Monday, 30 June 2014
(3 FOTO) SEORANG PENJAWAT AWAM MENINGGAL DUNIA KETIKA NAK MEMBELI JUADAH DI BAZAAR RAMADHAN PRESINT 3, PUTRAJAYA PETANG TADI.
Seorang penjawat awam lelaki yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3, petang tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang tadi, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin, 34, berasal dari Kluang, Johor dipercayai memanjat cerun ke bazaar dan melompat longkang besar.
Namun lompatannya gagal dan terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang besar.
Pihak polis mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian.
Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan
Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’
Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah
like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang
ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini.
Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta.
Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000
sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala
galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka
sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat.
Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita
mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas
solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha
sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat
buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al
Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan
memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat
Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya
yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil
untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk
kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas.
Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia
iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan
kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki
tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir.
Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak
orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang.
Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk.
Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan
berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam
buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur
sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu
agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak
buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok
hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi
sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak
panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari
perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan
baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit.
Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi
bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh.
dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan
semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi
manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam
tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat
itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat
bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada
ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu
maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita
tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain
tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah
sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan
manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau.
Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan
semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit
kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik
adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan
kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar
dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu.
Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang
jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat
mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi
satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh
sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la
mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti.
Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga.
Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh
bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa
yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita.
Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik
masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah
sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang
beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang
tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka
gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting
rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak
fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga
gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip
sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut
atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak
anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah
dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja.
90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia
ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel,
tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah
kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa
berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah.
Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan
dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan
baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur
itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan
juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang
yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih
punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di
hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak
Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa
rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya,
bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan
sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat.
Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman.
Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun,
jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan
hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak
Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk
atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat,
Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah
dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at
Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang
segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh,
kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya
hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam
dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba
perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit
sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah
cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu.
Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum
subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih
dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan
ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada
segala Raja.
Gambar sekadar hiasan dan kredit untuk Google. Sumber -thevocket
'Dengar teriakan minta tolong'
- Mangsa lima sekeluarga nyaris maut apabila Toyota Avanza yang dinaiki terjun ke dalam saluran pembetung sedalam sembilan meter dalam nahas di hadapan Pasaraya Besar Giant Kijal.
Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 133 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, berhadapan Pasaraya Besar Giant Kijal, kira-kira jam 11.20 malam kelmarin.
Bagaimanapun, pemandu kereta itu, Abdul Halim Shah Kechil, 49, bersama isteri yang berusia 47 tahun dan tiga anak mereka yang berusia lingkungan 19 hingga 13 tahun bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.
Kenderaan yang dinaiki mangsa jatuh dalam keadaan terbalik dengan keempat-empat tayar berada di atas.
Ketika kejadian, mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari rumah mereka di Kuala Terengganu ke Kuantan, tetapi sebaik tiba di selekoh tajam di tempat kejadian yang jalannya masih dalam proses pembinaan, mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan hingga kereta yang dipandu hilang kawalan lalu merempuh blok pengadang plastik di tepi jalan sebelum terjatuh ke dalam terowong pembetung.
Lihat kesan brek
Seorang pengguna jalan raya yang kebetulan melalui lokasi selepas beberapa minit kejadian, Mohd Yusof Yasar, 46, berkata, dia mendengar sayup-sayup teriakan meminta tolong dari Toyata Avanza yang terjatuh sebaik dia menjenguk ke bawah terowong pembetung.
“Sebelum saya jenguk ke bawah saluran pembetung, saya perasan ada kesan brek sejauh tiga meter di atas jalan dan ia menunjukkan mangsa cuba memberhentikan keretanya tapi tak berjaya.
“Sejurus itu, orang ramai segera turun ke terowong pembetung dan keluarkan mangsa dari dalam kenderaan yang terlingkup sebelum ketibaan bomba serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman dan mereka kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman,” katanya.
Laluan berselekoh tajam
Mohd Yusof berkata, dia tidak terkejut apabila melihat kenderaan tersebut terperosok di bawah terowong pembetung itu kerana dia sendiri nyaris terjun ke dalam pembetung berkenaan sebulan lalu ketika dia sekeluarga pulang dari menikmati murtabak di Dungun.
“Ketika kejadian, pantulan cahaya dari kenderaan depan menyebabkan saya silau saat melalui selekoh tajam di laluan yang masih dalam pembinaan ini. Nasib baik saya sempat memusing stereng ke kanan, kalau tidak saya sekeluarga mungkin terlebih dahulu yang jadi mangsa,” katanya.
Katanya, beberapa alat cahaya yang digantung di blok pengadang plastik di laluan itu tidak mencukupi kerana ia sangat gelap dan pengguna jalan raya tidak menyedari laluan berselekoh tajam.
“Sepatutnya pihak kontraktor meletakkan blok pengadang jalan konkrit di tepi tebing jalan ini kerana jika berlaku kemalangan, blok konkrit boleh halang mangsa daripada terus jatuh ke dalam saluran pembetung,” katanya.
Tinjauan di lokasi kejadian juga mendapati kontraktor tidak meletakkan tanda amaran yang jelas di kawasan itu, malahan blok plastik di tepi jalan juga tidak diletakkan dalam keadaan tersusun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kemalangan itu berkata, mangsa sekeluarga dibenarkan keluar dari hospital kira-kira jam 4 pagi semalam.
Posted on Monday, June 30 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus
diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat
besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj &
Ma’juj.
Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama
seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj
& Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan
izin Allah) telah runtuh di Georgia.
Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews &
Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal
dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih
tinggal. Allahu A’lam.
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda
menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” –
Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media
yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca
artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini..
Subhanallah!
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan
muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila
hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela
bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer
bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah
rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid
yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak
sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.
Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:
“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian,
miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan
bangunan.” SubhanAllah!
Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan
keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam
tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang
yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang
paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2
orang mulia”- Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah
hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka
memakainya keadaannya seperti telanjang”.
Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” –
Sahih Muslim.
Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka
dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan
mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin
terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan
seperti ini.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang
paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik
(pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami
Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.
Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab:
“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya
sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap,
Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya
Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi,
sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab
yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang
akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(H.R Muslim).
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis
ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat
hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang
seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan
semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,
hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang
akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu
Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima
taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan
kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan
mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding
yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul
Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang
terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya
Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang
mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.
Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam
(setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari
tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang
akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan
disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu.
Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di
hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM.. SUMBER
Salah Orang Memang Senang Nampak, Salah
Sendiri Orang Lain yang Gelak!
Kalau dilihat pada gambar diatas memang SK pun nak gelak. Apa pulak kambing, itukan harimau.
Itulah, memang seronok kita gelakkan kesilapan orang. Seperti seorang
adik ini, dialah yang memuat naikkan gambar tersebut dengan caption
gelak bagai ketawakan jawapan budak ini.
Melalui status facebooknya itu, gelak sakan dia kepada jawapan seorang
budak yang menjawab “Kambing” sebagai jawapan pada gambar tersebut
tetapi yang membuatkan SK lagi ketawa terbahak-bahak dia sendiri pun
salah. Iya lah, apa tidaknya, kalau kita sekali tengok pun sudah tahu
yang inikan gambar harimau tapi boleh pulak dia sebut “Lipas”. - SiakapKeli.com
Cuba merόgol di New Zealand, Senarai diplomat Malaysia di Wellington
Seorang diplomat Malaysia dituduh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merόgol. Dilaporkan lelaki berkenaan berusia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.
Perintah melarang butiran dirinya, nama suspek atau negara asalnya untuk didedahkan akhbar New Zealand dikeluarkan seorang hakim New Zealand.
Difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington, lapor Malaysiakini.
Malaysiakini juga tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra dan pihak Wisma Putra akan membuat penjelasan esok.
Berikut adalah senarai diplomat Malaysia yang berpejabat di Wellington, New Zealand.
High Commission for Malaysia, Wellington
Street Address: 10 Washington Avenue, Brooklyn, Wellington 6021Postal Address: PO Box 9422, Wellington 6141
Telephone: (04) 385 2439
Facsimile: (04) 385 6973
Email: mwwelton@xtra.co.nz
Office hours: 9 a.m.-1 p.m., 2 p.m.-5 p.m., Mon-Fri
Staff Details:
Her Excellency Rosmidah binti Zahid, High Commissioner (18 July 2012)Mr James Koh, Counsellor
Mrs Aileen Khoo
Mr Mohd Erfino bin Johari, Counsellor (Education)
Mrs Anis Badiah bin Mat Nor
Mrs Noor Azlin binti Adnan, First Secretary
Mr Mohd Noor Fauzi bin Mohd Rani
Lt Col Shaari bin Baba, Defence Attaché
Mrs Zalilawati binti Abu Salim
Mr Lukman Sayuti, Second Secretary (Consular and Administration)
Mrs Siti Juliah binti Abd Rashid
Mrs Suraya Sari binti Abd Aziz, Attaché (Education)
Mr Mohd Fauzi Bin Mohd Minal
Mr Muhammad Rizalman bin Ismail, Administrative and Technical Staff
Mrs Nor Azura Binti Hasim
Mrs Nora binti Ismail, Administrative and Technical Staff
Mr Amir Izham Bin Alias
Mrs Jamilah binti Mohd, Administrative and Technical Staff
Mr Elias bin Taib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan