Rabu, 29 Jun 2011

ALLAH AKAN SAPU BERSIH DIAKHIRAT NANTI YANG MELAMPAUI BATAS...ZALIM...YANG MELAKUKAN PERKARA HARAM DAN SOMBONG DAN BERLAGAK...KITA TUNGGU DIAKHIRAT...

Guru, pelajar diberi amaran jauhi BERSIH
Jun 29, 11 5:49pm

Semua guru dan pelajar sekolah diingatkan supaya tidak terbabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, guru dan pelajar adalah kakitangan kerajaan yang tidak wajar menyertai perhimpunan haram itu.

Beliau berkata, sekiranya mereka terbukti terbabit dalam perhimpunan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan termasuk mengikut undang-undang negara.

"Saya mohon kepada semua guru supaya berfikir sebaik-baiknya dan bertindak sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab sekiranya ingin menyertai perhimpunan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar ke-17 di Kuantan hari ini.

- Bernama

Peguam: Polis akan soal 40 berhubung BERSIH
Joseph Sipalan
Jun 29, 11
5:32pm

Sejumlah 40 orang berada di senarai polis untuk disoal-siasat berhung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, kata peguam Edmund Bon.

edmund bon gmi lawyer 090805Bon, yang mewakili empat pemimpin NGO yang diheret ke balai polis Dang Wangi hari ini mengesahkan mereka yang disiasat itu adalah berdasarkan senarai polis.

“Setakat ini, mereka telah menyoal lebih 20 orang, jadi kita jangka 18 lagi akan dipanggil untuk disiasat,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di luar balai polis itu.

Bon hadir sebagai peguam kepada empat ahli dan aktivis NGO yang dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka.

Mereka termasuk ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis Hishamuddin Rais, yang disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis dan ketua Tenaganita Irene Fernandez, yang disoal mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Akta Polis.

NONEKetiga-tiga mereka disoal berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Individu keempat, Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty, pula disiasat kerana hadir di balai polis Travers ketika mengiringi ketua BERSIH Datuk S Ambiga, yang mengemukakan laporan polis berhubung ugutan bunuh melalui SMS yang diterimanya.



BERSIH cuba selamatkan Anwar, kata Ibrahim Ali
Abdul Rahim Sabri & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 28, 11
9:06pm

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau yakin perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 dua minggu lagi bukan semata-mata untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Sebaliknya, beliau mendakwa gabungan NGO itu mempunyai agenda untuk menghuru-hara negara bagi "menyelamatkan" Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Mereka sudah tidak ada pilihan. Mereka gagal pada 16 September untuk menubuh kerajaan, kemudian Datuk Seri Anwar terpaksa menghadapi perbicaraan untuk mempertahankan dirinya.

"Dan dibantu pula dengan hebohan video (seks) yang mirip dengan ketua pembangkang. Maka pada saya, (perhimpunan) ini adalah pertarungan hidup dan mati Anwar Ibrahim.

"Maka cara yang terbaik, mungkin mereka merancang untuk menumbang kerajaan pada 9 Julai," dakwanya lagi dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

NONEIbrahim mendakwa BERSIH membawa agenda politik Pakatan Rakyat kerana NGO itu dianggotai pemimpin Pakatan antaranya, Pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Pengelola DAP Teresa Kok sebagai jawatankusa mobilisasinya.

Ibrahim juga turut mempamerkan salinan pekeliling Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang didakwa mengeluarkan arahan kepada pimpinan PKR semua peringkat supaya menyertai perhimpunan itu.

"Jadi bererti, nyata sekali dengan surat ini, bahawa Anwar Ibrahim di belakang perhimpunan BERSIH 2.0 ini," katanya.

Turun dengan tangan kosong

Ibrahim juga berkata BERSIH turut digerakkan oleh aktivis pelajar Hishamudin Rais yang disifatkannya sebagai "baling batu sembunyi tangan" sewaktu zaman gerakan mahasiswa sektiar tahun 1970-an.

Sehubungan itu, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas meminta rakyat membuat penilaian supaya tidak beremosi dengan menyokong perhimpunan itu secara "tidak tentu arah".

bersih poster scah 280611Sementara itu, mengulas perhimpunan PERKASA pada hari yang sama, Ibrahim turut menasihatkan ahlinya supaya mematuhi undang-undang dan jangan menimbulkan huru-hara.

"Jangan buat keganasan, (berhimpun) dengan aman, jangan langgar undang-undang, jangan baling batu.

"Saya dah bagi tahu kepada ahli PERKASA dalam taklimat, kita tak benar apa-apa provokasi, jangan bawak apa-apa senjata.

"Hanya turun tangan yang kosong untuk mempamerkan bahawa kita tidak bersetuju dengan BERSIH. Saya harap tidak ada apa-apa yang berlakulah nanti," tegasnya.

Ibrahim berkata PERKASA selesai memberikan taklimat kepada ahlinya di sepuluh daerah dan 22 kawasan parlimen secara tertutup berhubung perhimpunan 'Gerak Aman' pada tarikh yang sama.

  • Carlos da Moshie · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur City Hall
    bodoh punya katak org nak anta memorendem bukan nak tumbangkan kerejaan yg ada pd 9hb tu.. memang niat nak tumbangkan tp dengan cara pilihan raya yg bersih... bodo xpaham2 katak ni klu nak mati kerana melayu tu jgn ajak org lain... kami nak mati dlm mempertahankan islam yg kami cintai... katak terbodoh n terhodoh di dunia ialah ibrahim ali sikatak bodoh.
    • Zamri Mohd · Pengulas Tertinggi · Politeknik ungku omar
      Inilah sorang2nya ahli Parlimen yang paling KURANG SIUMAN di Malaysia, mungkin juga di dunia. Ibrahim Ali dok melalak pasal BERSIH ni pun ada kepentingan juga iaitu untuk menyelamatkan karier politik beliau, agar PRU nanti UMNO sudi mencalonkan beliau atas tiket UMNO.

Polis serbu, geledah sekretariat BERSIH 2.0
Jun 29, 11 12:38pm

Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.

Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

NONEMaria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Beliau yang ketika itu di bangunan Parlimen berkata dia dimaklumkan polis datang dengan lima kereta tanpa logo polis yang bercermin gelap dan mereka juga tidak memakai seragam. Sebuah trak besar polis tiba kemudiannya.

Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

NONEAnggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.

Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya sebelum dirampas oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0.

Selain itu, butiran Mykad kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar pejabat itu juga dicatatkan selain diminta membekalkan nombor telefon masing-masing.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.

NONEBeliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.

Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

“Ini adalah hak asasi manusia, adalah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa,” katanya.

Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas.

Manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat.

Maria: 'ISA tidak akan dapat halang BERSIH'
Joseph Sipalan
Jun 29, 11
5:30pm

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tangkapan beramai-ramai tidak boleh dibenarkan menghalang masyarakat sivil daripada melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, kata ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu, Maria Chin Abdullah.

NONEBeliau menegaskan bahawa tindakan berterusan pihak polis terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH "tidak akan menghalang perhimpunan tersebut".

"Mereka (kerajaan) boleh menggunakan langkah-langkah pencegahan, di mana mereka telah mengancam untuk menggunakannya, tetapi perhimpunan tersebut bukan mengenai individu dalam BERSIH.

"Malah, jika mereka menangkap semua (pemimpin), ini adalah panggilan rakyat untuk pembaharuan," katanya kepada pemberita hari ini.

  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Ini baru dinamakan pejuang... bukan macam juak-juak Umno... berani melalak melolong dan kepung bangunan parti lawan tengah malam bila diketahui tiada penghuni...TERINGAT AKAN KATA-KATA KERAMAT DSAI...WE WILL FIGHT TOGETHER AND WILL NEVER SURRENDER..LAWAN TETAP LAWAN...SATU DITAHAN RATUSAN RIBU BANGKIT MELAWAN...
    • Hazman Ahmad · umur 30 tahun
      mmg doh BB.. Ckit pun tak takut gan ancaman polis utk ke bersi 2.0

Hisham: Haram pakai baju BERSIH, boleh ditangkap
Aidila Razak
Jun 29, 11
12:24pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

NONEJusteru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Terbaru, pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

NONESemuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memaka baju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Hishammuddin, juga agak keberatan bagi menjawap soalan berhubung perhimpunan 9 Julai ini apabila ditanya mengenai tangkapan ke atas aktiviti bagi membantutkan perhimpunan BERSIH.

NONE"Kita akan tunggu sehingga perkara berlaku. Seperti saya katakan, orang yang perlu dirujuk adalah Ketua Polis Negara... apabila membabitkan penguatkuasaan. Saya telah jelaskan ini semalam,” katanya.

Ditanya sama ada tangkapan itu bermotifkan politik, Hishamududdin berkata: “Menyebelahi mereka atau kami?”

“Saya juga boleh tanya (parti pembangkang dan aktivis) soalan yang sama,” katanya sambil tergelak.

Perhimpunan BERSIH 2.0 membabitkan perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum lapan perkara berhubung pembaharuan pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong.

bersih rally 271207 01Antaranya menuntut penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam dan memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari.

Selain BERSIH 2.0, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatkan hasrat mereka untuk berhimpun secara berasingan pada 9 Julai ini.

Tidak ada kumpulan yang telah diberikan sebarang permit polis.


Berbaju-T BERSIH: 2 ADUN, 12 ahli DAP, PKR ditahan
Lee Weng Keat
Jun 29, 11
11:50am

Empat belas aktivis politik pagi ini ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

NONESemuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memakaaju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Aktivis itu mula mengunjungi pasar berkenaan kira-kira jam 9 pagi tetapi pihak polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.

Dua belas daripada mereka adalah ahli DAP dan dua lagi ahli PKR.

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

NONEKetika dihubungi, Leong mengesahkan bahawa beliau ditahan tetapi belum diberitahu di bawah akta atau undang-undang mana mereka ditangkap.

“Kami diberitahu polis mendapat arahan daripada 'pihak atas' untuk tangkap sesiapa yang memakai baju-T BERSIH,” katanya.



  • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
    1.Leukemia = apabila sistem sum-sum tulang badan mula mengeluarkan sel darah putih berlebihan yg menyerang sel darah merah sendiri (spatutnya menyerang organism pembawa penyakit). Rawatan terbaik ialah CHEMOTHERAPY dan PEMINDAHAN/PERTUKARAN SUM-SUM TULANG
    2. Bluekemia=apabila sistem sum-sum negara (pemimpin negara) mula mengeluarkan sel darah biru (uniform biru/SPR/SPRM) berlebihan yg menyerang rakyat sendiri (spatutnya menyerang organisasi pembawa penyakit seperti PERKASA). Rawatan terbaik ialah DEMOTHERAPY dan PERTUKARAN PIMPINAN

Polis sita tapak ceramah BERSIH
Joseph Sipalan
Jun 29, 11
3:27pm

Tapak ceramah Pakatan Rakyat di Gombak pagi ini disita oleh pihak polis yang dipercayai sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk membantutkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

pkr weeklly pc 090807 amirudin shariADUN Batu Caves Amirudin Shari berkata anggota polis itu tiba dengan dua kereta pada jam 10.30 pagi dan mereka dengan segera mengepung kawasan itu dengan pita kuning di dewan Kampung Wira Damai dan sebuah padang berhampiran.

"Mereka beritahu kami tidak dibenar menggunakan tapak ini untuk cermah malam nanti.

"Kami telah memohon permit (ceramah) di bawah nama BERSIH dua atau tiga minggu lalu sebelum pihak berkuasa memutuskan bahawa perkataan 'BERSIH' tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Amirudin pihak polis juga tidak memberikan alasan yang jelas berhubung mengapa tapak ceramah Pakatan itu disita tetapi percaya ia ada kaitan dengan penggunaan perkatan 'BERSIH'.

NONEPersatuan penduduk kampung itu telah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan ketua balai polis Gombak menerusi peguam mereka Zulkarnain Lukman dan Zulhazmi Shariff, bagi mendapatkan penjelasan.

Zulkarnain berkata pihak polis enggan berbincang meskipun mereka telah menunggu selama sejam. Tindakan itu memaksa mereka membuat laporan polis terhadap pegawai polis berkenaan.


  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Dipersembahkan kapada rakyat, seolah-olah seluruh jentera PDRM kini dikerah untuk menghalang dari Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 dari dapat dijalankan..kalaulah kesungguhan, kegigihan dan dedikasi yang serupa ditunjukkan untuk menghadapi kes-kes jenayah sudah pasti negara kita sudah lama mencapai SIFAR JENAYAH...KEPAKARAN DAN KEBOLEHAN POLIS TELAH DISALAH GUNAKAN.. DIJADIKAN ALAT DAN PERKAKAS UMNO UNTUK MEMPERTAHANKAN KUASA YANG KIAN TERLUCUT DARI TANGAN MEREKA.. ANGGOTA-ANGGOTA POLIS JANGAN DIPERSALAHKAN.. MEREKA MENURUT PERINTAH POLITICAL MASTERS MEREKA..NAK LIHAT SATU PDRM YANG ADIL, SAKSAMA, MESRA, TEGAS DAN BERHEMAH..TUNGGU SELEPAS PRU 13 NANTI BILA PAKATAN RAKYAT MENGAMBIL ALIH TAMPUK PEMERINTAHAN PUTRAJAYA...


IGP: Mungkin ada unsur asing di sebalik himpunan
Hafiz Yatim
Jun 29, 11
5:01pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini memberi amaran mengenai kemungkinan ada unsur-unsur asing di sebalik pelbagai perhimpunan yang dianjurkan pada 9 Julai.

NONEBerikutan itu, beliau memberi amaran keras bahawa polis tidak akan membenarkan mana-mana individu atau mana-mana pihak atau organisasi, terbabit dalam aktiviti yang boleh mengakibatkan berlaku huru-hara.

Ismail berkata, berdasarkan risikan polis, terdapat cubaan oleh beberapa pihak dan juga unsur-unsur asing terlibat, yang mungkin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi keadaan.

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, katanya, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan haram.

Menurutnya, tiga perhimpunan - BERSIH, Pemuda Umno dan PERKASA - yang dijadualkan pada 9 Julai, boleh mengakibatkan gangguan terhadap keamanan dan ketenteraman awam.

  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Mula-mula kata himpunan aman Bersih 2.0 dibiayai oleh NGO-NGO dari barat terutamanya AS... kemudian kata disokong dan ditaja oleh badan-badan Kristian... selepas itu diresapi oleh komunis...terkini penglibatan unsur-unsur asing...JANGAN TERPERANJAT BILA ADA KATA-KATA YANG KELUAR NANTI BAHAWA BERSIH 2.0 ADALAH IDEA SERTA DIKAWAL OLEH MAHKLUK DARI PLANET ASING......

Polis nasihatkan rakyat jauhi KL 9 Julai ini
Regina Lee
Jun 29, 11
4:00pm

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.

selangor water demo Deputy police chief of KL Amar Singh, Khalid Samad on far leftMenurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Sya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana.

“Akan terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.

Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan.

azlan“Mungkin khabar angin, mungkin tidak. Saya tidak boleh beritahu secara khusus apa yang kami akan lakukan kecuali akan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Amar Singh berkata beberapa jalan utama akan ditutup tetapi beliau memberi jaminan polis telah mempunyai rancangan untuk mengatasi perkara berkenaan.

Menurut spekulasi jalan-jalan sekitar lingkungan 10 km dari pusat bandar akan ditutup dengan pihak polis membuat sekatan jalan sehari sebelum tarikh berkenaan.

Pada Sabtu itu, KL akan menyaksikan tiga demonstrasi berasingan dengan yang terbesar anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun bagi membantah tindakan BERSIH.

bersih rally 271207 01Pada perhimpunan BERSIH pada tahun 2007, tidak kurang 40,000 rakyat turun ke jalanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Meskipun perhimpunan itu lebih seminggu lagi, namun pihak polis terus menekan penyokong BERSIH dan mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan berkenaan.

Setakat ini, hampir 100 orang ditangkap dan kenyataaan mereka telah dirakamkan oleh pihak polis sejak seminggu lalu.

Mohd Shalan · Pengulas Tertinggi · College tafe seremban
sy kje kl nk pge mne? bapak polis bole bayar gaji sy tk?
Jp Joe Pg · Pengulas Tertinggi · Friends with Maba Budu
Kerajaan isytihar cuti umum utk kl sahaja. Ada harapan? Jangan harap!


'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda
Aidila Razak
Jun 29, 11
1:01pm

Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.

NONEDitanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."

Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.

"Saya telah arahkan (polis) supaya Pemuda (Umno) diberikan layanan yang sama. Tidak ada sesiapun mengatasi undang-undang,” katanya.Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

NONE"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.


  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    YA YA YA... CORRECT CORRECT CORRECT....penyudahnya? NOD... No Offence Disclosed... NFA... No Further Action...Dulu masa kes heret kepala lembu didepan pejabat SUK Selangor.. menteri nilah yang syorkan supaya tiada sebarang tindakan diambil keatas penjenayah-penjenayah tersebut...bila terima desakkan dan tekanan dari rakyat terus buat U-Turn..Sudah amat masak dengan perangai dia...

Tiada ulasan: