Sabtu, 4 Jun 2011

PERJUANGAN USTAZ GHAZALI HASBULLAH.....DALAM KENANGAN....3.6.2011

Ustaz Ghazali: Amanah & Zuhudnya Menjadi Bualan

By Admin on 6/09/2010 10:50:00 AM

Filed Under: , ,


Ini gambar terbaru Ustaz Ghazali bersama Ustaz Sofar bulan Jun 2010.

Ustaz Ghazali menyambut tetamu semasa lawatan ke Darul Atiq

Bila disebut Ustaz Ghazali mungkin tidak ramai mengenalinya. Uchi Gaban juga tidak mengenalinya kecuali beberapa sebutan nama beliau dalam perjuangan melalui satu wadah yang diasaskan beliau, Darul Atiq. Uchi Gaban sendiri sempat menghadiri kuliah beliau dan sebagaimana orang yang mengenali beliau, cara beliau bercakap dan bacaannya agak telor tapi lenggok bahasa dan bacaan serta raut mukanya mampu memikat hati orang melihat. Telornya mampu membuatkan hadirin menangis. Itulah berkat seorang Ustaz yang agak dikagumi ini.

Orangnya agak veteran dan telah mengasaskan Darul Atiq di Kg. Melayu Rasa, Kuala Kubu Bharu semenjak 1982 yang mana sehingga kini beliau tidak pernah memohon secara rasmi bantuan daripada mana-mana pihak tetapi bantuan dan pertolongan Allah SWT sering menyebelahinya. Setakat 09.06.2010, Darul Atiq memerlukan RM1,000.00 sehari untuk keperluan seharian mereka.

Darul Atiq menempatkan golongan 'terbuang' seperti anak yatim, anak nakal yang tidak mampu dibela ibubapa mereka atau atas sebab-sebab lain, anak tidak berkeluarga, remaja terlanjur, penagih dadah, janda-janda dan mereka yang ada pelbagai masalah lagi. Di sini Darul Atiq membimbing mereka dan melahirkan peribadi selaras dengan ajaran Islam.

Walaupun telah berusia, ustaz Ghazali masih mengagahkan diri ke surau dan masjid atas jemputan ceramah di seluruh Malaysia sekaligus mendapatkan derma bagi saraan harian Darul Atiq. Agak sebab semalam apabila beliau berpesan mengenai amanah, dan beliau akan menjalankan amanah untuk mendidik mereka-mereka di bawah Darul Atiq sehingga mana beliau hidup.

Kalau ingin mendengar kuliahnya, boleh terus ke Darul Atiq setiap sabtu malam. Kuliah di tempat lain banyak sehingga ke Utara tetapi tiada jadual pada Uichi Gaban. Cuma di Surau Ar Rahmah Seksyen 8 Shah Alam setiap Selasa minggu kedua, Kuliah Maghrib

Rumah seorang pejuang Islam yang dikenali dan dihormati.

Uchi Gaban ingat pesan Ustaz Ghazali, "Tahajudlah, kerana itu amalan Rasullulah. Dengan tahajud wajah kita berseri, senang dunia dan dipermudahkan. Apa guna rumah besar, kalau kubur kecik?"

"Apa salahnya kita bagi derma lebih sikit. Asik-asik seringgit sahaja. Bagi lah sepuluh lima puluh ka. Hari-hari kita makan cukup, makan sedap. Korbanlah makan sehari dalam setahun untuk kita fikir dibelakang sana ada yang perlukan duit itu"

Atas usaha berterusan, kini Ustaz Ghazali meneruskan perjuangan menjaga pusta ini di Batang Kali dengan melibatkan penghuni sakit mental, masalah akhlak, anak yatim, anak tidak beribu bapa dan orang tua. Manakala di satu kawasan lain ditubuhkan satu lagi Pusat Tahfiz dan pembelajaran khas untuk menyambung belajar di Timur Tengah. Malah lebih membanggakan apabila ia turut dibuka di Indonesia atas usaha beliau dan anak murid beliau yang dididik lama dengannya.

Dengan ini, Uichi Gaban secara peribadi MERAYU derma untuk Pusat Tarbiah Islamiyah Darul Atiq. Untuk berderma atau bersedekah kepada Darul Atiq, boleh berbuat sedemikian kepada:

Pusat Tarbiah Islamiyah Darul Atiq
Kg Melayu Rasa
Batu 341/2
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan


Boleh hubungi:
Ustaz Ghazali Hasbullah
Akaun Maybank: 162076546024
Tel: 03-60574869
H/P: 019-3298799


http://wikimapia.org/6665790/Darul-Atiq

Ustaz Ghazali Hasbullah 310109

• Allah SWT itu sifatNya Qadim

• Allah SWT itu tidak berubah. Yang lain daripadaNya itu tetap berubah.

• Oleh demikian semua dialam ini adalah baru. Yang menciptakannya adalah Allah SWT yang Qadim.

• Wajib bagi setiap umat Islam memahami akan haqiqat ini. Ilmu Usuluddin ini wajib di pelajari dan seterusnya mengajar kepada orang lain.

• Alam ini dan semua isinya sifatnya sentaiasa berubah- berubah. Penciptanya sahajalah yang sifatNya tidak berubah- berubah.

• Perkara ini wajib di imani.

• Alam ini ada tanda- tanda akan kebesaran penciptanya. Disinilah dikatakan bahawa terdapat ayatullah didalam alam ini. Terdapat banyak ayat ayat Al Quraan yang membincangkan perkara sedemikian.

• Didalam diri manusia ini terdapat dalil akan wujudnya Allah SWT.

• Malah segala ciptaan seperti bulan dan bintang, ombak di lautan, tumbuh tumbuhan adalah dalil akan wujudnya Allah SWT yang Qadim.

Wassalam

Madrasah Darul Atiq

Madrasah Darul Atiq
Kg Melayu Rasa
Batang Kali, Selangor

Perkampongan Darul Atiq ialah sebuah perkampongan pondok yang diusahakan oleh orang persendirian. Ia terletak disebelah kiri jalan selepas pekan Batang Kali menghala ke bandar Tanjong Malim. Kampong ini menerima berbagai lapisan masyarakat yang bermasalah dan ingin berusaha untuk memperbaiki akhlak, kerohanian dan keimanan masing-masing. Terdapat ramai anak-anak bawah umur yang terdiri dari anak-anak yatim dan piatu,anak-anak 'nakal' yang mana ibubapa mereka tak sanggup membela mereka, anak-anak dari keluarga miskin, anak-anak yang tidak mahu dibela oleh ibubapa atas sebab-sebab tertentu seperti perpecahan keluarga (bercerai), dsbnya. Di samping itu juga terdapat beberapa keluarga saudara baru yang ingin menyesuaikan kehidupan baru, insan yang bermasalah seperti sakit jiwa, tidak tenteram, dadah,unwed mothers', mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan semasa, dan sebagainya.



Pengasas:
Ustaz Ghazali Hasbullah
019-3298799

Kepada yg berminat nk buat sumbangan dari segi barangan keperluan harian, maupun dalam bentuk wang tunai, boleh la pegi sendiri tgk keadaan tmpt tu, takpon try la call ustaz tu. Tadi dia ada kasi no acc bank utk wat transfer, tp aku x salin. Sorry la yek..


Huh.. Pelik? Hehehe.. Tadi aku follow Kembara Amal Darul Atiq yg dikelolakan oleh Kelab Eksklusif 28, Tabung Haji Plantations Berhad dan Puchong Bikerz, ke Madrasah Darul Atiq tu la.. Ni gambar baju kitorg sempena kembara amal nie..



Err.. Panjang sangat la posting ni.. Aku wat posting asing utk cerita pasal komboi yerkk? Hehehe. Gatal tul nk menambahkan bilangan postings, wakakakaka..


Lawatan ziarah sambil menderma ke darul Atiq...

Assalamualaikum,

Insya-allah, pada 25 Julai 2010 (Ahad), Biro HELWA PPS5BBM & Muslimah Surau Ar-raudhah yang dipengerusikan oleh Ustazah lasminah akan menganjurkan lawatan ziarah sambil menderma ke darul Atiq. Tempat adalah terhad dimana muslimah dihadkan seramai 25 orang manakala selebihnya iaitu kira-kira 20 orang lagi.Yuran dikenakan sebanyak Rm20 untuk tambang Bas ke sana.

P/s: Setakat hari ini, hanya 22 muslimah & 2 muslimin (termasuk pemandu bas) yang beri response.
Bas boleh muat 40 orang, maka masih ada kekosongan lagi 16 kerusi lagi...kalau boleh biarlah ada muslimin yang ikut serta.
Banyak juga barang sumbangan yang akan diserahkan ke Darul Atiq.
Sesiapa berminat, sila hubungi Ustazah Lasminah di talian 0132618446.

Sedikit info berkaitan Darul Atiq:

Darul Atiq ini telah ditubuhkan oleh Ust. Ghazali Hasbullah pada tahun 1982 atas tapak tanah seluas 6 ekar yang telah di waqafkan. Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menampung mereka dari kalangan miskin, ibu tunggal,pesakit mental, mereka yang mempunyai masalah akhlak, penagih dadah dan anak yatim. Kesemuanya tinggal di perkampungan tersebut yang dibina sendiri sedikit demi sedikit. Hingga kini penghuni Darul Atiq termasuk tenaga pengajar telah berjumlah 130 orang.

Menurut Ust. Supar, jumlah perbelajaan harian di Darul Atiq ialah lebih kurang RM700 satu hari merangkumi makan minum. bil2, bayaran saguhati tenaga pengajar, belanja anak Darul Atiq yg melanjutkan pelajaran di luar Negara, bayaran ‘maintanance’ dan pelbagai belanja lain. Sumber kewangan Darul Atiq ialah dari hasil tenaga pengajar yang memberi ceramah agama disana sini. Apabila diajukan soalan samaada pusat pernah meminta bantuan dari mana-mana pihak, Ust, Supar menegaskan pengasas pusat ini, iaitu Ust Ghazali tidak pernah meminta secara rasmi kemana-mana badan pertubuhan samaada swasta atau kerajaan, namun demikian mereka tetap bersyukur kerana ada sahaja yang datang memberi sumbangan dalam berbagai bentuk.
http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=3349

Jika ada yag ingin melawat tpt ini atau ingin memberi sumbangan atau wang zakat, ini maklumatnya:

Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq
Kg.Melayu Rasa,
Batu 341/2,
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan

Hubungi:
Ust.Ghazali Hasbullah
Bank: Maybank
No. Akaun: 162076546024
Tel: 03-60574869
h/p: 019-3298799


Pondok M’sia

Kami pihak pengurusan portal ini menyiarkan nama-nama pondok berdasarkan maklumat yang ada pada kami dan juga info daripada para pengunjung. Kami mengakui ada maklumat yang kurang tepat dan juga telefon perhubungan yang mungkin telah berubah. Oleh itu kami begitu memerlukan kerjasama daripada semua pihak yang mengetahui berkenaan maklumat terkini bagi di kemaskini dari masa ke semasa melalui email : pppb1995@yahoo.com atau http: // facebook.com/ekhutbah

PONDOK KELANTAN AHLI PPPB

BIL

ALAMAT PONDOK

PENGETUA/MUDIR

TELEFON

1 Madrasah Diniah  Bakriah

Pondok Pasir Tumboh,

16150 Kota Bharu

www.al-bakriah.com.my,

Tuang Guru Hj Hashim Hj Abu Bakar 09-7657786 (P)

012-9623806

Us Wan Qusyairi

2. Madrasah Rahmaniah

Pondok Lubuk Tapah,

17200 Lemal, Pasir Mas

,

Ustaz Hj Lukman b Hj Abdullah 09-7905672 (P)
3. Madrasah Muhammadiah

Pondok Sungai Durian,

18000 Kuala Krai

http://www.pondoksgdurian.com/

,

Dr Hj Abdul Basit Hj Abdul Rahman 09-9667071(P)

019-9569101

Ustaz Yahya

4. Madrasah Yusufiah

Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas

,

Tuan Guru Hj Awang Yusuf 09-7972433

014-8430506

Tuan Guru Hj Awang Yusuf

5. Madrasah Ar-Rahmaniah,

Pondok Neting,

Kg Neting, Tumpat

Ustaz Muslim b Zakaria 019-9262256

Ustaz Muslim

6. Madrasah Dakwah Islamiah

Pondok Seri Permai Seligi,

Kg Permatang Sungkai,

16800 Pasir Puteh

,

Tuan Guru Abdul Hamid Daud 012-9528801

Ustaz Arfan

7. Madrasah Fununiah Tunjuniah

KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong, Kota Bharu

,

Ustaz Hj Mohd Ghani Ismail 09-7126708 (P)

09-7124313

Ustaz Hj Abd Ghani

8. Pondok Berangan

Kampung Berangan, 16200 Tumpat

,

Tuan Guru Hj Muhammad Hj Ali 09-7256052

Tuan Guru Hj Muhamad

9. Madrasah Muhammadiah

Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu

,

Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti Hj Muhammad 012-9845040

Ustaz sayuti

019-9060874

Ustaz Nazri

10. Madrasah Darul Muttaqin

Pondok Lepan Bola, Lawang, Batu Gajah, 17510 Tanah Merah

,

Ustaz Hj Tuan Mahmud Tuan Soh 09-9570923

013-9817321

Ustaz Nuh

11. Madrasah Darul Ilmi

Pondok Bukit Gading,

17500 Tanah Merah

,

Ustaz Hj  Muhammad  Awang 019-9272388

Ustaz Hj Alias

12. Madrasah al-Diniah al-Falahiah

, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh

Ustaz Wan Rosli b Ibrahim 019-9481330

Ustaz Rosli

13. Madrasah An-Najmiah

Pondok Geting, Kg Geting, 16200 Tumpat

,

Tuan Guru Hj Abdullah Sa’amah 019-9095839

Ustaz Rosli

14 Madrasah Diauddin

Pondok Gual Dalam,

D/A Petis Surat No 7 Banggol Kulim,   Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang

http://www.pondokluboksetol.webs.com/

Ustaz Hj Abdullah Zawawi 019-9537489

Ustaz Asyek

Pondok Kelantan Bukan Ahli PPPB




Bil

Nama Pondok

1 Pusat Pengajian Pondok,

Kg Telong ,Kandis, Bachok

( Bawah kelolaan YIK)

Tel. 09-7789161

Syeikh : Ustaz Mahsor

2 Pondok Banggol Stol,

Kg Banggol Stol, 17070 Pasir Mas, Kelantan

( Pelajar sekolah & orang tua )

Tel. 09-7911303

http://pondokbanggolstol.com/

3 Madrasah Nasrullah

Pohon Buloh, 17000 Pasir Mas (Pusat Tarbiah)

Tel. 09-7909001

,

4 Pondok Kuin Pasir

Jelawat, Bachok

Tel. 09-7782440

Ustaz Zulkifli

,

5 Pondok Haji Yaakub Samba

Lot 1383 Kg Cherang Tuli, Mukim Padang Pak Amat,

16800 Pasir Puteh, Kelantan

Ustaz Hj Abdul Rahman b Draman

019-9137072

(Pelajar bujang, Kelamin dan Orang tua)

http://pondokcherangtuli.blogspot.com/

,

6 Madrasah Daril-Nnaim

Kampong Kubang Bongor, 16400 Melor, Kota Bharu

( Kelamin dan Tahfiz)

Tel. 09-7912839

,

7 Madrasah Diniah Yusufiah

( Pelajar Sekolah dan orang tua)

Tel. 09-7941515

Ustaz Hj Muhammad

, Pondok Jaba, Jeli

8 Pondok Mahiliah

( Pelajar Sekolah)

, Kg Tebing, Pengkalan Kubor,16200 Tumpat, Kelantan

9 Pondok Mahligai

(Pelajar sekolah dan orang tua)

, Melor

10 Pondok Panglima Bayu

Tanah Merah

11 Pondok Darul Hanan

(seliaan Dato’ Dasuki Ahmad)

(orang tua)

, Tumpat

12 Pondok Kampung Jal

Tumpat

13 Pondok Lati,

( orang tua)

Pasir Mas

14 Madrasah Diniah Ihsaniah

Pondok Hutan Pasir

Lot 2319 Kg Hutan Pasir, Tal Tujuh

17030 Pasir Mas, Kelantan

09-7902754

15 Pondok Hidayah

, Machang

16 Madrasah Tarbiah Atfal

Pondok Talak, Cabang Empat Talak, 16210 Tumpat

,

17 Pondok Hj Ali,

Tok Uban

18 Pondok Panchor

Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

19 Pondok Sungai Keladi,

Pasir Mas

20 Pondok Tuan Guru Hj Ismail,

Kubang Gadong, Jenereh, Pasir Mas

21 Pondok Hj Hasan, Lemal ( dekat masjid Lemal)
22 Madrasah al-Munajjiyah

Pondok Sungai Bayu

Gua Musang, Kelantan

Mudir : Ustaz Tohir – 019-9073053 / 017-9560129

23. Pondok Padang Bongor, Tanah Merah (Tahfiz )

Ustaz Rusydi

24 Pondok Ihya’ al-Ulum

D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Jalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan

Ustaz Subki : 019-9394185 / 09-7905477

Pondok Johor

BIL ALAMAT PONDOK

PENGETUA

TELEFON

1 Madrasah Ribat, Parit Perupuk, Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor Tuan Guru Tengku Ramli b Aman 016 644 1770
2. Madrasah Miftahul Muarif, Kg Padang Lalang, Jorak, Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor Ustaz Hj Nazaruddin b Sarbini 016 644 0936
3. Madrasah Darul Istiqamah, Kg Simpang Baba, 84000 Muar, Johor Ustaz Imran b Mat Kahar 012 226 0403

Pondok Selangor

BIL ALAMAT PONDOK

PENGETUA

TELEFON

1 Madrasah Islamiah, Pondok Jenderam, Lot 4029 Kg Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, 43600 Dengkil, Selangor

www.aljenderami.com.my

Ustaz Hj Muhd Hafidz Selamat 03-8768 0862
2. Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin, Lorong 3, Jalan Hj Amin, Kg Labuhan Dagang, 42700 Banting, Selangor Ustaz Hj Ahmad Ansori b Morshid 019 345 6083
3. Raudhatul Ulum, Markaz Tarbiyah Islamiah, Darul Atiq (Caw) Ulu Rening, Batang Kali, 44300 Ulu Selangor, Selangor Ustaz Hj Ahmad Lizam b Ghazali

Pondok Kedah, Perlis & Pulau Pinang

BIL ALAMAT PONDOK

PENGETUA

TELEFON

1 Madrasah Darul Muhajirin, Kg Pengkalan Sangga, Padang Chempedak, 13310 Tasir Gelugor, Seberang Prai Tuang Guru Hj Abdul Wahab b Husin 04-5733948
2. Madrasah Sa’adatul Wataniah, Pondok Telaga Panchor, Kg Tembak, 09300 Baling, Kedah Ustaz Hj Ismail b Hj Taib 04 4626370
3. Madrasah Tahzib an-Nufus,

Pondok Ustaz Awang Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, 09210 Baling, Kedah

Tuan Guru Hj Wahab b Hassan 04-4791475
4. Madrasah Tuan Guru Hj Abu Bakar Taib Ustaz Ibrahim b Jaafar 04-4791307
5. Madrasah Misbahul Falah,

Pondok Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, 09210 Baling, Kedah

Ustaz Ahmad b Hj Omar 04-4791701
6. Madrasah ad-Diniah al-Latifiah,

Kg Kuak Luar, 33100 Pengkalan Hulu, Kroh, Perak

Tuan Guru Hj Abdul Latif b Abdul Rahman
7. Madrasah Diniah Ahmadiah Islamiah,

Pondok Ahmad Nahu, Kg Kuala Beris, Nami, 08210 Sik, Kedah

Tuan Guru Hj Ahmad b Talib 04-7520902
8. Madrasah Irsyadiah Islamiah, 08700 Ampang, Jeneri, Kedah Tuan Guru Hj Zakaria b Ismail 04-4645621
9. Madrasah Nur Islamiah, Gajah Mati, 06700 Pendang, Kedah Tuan Guru Hj Abdul Rahim b Abdul Rahman 04-7597255
10. Madrasah Takwiyatul Islamiah,

Pondok Bukit Lada, Jln Kubor Panjang, 06760 Pokok Sena, Kedah

Tuan Guru Hj Abdullah b Lebai Saman 04-7821387
11. Madrasah Ijtimaiyyah al-Ahmadiah, Tanjung Bedil, Mukim Gunung, 05150 Alor Setar, Kedah

12. Madrasah al-Hidayah al-Hukmiah, Pondok Permatang Nibong, Pida Tiga, Mukim Jeram, 06000 Jitra, Kedah Ustaz Abdul Rauf  b Hj Awang 04-9164264
13. Madrasah al-Falah as-Samaniah ad-Diniah, Pondok Alor Janggus, Mukim Padang Lalang, 06250 Alor Setar, Kedah Tuan Guru Hj Zakaria b Hj Mohd Saman 04-7338644
14 Madrasah Ulum Diniah al-Uthmaniah, Pondok Tanjung Kapor, 06000 Jitra, Kedah Ustaz Hj Sobri b Osman 04-9163791
15 Markaz at-Ta’lim wa Tarbiah, Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, 08200 Sik, Kedah Tuan Guru Hj Abu Bakar b Ibrahim 04-4693869
16 Ribat Nasrul Nuhajirin

Peti Surat 200, Permatang Kaka, Megat Dewa, 06100 Kodiang, Kedah

Ustaz Hj Mohd Nasir b Abdul Ghani 019 4803578
17 Madrasah Manabi’ a-Ulum ad-Diniah

Kg Pida Dua, Telaga Batu, Mukim Jeram, 06000 Jitra , Kedah

Ustaz Hj Mohd Rejab b Md Akhir 04-7944931
18 Madrasah Darul Muhtadin,

Belakang Masjid, Sg Pau, Jeniang, 08700 Sik, Kedah

Ustaz Othman b Din 012 5849813
19 Maahad Dar Muhajirin

Kg Bukit Gajah Teriak, Mukim Binjal, 06000 Jitra, Kedah

Ustaz Hj Mohd Khirul Anuar b Shafie 019 5104948
20 Madrasah at-Tarbiah,

Pondok Kg Landai, Gulau Sok,08210 Sik, Kedah

Tuan Guru Hj Ahmad Zahari b Yusof 04-7521424
21 Madrasah ar-Rahmaniah

Seberang Pekan Sik, 08210 Sik,Kedah

Tuan Guru Hj Salleh b Musa 04-4695926
22 Pondok Semeling, No 5 Kg Paya Suri Semeling, 08100 Bedong, Kedah Ustaz Ahmad Luthfi b Abu Seman 04-4571592
23 Madrasah as-Sa’adah al-Islamiah

Pondok Gajah Mati, Kg Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, 06700 Pendang, Kedah

Ustaz Hj Wan Mohd Izudin b Hj Wan Ibrahim 04-7593755
24 MADRASAH ADDINIAH ALMARDIYAH
LOT NO 1550, KAMPUNG SEBERANG SG KOB
09700 KARANGAN,KULIM
KEDAH
USTAZ ROSSHAM BIN YUSUF
25 PONDOK BEGIA
MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH
KAMPUNG BEGIA,JALAN JENERI,
08200 SIK,KEDAH.
UST.YUSSUF (MUDIR-0134175989) UST.AMRAN BIN HASSAN (0194058581)
26 Madrasah Tarbiyatul Awladiyyah Darul Ulum

Kg Kilim, Pulau Langkawi

Ditubuh pada tahun 2004

Ustaz Ayub
27 Madrasah az-Zuhudiah

Kg Charuk Salang, Parit Panjang, Kupang, 09120 Baling, Kedah

Ustaz Rifaie b Yaakob 04-4761443
28 Madrasah Islahiah

Pondok Ustaz Adnan, Kg Paya Kelubi, Sg Karangan, 09140 Padang Serai, Kedah

Ustaz Hj Adnan b Abdul Majid 04-4850284

Hasil lawatan muhibbah pegawai Pusat Pembangunan Pondok Berhad pada tahun 1999 dan sedikit perubahan pada 2009

Pondok Negeri Sembilan

BIL ALAMAT PONDOK

PENGETUA

TELEFON

1 Pondok Ustaz Raouf, jalan Padang ragut, Repah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan Ustaz Hj Abdul Raouf b Nurin 012 253 5486
2. Madrasah Mazahir Ulum, Kg tampin Linggi, 71150 Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan Ustaz Yaakob b Mohammad 012 931 3686

Pondok Melaka

BIL ALAMAT PONDOK

PENGETUA

TELEFON

1 Pondok Baitul Qurra’ wal Ilmi

Kampung Paya Rumput Jaya,

Sungai Udang,Melaka.

Ustaz Hj. Zulkifli bn. Hj. Ismail
2. Madrasah AI-Hasanah,

No. 236-1, Km. 5, Kampung Padang Temu, 75050 Melaka.

Ucapan ribuan terima kasih kepada para pengunjung blog ini yang telah memberi maklumat terkini berkenaan pengajian pondok yang belum tersenarai lagi  sebelum ini untuk dipaparkan. Semoga pusat pengajian Islam terus berkembang dalam melahirkan generasi pewaris ulama’

Ustaz Fuad Ebnu Ali

http://www.pmkt.com.my/

017-6367400

Pondok Pahang

BIL

ALAMAT PONDOK

PENGETUA

TELEFON

1 Madrasah an-Najah, Pondok Bukit Keledang, Kg Bukit Keledang, 28200 Mengkarak, Pahang Tuang Guru Hj Ahmad b Hj Ilyas 09-244 7958
2. Pondok Darul Huda, Kg Padang Luas, 28200 Mengkarak, Pahang Ustaz Khairuddin @ Sulaiman 09-255 6462
3. Pusat Pendidikan Islam an-Nuur, Dj-144 Kg Kuala Penor, 25150 Kuantan, Pahang Ustaz Hj Mokhtar b Senik

(Pengerusi)

09-551 2089
4. Markaz Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah
Bt 18, Kg Paya Pasir Jalan Maran 2800 Temerloh Pahang


5. Madrasah Ustaz Sobarudin Ustaz Sobarudin b Osman
6. Madrasah Darul Salam di Kampung Sri Damai, Kuantan. Ustaz Haji Wan Mohd Zukir Bin Wan Ismail

http://pondoksridamai.blogspot.com/

012-988 1971

* Bancian pada tahun 1997 dan sedikit perubahan pada 2009

SENARAI PONDOK-PONDOK TERENGGANU

BIL ALAMAT PONDOK

PENGETUA

TELEFON

1 Pondok Darussalam, 263 Taman Purnama, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Tuang Guru Hj Abdul Rahman b Ahmed 09-617 1386
2. Madrasah Darul Bayan, Kg Pinang Merah, 23100 Paka, Dungun, Terengganu Ustaz Saiuful Bahri b Mamat 09-827 3001
3. Madrasah Falahiah, Pondok Paku, Kg Kerandang, 22000 Besut, Jerteh, Terengganu Ustaz Hj Najmuddin b Mohamad 09-594 1280
4. Pusat Pengajian Taman Islam, Jalan Bakau Tinggi, Peti Surat 45, 24007 Chukai, Kemaman, Terengganu Ustaz Hj Mohd Zawawi b Hj Abdullah 09-859 1943
5. Pondok Bukit Jong, 5738 Kg Bukit Jong, Jalan Kelantan, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu Ustaz Syed Suhaimi b Syed Hasan Abdul Hadi 012 936 2387
6. Madrasah Batu 22, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Ustaz Awang b Deraman 019-947 7485
7. Madrasah Dual Ikwan, Pondok Lubuk Pandan, Kg Lubuk Pandan, 21040 Marang, Terengganu Ustaz Husin b Deraman 09-680 3297
8. Madrasah Matla’ Badrain, Pondok Jabi, 22020 Jabi, Terengganu Tuan Guru Hj Muhammad b Awang Teh 09-692 2964
9. Pondok Sungai Bari, Pondok Hj Lah Apal, Kg Apal Tuan Guru Hj Abdullah

(meninggal Mac 2008) kini diganti oleh anaknya


10 Madrasah As Sirotol Mustaqim
( Pondok Al Mustaqim )
Kg Batu 4, Binjai,
24000 Kemaman, Terengganu2. Pahang
Ustaz Wan Fakhrulradzi Wan Abdullah 098592797
11 Madrasah Al-Ikhlas,
Kg. Che Muhid, Guntong Dalam,
Setiu, Terengganu
Tuan Haji Ismail Talib 012-9504746
12 Madrasah al-Hidayah,
Lorong Haji Da,
Batu Burok, Kuala Terengganu,
Terengganu.
Ustaz Haji Mustafa Kamal Hamzah 019-9317963

* Bancian tahun 1997 dan sedikit perubahan pada 2009


29.09.2007 Foto | Jalinan Kasih FMDC-Darul Atiq, KKB

Alhamdulillah, aunty bersama Salman (Heromak) telah selamat sampai Ke Darul Atiq dalam misi Jalinan Kasih FMDC-Darul Atiq ini lebih kurang jam 11.30 pagi. Kami bertolak dari Sg Penchala, KL untuk menyampaikan amanah ahli FMDC dengan sebuah suv di penuhi kotak2 barangan sumbangan serta wang tunai berjumlah RM1,001. Di pertengahan perjalanan kami telah iringi oleh kakak aunty (Puan Zalinah Zubir) untuk menunjukkan arah higgga ke Darul Atiq.

Di Darul Atiq kami telah disambut oleh Ust. Supar. Penerangan ringkas berkenaan Darul Atiq ini telah serba sedkit membuka “kekaburan maklumat” kami yang kesana. Menurut Ust.Supar , Darul Atiq ini telah ditubuhkan oleh Ust. Ghazali Hasbullah pada tahun 1982 atas tapak tanah seluas 6 ekar yang telah di waqafkan. Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menampung mereka dari kalangan miskin, ibu tunggal,pesakit mental, mereka yang mempunyai masalah akhlak, penagih dadah dan anak yatim. Kesemuanya tinggal di perkampungan tersebut yang dibina sendiri sedikit demi sedikit. Hingga kini penghuni Darul Atiq termasuk tenaga pengajar telah berjumlah 130 orang.

Menurut Ust. Supar, jumlah perbelajaan harian di Darul Atiq ialah lebih kurang RM700 satu hari merangkumi makan minum. bil2, bayaran saguhati tenaga pengajar, belanja anak Darul Atiq yg melanjutkan pelajaran di luar Negara, bayaran ‘maintanance’ dan pelbagai belanja lain. Sumber kewangan Darul Atiq ialah dari hasil tenaga pengajar yang memberi ceramah agama disana sini. Apabila diajukan soalan samaada pusat pernah meminta bantuan dari mana-mana pihak, Ust, Supar menegaskan pengasas pusat ini, iaitu Ust Ghazali tidak pernah meminta secara rasmi kemana-mana badan pertubuhan samaada swasta atau kerajaan, namun demikian mereka tetap bersyukur kerana ada sahaja yang datang memberi sumbangan dalam berbagai bentuk.

Setelah penerangan ringkas mengenai Darul Atiq, Salman selaku wakil FMDC telah memberi penerangan ringkas mengenai FMDC dan diikuti dengan penyerahan barangan sumbangan ahli FMDC kepada Ust.Supar. Wang tunai hasil kutipan yang berjumlah RM1,001 tersebut telah diserahkan kepada Ust. Ghazali sendiri setelah lawatan ringkas disekitar kawasan Darul Atiq. Memandangkan sebuah tempat mengambil wuduk masih tertunda/terbengkalai kami sebagai wakil FMDC telah memohon agar wang sumbangan ahli FMDC berjumlah RM1,001 tersebut digunakan sebagai tambahan menampung kos penyiapan pembinaan yang di anggarkan berjumlah RM5,000. Bacaan doa kesyukuran atas sumbangan ahli FMDC telah mengakhiri misi kami ini.

UPDATED-11/10/07
Dalam kita berseronok untuk berhari raya yang tinggal beberapa hari lagi ini, ingat2lah mereka yang tidak bernasib baik ini. Jika ada yag ingin melawat tpt ini atau ingin memberi sumbangan atau wang zakat, ini maklumatnya:

Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq
Kg.Melayu Rasa,
Batu 341/2,
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan

Hubungi:
Ust.Ghazali Hasbullah
Bank: Maybank
No. Akaun: 162076546024
Tel: 03-60574869
h/p: 019-3298799

Ust: Supar
h/p: 013-2736704



Salman selaku wakil FMDC menyerahkan wang sumbangan ahli FMDC kepada Ust.Ghazali


Kelihatan Ust.Supar dan Salman,mengaminkan bacaan doa oleh Ust.Ghazali


Pengangkutan keluar kotak-kotak serta bungkusan sumbangan ahli FMDC untuk diserahkan kepada Darul Atiq

Heromak selaku heroFMDC juga...


Penghuni Darul Atiq turut membantu


Puan Zalinah bersama Iman, anak beliu turut mengangkat barangan keluar

4 ulasan:

SH berkata...

Terima kasih atas copy paste artikel saya (Uichi Gaban) mengenai Arwah Tuan Guru. Semoga Allah menempatkan Arwah Tuan Guru ditempat mereka yang soleh dan diredhaiNya - http://www.hishamnazir.net/2011/06/abuya-ustaz-ghazali-hasbullah-meninggal.html

fendi isa berkata...

sama2...terima kasih kembali..sebar2kan maklumat yg baik@berguna...

Unknown berkata...

Ustaz ghazali hasbullah suka mengutuk orang

Unknown berkata...

Ustaz ghazali hasbullah suka mengutuk orang