Panduan Bagi Peserta Perhimpunan Bersih 2.0
Fakta :
Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur
(Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL). Aman Dan Tanpa Senjata.
Tuntutan Bersih 2.0 :
- BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
- Reformasikan Undi Pos
- Gunakan Dakwat Kekal
- Akses Media Yang Bebas & Adil
- Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
- Kukuhkan Institusi Awam
- Hentikan Rasuah
- Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.
Kedudukan Parti-Parti Politik Termasuk PAS :
Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.
Jangkaan/ Unjuran :
Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mereformasikan pilihan raya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .
Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan :
- Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
- Duit-maksimum RM100 sahaja.
- Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
- Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
- Sediakan baju hujan berwarna kuning.
- Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan.
- Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
- Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
- Sedikit garam batu ; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
- Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
- Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis “N100 Respirator, N95 Respirator” dan “Surgical facemask” untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
- Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
- Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
- Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
- Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721.
Perkara Yang Tidak Dibenarkan :
- Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
- Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
- Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
- Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
- Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya.
- Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
- Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
- Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
- Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan :
- Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
- Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
- Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
- Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
- Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
- Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
- Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
- Jangan lupa “charge” bateri handphone dan kamera.
- Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
- Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
- Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
- Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
- Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab..
Semasa Perhimpunan Dan Perarakan :
- Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari “Field Commander” yang dilantik.
- Ikutilah arahan dari Unit Amal atau “Field Commander” sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada “Field Commander”
- Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan “Field Commander”.
- Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
- Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
- Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
- Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
- Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
- Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
- Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
- Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
- Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi “sound system” akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
- Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
- Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
- Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa.
- Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Selepas Perhimpunan :
- Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
- Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.- Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.
- Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
- Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.
Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi :
- Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan “Field Commander” Unit Amal.
- Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
- Jangan hampiri mereka.
- Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
- Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
- Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan
- Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
- Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
- Duduk jika pimpinan arahkan.
- Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air “water canon” berwarna kuning.
- Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
- Ambil gambar mereka jika sempat.
- Buat laporan Polis jika anda dikasari.
Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan :
- Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
- Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
- Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
- Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
- Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
- Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
- Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
- Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
- Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
- Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
- Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan :
- Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
- Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
- Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
- Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
- Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
- Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
- Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
- Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
- Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
- Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
- Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Tunggu! Perhatian… :
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.
Harapan Kita Semua :
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan erjay tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan erjay perundangan dan erjaya implementasi erjay kita.
Ingat, Himpunan Bersih erjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihan raya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada “Field Commander” atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
Sirru Ala BarokatiLlah….
Hidup Kebangkitan Baru Rakyat Malaysia!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! WaliLlah elhamd.
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Komandan Muslimat (B/2.0)
B/p : Dewan Muslimat PAS Pusat
Hak Anda Apabila Ditahan Polis (PDRM)
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Tidak Berpakaian Seragam. Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis Merah. Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :
• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.
1.3 Berpakaian seragam. Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda Polis. Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.
2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"
2.3 Adakah anda sedang ditangkap?
Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
• menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap?
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).
3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1 Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.
3.3 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di dalam Nota
Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum
ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.
4.2 Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.
4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.
4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
3. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
Maklumkan kepada mereka:
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
• Balai Polis di mana anda dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda
boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.
5.2 Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.
5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.
5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1 Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada
24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda
6.3 Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.
Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada
yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.
6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman
Maklumkan kepada Majistret:
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam,
pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang
wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam
tahanan.
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.
7.2 Apa yang perlu dilakukan
• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam
pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu,
setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg
anda.
7.3 Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis
wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan
berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak
untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-
- Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah - pemeriksaan pakaian
luaran.
- Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau
senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
- Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga.
Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
- Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam
badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.
8.3 Hak anda
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa
pemeriksaan dilakukan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis
wanita.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.
9.2 Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."
9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.
9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh
menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.
PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451
Salute & Sirru Ala BarokatiLlah
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Komandan Muslimat (B/2.0)
B/p : Dewan Muslimat PAS Pusat
'Kuning'kan seluruh negara pada 2 Julai
Sebagai suatu usaha menyahut seruan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 di ibu kota Kuala Lumpur, saya menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai 2011 sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 (berwarna kuning). Ia sebagai ‘warm up’ (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.
Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai 2011 tidak perlu diadakan sebarang himpunan. Cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap Himpunan ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.
Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2hb Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.
Rasional seruan saya ini adalah sebagai ‘warm up’ (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. Ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap Himpunan ini, dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di masa akan datang. Ini juga membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan Bersih adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan ini nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara. Selain itu, 2 Julai 2011 sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan ini.
Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai 2011 adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka.
HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan