Dalam surat terbukanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertarikh hari ini, Mat Zain berkata tindakan melepaskan Gani memang sudah dijangkakan dan rakyat kini mulai bosan melihat SPRM yang sanggup berbohong demi menyelamatkan peguam negara daripada didakwa.
Tindakan sedemikian, katanya akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan dengan SPRM dan menyebabkan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh agensi berkenaan dianggap hanya sebagai sandiwara sahaja.
“Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta ahli-ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati...
“Saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan,” katanya dalam surat itu yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, hari ini.
Mat Zain mengulas pengumumkan jawatankuasa itu yang membebaskan Gani berkaitan isu pemergiannya ke Mekah.
“Beliau didapati bersekongkol dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proksi kepada Tan Sri Tajuddin Ramli yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS. Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin,” katanya.
Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu tentang perkara itu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.
"Bagi saya tanya Zuraida dulu? Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.
Ditanya sama ada beliau selesa dengan kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."
Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.
Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.
Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu bahawa beliau bersedia mengulas berhubung perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.
"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.
Bernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau berkata, penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA sudah menepati ciri kebajikan yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.
"Saya pelik dan ajaib, ada yang mencanangkan negara kebajikan...mereka baru terfikir?" katanya ketika merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di Putrajaya hari ini.
Baru-baru ini, PAS melaungkan untuk memperjuangkan negara kebajikan selepas sekian lama mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam.
Pada 3 Jun lalu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” kata Hadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis masih belum menyelesaikan siasatan mereka berhubung perkara itu, meskipun kejadian berlaku lebih enam bulan lalu.
“Tidak wajar bagi polis mengulas lanjut berhubung kes itu kerana kami akan mencadangkan supaya inkues diadakan,” kata Tun Hisan.
“Namun, tindakan polis adalah semata-mata untuk menahan suspek. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia mungkin menjejaskan inkues yang dicadangkan itu,” katanya.
Ditanya mengapa siasatan yang dijalankan sebegitu lama tidak siap, Tun Hisan berkata anggotanya terpaksa mengumpulkan laporan daripada pelbagai jabatan.
Semalam, perwakilan Lawyers for Liberty N Surendran, yang juga naib presiden PKR mendakwa berdasarkan laporan bedah siasat ke atas tiga-tiga mangsa itu menunjukkan mereka dibunuh dari jarak dekat oleh polis semasa sedang berlutut.
Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Mohd Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati setelah polis mengejar mereka dengan kereta di Glenmarie, Shah Alam, pada awal pagi 13 November.
Sebelum ini, polis mendakwa pemuda berkenaan cuba menyerbu dan menyerang mereka dengan parang dan tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri.
“Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak - yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” kata peguam N Surendran.
“Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.
“Ini menunjukkan mangsa sedang melutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” kata Surendran.
Faizal Iskandar · Pengulas Tertinggikalau polis kna pertahankan diri, xleh nk kata apa laa....gua pon harap polis jaga keselamatan gua, keluarga gua, org awam lain jugak kalau berada dlm 'situasi yg sama'...
tapi kesahnya begini pulak;.
“Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.
“Ini menunjukkan mangsa sedang melutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” kata Surendran.
heavyy!
Hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1Malaysia bagi penyokongnya dilihat mampu menyatukan rakyat majmuk di negara ini.
Tetapi pengkritiknya menganggap 1Malaysia sekadar slogan kosong kerana dasar kerajaan dan politik yang diamalkan masih berkisar kepada soal bangsa dan kerapuhan perpaduan rakyat semakin parah.
Antara mereka yang menyokong padu 1Malaysia adalah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengetuai parti politik yang hanya menerima orang Cina sebagai ahlinya.
Dalam wawancaranya baru-baru ini dengan Malaysiakini, Chua berkata 1Malaysia tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dan meramalkan sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun sebelum perubahaan sikap mula kelihatan.Titik persamaan
Katanya, rakyat Malaysia masih terikat dengan identiti bangsa sehingga mereka mampu mencari titik persamaan.
Chua juga percaya 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.
"Kerana (keputusan pilihan raya) itu, semua orang terburu-buru mengatakan ia baik untuk negara ini. Jadi sekarang kita mempunyai sistem dua parti,” katanya.
Kesan pilihan raya, kata Chua menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.
"Ini kerana semua ahli politik di mana-mana di dunia ini adalah sama... berbalik kepada asas dan fundamental - bangsa dan agama - bagi mendapatkan sokongan. Ini agak malang,” katanya.
Meskipun huraian ciri-ciri itu mengambarkan sikap yang diambil oleh ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali namun Chua tidak mahu diheret untuk berdebat dengan presiden kumpulan pendesak Melayu - PERKASA.
Sama seperti 1Malaysia, PERKASA juga lahir selepas pilihan raya umum 2008 tetapi berkonsepkan perjuangan Melayu kerana gusar penguasaan politik Melayu semakin pudar.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.
"Tiada perkembangan baru atau tangkapan berhubung perkara itu.
"Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah,” katanya.
Sejak bulan lalu, semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks berkenaan.
Antara mereka termasuk ketua kampung di kebanyakan tempat di Selangor sebelum menular ke negeri-negeri lain.
Selain kampung-kampung Melayu, turut menjadi sasaran adalah kampung Cina dan India.
VCD lucah yang diposkan ke rumah mereka dikatakan berasal dari Shah Alam dan ada yang dari Melaka. Ini berdasarkan setem dan cop pos di sampul surat yang dihantar itu.
Awal hari ini, ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin membuat laporan polis di ibu pejabat daerah polis Ampang Jaya setelah menerima VCD di peti suratnya bersama surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh PAS.
Bahagian luar VCD itu memaparkan imej timbalan presiden PAS yang baru Mohamad Sabu, dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.
Skandal Seks Mat Sabu
“Sebaran VCD lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah berleluasa ke seluruh negara. Sepatutnya pihak polis sudah boleh mengesan siapa dalangnya. Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini.
“Lebih melampau, saya sendiri telah menerima VCD dan risalah fitnah ini yang dihantar ke rumah saya semalam. Sampul surat yang dihantar mengandungi surat palsu yang menggunakan kepala surat PAS, VCD bertajuk 'Skandal Seks Mat Sabu' dan risalah yang memaparkan beberapa adegan dari VCD lucah...mula dicemarkan sehingga ke Ampang pula,” katanya.
Zuraida mendakwa penyebaran rakaman seks itu kerja Umno sebagai usaha mereka bagi memecah-belakan kerjasama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.
- Redzuan ShamsudinSampai kiamat pun kkes tak akan selesai. kecuali sebelum kiamat Pakatan Rakyat ambil alih kuasa persekutuan. baru tahu siapa yang lakonkan video tu, trio Dato T ke, siapa ke? Siapa edar CD, balaci sapa?
Hakim Latifah Mohd Tahar semasa membuat keputusan itu berkata pihak pendakwaan sepatutnya mengemukakan dengan lebih awal segala dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan kepada pihak pembelaan, terutama dokumen yang berkemungkinan akan digunakan untuk menyangkal keterangan pembelaan.
Beliau berkata tujuan Seksyen 51 (a) Kanun Prosedur Jenayah ialah untuk meletakkan kewajipan ke atas pihak pendakwaan dalam mengemukakan dokumen kepada pihak pembelaan di peringkat awal perbicaraan.
"Mengemukakan (laporan polis) di tahap ini akan memprejudiskan pembelaan. Pihak pendakwaan tidak menepati Seksyen 51 (a) dan justeru dokumen (laporan polis) tidak boleh dikemuka pada perbicaraan," katanya.
Dalam perbicaraan lepas, pihak pendakwaan memohon untuk mengemukakan laporan polis Jenain di mahkamah bagi mencabar kebolehpercayaan tertuduh yang dikatakan memberi keterangan bercanggah dengan laporan polisnya.
Peguam bela Jenain, M Athimulan bagaimanapun membantah dengan alasan pihak pendakwaan sepatutnya memberi dokumen itu (laporan polis) pada peringkat awal perbicaraan bagi membolehkan pihaknya menyediakan pembelaan dan permohonan itu didakwa melanggar Seksyen 51(a) Kanun Prosedur Jenayah.
Jenain, 48, diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Shah Alam, pada 26 April 2010.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala.
Sementara itu, semasa menyambung keterangannya hari ini, Jenain menegaskan bahawa sebanyak 21 das tembakan yang dilepaskan ke bahagian bawah kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid hanya bertujuan memberhentikan kenderaan itu yang lari daripada pemeriksaan polis.
Anggota polis itu tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani bahawa dia melepaskan tembakan dengan niat untuk menyebabkan kematian mangsa.
Jenain juga tidak bersetuju dengan cadangan Idham bahawa semua keterangan yang diberikannya di dalam mahkamah adalah satu pembohongan.
Perbicaraan disambung pada 17 Jun ini.
- Bernama
Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu juga dipinda dan dijelaskan kepada penduduk sebelum ia dibentangkan di parlimen.
Kedudukan Lembaga MAS
Fasal 57 RUU PPKB 2010 yang asal memperuntukkan pembubaran Enakmen Petempatan Pertanian Melayu (MAS) dan Lembaga Pengurusan MAS telah dipotong. Ini sesuatu yang baik tetapi dengan pindaan ini apakah status Lembaga MAS dalam PPKB?
Lembaga MAS masih wujud dan dalam masa yang sama PPKB juga bertindak sebagai pentadbir Kampung Bharu. Kenapa perlu ada dua badan yang mengurustadbir Kampung Bharu?
Oleh yang demikian, saya mencadangkan Kementerian memperkasakan kedudukan Lembaga MAS ini dengan terus menyerap Lembaga MAS sebagai penasihat PPKB di bawah Fasal 19 RUU PPKB 2010.
Rasionalnya, jika melihat kepada Fasal 19 dan 20 RUU PPKB 2010, ia menubuhkan suatu majlis penasihat yang dimaklumkan oleh kementerian yang mana keanggotaannya akan dilantik daripada kalangan anggota Lembaga MAS.
Jika keadaan sedemikian, adalah lebih baik dinyatakan secara khusus di Fasal 19 tersebut bahawa Lembaga Pentadbiran MAS akan bertindak sebagai majlis penasihat kepada Perbadanan.
Dengan in,i Fasal 20 RUU PPKB 2010 tidak diperlukan lagi kerana Lembaga MAS sendiri telah mempunyai keanggotannya sendiri yg terdiri daripada ketua kampung yang mewakili tujuh kampung dalam Kampung Bharu dan juga pengerusi.
Dengan kata lain, pengerusi Lembaga MAS bertindak sebagai pengerusi majlis penasihat dan seterusnya. Ini akan lebih menjamin hak pemilik tanah Kampung Bharu kerana Lembaga MAS yang mentadbir Kampung Bharu boleh menjadi pengimbang (semak dan imbang) kuasa perbadanan yang luas itu.
Keanggotaan Perbadanan
Fasal 5(1) Keanggotaan Perbadanan telah dikurangkan dan ditambah. Penambahan dibuat dengan memasukkan timbalan pengerusi yang mana dalam RUU PPKB 2010 yang asal jawatan ini tidak ada.
Di dalam Huraian kepada pindaan RUU ini, kementerian merasionalkan penambahan jawatan timbalan pengerusi itu yang dikatakan akan dilantik daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Bharu tetapi peliknya dalam Fasal 5(2) hanya menyebut bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi hendaklah seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
Kenapa dalam Fasal 5(2) ini tidak disebut perlantikan mestilah daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Bharu? Adakah ada helah di sebalik perlantikan ini?
Fasal 5(1)(f) dalam RUU PPKB 2010 yang asal memperuntukkan tidak lebih daripada dua orang pemilik tanah Kampung Bharu tetapi telah dipotong dan digantikan dengan Fasal 5(1)(g), iaitu tidak lebih daripada lima orang wakil NGO.
Kenapa pertukaran ini dibuat? Apa faedahnya dan kebaikannya melantik lima orang wakil NGO? Adakah ini juga disebabkan lobi-melobi daripada NGO yang diketahui mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu atau yang gilakan jawatan dalam perbadanan?
Apakah signifikannya perlantikan mereka ini?
Mekanisma pembangunan
Mengikut RUU PPKB 2010 yang asal, disebutkan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 di Fasal 15(2)(h) tetapi dalam pindaan yang dicadangkan, peruntukan itu telah dipotong.
Perlu diambil ingatan bahawa dengan pemotongan Fasal 15(2)(h) tersebut ia tidak memberikan apa-apa makna kerana Akta Pengambilan Tanah 1960 masih boleh digunakan.
Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah akta parlimen yang umum dan ia boleh digunakan pada bila-bila masa walaupun tiada sebarang peruntukan mengenainya dimasukkan dalam sesuatu undang-undang kerana ia mempunyai kuasa pengambilan tanah yang luas, sama ada diperuntukkan secara spesifik ataupun tidak.
Jika benar Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak mahu dan tidak akan digunakan kenapa tidak dimasukkan terus peruntukan yang spesifik bahawa Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak akan digunakan dalam pembangunan Kampung Bharu?
Jika begitu keadaannya, bagaimanakah pula bentuk rancangan pembangunan yang hendak dijalankan? Apakah ia akan melibatkan pemindahan penduduk sepanjang tempoh pembangunan tersebut?
Jika perlu dipindahkan, ke mana dan adakah sebarang pampasan atau gantirugi yang akan diberikan? Persoalan-persoalan ini masih kabur kepada sebilangan besar penduduk Kampung Bharu dan perkara ini perlu diberikan penjelasan yang cukup oleh pihak kementerian.
Apa yang paling penting, RUU yang asal yang telah dibentangkan pada 17 Disember 2010 masih belum ditarik balik di parlimen.
Segala pindaan yang dicadangkan itu tidak bermakna dan tidak akan menjadi sebahagian daripada undang-undang selagi mana RUU yang asal masih berada di parlimen.
Menurut ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.
Baljit berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman.
Kumpulan itu akan menyerahkan nama-nama peguam yang akan terbabit dan mereka juga akan membekalkan perkhidmatan perundangan kepada peserta BERSIH sekiranya tangkapan dibuat.
"Setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.
Perhimpunan besar-besaran itu akan diketuai oleh beberapa NGO dengan tujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.
"Ternyata masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di Putrajaya hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Koh Tsu Koon.
Najib turut mempersoalkan kenapa umat Islam sebagai umat yang bermaruah sanggup membenarkan Islam dipandang remeh dan diperkotak-katik lantaran ketidakmampuan mengurus masalah umat Islam itu sendiri.
"Persoalannya di sini, kenapa pihak ketiga yang selalunya bukan negara Islam diberi kepercayaan dan sandaran untuk menjadi wasit rujukan atau pertelingkahan?
"Kenapakah rasuah, salah tadbir, salah urus dan ketidakcekapan sering menandai pengurusan negara Islam? Sedangkan kita tahu ajaran Islam seperti mana terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasul mampu menjadi panduan yang jelas," katanya.
Perdana Menteri berkata, mutakhir ini keharmonian di kalangan penganut agama yang berbeza di Malaysia sedikit tercalar kerana ada pihak yang mahu mempolitikkan agama sama ada di kalangan penganut Islam atau bukan Islam.
Beliau berkata, dalam sebuah negara yang berbilang kaum, polemik agama harus diurus dengan berhemah dan cermat kerana perbincangan berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan