Selasa, 7 Jun 2011

ALLAH SAJA TAHU BISU ATAU TAK...TAK JAUHLAH AGAKNYA DENGAN ULAMAK LESU...MANUSIA BOLEH KITA BELIT...BAGAIMANA DENGAN ALLAH...NAK BELIT JUGA KE...

'Tak boleh hukum orang syaitan bisu'
Abdul Rahim Sabri
Jun 6, 11
1:12pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar tindakan perwakilan PAS yang mengkritik ulama Umno dan mufti sebagai "syaitan bisu" kerana diam dalam isu video seks.

NONEKatanya, mereka tidak tidak boleh menghukum seseorang dengan melabelkannya sebagai "kumpulan yang salah atau syaitan bisu".

"Bila kita sebut syaitan (bisu) ini, saya ingat (ia) ungkapan yang tradisi dengan PAS.

"Jadi kita tengok ungkapan-ungkapan ini, saya rasa elok kita jaga adab (dan) akhlak Islam kerana dalam Islam, hanya Tuhan yang menentukan.

"Bagi saya, saya melihat (mereka) tak jadi syaitan (bisu)... Itu hak Allah (untuk menghukum)," katanya.

Perwakilan dalam muktamar PAS semalam mengkritik tindakan mufti dan ulama dalam Umno yang didakwanya gagal bersuara dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nor Azli Musa yang mewakili PAS Perak menyifatkan golongan itu sebagai "syaitan bisu" dan "lebih teruk daripada syaitan" ketika membahaskan usul mengutuk"fitnah" terhadap ketua pembangkang.

Bekliau juga menggesa para mufti supaya menghalang penyebaran fitnah daripada berlaku.


SAMA JUGALAH TIADA LAYANAN ISTIMEWA UNTUK YANG BUAT MUNGKAR...BERZINA..MINUM ARAK SERTA RASUAH DAN YG MENIPU...DOUBLE STANDARD ATAU MELAWAN HUKUM ALLAH SWT.....


Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH
Aidila Razak
Jun 6, 11
7:00pm

Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0.

NONEBercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa.

Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa.

NONE"Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," katanya.

Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang.

Mengulas muktamar itu, Hishammuddin berkata, jarang berlaku dalam perhimpunan agung sebuah parti memfokuskan menghentam kerajaan semata-mata.


Hisham: Saya tak tahu kegiatan adik
Aidila Razak
Jun 6, 11
6:02pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu.

NONEBercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein (kanan).

"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya."

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.

"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik.

Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan.


Hadi intai PM, dakwa Nazri
Joseph Sipalan
Jun 6, 11
2:40pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri.

NONENazri (kiri) berkata, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

"Jika Hadi fikir mereka boleh tawan Putrajaya, maka dia (fikir) akan jadi PM kerana Anwar sekarang dalam masalah," kata Nazri, merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat dan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sabtu lalu, ramai calon bukan ulama menang dalam pemilihan parti itu. Selepas 20 tahun, perwakilan juga memilih calon bukan ulama Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS yang baru.

NONESelain ketiga-tiga naib presidennya terdiri daripada golongan bukan ulama, sekurang-kurangnya 10 daripada anggota jawatankuasa pusatnya juga daripada kumpulan sama.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS menunjukkan kesedaran bahawa mereka tidak mampu mengambil alih tampuk kekuasaan tanpa sokongan bukan Melayu.

Sementara itu, mengulas ucapan dasar Hadi dalam muktamar PAS yang menyebut parti itu kini memfokuskan kepada agenda negara kebajikan berbanding negara Islam, Nazri berkata, ia tidak banyak berbeza dengan yang dijuarai Umno sekarang.

"Saya rasa Hadi rasa beliau boleh menjadi PM, walaupun saya sendiri rasa beliau tidak mampu untuk itu. Beliau cuba meyakinkan DAP bahawa harimau bintang sudah menukar tompoknya," katanya.


DAP: Rakyat perlu selamat & rasa selamat
Jun 6, 11 3:45pm

Walaupun kadar jenayah menurun, statistik itu tetap tidak dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka masih tidak selamat, kata ketua menteri Pulau Pinang.

NONESehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat perlu mengubah persepsi menunjukkan beliau gagal memahami perasaan awam.

"Tan Sri Muhyiddin gagal memahami bahawa orang awam bukan sahaja perlu berada dalam keadaan selamat tetapi mereka juga harus berasa selamat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

"Tidak ada statistik yang menunjukkan kejayaan memerangi jenayah dapat mengubah persepsi masyarakat sekiranya mereka berasa pada bila-bila masa mereka boleh diserang atau masih mendengar serta melihat kejadian jenayah."

muhyiddin yassinMuhyiddin (kiri) semalam dilaporkan berkata, mengubah persepsi masyarakat mengenai kadar jenayah menjadi agenda utama kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membentuk keyakinan masyarakat terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan.

'Alat mainan' politik

Katanya, berdasarkan kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, jenayah keseluruhan menurun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Dalam satu kenyataa hari ini, Lim juga berkata, keyakinan hanya dapat dikembalikan sekiranya terdapat kebebasan mutlak membanteras jenayah tanpa campur tangan dan kawalan politik serta melalui penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Selain itu, Lim juga mencadangkan:
  • Mengambil tindakan segera sama ada menangkap pesalah-pesalah dan mengemaskini data-data aduan berkaitan laporan penyiasatan.
  • Meletakkan anggota polis di kawasan-kawasan 'panas' di mana mereka mudah "dilihat, didengar dan dirasa".
  • Menubuhkan polis komuniti dengan kerjasama dan bantuan sukarela daripada polis peronda serta melakukan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).
anwar court trial 160511 police lineup outside lobbyKatanya, kriteria terpenting dalam memastikan keberkesanan anggota polis dengan memastikan bahawa tidak disalahgunakan sebagai 'alat mainan' politik.

"Tidak ada yang lebih melemahkan apabila melihat pihak polis memberkas penunjuk perasaan yang dilakukan secara aman yang anti-BN; tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penunjuk perasaan yang dilakukan secara membabi buta (oleh kumpulan) yang pro-BN...," katanya.



PPMM: Tugu 1Malaysia bukan keperluan mendesak
Abdul Rahim Sabri
Jun 6, 11
6:16pm

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpandangan bahawa pembinaan Tugu 1Malaysia "bukan keperluan mendesak" yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"PPMM mengesyorkan kepada pihak Kerajaan agar menumpukan kepada perkara-perkara yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat berbanding dengan pembinaan tugu tersebut," katanya.

Zainul Rijal (kanan) mengulas saranan pemimpin PAS, termasuk ahli jawatankuasa PAS Dr Mujahid Yusuf supaya Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji secara terperinci berhubung pembinaan tugu 1Malaysia.

Saranan itu dibuat ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis baru-baru ini menegah pembinaan tugu itu, antaranya kerana mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Zainul Rijal turut menggesa MFK membincangkan pendirian Perlis itu, seterusnya mewartakannya supaya ia menjadi undang-undang.

NONE"Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sahaja tidak mempunyai kuatkuasa perundangan, selagi belum diterima oleh negeri serta diwartakan.

"Pihak kerajaan seharusnya peka dengan sentiviti Islam ini supaya tidak tergelincir dari landasan hukum syarak yang sebenar.

"Setiap tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan perlu mengambilkira kedudukannya di dalam Islam sebagai agama bagi Persekutuan," tegasnya sambil mengingatkan supaya agenda kerajaan selari
dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan.

Menteri agama setuju tegahan bina tugu 1M'sia
Abdul Rahim Sabri
Jun 6, 11
1:01pm

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia.

NONE"Kita setuju apa pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya ada unsur-unsur pemujaan, supaya tidak kita wujudkan.

Diminta menghuraikan pendiriannya secara lebih lanjut, Jamil Khir berkata: "Kita tidak buat tugulah, kalau kita ikut pandangan mufti".

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas melawat Surau An-Najah di Taman Batu Muda, Gombak di ibu negara.

Jawatankuasa itu sebelum ini berpendapat tindakan kerajaan membina tugu 1Malaysia adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

PAS: Majlis fatwa mesti bincang
Abdul Rahim Sabri
Jun 6, 11
11:34am

Pemimpin PAS menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji secara terperinci keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia baru-baru ini.

Jawatankuasa itu membuat keputusan itu antaranya kerana khuatir ia boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

NONEAhli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf (kanan) berpendapat pembinaan tugu 1Malaysia dibimbangi menjadi 'objek penyembahan' seperti yang berlaku pada Tugu Negara.

"Malah saya lihat ia lebih kepada pembaziran dan melupakan kepentingan-kepentingan rakyat," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Muktamar PAS di Gombak baru-baru ini.

Dr Mujahid berkata, sebelum ini PAS ada membuat ketetapan dengan tidak bersetuju dengan tindakan bertafakur depan Tugu Negara.

"Menggunakan kaedah Saddul Zarai', iaitu menyekat daripada berlaku perkara yang lebih besar, maka (mungkin) ia menjadi asas fatwa (jawatankuasa fatwa Perlis), takut menjadi objek penyembahan," katanya.

NONEDr Mujahid bagaimanapun masih belum lagi melihat asas-asas perincian berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa fatwa negeri Perlis.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut bersetuju agar keputusan fatwa negeri Perlis itu dibincangkan MFK secara terperinci.

Bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu - yang ditemui selepas membuat pemilihan di Muktamar PAS - enggan mengulas lanjut berhubung fatwa tersebut.

Sebaliknya mereka meminta perkara itu dirujuk kepada tokoh ulama atau anggota Dewan Ulama yang lebih dianggap lebih layak memberikan pendapat berhubung perkara itu.

SETUJU....ORANG2 ISLAM JUGA KENA LUNAS TUGAS2 YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH...JANGAN NAK BERDALIH2...BELIT2 BERCAKAP UNTUK NAK MENANG BERHUJAH....

MB gesa penjawat awam lunaskan tugas
Jun 6, 11 4:06pm

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini meminta penjawat awam di negeri itu berusaha melunaskan tugas harian mereka sebelum pulang ke rumah masing-masing pada sebelah petang.

md isa sabu and supporters in perlis 170308Katanya menerusi cara itu, mereka dapat mengelakkan tunggakan tugas yang selama ini menghalang kelicinan sistem penyampaian kerajaan.

"Perlis telah menjana wawasan Perlis Maju 2015 dan untuk mencapai wawasan itu, penjawat awam perlu menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka," katanya berucap pada perhimpunan bulanan penjawat awam Perlis, di Kangar.

Beliau juga meminta warga perkhidmatan awam di negeri itu menguruskan kewangan peribadi mereka secara bijak, agar tidak terbeban dengan masalah hutang sehingga menjejaskan prestasi kerja.

Ini kerana katanya, ada penjawat awam yang terpaksa membelanjakan sehingga 40 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang.

--Bernama

Tiada ulasan: