Kedua-dua wanita itu dilapor ditahan awal pagi 9 Jun lalu, atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.
"Kita telah menjalankan siasatan dan sudah menyerahkan laporan (berhubung insiden itu) kepada ibu pejabat imigresen di Putrajaya hari ini.
"Tunggulah keputusan daripada ibu pejabat imigresen dan kementerian," kata pengarah Imigresen Johor, Mohd Nasri Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.
Mohd Nasri bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataaannya bercanggah dengan keputusan ibu pejabat.
Akhbar harian berbahasa Cina di Singapura - Lianhe Zaobao, melaporkan kejadian itu berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.
Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.
Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.
Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.
Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.
Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.
Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.
Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.
Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.
Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.
Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.
"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.
"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina,” kata Lin kepada akhbar itu.
Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.
Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.
Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu.
Dr Chua sebaliknya berkata, beliau tiada ketika mesyuarat itu bulan lalu membincangkan tindakan menamatkan "super subsidi" untuk sembilan jenis kenderaan komersial, seperti didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya rasa menteri mungkin tidur, kerana saya tidak hadir mesyuaat itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.
Sejak subsidi diesel super ditamatkan pada 1 Jun lalu, MCA mendapat banyak aduan daripada pengusaha nelayan laut dalam yang mahukan kerajaan mengembalikan harga diesel yang sebelum ini dinikmati mereka pada harga RM1.25 seliter.
Kebanyakan mereka tidak puas hati kerana terpaksa membeli diesel pada harga biasa RM1.80 seliter seperti pengguna biasa dan mendakwa tindakan kerajaan itu bukan sahaja menyebabkan kos mereka naik tetapi enggan berunding.
Turut menyelar tindakan kerajaan yang tidak mahu berbincang itu adalah timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok.
Katanya, Dr Chua telah berjumpa dengan nelayan laut dalam itu dan berjanji memanjangkan keluhan itu kepada MTEN yang mana beliau turut menjadi anggotanya.
Walaupun bersetuju dengan keputusan penyelarasan subsidi itu, Dr Chua berkata pelaksanaannya perlu diambil kita.
"Sekiranya menteri (Ismail Sabri) mengambil kira pandangan nelayan dan memahaminya masalah mereka, semua ini tidak akan berbangkit," kata bekas menteri kesihatan itu.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000.
Sebelum ini, pada pembentangan Bajet 2011, perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu telah memohon RM162,805,323,000.
Permohonan dana tambahan itu dibuat pada masa kerajaan pusat cuba mensasarkan pertumbuhan enam peratus tahun ini.
Namun pengurangan subsidi bagi gula, elektrik, gas asli dan diesel tahun ini menyebabkan tekanan inflasi dan ini membantutkan perbelanjaan.
Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah kepada RM176 bilion.
Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu.
Peruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum untuk tahun ini (RM5.6 bilion), menampung pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi penggunaan RM20 dan ke bawah (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan kemahiran di seluruh negara (RM100 juta).
Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.
Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen.
Sambil menyindir perhimpunan itu, Ahmad berkata, BERSIH akan menjadi "titik hitam" yang menjejaskan prestasi baik kerajaan dalam "364 hari lagi".
"(Ia) susahkan rakyat, rugikan penjaja, rugikan peniaga yang ada kedai, rugikan pemandu teksi," katanya.
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dan beberapa NGO bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan tuntutan lapan perkara bagi membaikpulih sistem pilihan raya.
Tuntutan itu bagi membersihkan daftar pemilih, mereformasikan sistem pengundian pos, memperkenalkan dakwat kekal, memastikan akses kepada media bebas dan adil, menjamin tempoh minima 21 hari berkempen, menghentikan rasuah dan politik kotor.
Bercakap dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Ahmad menyifatkan perhimpunan itu sebagai ancaman kepada ekonomi negara, khususnya terhadap industri perlancongan dan pelaburan asing.
"Ia (BERSIH) bukan ancaman pada UMNO saja, ia ancaman pada negara. Kita lihat perhimpunan dulu (pada 2007), enam bulan baru pelancong kembali pada tahap sebelumnya," kata Ahmad Maslan.
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, belum pernah ada demonstrasi anjuran pembangkang berlangsung dengan tenang setakat ini.
"Tidak pernah lagi berlaku perkara itu. Pengalaman kita tidak pernah ada demonstrasi yang aman.
"Ada seorang saja yang 'histeria', habislah," katanya ketika ditanya tentang dakwaan Pemuda PAS yang menjangkakan perhimpunan itu akan aman sekiranya polis memberikan kerjasama.
Pembangkang jadi dalang
Ahmad juga berkata, BERSIH bukan mewakili kehendak NGO, sebaliknya didalangi pemimpin Pakatan, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita tahu yang dibelakang-belakang ini semua (BERSIH 2.0) adalah pembangkang. Ini adalah alat pembangkang.
"(Ini) agenda kotor," katanya sambil menunjukkan gambar pemimpin PKR, DAP dan PAS dalam majlis kempen BERSIH.
Ahmad sebelum itu mengadakan perbincangan dengan NGO Melayu Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang menentang penganjuran perhimpunan tersebut.
Antara hasilnya, Ahmad berkata, beliau mencadangkan semua berkaitan, termasuk persatuan penjaja dan pemandu teksi membuat laporan polis boleh dan menyaman penganjur perhimpunan itu.
"Saya mengesyorkan NGO yang lain buat laporan polis sebanyak yang boleh. Pemandu teksi (pun boleh) sediakan peguam-peguam untuk saman," katanya.
Turut hadir penasihat Pekida Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan Datuk Hamzah Daud dan Presiden Datuk Roslan Dahaman.
Katanya Lot 8 yang juga mempunyai sebuah rumah yang ditaksirkan bernilai RM3.9 juta tetapi dijual kepada Khir pada harga RM2.9 juta.
Manakala Lot 10 yang kosong itu ditaksirkan berharga RM918,000 tetapi dijual pada RM600,000, dalam urusniaga berkenaan.
Noor Faizah, 48, bertugas di pejabat penaksir di Shah Alam bertanggungjawab bagi menentukan nilaikedua-dua plot tanah itu pada urusniaga yang dijalankan pada 2007 itu.
Katanya, beliau pernah bertanya kepada pemilik tanah berkenaan - Pengarah Ditamas Datuk Shamsuddin Hayroni - mengapa harga jualan sebegitu rendah ketika melawat hartanah itu.
"(Dia) bagitahu saya dia ada masalah dan (terpaksa) jual tanah di bawah nilai harga pasaran,” katanya ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Dusuki Mokhtar.
Semalam, Shamsuddin pada keterangannya berkata beliau tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menjual tanah itu kepada Khir.
Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui Shamsuddin.
Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Bagi kaum pribumi di Semenanjung Malaysia yang berjumlah 150,000 atau dikenali sebagai Orang Asli yang kini dikategorikan sebagai 'lain-lain' dalam semua dokumen dan borang rasmi, istilah itu satu penghinaan kepada mereka.
Menurut perwakilan masyarakat Orang Asli, mereka dibenar mendaftarkan bangsa anak mereka pada sijil kelahiran sebagai 'Orang Asli' dan pengiktirafan itu berhenti setakat itu sahaja.
Ruang atau kolum 'bangsa' dalam semua borang dan dokumen rasmi kerajaan yang lain termasuk kad pengenalan hanya membenarkan mereka memilih 'lain-lain' sahaja.
"Ini satu penghinaan. Ia seolah-olah Orang Asli tak wujud,” kata Juli Blat dari Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, ketika dihubungi semalam.
"Nampaknya status kami sebagai penduduk asal di Malaysia tidak diiktiraf. Isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kebanyakan aktivis Orang Asli.”
Aktivis Orang Asli dari Pahang Bob Manolan berkata amalan sekarang ini langsung tidak mencerminkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri.
"Siapa ini 'lain-lain'? Jika kerajaan ingin mengkategorikan kami sebagai 'lain-lain', mereka seharusnya membuang bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India - letak sahaja kewarganegaraan kami dan hapuskan sahaja bangsa.
"Kalau mereka mahu letak bangsa, pilihan juga mesti diberikan kepada bangsa-bangsa lain,” katanya.
Mengongsi pandangan yang sama adalah penyelaras Rangkaian Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia Tijah Yok Chopil yang berkata hak untuk menyatakan sesuatu bangsa tidak sepatutnya dihadkan kepada kaum tertentu sahaja.
"Kami adalah orang asal di bumi ini tetapi apabila timbul soal bangsa, kami dikategorikan sebagai 'lain-lain', ini tidak adil,” kata aktivis dari Perak itu.
"Kerajaan patut hapuskannya saja. Cuma letak kami sebagai warga Malaysia,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan