selepas solat subuh, maka kita di antara orang-orang yang tergolong dalam kerugian.
Bukankah di pagi hari itu, adalah pembuka segala rezeki.
Jadi, marilah kita bermuhasabah bersama-sama.
Jika kita mampu mengangkat berat berkilo-kilo, tak akan selimut yang ringan tidak mampu untuk kita angkat.
Muhamad Saad Shaari shared Amk Parit's photo.
15 hrs ·
Amk Parit with Rose Purple and 19 others
BENAR LAGI SAHIH!!!..PAS ADA UNIT AMAL UMNO PULA ADA UNIT SAMSENG!!!!Begitulah persepsi rakyat kini apabila membezakan antara Unit Amal Malaysia PAS dengan Pemuda UMNO Malaysia.
Umpama langit dengan bumi..Mungkin dikalangan UMNO menafikannya tetapi ini adalah realiti.
Kalian boleh lihat disekeliling sejak akhir-akhir ini kelakuan dan gelagat Pemuda UMNO Malaysia.
Kerja-kerja samseng apa yang Pemuda UMNO tidak lakukan keatas Pakatan Rakyat sama ada waktu penamaan calon, ceramah dan pasang bendera.
Kalian boleh lihat disekeliling sejak akhir-akhir ini kelakuan dan gelagat Pemuda UMNO Malaysia.
Kerja-kerja samseng apa yang Pemuda UMNO tidak lakukan keatas Pakatan Rakyat sama ada waktu penamaan calon, ceramah dan pasang bendera.
Khairul Hilmi Che Ali shared Zulkiflie Jay's photo.
7 hrs ·
Zulkiflie Jay with Yang Zie and 21 others
Apa nak hairan..banyak lagi tanah kat Malaya ni..jual cikit apalah salahnya..itukan untuk memajukan Tanah Melayu juga..!!
Persoalannya...
Tanah melayu kah itu setelah djual?
Melayukah yg menjual?
Berapa bnyak tanah melayu yg tinggal?
Persoalannya...
Tanah melayu kah itu setelah djual?
Melayukah yg menjual?
Berapa bnyak tanah melayu yg tinggal?
Monday, June 23, 2014
ADUN kena tumbuk semasa bersarapan..
Ahli Parlimen Rasah, Teoh Kok Seong sedang bersarapan di sebuah kedai makan dekat Taman Satelite, dekat sini, apabila diserang seorang lelaki, semalam.
Kok Seong duduk bersama Adun Bahau, Chew Seh Yong apabila seorang lelaki berusia sekitar 50-an menghampirinya kira-kira jam 10 pagi.
"Lelaki itu tiba-tiba menumbuk dada kiri saya dua kali. Dia kemudian cuba baling kerusi ke arah saya, tapi sempat dihalang," katanya.
Menurutnya, keadaan itu mengejutkan pelanggan-pelanggan. "Bagaimanapun, semuanya terkawal selepas anggota polis tiba kurang 10 minit (selepas kejadian) dan menahan lelaki itu," katanya.
Kok Leong membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan.
Pemimpin DAP itu berkata, dia, tidak akan mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut kerana menyifatkan ia sebagai cabaran yang harus dihadapi selaku wakil rakyat.
Menurutnya, beliau mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu semasa menjadi Adun Bahau.
"Dia pernah datang ke Pejabat Pusat khidmat Dun Bahau semasa itu. Saya tak pasti lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tapi dia pernah minta saya buatkan kain rentang kerana dia rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).
"Saya tolak permintaannya kerana ia tak masuk akal. Sejak itu, dia akan menyerang saya setiap kali berjumpa, tidak kira di mana pun,” katanya.
Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.
~ Sinar Harian
Monday, June 30, 2014
Profesor UM diarah letak jawatan setelah banyak kajiannya tidak memihak BN..
Inilah mentaliti dunia ketiga yang tertanam dalam pemikiran pemimpin-pemimpin negara yang ada.. tak sanggup menerima kenyataan ataupun hakikat bila ianya memberikan persepsi negatif terhadap mereka..
Sedangkan itu adalah hakikat yang perlu mereka telan dan perbaiki untuk membolehkan negara terus melangkah maju ke hadapan..
Selagi negara punya pemimpin yang hanya mahukan puji-pujian dihamburkan kepada mereka.. maka sampai bila-bila pun negara ini tak akan kemana..
Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dari UM ini terpaksa membayar harga mahal untuk mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).
Puncanya kerana Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu...
Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).
Sumber memberitahu, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.
Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.
Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.
Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.
Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.
"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu..
Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.
UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.
Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.
Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.
Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.
"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.
"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.
Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.
Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.
Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.
"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ~ The Malaysian Insider
Lepas ni.. kajian yang yang dikeluarkan oleh UMcedel semuanya baik-baik belaka terhadap UMNO/BN.. baguslah kalau begitu..
Bagus untuk terus menjadikan para pemimpin UMNO/BN syok sendiri...
Wednesday, 2 July 2014
JALAN IMBI-JALAN HANG TUAH SESAK TERUK GARA-GARA TANAH MENDAP PROJEK KOREK TEROWONG MRT.
Satu kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Imbi - Jalan Hang Tuah di ibu negara bermula sebentar tadi.
Ia dipercayai berpunca daripada satu kejadian mendapan tanah korek terowong MRT.
"Berdasarkan maklumat awal yang Omak Kau terima mendapan tanah yang mengakibatkan lubang besar berlaku di lampu isyarat simpang bersilang berhampiran sebuah kawasan pembinaan.
Ia turut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam termasuk Monorail dan perkhidmatan bas.
Ini bukan kejadian kali pertama tetapi sudah beberapa kali... setiap kali kejadian bertambah teruk.
Laporan Audit: Kerusi besi RM380 dibeli RM1,250
KANGAR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 2 bagi Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Perlis mendapati terdapat harga perolehan yang tidak munasabah pagi pembelian dua buah kerusi besi di pondok teksi di Pekan Simpang Empat .Laporan Audit untuk Pengurusan Perolehan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mendapati agensi terbabit telah membina sebuah pondok teksi di Pekan Simpang Empat pada 12 April 2013 dengan kos sejumlah RM14,900 melibatkan kerja-kerja meroboh pondok dan tapak sedia ada, membina kerangka besi, kerja-kerja konkrit serta membekal dua buah kerusi besi.
Kos membekal dua buah kerusi besi tersebut berjumlah RM2,500 atau RM1,250 bagi sebuah kerusi.
Bagaimanapun semakan dan pemeriksaan Audit mendapati kos membekal kerusi besi ini adalah tidak munasabah dan pihak Audit telah membuat kajian pasaran harga di dua buah syarikat yang boleh membekalkan kerusi besi seumpamanya.
Berdasarkan sebut harga yang diperoleh daripada dua pembekal terbabit, harga pasaran termasuk kos penghantaran ke Pekan Simpang Empat bagi sebuah kerusi besi berkenaan hanya berjumlah RM380 berbanding RM1,250 bagi sebuah kerusi yang dibayar oleh MPK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan