Hubungan seks suami isteri dalam Islam
Di atas pengalaman rumahtangga kawan yang runtuh bagaikan negara Haiti yang digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7 scala richter. Kali ini penulis terpanggil untuk menulis sedikit sebagai nasihat kepada pembaca-pembaca untuk menghayati tajuk kali ini. Rumahtangganya yang runtuh dan ranap menyembah bumi bukan retak lagi berpunca dari hubungan seks yang hambar atau kurang hubungan seks pada awal perkahwinan mereka.
Walaupun penulis sendiri sekarang adalah dalam kumpulan yang sederhana dalam hubungan seks tetapi jika keperluannya tinggi akan berusaha juga memenuhi hajat tersebut dengan apa cara sekalipun. Seks adalah fitrah manusia yang indah dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Kepada lelaki yang kurang minat dalam hubungan seks adalah suatu yang tidak normal atau pun dikatakan lelaki ini mempunyai masalah dengan hormon sex testosterone.
Membicarakan tentang seks perlu sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan. Bagaimanapun seks tetap menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah pengetahuan seks yang sebenarnya.
Dalam Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.
Banyak pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.
Banyak nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.
DALAM Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:
"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)
Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu
"Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati".
"Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu dia menolak ajakan tsb. hingga ia menjadi marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh." (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)
"Hak suami terhadap isterinya adalah tidak menghalangi permintaan suaminya kepadanya sekalipun sedang di atas punggung unta".
Tetapi janganlah kita menggunakan ayat ini untuk melakukan seks didalam kereta pulak nanti padah, terjadi kemalangan jalanraya. Tapi ayat itu bermaksudnya bertapa pentingnya permintaan sang suami yang tidak boleh ditolak oleh sang isteri dalam melakukan hubungan seks.
Dalam buku Fiqhus Sunnah karangan Sayyid Sabiq Ibny Hazam berkata:
Suami wajib mengumpuli isterinya sedikitnya satu kali setiap bulan jika ia mampu. Kalau tidak, bererti ia durhaka terhadap Allah SWT. Kebanyakan Ulama sependapat dengan Ibnu Hazm walaupun terdapat beberapa perbedaan pendapat. Bagaimanapun ini memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan semata kepentingan para suami tetapi juga keperluan naluri kewanitaan dalam hubungan lelaki/wanita.
Suatu malam Khalifah Umar Al Khattab meronda kota Madinah dan Umar mendengar keluhan dan rintihan seorang wanita dalam rangkapan kata katanya:
Malam ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam. Sudah lama aku tiada kawan untuk bersenda gurau. Demi Allah!. kalau tidak kerana takut kepada Allah SWT semata mata tentulah kaki kaki tempat tidur ini sudah bergoyang-goyang. Tetapi, O Tuhanku! Rasa malu cukup menahan diriku Namun, suamiku sungguh lebih mengutamakan mengendarai untanya.
Rupanya suami wanita ini selalu bertugas pergi berjihad fisabilillah. Saidina Umar kemudian menetapkan waktu tugas bagi tenteranya untuk berada di medan tempur hanya selama enam bulan, sebulan untuk pergi, empat bulan di medan tempur lalu sebulan untuk pulang.
Dari kisah di atas memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan saja keinginan kaum lelaki tetapi juga keinginan semula jadi wanita apa lagi dalam ikatan yang sah sebagai suami/isteri.
Seorang sahabat Nabi SAW pun pernah menyelesaikan masalah seorang wanita yang mengadu hal tentang suaminya yang tidak suka melayani keinginan seksnya kerana hanya suka berpuasa dan bersolat sepanjang masa. Lalu sahabat ini menasihati suami wanita ini melalui hujjahnya:
"Sesungguhnya isterimu mempunyai hak atas dirimu. Bahagian dia ada pada yang empat (dua paha lelaki, dua paha perempuan) bagi orang yang berakal. Berikanlah kepadanya. Dan janganlah anda perpanjang alasan."
Rasulullah saw bersabda:
"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."(HR. Muslim )
Malah Rasulullah saw mengajarkan ini:
"Jika seseorang di antara kamu melakukan hubungan seks dengan isterinya hendaklah bersungguh sungguh. Bila ia sedang menyelesaikan keperluannya itu padahal isterinya belum sampai kepada klimaksnya, maka janganlah ia tergesa gesa (untuk mengakhirinya) sebelum keperluan isterinya diselesaikan pula".
Hadis ini memperlihatkan bahawa hubunga seks suami isteri bukan semata pemuasan hawa nafsu satu pihak sahaja tetapi juga keperluan fisik dan biologi kedua keduanya, suami dan isteri. Misalkan lagi tentang Azl. Azl adalah satu kaedah hubungan seks yang biasa dilakukan oleh bangsa Arab untuk menjarakkan kehamilan yaitu suami mengeluarkan air maninya di luar faraj isterinya. Dalam kaedah ini Nabi saw mendiamkan tanpa bantahan. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Azl itu boleh jika isteri setuju dan makruh jika isteri tidak setuju. Pendapat fiqh ini memperlihatkan bahawa kepuasan melakukan hubungan seks tetap menjadi perkara utama dalam hubungan suami isteri.
Setiap pasangan suami isteri haruslah melihat hubungan seks dari sudut yang betul dan tepat kerana hubungan seks bukan semata hanya memenuhi keinginan fisik tetapi lebih dari itu. Banyak pasangan yang hidup bertahun tahun tidak dapat menikmati kepuasan hubungan ini malah banyak pula yang merasa hambar, kurang daya upaya yang akhirnya hanya sekadar menjadi tugas rutin semata. Akibatnya ada yang mencari jalan keluar dengan tarikan tarikan seks yang lain seperti hubungan seks luar nikah atau sekadar menonton video-video lucah sehingga sukar menjauhi perbuatan onani walaupun sudah ada isteri atau suami.
Sunat
Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat dengan syarat ketika suami menginginkan hubungan berkenaan isteri berada dalam keadaan suci tanpa uzur.
Perkara ini berdasarkan riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing."
Makruh
Makruh melakukan hubungan seks apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu yang tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.
Haram
Haram hukumnya melakukan hubungan seks apabila isteri berada dalam keadaan haid seperti firman Allah SWT, maksudnya:
"Janganlah kamu mendekati mereka (isteri kamu untuk melakukan hubungan seks) hingga mereka bersih." (Surah al-Baqarah, ayat 222).
Pakar perubatan moden juga bersetuju bahawa perempuan yang sedang haid tidak boleh disetubuhi kerana pada waktu itu mereka sedang mengeluarkan darah kotor yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.
Di samping itu, pada masa haid saraf alat kelamin mereka sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Diharamkan juga bersetubuh pada siang puasa Ramadan dan pada waktu melaksanakan ihram atau menyetubuhi isteri melalui duburnya.
Demikian besarnya perhatian Islam dalam masalah pernikahan, khususnya masalah hubungan seksual hingga suami dan isteri tidak ada berasa dirugikan atau dipaksa.
Perkara itulah yang dipesan Rasulullah SAW dalam sabdanya:
"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan. Sesungguhnya kamu ambil mereka dengan amanah Allah dan kamu halalkan mereka dengan kalimah Allah." (Hadis riwayat Muslim)
Dengan kesedaran ini, maka suami dan isteri akan melakukan hak dan kewajipan mereka dengan baik berdasarkan panduan Al-Quran dan sunnah. Tidak akan ada yang berasa dizalimi atau menzalimi. Suami dan isteri sama berusaha menciptakan keluarga bahagia baik di dunia atau akhirat.
Wasallam.
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2010/02/hubungan-seks-suami-isteri-dalam-islam.html#ixzz1PH0fjLFg
Bilakah waktu terbaik mengadakan hubungan seks supaya cepat hamil?. Projek untuk dapat baby!
Jika pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahayamata setelah berkahwin 2 atau 3 tahun. Jangan susah hati kerana belum lagi rezeki anda atau masalah kesihatan pasangan anda yang mungkin tidak boleh dijawabkan sebelum berjumpa dengan pakar sakit puan/tuan.
Ada banyak maklumat yang salah pada saat anda boleh hamil dan apabila anda tidak boleh. Dalam kelas-kelas pendidikan seks yang, banyak dari kita diberitahu anda boleh hamil jika anda melakukan hubungan seks bila-bila masa selama kitaran anda. Pasangan suami isteri mengatakan bahawa mereka boleh hamil bila-bila masa boleh menjadi cara yang berkesan untuk menggalakkan mereka untuk menunggu untuk melakukan hubungan seks, tetapi maklumat ini jauh dari tepat.
Untuk hamil, anda perlu melakukan hubungan seks sebelum anda berovulasi, dengan dua atau tiga hari sebelum ovulasi menjadi hari yang paling subur. Tapi bagaimana anda tahu bila anda akan ovulasi? Dan bila seberapa sering seharusnya anda melakukan hubungan seks jika anda ingin hamil?
Meramalkan ovulasi dan Mitos 14 Hari
Hal lain sering mendengar, bahkan dari doktor, adalah ovulasi iaitu pada hari 14 dari kitaran haid (dengan satu hari menjadi hari anda mendapatkan haid). Sesetengah wanita mendengar ini dan memutuskan untuk merancang untuk melakukan hubungan seks pada 14 hari. Masalahnya ialah bahawa ramai wanita tidak berovulasi pada hari 14 dari kitaran mereka. ovulasi boleh berlaku pada awal 10 hari dan hingga akhir 20 hari (atau bahkan lebih, terutama jika kitaran anda tidak teratur).
Jadi bagaimana anda boleh meramalkan bila anda akan berovulasi? Ada banyak kaedah yang sedia, termasuk menggunakan kit ovulasi meramalkan atau memeriksa suhu tubuh badan anda. Ada kelebihan dan kekurangan untuk kaedah ini.
Tanda-tanda ovulasi
Tetapi kajian mengatakan bahawa hari terbaik untuk melakukan hubungan seksual ketika cuba untuk hamil adalah hari anda melihat lendir leher rahim paling subur. Subur lendir serviks adalah lelehan lendir serviks yang menyerupai putih telur mentah dan biasanya muncul pada hari-hari sebelumnya sebelum ovulasi.
Tanda-tanda ovulasi tidak sukar untuk tahu, begitu anda tahu apa yang harus dicari. Beberapa tanda-tanda ovulasi membantu memberi amaran kepada anda bahawa ovulasi sudah dekat, membolehkan anda untuk melakukan seks masa untuk kehamilan. Tanda-tanda lain dari ovulasi membiarkan anda tahu bahawa ovulasi telah berlalu. Walaupun ada banyak kaedah di bawah ini, jangan berfikir bahawa anda perlu menggunakan mereka semua. Itu akan membuat anda tertekan dan anda berfikir tentang hamil bahkan lebih dari yang anda mungkin sudah lakukan. (Sesuatu yang tidak disarankan!)
Jika anda tidak melihat tanda-tanda ovulasi, atau tempoh anda tidak teratur, anda pasti harus membiarkan doktor anda tahu. Maklumat ini dapat membantu doktor membuat diagnosis ketidaksuburan.
Tanda ovulasi. Lendir Serviks
Sebagai pendekatan ovulasi, perubahan lendir serviks anda dalam jumlah dan konsisten. Bila anda tidak ovulasi, lendir serviks mungkin muncul melekat atau krim, atau mungkin seluruhnya tidak ada. Sebagai pendekatan ovulasi, lendir serviks menjadi lebih berlimpah, memuat konsisten mentah-telur-putih seperti berair untuk, dan membentang sampai satu inci atau lebih di antara jari anda.
Apa Lendir serviks Putih Telur?
Ovulasi dan Lendir serviks: Bagaimana Semak Lendir Serviks anda
Menggunakan Lendir Serviks untuk Seks Waktu untuk Kehamilan
Sebuah kajian yang dilakukan di University of North Carolina memandang yang merupakan ramalan yang lebih baik dari seks yang akan mengakibatkan kehamilan: seks berdasarkan tubuh suhu badan mencatat hasil atau perubahan lendir serviks.
Apa yang mereka temukan adalah bahawa, terlepas dari apa hari benar-benar terjadi ovulasi, kehamilan lebih mungkin terjadi jika pasangan telah melakukan hubungan seks pada hari ketika lendir serviks subur hadir. Ini mungkin kerana lendir serviks membantu sperma bertahan hidup dan "berenang bersama." Namun, ada alasan lain mengapa menunggu sehingga hari-hari anda paling subur mungkin bukan cara terbaik untuk pergi tentang hamil.
Mengapa Menunggu ovulasi Bukankah Idea Terbaik.
Kadang-kadang kita begitu obses tentang seks pada waktu yang tepat, kita mungkin mengabaikan seks pada waktu lain selama kitaran. Seks mulai merasa lebih seperti kerja rumah, menjadi kurang tentang cinta dan sambungan. Hal ini dapat meletakkan tekanan yang besar pada hubungan.
Selain itu, meskipun, ada alasan lain untuk tidak menunggu yang berkaitan dengan kesuburan anda sendiri.
Jika anda cuba untuk seks waktu hanya untuk ovulasi, anda akan lebih mudah kehilangan peluang anda. Jika anda menunggu tanda-tanda ovulasi, ia boleh berlaku ketika hubungan seks saja tidak mungkin.
Penyelidikan tidak mengatakan bahawa seks selama enam hari sebelum ovulasi memang memiliki kemungkinan menyebabkan kehamilan. Jika anda bercadang untuk melakukan hubungan seks dua hingga tiga kali seminggu, terlepas dari tanda-tanda kesuburan, anda cenderung berkaitan seks paling tidak sekali selama tempoh masa enam hari. Ini kurang stres daripada cuba untuk seks masa selama beberapa hari tertentu.
Selain itu, kajian kajian telah menunjukkan bahawa selepas 10 hari puasa, kualiti dan kuantiti sperma sangat berkurang. Sperma kualiti dan kuantiti puncak, bagaimanapun, selepas satu atau dua hari puasa.
Jika anda menunggu untuk melakukan hubungan seks sehingga anda memiliki tanda-tanda ovulasi, dan anda belum berkaitan seks selama beberapa hari sebelum, sperma pasangan anda menyediakan mungkin tidak subur. Anda mungkin pada masa anda yang paling subur, tetapi ia tidak akan berada di puncaknya kesuburan.
Lebih banyak tentang seks masa untuk kehamilan:
Seberapa kerap Haruskah anda Memiliki Seks Cepat Hamil?
Timing atau masa yang sesuai untuk seks bagi hamil adalah fokus dari sebahagian besar pasangan yang cuba untuk hamil. Jika anda tidak berkaitan seks selama waktu subur anda, anda tidak boleh hamil. Dengan andaian anda tahu bila anda boleh hamil, iaitu, ketika anda sedang berovulasi, seberapa sering seharusnya anda melakukan hubungan seks selama waktu itu jika anda ingin hamil?
Jawapan:
Beberapa pasangan, ketika mereka ingin hamil, akan menarik semua berhenti dan cuba berkaitan seks setiap hari dalam kitaran mereka. Mereka hanya tidak ingin mengambil kesempatan yang hilang ovulasi. Sementara ini bekerja untuk beberapa pasangan, jika itu membawa anda lebih dari satu atau dua bulan untuk hamil, seks boleh membuat anda letih. Ini benar-benar tidak diperlukan.
Seperti yang dilihat, ada dua kaedah untuk seks masa untuk kehamilan: ada yang "menyebarkan kekayaan" kaedah dan "siap, tujuan, kebakaran kaedah. (Ini bukan istilah saintifik) Seberapa sering anda harus melakukan hubungan seks bergantung pada kaedah yang anda lebih suka menggunakan dan juga apakah tidak ada masalah "infertile" faktor lelaki, seperti masalah jumlah sperma.
Sebarkan Kaedah Wealth of Sex Waktu untuk Kehamilan
Cuba untuk mengesan dan menjejaki ovulasi boleh memberi tekanan bagi banyak wanita. Sesetengah wanita tidak dapat menyelesaikan dengan menyemak suhu badan mereka setiap pagi, kencing di kit pengesanan ovulasi, menyemak ludah mereka untuk ferning pola atau memeriksa lendir serviks mereka tanda-tanda subur. Sementara beberapa wanita merasa dikuasakan dengan menjejaki ovulasi, yang lain hanya merasa cemas.
Untuk wanita, penyebaran kaedah kekayaan mungkin terbaik. Daripada seks masa untuk ovulasi, anda sering melakukan hubungan seks setiap minggu. Anda pasti berkaitan seks paling tidak sekali selama tetingkap subur anda dengan kaedah ini.
Jika ini terdengar seperti rancangan untuk anda, anda harus berusaha untuk melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, sepanjang kitaran anda. Itu tentang setiap hari atau lebih.
The Aim, Ready, Fire Kaedah Seks Waktu untuk Kehamilan
Jika anda dalam untuk mengesan ovulasi dan anda ingin memfokuskan usaha seksual anda pada masa anda yang paling subur, tujuan, siap, kaedah api adalah untuk anda. Anda masih perlu melakukan hubungan seks selama kitaran anda, hanya untuk menjaga kualiti sperma dalam keadaan prima, dan, tentu saja, untuk menyediakan waktu untuk menikmati seks tanpa tujuan membuat bayi.
Jika jumlah sperma normal atau sihat, sejauh yang anda tahu, maka yang terbaik untuk melakukan hubungan seks setiap hari anda mempunyai lendir serviks subur, ovulasi positif mengesan air liur positif ferning ujian. Jika anda tahu bila anda mengalami ovulasi maka anda pasti ingin melakukan hubungan seks selama tiga hari sebelum anda harapkan untuk ovulasi dan mungkin pada hari yang anda harapkan untuk ovulasi juga. Anda mungkin melakukan hubungan seks pada hari selepas ovulasi.)
Tanda-tanda ovulasi
Jika jumlah sperma normal atau di sisi bawah, cadangan umum untuk melakukan hubungan seks setiap hari lain selama dalam waktu subur. Jadi, jika pada hari Isnin anda mendapatkan ovulasi pertama anda ramal keputusan ujian positif, atau anda melihat lendir leher rahim subur, anda akan melakukan hubungan seks pada hari Isnin, lompat Selasa, dan sekali lagi pada hari Rabu, lewati Khamis dan sekali lagi pada hari Jumaat (untuk mengukur baik ). Ideanya adalah bahawa suatu hari di antara akan membantu menambah bekalan sperma, mungkin meningkatkan peluang anda.
Apakah Intercourse Posisi Terbaik untuk Dapatkan Hamil?
Ramai yang berfikir bahawa kedudukan (lelaki di atas, wanita di bawah) adalah posisi hubungan seksual terbaik untuk hamil. Namun, tidak ada kajian untuk menyokong tuntutan itu.
Jawapan:
Setiap posisi hubungan yang mendapat sperma berhampiran serviks (atau vagina, dalam hal ini) dapat membuat anda hamil. Sperma akan berenang saluran pembiakan wanita dengan atau tanpa bantuan graviti.
Kononnya, jika perempuan itu berbaring telentang ketika lelaki berejakulasi, yang mungkin peluang anda. Tidak ada kajian tentang hubungan seksual untuk membuktikannya, tetapi ada kajian tentang rawatan IUI yang mungkin menyiratkan kedudukan boleh membuat perbezaan.
Rawatan IUI adalah ketika khusus dicuci air mani dipindahkan melalui kateter khusus untuk rahim wanita selama masa suburnya. Dalam sebuah kajian, mereka mendapati bahawa perempuan yang berbaring telentang mereka selama 15 minit selepas pemindahan sperma mempunyai tahap 27% daripada kehamilan selepas tiga kitaran. Para wanita yang bangkit segera setelah hubungan seks memiliki angka kehamilan 18%.
Pengajian telah mendapati bahawa lelaki yang lihat filem-filem porno sebelum masturbasi menghasilkan lebih dari air mani. Satu kajian mendapati bahawa ketika tindakan pra-seksual lebih panjang, lebih sperma hadir dalam sampel air mani (juga diperolehi melalui masturbasi).
Dengan kata lain, foreplay dahulu lebih baik dan kenikmatan seksual lebih mungkin bererti lebih sperma, dan sperma lebih dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil.
(Sila ambil perhatian bahawa seks panas, kerana itu, tidak akan menyembuhkan infertile lelaki kerana jumlah sperma rendah. Jika ada, itu hanya mungkin memberikan jumlah masih rendah dorongan kecil.)
Jika kedudukan hanya tidak melakukannya untuk anda tapi bertanya-tanya apakah kedudukan lelaki-on-top untuk melakukan hubungan mungkin lebih baik untuk mendapatkan kehamilan boleh beralih kepada lelaki di atas, wanita di bawah, hanya sebelum ejakulasi.
Namun, perlu diingat bahawa kedudukan yang kurang ideal untuk hubungan ini tidak akan menyebabkan infertile. Sementara anda mungkin mengatakan kepada anda bahawa alasan anda tidak boleh hamil adalah kerana "melakukannya salah", ada sifar kebenaran kenyataan itu.
Wasallam.
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2010/11/bilakah-waktu-terbaik-mengadakan.html#ixzz1PH1I1mi9 Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
Mandi wajib bagi anak-anak yang baru baligh hendaklah diajar sehingga mereka faham betul-betul. Walaupun diajar oleh ustaz atau ustazah di sekolah. Ibubapa sekali lagi kena periksa dan tanya mereka lagi seandainya mereka ini betul-betul faham maklumlah takut akan terbawa sampai ke tua cara yang salah. Penulis selalu bertanya pada anak-anak walaupun mereka malu tetapi wajib kena ambil tahu perkara ini.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW:
“Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Wallahu’alam.
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2010/11/cara-cara-mandi-wajib-mengikut-sunnah.html#ixzz1PH1aFzno 7 SEBAB ISTERI MUDAH BOSAN DIRANJANG.
Tajuk ini khas untuk lelaki sahaja. Walaubagaimana pun wanita yang sudah kahwin boleh suruh suami baca untuk kebaikan rumahtangga. Penulis pun sudah nak masuk 25 tahun berkahwin pada Ogos ini. Jadi kena muhasabahkan diri juga dalam perkara ini untuk kebahgiaan rumahtangga biar lengkap. Jangan tak cerminkan diri wahai para-para suami yang sudah berkahwin melepasi 10 tahun. Seks itu penting seperti makanan harian untuk pasangan yang berumahtangga. Penulis ucapkan terima kasih kepada tuan blog ini yang nama blog pun manja juga iaitu dindakanda.com. Sama-sama kita berkongsi ilmu.
-------------------------------------------------
Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan rutin yang “itu-itu saja”. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu melayani suami.
Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh menyebabkan acara seks tertunda.
Oleh itu suami haruslah pandai-pandai menjaga suasana, jangan sampai siteri kebosanan untuk melakukan seks. Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya timbul dari hal kecil yang timbul disekitar anda. Semak fakta-fakta yang kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.
1. Tindakan Mudah Dijangka.
Bertahun-tahun melayari hidup bersama membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin boleh menjangka apa tindakan anda dan ini termasuklah dalam aktiviti seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat “hot” adalah anda dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika anda ingin terus meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya anda menjaga suasana seks tetap segar.
2. Takut Cuba Perkara Baru.
Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.
3. Terlalu Kerap.
Kebanyakan wanita setuju bahawa seks tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.
4. Lokasi Yang Sama.
Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hoel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.
5. Sunyi Tanpa Suara.
Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak atau jiran tetangga.
6. Tiada Posisi Baru.
Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.
7. Kekasaran.
Jika selalunya anda hanya terus “menerkam” isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkahlaku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari isteri untuk betcinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.
Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa anda untuk mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah anda perlu jadi seorang yang spontan dan tak terduga.
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/7-sebab-isteri-mudah-bosan-diranjang.html#ixzz1PH11O1h7HUKUM MENJILAT KEMALUAN ISTERI.
Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.
Wasallam.
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2010/11/hukum-menjilat-kemaluan-isteri.html#ixzz1PGxL1PG0 Post a CommentRead more:
http://www.resepirahsiaku.com/2010/11/hukum-menjilat-kemaluan-isteri.html#ixzz1PGyKwjrh
POLIGAMI ADALAH HUKUM ALLAH
Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peruntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah S.W.T bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya. Malangnya pada mutakhir ini wajah serangan terhadap Islam dan peraturannya bertopengkan agama untuk menghancurkan agama. Inilah hasil kelompok yang ingin memahami Islam daripada golongan orientalis dan musuh-musuhnya, malangnya mereka tidak dapat memahami Islam daripada karya-karya asli para ulama Islam.
Kata al-Imam `Izz al-Din `Abd al-Salam (meninggal 660H): dalam Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam: “Kita telah ketahui daripada sumber-sumber syarak bahawa tujuan (hukum-hakam) syarak ialah untuk kemaslahatan hamba-hambaNya di sudut agama dan akhirat mereka. Bukannya masaqqah (kesusahan dalam mengamalkan syariat) itu yang dimaksudkan dengan kemaslahatan, tetapi maksudnya ialah apa yang diperolehi hasil dari masaqqah tersebut. Ini sama seperti seseorang doktor yang menyuruh pesakitnya meminum ubat yang sangat pahit. Tujuannya hanyalah untuk mengubati”. (1/29, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).
Namun golongan yang tidak faham atau yang ingin mencari kesalahan untuk ditempelkan kepada agama sengaja melihat dari mata musuhnya. Hasrat mereka untuk menonjolkan kehebatan pemikiran Dunia Barat dan meperlekehkan Islam. Dalam masyarakat yang umatnya berpegang kepada Islam, golongan ini cuba memutar belitkan nas-nas agama untuk kepentingan pemikiran Barat. Mereka mengambil kesempatan dari kesalahan sikap sebahagian pengamal poligami untuk memukul sistem tersebut. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: “Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanahair Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku pada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan mengenai keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur mengenai keburukan zina, yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini."(m.s 31 cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).
Inilah hakikat yang berlaku pada hari ini, di mana berlakunya perzinaan yang berleluasa yang membabit sebahagiannya lelaki yang mempunyai isteri yang memangsa wanita yang bersedia dimangsa dirinya, yang keburukannya akan menimpa isterinya yang sah dan keluarga. Begitu juga hubungan seks yang begitu yang bebas yang dicerminkan oleh masyarakat yang sedang parah, di samping adanya media massa yang bersedia menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai bahan paparan yang menguntungkan. Malangnya golongan ini hanya diam, tiada isu yang hendak dimainkan mereka. Namun jika mereka melihat adanya peluang yang membolehkan mereka memukul agama dengan senjata yang meracun akidah maka mereka jadikan ianya perbahasan yang boleh membantu mereka menimbul keraguan golongan awam yang tidak faham terhadap Islam.
Katanya Dr. Yusuf al-Qaradawi lagi “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan yang indah lagi padat ketika menyifatkan Rasulullah S.A.W, seperti yang dikhabarkan oleh buku ahli kitab, iaitu: (maksudnya) " (sifat-sifatnya di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka) Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka." (Surah al-`Araf :157).
Sambung al-Qaradawi: “Inilah apa yang diraikan oleh Syariat Islam dalam persoalan poligami, ianya telah menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudianya ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya):“Jika kamu takut tidak berlakua adil maka hanya seorang isteri. (m.s 133-134)
Persoalan seperti poligami ini sebenar tidak boleh dibincangkan dengan nada emosi kewanitaan yang tidak terbimbing semata, atau pandangan sekumpulan lelaki yang takutkan isteri mereka. Hukum-hakam syarak memenuhi tuntutan akal yang waras dan logik yang kukuh sekalipun mungkin emosi membantahnya. Jika kita melihat kepada seseorang doktor yang menyuntik seorang bayi dengan jarumnya sehingga menyebabkan bayi tersebut menangis, andainya fikiran kita tidak dipenuhi pengetahuan tentang kebaikan tindakan doctor tersebut, kita tentu akan membantah dan menganggap doktor seorang yang zalim, menginayai bayi tersebut sehingga dia kesakiatan dan menangis. Namun apabila pengetahuan kita cukup kita tidak lagi melihat kepada tangisan bayi tetapi kepada kebaikan yang akan diperolehinya. Demikian juga poligami. Sesiapa yang ingin melihat keindahan hikmah poligami maka baca karya Dr. Mustafa al-Siba`I r.h, iaitu Al-Marah: Bain al-Fiqh wa Al-Qanun.
Sebenarnya bukanlah Islam sahaja yang memulakan keizinan berpoligami. Agama-agama lagi juga telah mengizinkannya. Bahkan pihak gereja seperti yang dinyatakan oleh Waster Mark, telah mengiktiraf poligami sehingga ke kurun yang ke tujuh belas, di mana perlaksanaanya ketika itu begitu meluas.
Kata Dr Zaki Abdul Karim Naik dalam bukunya Most Common Questions About Islam: Tiada dalam mana-mana buku agama (selain Islam) samada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud dan Bible had bilangan isteri. Berdasarkan buku-buku tersebut seseorang boleh mengahwini sebanyak mana yang dia suka. Katanya juga: Pada peringkat awal, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri hanya satu. Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud., di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950..(m.s.3 , published by Saba Islamic Media)
Bezanya Islam apabila mengizinkannya menyertainya dengan peraturan dan disiplin yang mesti dipatuhi. Jika disiplin itu tidak dipatuhi hanya diizinkan satu. Maka Al-Quran satu-satu kitab agama di atas muka bumi ini yang menentu satu isteri bagi yang tidak dapat berlaku adil. Ini sama seperti semua perkara di dalam Islam ada peraturannya. Sehingga yang berkahwin seorang (monogami) juga ada disiplin dan peraturan yang mesti diikuti. Persoalan keadilan untuk isteri, bukan sahaja bagi yang berpoligami, yang bermonogami juga mesti adil terhadap isterinya yang seorang tersebut, cumanya konteks pengendaliannya sahaja yang berbeza. Bahkan setiap bapa yang memiliki lebih dari seorang anak juga mesti adil terhadap anak-anaknya.
Dalam banyak kes kecuaian dan kezaliman rumah tangga tidak berfaktor pologami. Bahkan ianya berfaktorkan sikap suami itu sendiri, atau hubungannya dengan wanita luar tanpa keizinan syarak, atau tekanan-tekanan luar. Malangnya hal ini tidal difahami dengan baik oleh sesetengah pengulas poligami. Apatah lagi sebahagian pengulas tersebut adalah wanita yang tidak memiliki rumah tangga. Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Bukanlah poligami yang menyebabkan anak-anak terbiar seperti yang didakwa mereka. Sebaliknya berpunca dari pengabaian bapa terhadap pendidikan anak-anak, mabuk arak, ketagihan dadah, tenggelam dalam nafsu, berjudi, berulang-alik ke kedai kopi, pengabaian keluarga dan lain-lain”. (Wahbah al-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 7/173, cetakan Dar al-Fikr, Beirut)
Islam tidak memaksa lelaki berpoligami, tetapi mengizinkannya sebagai keharusan yang dapat menyelesaikan banyak masalah. Namun pemikiran barat telah menghantui sebahagian pengulas poligami ini. Apabila ada kes ketidakadilan yang dilakukan oleh sebahagian pengamal poligami maka system itu disalahkan. Adalah tidak pelik untuk mereka ini mengikut jejak langkah barat suatu hari nanti mengizinkan hubungan tanpa nikah atas alasan perkahwinan mengongkong wanita dan menzalimi mereka. Bila mereka melihat ada suami yang tidak adil maka perkahwinan akan dianggap menginayai wanita dan patut dicegah.
Allah SWT mengizinkan poligami dengan nas al-Quran dan praktikalnya oleh Nabi S.A.W dan para sahabah. Malangnya di kebelakangan ini ada kecenderungan golongan yang mendakwa muslim meminggirkan al-Sunnah dan ingin hanya berhujah dengan al-Quran dengan tafsiran secara ‘sendiri berhad’ tanpa melihat apa yang menjadi tuntutan untuk seseorang menafsirkan kitab Allah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik.
Ada di kalangan yang menentang poligami ini cuba menyalah tafsirkan ayat Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 129: (maksudnya) Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).
Kata mereka ayat ini membatalkan apa yang disebut dalam ayat 30 dalam surah yang sama : (maksudnya): “Jika kamu takut tidak berlaku adil maka hanya seorang isteri”.
Sebenarnya dakwaan mereka secara tidak langsung adalah tohmahan terhadap Nabi S.A.W., para sahabah dan generasi para ulama Islam sejak dahulu seakan-akan mereka semua tidak memahami al-Quran sehingga mengharuskan poligami untuk diri mereka dan umat.
Ayat 129 Surah al-Nisa’ itu sebenarnya membicarakan tentang keadilan mutlak yang tidak mungkin dapat diberikan oleh insan. Keadilan mutlak membabitkan semua aspek; perasaan kasih sayang yang ada di dalam hati, cara hubungan seks dan segalanya. Ini semua bukan dalam batas kemampuan insan. Sehinggakan insan tidak mampu menjadikan kadar kasih sayangnya terhadap anak-anaknya sama, demikian jugalah terhadap isteri-isterinya. Bagi anak yang lebih manja dan pandai mengambil hatinya tentu perasaan cintanya lebih. Demikian juga isteri. Namun apa yang dituntut ialah agar persoalan akhlak pergaulan dan sikap, persoalan kebendaan hendaklah dalam timbangan keadilan dan kesaksamaan kerana itu dalam batas kemampuan insan. Tidak boleh dijadi perasaan cinta di dalam hati membawa kepada ketidakadilan dalam tindakan. Oleh itu sambungan ayat itu menyebut: (maksudnya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Baginda S.A.W menyebut dalam hadith: Daripada `Aisyah R.A: Bahawa Nabi S.A.W membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki. (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim (meninggal 405H) mensahihkannya dalam Al-Mustadrak 2/554, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut dan disetujui oleh al-Zahabi (meninggal 748H).
Kata Abu Daud ketika meriwayat hadith ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi, `Aun al-Ma’bud, 6/121, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).
Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut. Malangnya mereka ini hanya ingin menjadikan agama menurut fikiran mereka lalu mereka tidak merujuk apa yang ditafsirkan oleh para muhaddithin (ulama hadith), mufassirin (ulama tafsir) yang muktabar. Antaranya apa yang disebut oleh al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) dalam tafsirnya Al-Jami li Ahkam al-Quran: “Dalam ayat tersebut Allah memberitahu ketidakmampuan melakukan keadilan di antara isteri dalam kecenderungan tabii seperti cinta dan hubungan seks dan perasaan dalam hati. Maka Allah mensifatkan hal manusia bahawa mereka dengan sifat semulajadinya tidak dapat mengawal kecenderungan hati mereka kepada sesuatu perkara atau sebaliknya...kemudian Allah melarang manusia dengan firmanNya: (maksudnya) “janganlah kamu cenderung dengan melampau” yakni jangan kamu sengaja menyakiti, sebaliknya hendak sama rata dalam pembagian dan nafkah, kerana ini perkara yang seseorang mampu melakukannya." (5/407, cetakan Dar al-Fikr, Beirut)
Demikian jika mereka merujuk kepada tafsir muktabar yang lain yang menjadikan panduan tafsiran mereka al-Quran itu sendiri, sunnah Nabi dan perjalanan para salaf soleh (generasi awal Islam yang beriltizam). Kata al-Syeikh `Abd Allah Nasih `Ulwan r.h: Musuh-musuh Islam daripada kalangan atheis dan orientalis cuba menentang peraturan Islam dengan menimbulkan tohmahan-tohmahan palsu, keraguan-keraguan dan serangan-serangan yang hasad terhadap Islam demi menimbulkan syak orang ramai terhadap kebaikan peraturan Islam, kesesuaiannya sepanjang zaman dan masa. Maka ada orang Islam yang menyambut pandangan-pandangan mereka serta beriman dengan akidah dan pemikiran mereka dan jatuh ke dalam perangkap syak dan tohmahan mereka. Di antara tohmahan dan serangan yang mereka timbulkan ialah keharusan Islam bagi peraturan poligami. (`Abd Allah Nasih `Ulwan, Ta`addud al-Zaujat fi Islam, m.s: 9, Dar al-Salam, Kaherah)
Adapun pandangan yang mensyaratkan keizinan isteri pertama atau kadi atau mahkamah syariah bagi sesiapa yang ingin berpoligami adalah sesuatu yang ditolak. Para ulama kontemporari telah menjelaskan alasan penolakan ini dalam tulisan-tulisan mereka. Masalah keadilan suami adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai sebelum perkahwinan berlaku. Bagaimanakah mungkin seseorang kadi atau sesuatu pihak dapat mendakwa bahawa si pulan jika beristeri dua tidak akan adil? Bagaimana pula seseorang dapat memutuskan si pulan yang lain jika beristeri dua adil? Bahkan ada orang yang disangka adil tetapi ternyata sebaliknya. Ada yang dianggap pendapatannya kurang tapi bila berkahwin dua, pendapatannya bertambah.
Sikap adil atau bertanggungjawab terhadap isteri bukan hanya kepada yang beristeri lebih daripada satu tetapi juga kepada yang beristeri satu. Kalau hak ini diberikan kepada kadi maka nanti yang ingin berkahwin satu juga akan dinilai oleh kadi sama dia boleh bertanggungjawab atau tidak. Kemudian nanti yang ingin menambah anak atau memperolehi anak juga akan dinilai dia mampu atau tidak? Apakah kita lupa, ramai yang sikapnya berubah menjadi lebih cemerlang selepas perkahwinan, atau rezeki semakin bertambah selepas bertambah bilangan anak.
Sebab itulah Perhimpunan Kajian Islam (Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah) pada muktamarnya yang kedua di Kaherah tahun 1975 membuat keputusan seperti berikut: “Adapun berhubung dengan poligami, maka pihak muktamar memutuskan bahawa ianya adalah harus dengan jelasnya berdasarkan nas-nas al-Quran al-Karim juga dengan syarat-syarat yang berkaitan dengannya. Adapun penggunaan hak ini adalah terpulang kepada pihak suami, ianya tidak memerlukan keizinan kadi”.
Dr. Abd al-Karim Zaidan menyebut di dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah: “Aku melihat tidak harus dari segi syarak memberikan kelayakan berpoligami ditentukan kadi, atau mengaitkan keharusan berpoligami dengan izin kadi.” Kata beliau juga: “Antara bukti yang menyokong keputusan Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah di atas ialah tidak pernah disebutkan kepada kita pada mana-mana zaman Islam, sejak Rasulullah S.A.W sehingga ke zaman selepasnya bahawa sesiapa daripada kalangan fuqaha (ulama feqah) mensyaratkan keizinan kadi untuk sesiapa yang ingin berpoligami. Kalaulah syarat ini disyariatkan maka sudah tentu kitab-kitab fekah dan kehakiman (qadha`) menyebut berlakunya atau cadangan mengenainya. Apabila ianya tidak menyebut hal ini sedikit pun, maka inilah dalil yang putus terhadap ijma’ sukuti (ijmak secara diam) mengenai tidak dikaitkan keharusan berpoligami dengan keizinan kadi. Maka cadangan untuk itu sekarang ini adalah memecahkan ijmak. (`Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah, 6/294, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut)
Juga Dr Wahbah al-Zuhaili membantah pandangan ini dengan memberikan beberapa hujahnya di dalam al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh. Sila yang ingin pendetilan rujuk di bawah tajuk al-Dakwah ila Ja’l ta`addud al-Zaujat bi Izn al-Qadi. Antara tokoh lain ialah Dr.Muhammad `Uqlah dalam bukunya Nizam al-Usrah fi Al-Islam yang menganggap syarat keizinan kadi sebagai pemikiran yang bid`ah dan boleh membawa kepada hubungan zina. (m.s: 324, cetakan Maktabah al-Rasalah al-Hadithah, Jordan).
Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.
Janganlah kerana sikap atau penyakit seseorang yang teracun dengan racun Barat lalu dia ingin membakar kedai ubat yang menjual poligami. Bagi racun yang dimakan itu ubatnya adalah memahami akidah dan takutkan hukum-hakam Allah. Kembali kepada Islam, membacanya bahan tanpa prajudis dan kebencian. Baiki akidah dan kepercayaan terhadap al-Din ini.
Source: www.al-ahkam.net
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/poligami-adalah-hukum-allah.html#ixzz1PGzEhjZj
Relakah anda dimadukan?
Kalau kita tanya kaum lelaki, apa yang mereka idamkan. Jawapannya banyak sekali.....seperti berkereta mewah 2 atau 3 buah, banglo mewah yang besar di 2 atau 3 tempat yang ekslusif dan beristeri lebih daripada satu.
Tetapi suami hendaklah mengukur baju di badan sendiri. Tanya diri tu? Mampukah anda!
Untuk kahwin lebih daripada satu, suami perlu mempunyai kewangan yang kukuh dan juga kekuatan seks yang luar biasa. Jika tidak, berlakulah kes-kes isteri curang dan bermacam-macam lagi sehingga kita tertanya-tanya apakah kita tidak pernah mengambil iktibar daripada kes-kes tersebut.
Namun sebenarnya, tidak semesti orang yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja yang mampu beristeri lebih dari satu! Ada yang cukup-cukup makan pun pasang sampai tiga. Dulu, ada seorang jiran saya yang dikenali sebagai "Man Tiga". Dia ni digelar begitu kerana mempunyai tiga isteri. Isteri-isterinya semua bersatu hati dan berbaik-baik antara madu. Masing-masing membuat kuih-muih dan menjual di hadapan rumah. Hasilnya, si suami gunakan untuk menampung hidup serta persekolahan anak-anak yang sebanyak 15 orang.
Saya pernah bertanya, mengapa tidak dicukupkan 4 orang? Jawapannya, "Coming Soon!" Dia berkata begitu dengan bangga sekali.
Saya? Teringin jugak! Tapi, setakat ini, cukuplah dengan satu isteri. Mungkin saya tidak sanggup menduakannya kerana melihat jauh ke dalam anak mata anak-anak saya yang empat orang itu. Saya sangat sayangkan anak-anak saya yang comel dan cerdek ini. Kalau orang lain saya tak tahu lah pulak! Semoga cita-cita beristeri lebih daripada satu bukan menjadi agenda saya, tidak sekarang, tidak juga di masa depan, insya-Allah. Lagipun, tak ada adik-beradik saya yang beristeri lebih dari satu. Takut nanti jadi suatu perkara yang luar biasa bagi keluarga kami.
Saya pernah terbaca dalam satu majalah tempatan. Kata isteri seorang Dato, "Biarlah dato ada 'affair' dengan 'mistressnya' daripada dato (suaminya) berkahwin dengan perempuan itu. Mengucap panjang saya.
Sanggupkah menanggung dosa? Tidak takutkah kepada azab Allah SWT? Tahukah betapa besarnya dosa berzina di sisi Islam?
Masya-Allah!!!!!
Ini kisah tentang kaum lelaki di utara Semenanjung. Ada yang sanggup melintas ke seberang melepaskan nafsu serakah. Memanglah, kalau kita tengok gadis-gadis di sana, muda-muda dan bergetah. Layan lelaki macam raja. Lelaki-lelaki ini berkata bahawa isteri mereka tidak sanggup buat seperti apa yang dilakukan oleh gadis-gadis seberang ini. Makan disuap, kaki dibasuh dan macam-macam lagi layanan yang tidak terbuat oleh isteri kita.
Tapi mereka lupa. Yang tidak halal itu memang sedap kerana di tengah-tengah lelaki dan perempuan itu duduknya syaitan. Tentu sahaja enak, kerana syaitan dah terselit dan mengindahkan segala-galanya. Lupakah bahawa di sana penyakit Aids sedang menular pantas? Tak takutkah terkena virus HIV? Atau dijangkiti siplis, herpes dan lain-lain penyakit kelamin? Nauzubillah! Kemudian, bila balik ke rumah, maka berjangkitlah penyakit ini kepada si isteri. Tidak kasihankah kepada isteri yang setia? Yang baik? Yang tidak tahu apa-apa? Nanti, jika terbocor rahsia, siapa yang malu? Satu keturunan mendapat aib. Yang pasti, bukan suami sahaja akan dikutuk, dimaki, malah seluruh keluarga akan dipulau masyarakat setempat!
Jadi bacalah post ini wahai para isteri yang budiman .....
POLIGAMI
Poligami antara tanggungjawab sosial, keinginan lelaki dan keresahan wanita. Poligami sebenarnya merupakan punca keresahan kepada isteri pertama lebih daripada merupakan masalah wanita keseluruhannya. Dari kenyataannya, wanita secara umum perlukan kepada poligami sebagaimana lelaki namun sebab sahaja yang berbeza. Suami yang berkeinginan kuat, memerlukan lebih dari seorang isteri. Wanita yang lemah memerlukan perlindungan – bilangan mereka ini ramai – perlukan kepada suami. Tidak semua keadaan atau bukanlah keadilan mutlak kalau kita berpegang kepada kaedah ‘satu lelaki untuk satu perempuan’.Sebaliknya ia akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat.
“Ustaz tolong cakap kepada suami saya…”.
Begitulah bunyinya seorang isteri memulakan luahannya apabila suami ingin
‘pasang cawangan’.
“Dia tidak mampu, apa yang saya tahu –saya isterinya – dia tidak boleh berlaku adil. Bukan saya tidak setuju….”, luahnya lagi.
Beginilah detik-detik kehidupan seorang isteri yang ingin dimadukan. Perasaan sedih, kecewa, celaru bercampur-baur, mengakibatkan bak kata pepatah, “mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang.” seolah-olah seluruh dunia memusuhinya.
Sebaliknya pula pengakuan suami.
“Saya bahagia dengan isteri saya, kami tidak ada masalah, cuma saya rasa nakkan satu lagi. Saya percaya saya boleh beri keadilan kepada isteri saya kalau saya berpoligami. Isteri saya InsyaAllah boleh terima keadaan ini. Bukan kerana cantik. Kalau nak lihat pada kecantikan isteri saya yang pertama pun lagi cun…”
Keinginan yang melonjak-lonjak sukar ditafsirkan. Tetapi itulah hakikatnya. Ucapan suami yang berkobar-kobar dan keresahan isteri yang berdebar-debar. Punca apa yang perlu dikaji ialah, apakah punca kepada keresahan isteri pertama itu sebenarnya?
Dari pengamatan penulis ada beberapa punca yang menyebabkan perkara itu berlaku:
1. Ia kadangkala berpunca daripada sikap wanita itu sendiri yang pentingkan diri sendiri (isteri pertama), sukar untuk bertolak ansur, dan sukar menerima hakikat ia sudah berkongsi tongkat.
2. Kadang-kadang berpunca dari sikap lelaki yang bersikap ‘habis madu sepah dibuang’ dan senang melihat penderitaan isteri yang dimadukan.
3. Kadang kala berpunca daripada masyarakat yang memandang serong kepada poligami, sehingga menganggap isteri tua tidak pandai menjaga suami dan sebagainya.
4. Serta tidak kurang juga masalah datang daripada isteri kedua yang tamak dan tidak sedarkan diri. Setelah mengambil suami orang dia berusaha merampasnya terus.
Keempat-empat punca ini, adalah penafsiran sebenar kepada keresahan untuk menerima hakikat bermadu oleh isteri pertama. Ia bukan disebabkan oleh poligami itu sendiri.
Poligami membawa kebaikan kepada masyarakat dan keluarga jika ia dilaksanakan dengan menepati kehendak hukum Islam. Sistem Islam yang amat adil ini dicemari oleh perbuatan manusia sehingga poligami dilihat negatif oleh banyak kelompok masyarakat. Jika sekiranya manusia lelaki dan wanita bersikap adil (adil bukan hanya sifat lelaki) poligami akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang sedang dihadapi oleh manusia kini. Kesedaran Sosial Penulis ingin mengajak isteri-isteri untuk merenung nasib kaum sejenis dengannya.
Siapakah yang lebih halus perasaannya untuk merasa belas kasihan kepada kaum wanita yang tidak bernasib baik, kalau isteri pertama hanya mementingkan diri dan mengatakan jangan kacau suami saya, maka siapa yang akan selamatkan mereka? Kalau begitu wanita adalah mereka yang paling tidak sensitif dengan isu wanita dan amat mementingkan diri sendiri.
”Kalau nak kawin dengan anak dara tua oklah juga atau selamatkan janda yang tidak terbela….. ini tidak, nak cari anak dara, berkelulusan tinggi ada profesion dan kadang kala tidak pentingkan agama….ada potensi boleh didik, dakwanya. Mana tanggungjawab sosial di sini? Saya nampak tak ada lain kecuali nafsu”.
Ya, kenyataan itu ada benarnya, namun tanggungjawab sosial tidak terhenti kepada masalah yang disebutkan. Mengelakkan berlaku perzinaan dan hubungan sumbang juga adalah suatu tanggung jawab sosial.
Suami ada sebab tersendiri yang diterima syariat untuk melepaskan keghairahannya dengan cara berpoligami. Kepada isteri kedua hendaklah berterima kasih kepada isteri pertama. Hormatilah mereka sebagaimana sepatutnya.
“….Dulu saya yang carikan untuknya isteri, sampai hati dia sanggup meninggalkan saya”
Jagalah lidah daripada ucapan menghasut, dan usaha untuk control suami.
”Saya tidak suka dengan perempuan gila tu..tak tahu jaga laki !!!”
Islam melarang isteri yang bermadu bertindak demikian. Hadapilah sikap mementingkan diri sendiri dengan mujahadah. Sebaliknya berilah dorongan kepada suami agar bersegera ke rumah isteri pertama.
“Abang kalau balik sana , kirim salam pada kakak ya!”
Kekang keinginan dengan perasaan tanggungjawab.
“Masa mula-mula kahwin dulu dia balik setiap dua hari tetapi sekarang ada saja alasannya. Kalau yang sana tu telefon cepat-cepat dia balik, kadang-kadang nak minum air bersama anak-anak pun tak sempat”.
Selepas beberapa bulan dari berpoligami kenyataan perit bermula. Perahu kini sudah tidak berkemudi lagi. Lajak sudah tidak boleh diundur dan nasib isteri pertama sukar diramalkan. Rasa tanggungjawab mula nipis dan ikrar keadilan mula dilupakan. Suami mula menghadapi dunia baru yang tidak dijangka sebelum ini.
“Macam mana selepas buka cawangan?”
“Perempuan, perempuan juga. Kalau belum mula tu…. tak payahlah”
Oleh kerana menyedari akan ragam manusia ini Islam meletakkan panduan yang lengkap yang perlu diikuti oleh pasangan yang ingin berpoligami.
Naluri keinginan lelaki seharusnya dihalakan untuk memenuhi tuntutan sosial seperti berikut;
1. Kemandulan: Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam mengharuskan suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi zuriat sendiri.
2. Penyakit: Isteri mengidap penyakit yang menghalang si suami untuk menikmati kehidupan rumahtangga secara sempurna, kerana isteri gagal memberi layanan yang sewajarnya kepada suami, Islam mengizinkan suami untuk berpoligami sebagai satu ganjaran terhadap kesabaran suami yang sanggup menjaga dan menanggung isteri yang berpenyakit.
3. Nafsu: Suami memiliki keupayaan seksual yang luarbiasa dan tidak mampu ditampung oleh seorang isteri, apatah lagi sekiranya si isteri berada dalam haid dan nifas. Islam mengharuskan suami berpoligami untuk memelihara kesucian agama dari terjebak ke lembah maksiat.
4. Pertambahan bilangan janda, balu dan andartu: Bertambah bilangan kumpulan di atas secara tidak langsung menambahkan bebanan sosial dan mempengaruhi kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong sesiapa yang berjiwa mulia untuk berpoligami dengan niat memelihara kehormatan dan kemulian kaum wanita.
5. Musafir: Para suami yang banyak bermusafir keluar negara dalam tempoh yang agak lama diatas urusan tertentu juga adalah antara faktor yang membolehkan lelaki untuk berpoligami. Kerana dengan itu ia dapat mengelak dari terjebak kepada dosa dan zina.
6. Pertambahan bilangan perempuan: Perkara ini berlaku disebabkan kematian ramai kaum lelaki. Keadaan ini juga adalah antara sebab sosial yang mengharuskan poligami.
Syarat-syarat poligami
Ada beberapa syarat yang ditetapkan kepada lelaki yang ingin berpoligami. Antaranya ialah:
1. Ada keinginan daripada pihak lelaki
2. Tidak boleh melebihi empat orang. Islam menghadkan poligami hanya kepada empat orang sahaja.
3. Mampu berlaku adil. Keadilan meliputi perkara-perkara berkaitan tempat tinggal, nafkah, makan pakai dan tidak termasuk hal-hal yang berkaitan dengan hati dan kecenderungan perasaan. Jika keadilan gagal dipenuhi Islam tidak mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.
Hukum berpoligami.
1. Wajib apabila dibimbangi membawa kepada zina dan maksiat
2. Harus, bila suami berkemampuan dan berkeinginan untuk berpoligami
3. Haram, apabila tidak mampu menunaikan hak yang sepatutnya kepada isteri-isterinya.
4. Makruh, apabila suami gagal menunaikan bebarapa hak isterinya dan dengan keredaan isteri
Apakah poligami harus digalak atau harus dihindari terserahlah kepada penilaian suami yang bijaksana.
Wasallam
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2009/12/relakah-anda-dimadukan.html#ixzz1PGzaqH00 Wahai suami, sanggupkah anda berpoligami
Berkahwin lebih dari satu adalah setiap impian dan angan-angan bagi semua lelaki. Kemampuan kewangan bukanlah satu daripada sebab-sebab untuk membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami. Banyak lelaki yang berkemampuan tetapi setia pada satu isteri sahaja. Kadang-kadang ada yang memberi pelbagai alasan disebabkan kesihatan isteri, kurang layanan, tiada zuriat dan ada juga memberi alasan kononnya nak ikut sunnah Nabi SAW. Nabi SAW berkahwin lebih dari satu selepas wafatnya Siti Khatijah ra. Perkahwinan yang selepas itu adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tertentu untuk kebaikan bagi megembangkan syiar Islam.
Jika nak ikut sunnah Nabi, banyak lagi sunnah Nabi SAW. Tetapi tidak diikut pun oleh mereka. Dalam soal ibadat juga tidak diikut. Cuma bab kahwin sahaja yang diikut. Memang begitulah sifat-sifat orang yang nak kahwin lebih dari satu. Perkara yang paling penting adakah mereka ini sanggup berlaku adil diantara isteri pertama dan isteri kedua.
Firman Allah SWT:-
Berpoligami itu hukumnya sunnah bagi yang mampu, kerana firmanNya “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa : 3]
Memanglah jodoh, ajal, pertemuan dan rezeki adalah ketentuan dari Allah SWT. Jika ditakdirkan juga, itu semua kehendakNya. Tetapi Allah swt menyuruh hambaNya berusaha dahulu dan kemudian tawakal kepadaNya. Tetapi jika bukan jodoh seseorang itu, perkahwinan tidak akan bertahan lama. Akhirnya kembali juga ke pangkuan isteri pertama. Banyak kes bila suami ditimpa musibah atau sakit, isteri pertamalah tempat mengadu. Jarang ada isteri kedua atau ketiga yang ingin menjaga dan menguruskan berak dan kencing suaminya yang sakit. Jika ada boleh dikira dengan jari. Jika dari segi kemampuan kewangan, banyak kawan-kawan penulis yang telah berkahwin lebih dari satu dan ada yang sampai tiga isteri. Mereka ini terdiri dari yang bekerja kampong, buruh kasar, kerani dan bisnes kecil sahaja. Apabila ditanya pendapat, mereka, kebanyakan menasihat pada penulis “Jangan cari pasal!”.seperti kata-kata yang selalu disebut oleh kumpulan Sepah dalam rancangan Rajalawak. Bila dah kahwin dapat anak, barulah tahu masalah beristeri dua.
Bukan semua lelaki hendak berkahwin lebih dari satu. Ada dua orang kawan penulis yang terpaksa menguruskan rumahtangga kerana isterinya sakit lumpuh. Seorang lagi isterinya kena “stroke”. Banyak kawan-kawan menasihatkan mereka supaya berkahwin lain. Tetapi itulah lelaki yang setia. Kesetiaannya kepada isteri mereka susah digugat. Ini suami yang soleh.
Begitu juga penulis semasa di KL dahulu. Si suami yang sakit terlantar di hospital. Sungguh setia isterinya menjaga keperluan suaminya yang lumpuh dan tidak terdaya memberi nafkah zahir dan batin. Kepada isteri-isteri yang solehah ini, syurga tempat anda nanti. Semuga Allah SWT memberi kebahagian dan merahmati kamu. Jika lain-lain isteri yang kurang imannya pasti mencari penganti atau berlaku curang.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kesanggupan, maka menikahlah, karena menikah itu lebih menundukkan pandangan mata dan lebih memelihara kesucian farji ; dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, karena puasa dapat menjadi benteng baginya” [Muttafaq ‘Alaih]
Perkara-perkara yang tak sanggup dihadapi lagi untuk berkahwin lebih dari satu.
1. 1.Hilang kasih sayang anak-anak.
Kasih sayang anak-anak adalah yang paling utama dalam hidup. Hilang kasih sayang mereka, hidup pasti sunyi dan kosong. Sepatutnya bila dah anak-anak berkahwin, layan cucu-cucu yang ada, bukan anak kecil yang kadang-kadang orang ingat cucu kita.
2. 2.Pengorbanan Isteri.
Yang sanggup bersama di waktu susah dan waktu senang. Banyak pengorbanan yang belum tentu lagi sanggup dihadapi oleh isteri kedua seperti yang dibuat oleh isteri pertama. .
3. 3. Bangun Malam.
Tidak sanggup lagi bangun waktu malam untuk membuat susu dan menukar pampers seperti yang dibuat seperti dahulu. Biarlah bangun malam untuk melakukan solat kepada Allah SWT sahaja.
4. 4. Membahagi masa dan hari.
Bila beristeri dua atau tiga, kena adil dan bergilir-gilir tidur dirumah isteri pertama kedua dan ketiga. Tak sanggup berulang alik . Sepatutnya berulang alik ke Masjid untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah ustaz..
5. 5. Ibadat dan amal Jariah.
Sepatutnya apabila anak-anak sudah membesar. Banyaklah membuat ibadat, menqada’ solat dan puasa ramadhan yang tertinggal dahulu. Masa yang ada sepatut berguru dengan ustaz bukan bergurau senda lagi.
6. 6.Bersanding atas pelamin.
Bila dah kahwin dengan anak dara, pasti tidak dapat dielakkan kerana adik beradik sebelahnya akan minta suaminya bersanding atas pelamin sebagai kenangan. Itu pasal kena pakai cermin mata hitam. Kadang-kadang kesian pada anak-anak isteri pertama yang tengok.”Bapaku kahwin lagi”.
7. 7.Isteri muda selalu menjadi perhatian orang.
A Apabila berjalan berdua-duaan dengan isteri muda, selalu orang akan memerhati isteri muda kerana suaminya tua, Macam bapa dengan anak. Mulalah suami cemburu tak tentu pasal.
8. 8. Melayan karenah adik beradik, mertua yang baru.
Kena jaga hati mereka kerana suami jadi perhatian dan orang baru bagi mereka. Kena berkunjung sampai habis semua kerabatnya yang ada jauh dan dekat.
9. 9. Menjaga kesihatan luar dan dalam.
Bila berkahwin dua, kena makan makanan yang berkhasiat, jamu dan segala makjun dan vitamin. Kena cari tukang urut batin bila isteri muda asyik nak yang itu sahaja. Badan yang kuat menjadi lemah. Mata asyik mengantuk sampai ceramah ustaz pun terlelap. Nak solat tasbih yang panjang pun tak termampu disebabkan terkandas diranjang bersama isteri muda. Sampai tak kering bulu , kata Kumpulan Sepah “ Sahaja aku mandi…”.
1 10.Mengawal kemarahan.
Semasa isteri pertama dahulu mungkin beliau tidak pernah kena jentik, kerana kita dapat mengawal kemarahan dan tahu sifat-sifatnya baiknya. Bila isteri muda mula buat perangai dan mengada-gada. Mula makan penampar sulong suami. Asyik meminta itu dan ini dan kuat memerap suami seperti budak kecil. Keluar bersembang lama sikit dengan kawan dipanggil balik kerana tidak boleh berenggang sikit macam belangkas. Suami naik rimas kena kontrol.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang penulis nak senaraikan disini. Jika pembaca ada pendapat atau nak ditambah lagi. Sila komen nanti.
Suami yang berkahwin lain mungkin disebabkan perkara-perkara seperti berikut:-
1. 1. Isteri mementing diri sendiri dan adik beradiknya sahaja.
Jika adik beradik suaminya datang berkunjung. Buat perangai marah anak-anak bila buat kesilapan kecil. Yang paling ketara semasa menyediakan makanan yang ala kadar saja untuk adik beradik suaminya. Untuk adik beradik sebelahnya dihidang makanan mengalahkan Restoran Insaf.
2. 2. Isteri selalu mengungkit perkara-perkara yang lepas.
Perkara yang lepas dimaafkan tetapi apabila berlaku sikit salah faham. Diungkit sehingga suami sakit hati. Dalam bisikan hati suami ”Aku kahwin lain baru padan muka engkau”.
3. 3. Mengikis harta suami dan buat perangai bila suami jatuh susah.
Bila adik beradik mengadu sikit, habis semua harta nak dijualkan untuk membantu mereka. Sekadar membantu yang terdaya sahaja. Tengok beberapa selebriti dan pengacara TV yang tinggalkan suami mereka bila jatuh bangkrap. Sanggup berkahwin dengan orang tua yang seangkatan dengan datuknya bukan dengan bapaknya. Nak disebut nama...nanti penulis naik mahkamah pula.!
4. 4. Isteri suka memperleceh dan membebel suami dihadapan orang atau adik beradiknya.
Banyak berlaku sampai suami sakit hati. Ayatnya lebih kurang begini ''Suami aku bukan pangkat besar Limah, kuli cabuk je, bawa lori JKR, makan pun tak cukup!”. Ada suami menceraikan isteri yang begini. Bila berkahwin kali kedua. Bisnes naik tangan dan maju hingga kaya raya. Melopong isteri pertama yang kahwin dengan orang lain tetapi masih susah. Pernah tengok berlaku di depan mata.
5. 5. Isteri sakit tidak dapat memenuh keperluan seks suami.
Ada yang berkahwin lain kerana keperluan seks yang amat sangat bagi mereka mengelak dosa zina. Isteri menyuruh suaminya berkahwin lain. Isteri begini yang bertimbang rasa dan tidak mahu suaminya masuk neraka. Susah mendapat suami yang setia. Hanya setakat ini dua orang sahabat penulis yang berkorban segala-segalanya untuk isteri kesayangan mereka.
Banyak sebab-sebab lain suami kahwin lain. Hanya ANDA sahaja yang perlu ''cerminkan diri'' anda dan perbaiki kelemahan yang ada dengan bertanya kepada suami apakah yang kurang dan apa yang baik untuk suami anda supaya kekal bersama anda hingga akhir hayat.
Setakat ini sahaja semuga kita sama-sama sabar menghadapi ujianNya dalam hidup ini. Ingat matlamat dan tujuan hidup yang singkat ini. Bukan mencari bala. Perbanyakkan amal ibadat. Untuk mencari keredhaanNya dan rahmatNya supaya hidup kita tidak sia-sia.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cendurung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang". Ar-Rum: 21
Jazakallah Khairan.
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2010/07/wahai-suami-sanggupkah-anda-berpoligami.html#ixzz1PGzw1KKx PENGAJARAN DISEBALIK KISAH 3 PEMUDA.
Rasulullah saw menceritakan, ada tiga orang daripada kaum Bani Israel. Seorang berpenyakit kusta, seorang berkepala botak dan seorang bermata buta. Lalu Allah SWT hendak menguji mereka dengan mengutuskan malaikat.
Pertama, malaikat datang kepada orang yang berpenyakit kusta, lalu bertanya:
“Apakah yang lebih engkau sukai? Orang itu menjawab: “Warna yang bagus, kulit yang elok dan hilang daripada diri saya penyakit yang menyebabkan orang banyak jijik melihat saya.”
Lalu malaikat membarutnya, maka hilanglah penyakitnya, diberi warna yang bagus dan kulit yang elok. Malaikat bertanya:
“Apakah harta (kekayaan) yang lebih engkau sukai? Dia menjawab: Unta. Lalu dia diberi beberapa ekor unta betina yang sedang hamil.
Malaikat berkata: "Kiranya Allah memberi berkat kepada engkau berkenaan dengan pemberian itu.”
Kedua, malaikat itu datang kepada orang yang berkepala botak. Malaikat bertanya: “Apakah sesuatu yang lebih engkau sukai?
Orang itu menjawab: Rambut yang bagus dan hilang daripada saya apa yang menyebabkan orang jijik melihat saya.”
Orang itu dibarut oleh malaikat, lalu hilang botaknya dan diberi rambut yang bagus.
Malaikat bertanya: “Apakah harta (kekayaan) yang lebih engkau sukai? Dia menjawab: Sapi. Lalu dia diberi sapi betina yang sedang hamil. Malaikat berkata: Kiranya Allah memberi berkat kepada engkau berkenaan dengan sapi ini.”
Ketiga, malaikat itu datang kepada orang yang bermata buta. Malaikat itu bertanya: “Apakah sesuatu yang lebih engkau sukai? Orang itu menjawab:
"Supaya Allah mengembalikan penglihatan saya, sehingga saya dapat melihat orang banyak.”
Malaikat membarutnya lalu Allah mengembalikan penglihatan orang itu.
Malaikat bertanya: “Apakah harta yang lebih engkau sukai? Dia menjawab: Kambing. Lalu dia diberi kambing yang hampir beranak.”
Maka berkembang biaklah unta dan sapi, sedang kambing sudah banyak anaknya. Maka untuk yang seorang mempunyai lembah penuh dengan unta. Dan yang seorang mempunyai lembah yang penuh sapi.
Kemudian, malaikat itu datang kembali kepada orang yang berpenyakit kusta dengan bentuk dan keadaan (menyedihkan).
Dia berkata: “Saya seorang miskin, telah melintasi bukit dalam perjalanan saya. Maka tiadalah yang dapat menyampaikan (kepada tujuan saya) melainkan pertolongan Allah. Oleh itu, saya meminta kepada engkau dengan nama Allah yang telah memberi engkau warna yang bagus, kulit yang elok dan harta, iaitu unta memberi perbekalan untuk meneruskan perjalanan saya.”
Dia menjawab: “Banyak kewajipan yang mesti saya penuhi. Malaikat berkata: “Seakan-akan saya mengenal engkau. Bukankah engkau dulu seorang berpenyakit kusta, orang banyak jijik melihat engkau hidup miskin, lalu Allah memberi engkau.
Dia menjawab: Saya hanyalah mewarisi harta ini turun menurun.”
Malaikat berkata: “Seandainya engkau berdusta, kiranya Allah akan mengembalikan engkau seperti mana keadaan engkau dulu.”
Dan malaikat itu datang pula kepada orang berpenyakit botak, dengan rupa dan keadaan (yang menyedihkan). Malaikat itu berkata kepadanya serupa dengan perkataan yang diucapkannya kepada orang tadi, jawapannya serupa dengan jawapan orang itu. Malaikat berkata: “Seandainya engkau berdusta, kiranya Allah menjadikan engkau kembali serupa dengan keadaan engkau dulu.”
Malaikat itu datang pula kepada orang yang dulunya bermata buta dan berkata: “Saya seorang miskin dalam perjalanan, telah melintasi bukit.
Maka tiadalah yang dapat menyampaikan (kepada tujuan) pada hari ini, melainkan dengan pertolongan Allah. Kemudian kepada engkau saya meminta dengan nama Allah yang telah mengembalikan penglihatan engkau dan memberikan kambing, supaya saya dapat perbekalan untuk melanjutkan perjalanan saya.”
Orang itu menjawab: “Sesungguhnya saya dulu seorang buta, lalu Allah mengembalikan penglihatan saya. Sebab itu, ambillah seberapa engkau suka dan biarkanlah tinggal seberapa engkau suka. Demi Allah, saya tidak menaruh keberatan sedikit pun pada hari ini terhadap apa yang engkau ambil kerana Allah.”
Malaikat berkata: “Peliharalah hartamu, engkau hanya diuji dan engkau diredai, sedang dua orang kawanmu mendapat murka.”
Wasallam.
Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/pengajaran-disebalik-kisah-3-pemuda.html#ixzz1PH0Qz1lk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan