| Zulkifli Sulong | ||||||||||
ISTANBUL, 11 Jun: Kunjungan pertama delegasi PAS dan PKR ini adalah ke pejabat parti AK di Istanbul. Baru mula terasa Turki sedang hadapi pilihan raya umum.Pendekatan kempen nampaknya lebih kepada medium TV dan akhbar melalui liputan media terhadap program yang diadakan. Untuk penglihatan umum pula, banner besar yang memaparkan wajah Reccip Toyyeb Erdogan bersama slogan pilihan raya ini dipasang di banyak tempat. Sedikit sahaja poster kecil yang dipasang iaitu di pejabat-pejabat parti sahaja bukannya memenuhi kawasan. Ini telah ditetapkan oleh undang di Turki untuk menjaga alam sekitar mereka. Poster-poster kecil sebagaimana yang sangat popular di Malaysia tidak dibenarkan di sini atas alasan ia merosakkan permandangan. Apabila masuk ke Istanbul melalui lapangan terbang Atarturk di sini tidak terasa langsung pilihanraya umum berjalan. Begitu juga apabila masuk ke bandaraya Istanbul dari lapangan terbang ke hotel Green Park tidak terasa PRU sedang berlangsung di Turki. Namun medianya penuh dengan liputan pilihanraya termasuk muka-muka depan akhbar utama.Apabila dibuka TV juga baru dirasai kehangatan pilihan raya. Jam 10 pagi waktu tempatan apabila dibuka stesen SkyTv, pemimpin CHP, salah satu parti yang bertanding sedang memberikan ucapan. Hampir 15 minit masa diberikan untuk beliau berucap di hadapan penyokongnya diberikan ruang oleh siaran TV itu yang tidak akan diperolehi oleh mana-mana pemimpin pembangkang di Malaysia. Menurut Omer Faruk Kalayci, timbalan pengerusi hal ehwal luar parti AK, semua parti bebas membeli masa dalam media Turki. Hasilnya semua parti dirasai kehadirannya dalam semua media Turki. Dalam pilihanraya ini, AK cuba memecah rekod pilihanraya Turki untuk menang tiga kali berturut-turut dan dengan populariti yang terus meningkat. Dengan lima juta ahli dari 50 juta pengundi, sangat sukar parti-pari lain untuk mengalah AK dalam pilihan raya umum kali ini. Berita berkaitan: PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 11 Jun 2011
KEBAJIKAN ITU PERKARA YANG MENDATANG PAHALA...JAUHKAN KEMURKAAN ALLAH...BUKAN SEGALANYA FREE...NANTI 'RUGI@MISKIN PULAK'....
AK bersedia catat sejarah menang kali ketiga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ISTANBUL, 11 Jun: Kunjungan pertama delegasi PAS dan PKR ini adalah ke pejabat parti AK di Istanbul. Baru mula terasa Turki sedang hadapi pilihan raya umum.
Namun medianya penuh dengan liputan pilihanraya termasuk muka-muka depan akhbar utama.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda.
TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan