Sabtu, 18 Jun 2011

APALAH KUASA MANUSIA...TAPI BAGAIMANA KALAU ALLAH TUTUP PINTU HIDAYAH SERTA PINTU TAUBAT...SEKALI GUS ALLAH PINTU SYURGA...INI LEBIH MALANG..SEDAR2LAH

PENGERUSI SPR KATA, "PINTU RUNDINGAN SUDAH TUTUP."

By Zakri Ali Rangkuti (Albums) · Updated 58 minutes ago




Sabtu, 18 Jun 2011 - SPR: Pintu rundingan ditutup
diterbitkan oleh PBO™

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berunding lagi dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung pengurusan pilihan raya di negara ini kerana ruang sudah pun diberi sebelum ini.

“Kita telah memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan mereka telah berjumpa kita November lalu untuk berbincang mengenai beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik.

“Kita terima sesetengah pandangan mereka tetapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kata (mereka) sedia bincang. Kalau hendak bincang kenapa perlu berhimpun?

“Pintu rundingan dengan kumpulan tersebut sudah tertutup. Kita tidak tertarik lagi untuk bertemu mereka,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau menegaskan, tindakan kumpulan tersebut untuk berdemonstrasi pada 9 Julai ini tidak sekali-sekali akan mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang telah ditetapkan dan berjalan dengan sempurna selama ini.

“Mereka boleh berhimpun dan terus mencemuh kita, tetapi kita tidak akan tunduk kepada tuntutan kumpulan tersebut,” kata beliau kepada Sinar Harian dalam pertemuan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, semalam.

Beliau berkata demonstrasi jalanan tidak berkesan dan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung satu-satu isu.

Telah terbukti demonstrasi yang diadakan sebelum ini hanya menimbulkan kesusahan kepada orang ramai, termasuk peniaga, pemandu teksi dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.

“Semua pihak tidak setuju demonstrasi, tetapi mereka memilih kaedah tersebut; macam mereka ada agenda lain. Jadi tidak guna lagi untuk bincang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tuntutan Bersih, Abdul Aziz menyangkal tuduhan kumpulan tersebut bahawa SPR tidak bebas dan tidak telus sebab terpaksa selalu tunduk dengan kehendak kerajaan.

“Pada hemat saya kumpulan tersebut sendiri yang menjadi alat dan tunduk kepada kemahuan parti-parti tertentu. Kita sudah tengok siapa di belakang kumpulan tersebut. Orang boleh agak siapa dalang mereka,” kata beliau.

Mengenai tuduhan Bersih kononnya SPR berat sebelah dalam pengendalian pilihan raya, Abdul Aziz berkata:

“Kalau kita berat sebelah, mesti tidak ada parti pembangkang menang baik dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Mereka tahu hakikat ini, tetapi mereka sengaja hendak buat kacau.” (SH)

pen buruk online

Kerusi Melayu: Cabaran besar PAS pada PRU 13
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Jun: PAS berhadapan cabaran besar apabila perlu memastikan lebih banyak kerusi diwakili Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, ini kerana orang Melayu masih terperangkap dalam dilema untuk membuat perubahan berbanding orang Cina yang dilihat sudah mempunyai azam yang kuat untuk menolak BN.

Orang Melayu dakwanya masih ragu-ragu melakukan perubahan jika melibatkan kepimpinan bukan Melayu berpunca daripada mainan media arus perdana.

"Saya ucap tahniah kepada pengundi-pengundi Cina mereka ada niat yang baik untuk berubah walaupun Tun Dr. Mahathir kata orang Cina tidak mengenang jasa.

"Tapi bagi saya orang Cina ada sebab yang kukuh untuk menolak BN. Malang sekali orang Melayu masih dalam dilema untuk membuat perubahan.

"Orang Melayu lebih berhati-hati memasuki sempadan baru kerana mereka lebih meletakkan rasa bimbang yang lebih daripada rasional berfikir yang biasa.

"Kalau kita mengapi-apikan atau membuat kenyataan yang tidak rasional,orang Melayu tak akan undi Pakatan.

"Kemenangan nanti adalah tidak seimbang, samaada Pakatan Rakyat terlalu banyak kerusi bukan Melayu dan kerusi Melayu dipegang Umno dan kalau Pakatan berkuasa pada waktu itu kita kekurangan wakil orang Melayu.

"Ini sedikit sebanyak memberi ketidakseimbangan politik," kata beliau dalam forum bertajuk Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke Arah Pertengahan dalam Kemajmukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH) malam tadi.

Beliau yang juga exco Kerajaan Kelantan berkata, jika Pakatan berjaya mengambil 60 kerusi daripada Umno, Pakatan boleh menubuhkan kerajaan baru yang dapat memberikan kestabilan kepada politik negara kita.

Tambahnya juga, jika pengundi Cina konsisten membuat perubahan seperti pilihan raya umum Sarawak, Pakatan dapat menumbangkan BN.

Pilihan raya Sarawak yang lalu menyaksikan sokongan kaum Cina meningkat sebanyak 15.8 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya 75.4 peratus, berbanding dengan kaum Melayu.

"Kita lihat trend ini berterusan di Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor, maka kita dapat tambahan kerusi sebanyak 27 kerusi Parlimen berbanding 82 kerusi (sekarang).

"Selepas pilihan raya umum ke 13 kita mempunyai 109 kerusi, tidak cukup lima kerusi untuk tubuh kerajaan baru.

"Jadi sekarang saya merayu tambah lagi sepuluh kerusi Parlimen untuk Pakatan Rakyat," katanya di hadapan kira-kira 50 hadirin,majoriti kaum Cina.

Turut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen.

Mengulas sedikit mengenai kabinet PAS yang baru, beliau berkata kebolehan pasukan ini akan diukur berdasarkan pencapaian PAS pada PRU ke-13.

"Tugas PAS adalah besar untuk menghadapi pilihan raya. Masa kita suntuk untuk merangka pelan kemenangan pilihan raya samaasa berjaya atau tidak dan pasukan ini akan diukur dengan kejayaan pilihan raya.

"Kalau pilihan raya ini Umno menang besar, habis.Pemilihan akan datang mungkin orang tak akan pilih saya beban itu adalah berat," katanya.

Ujarnya juga, muktamar PAS baru-baru ini juga menyaksikan perubahan positif orang bukan Melayu terhadap PAS terutamanya apabila PAS mengutarakan konsep Negara Berkebajikan sehingga menggerunkan Umno.

"Kesan positif muktamar ialah perubahan keyakinan terhadap PAS sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai. Saya sangat bersyukur dan berbangga dengan pengharapan ini," katanya.

"Negara berkebajikan bukan sahaja untuk pilihan raya tetapi itulah inti kepada Islam.

"Oleh itu umno serang kita, Utusan Malaysia serang kita dan bila mereka serang saya rasa kita sudah berjaya.

"Kalau Umno puji kita saya rasa sangat takut kerana kita di dalam poket mereka dan saya rasa kita di luar poket Umno.

Justeru ujarnya, PAS perlu menyediakan minda yang betul untuk menggantikan Umno.

"PAS harus ganti Umno dengan minda yang betul dan sikap yang betul.

"Untuk bina polisi yang tepat kita memerlukan pandangan daripada semua pihak dalam memberikan input supaya dapat rangka polisi yang baik.

"Dalam masa yang singkat mungkin dalam masa dua tiga bulan ini kita kena selesaikan engagement kita dengan semua pihak untuk meletakkan satu pelan kemenangan agar kita dapat menuju Putrajaya dengan semua kaum berasa selesa," katanya.

Turut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen.


Siber: Pemuda PAS cabar Rais kemuka bukti

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS mencabar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk membuktikan fitnah yang mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya baru-baru ini ada kaitan dengan Bersih.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab menteri itu yang menyalahgunakan kuasanya dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata.

“Amat buruk dan sangat tidak profesional bila mana seorang menteri berkelakuan begini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan organisasi Bersih membuat laporan polis dan menyaman Rais di atas tindakan beliau itu.

Pemuda PAS, ujarnya menasihatkan pihak kerajaan membuat siasatan terperinci terhadap serangan siber itu dan mendedahkan hasilnya kepada rakyat.

Katanya, kerajaan yang membelanjakan billion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber harus menjawab kepada rakyat bagaimana dengan begitu mudah laman-laman berkenaan diserang hingga menyusahkan ramai pihak.

Pihaknya juga menyeru kepada kerajaan untuk mempertingkatkan sistem keselamatan siber negara dan tidak menyekat kebebasan rakyat untuk menyampaikan pandangan mereka melalui medium alternatif ini.

“Ayuh anak muda turun 9 Julai ini bersama Bersih 2.0 dan singkirkan fitnah menteri yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Kaitkan Bersih, Pemuda PAS cadang saman Rais
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat menganggap kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengaitkan serangan terhadap beberapa laman web kerajaan ada kaitan dengan himpunan Bersih sebagai tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan tanpa menampilkan sebarang bukti itu adalah cubaan memberi gambaran buruk terhadap himpunan aman Bersih 9 julai ini.

"DPPM kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab beliau yang menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata. Amat buruk dan sangat tidak profesional bila mana seorang Menteri berkelakuan begini," katanya.

Semalam Rais mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Mengulas lanjut, Riduan berkata kenyataan menteri itu adalah cubaan mengalih perhatian rakyat dan menyembunyikan kelemahan kerajaan menangani pencerobohan penggodam itu sehingga beberapa maklumat dibocorkan.

"DPPM mencadangkan organisasi Bersih membuat laporan Polis dan menyaman Menteri ini diatas tindakan beliau," ujarnya lagi.

Pemuda PAS Pusat juga tegasnya mahu hasil siasatan terhadap serangan siber itu didedahkan kepada rakyat.

Ia kerana kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber namun begitu mudah laman-laman berkenaan diserang hingga menyusahkan ramai pihak.



Dr Tan: Siapa bayar kos pertunangan anak Najib?
Terence Netto
Jun 18, 11
2:45pm

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

parliament crime prevention dialogue 080906 tan kee kwongMajlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBeliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.

“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

NONESebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.


FELDA atau UMNO yang bangkrap?


Ditulis oleh admin
Sabtu, 18 Jun 2011 12:48

*Inilah kenyataan daripada seorang yang bergelar timbalan menteri.Beginilah nasib rakyat apabila yang memerintah tidak berhujah secara logik dan berfakta tetapi menggunakan kepala hotak. Mana mungkin bagi rakyat tanah boleh menjadikan negara bangkrap? Bukankah ianya akan menyebabkan peningkatan sosioekonomi? Jangan jadi bangang la.....


FELDA akan bangkrap jika diurus oleh pembangkang.

Kerajaan tidak bercadang membahagikan tanah seluas 341,000 hektar yang diurus FELDA Plantations kepada generasi baru peneroka kerana bimbang menjuak tanah berkenaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jika dibahagikan 341,000 hektar tanah berkenaan kepada generasi muda peneroka yang berjumlah 1.6 juta orang, setiap mereka akan mendapat 0.2 hektar dan tanah yang tidak termaktub dalam Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960) itu boleh dijual atau digadai.
Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini, beliau berkata 100,000 daripada 341,000 hektar tanah itu berada di Sabah sedangkan peneroka di Sabah hanya berjumlah kira-kira 1,600 orang dan jika tanah itu dibahagikan, ia pasti akan menimbulkan kemarahan mereka.
"Segala pendapatan dan bajet tahunan datang daripada tanah itu. Hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan anak penoraka, gaji gaji dibayar kepada 23,000 pekerja FELDA dan 60,000 pekerja ladang.

"FELDA pasti akan bankrap sekiranya agensi itu diuruskan oleh pembangkang," katanya sebagai sebagai mengulas antara kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang yang mahukan FELDA Plantation dibubarkan dan tanah itu diberikan kepada anak cucu peneroka.

Berita dipetik disini


Perlu siasatan telus

Ditulis oleh admin
Sabtu, 18 Jun 2011 11:58

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat pengurusan kewangan Felda yang didakwa mengalami kerugian teruk.

Ia juga ekoran pinjaman sebanyak RM6 bilion yang dibuat Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang didakwa Anak sebelum ini.

Dakwaan itu kemudiaannya diakui sendiri oleh timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sewaktu menjawab soalan ahli parlimen Permatang pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, jawapan Ahmad bahawa sebahagian wang tersebut digunakan untuk tanam semula adalah sangat meragukan.



"Pengakuan Datuk Ahmad Maslan bahawa Felda buat pinjaman daripada KWSP mengesahkan dakwaan saya sebelum ini dan apa penjelasan beliau tentang jumlah RM6 bilion itu?

"Saya sangat ragu bila beliau kata sebahagian wang digunakan untuk tanam semula kerana jumlahnya begitu besar.

"Kalau beginilah amalan Felda yang sangat tidak telus saya fikir bukan satu yang mustahil zaman BN ini Felda akan jadi bankrap," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan turut menyifatkan kenyataan Ahmad bahawa Felda akan bankrap jika Pakatan Rakyat memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingg sebagai tidak masuk akal.

sebaliknya kata beliau, seramai 80 ribu anak peneroka akan mendapat faedah daripada program pemberian tanah itu dan kakitangan Felda tidak akan diberhentikan sebaliknya khidmat mereka akan terus digunakan untuk memajukan tanah generasi kedua dan ketiga.

"Apa justifikasi beliau berkata demikian sebab seharusnya beliau melihat perspektif jauh lebih besar.

"Bila Pakatan Rakyat berikan tanah kepada generasi kedua dan ketiga 10 ekar setiap pemilik, ia akan beri manfaat kepada 80 ribu anak peneroka dan itu akan mengangkat ekonomi mereka dan sebagai jaminan masa depan.

"Kalau beliau kata 23 ribu kakitangan Felda dan 60 ribu peneroka hilang pendapatan jika Felda Plantation, bukan bermakna kakitangan Felda diberhentikan kerja tapi mereka akan diserap masuk untuk kendalikan tanah yang diberikan kepada generasi kedua kerana tenaga mereka masih diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada peneroka baru.

Tambahnya, 43 anak syaraikat Felda sudah tentu mampu membayar gaji kepada kakitangan Felda.

Selain itu, Anak juga sedang mengumpul semua bukti yang ada berkaitan kegagalan Felda dan dmasukkan ke dalam memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

"Kita akan nyatakan bagaimana perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang mengasaskan Felda dan hari ini Felda telah dicemari dengan pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan salah guna kuasa.

"Kita akan masukkan isu-isu Felda yang terkini dan kita akan kumpulkan dan hantar kepada Yang Dipertuan Agong supaya Tuanku campur tangan," katanya.

Sementara itu, seramai 711 peneroka tanah rancangan Jengka, Pahang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui Tetuan Daim & Gamany pagi tadi, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

Saman itu berhubung penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu.

Peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus.

Mereka sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus.

LAST_UPDATED2


Siapa kata ANAK tabur fitnah


Ditulis oleh admin
Sabtu, 18 Jun 2011 11:32

Keputusan mahkamah rayuan semalam bersabit kes saman peneroka Felda Kemahang ke atas Felda sekaligus telah membenarkan dakwaan dakwaan yang dibuat Presiden ANAK,Mazlan Aliman di dalam bukunya berkaitan penyelewengan dan salah urus dalam pentadbiran Felda.

Semalam Pahang Daily melaporkan Mahkamah Rayuan telah memerintahkan Felda membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peserta Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selama enam tahun selepas menolak rayuan. Hakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Abdull Hamid Embong dan Datuk Abdul Malik Ishak menolak rayuan itu dalam keputusan majoriti 2-1, dengan Abdul Malik menentang.

Felda memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang disampaikan pada 13 Januari tahun lalu memerintahkan lembaga itu membayar RM7.8 juta dengan faedah kepada peserta itu selepas peguamnya gagal hadir untuk pendengaran saman itu. Amaun berkenan sejak itu telah meningkat ke RM11 juta dengan faedah terkumpul tetapi peserta tidak lagi mendapat wang itu oleh kerana mahkamah meluluskan permohonan Felda bagi penangguhan pembayaran bergantung pada permohonan lembaga itu bagi kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.



Sementara itu Mazlan Aliman yang bakal dihadapkan ke mahkamah kerana mendedahkan penyelewengan Felda dalam kenyataannya yang disiarkan Sinar Harian semalam berkata,inilah saat saat yang ditunggukan selama ini untuk beliau membongkar berbagai penyelewengan Felda hasil kajian beliau selama lebih lima belas tahun.

Mazlan juga dilaporkan berkata,apa yangh didedahkan beliau di dalam bukunya hanyalah sebahagian kecil daripada maklumat yang dikumpulkan dari peneroka sendiri melalui pertemuan dan dailog dengan mereka di seluruh negara.

*Kita bagitahu yang benar

dipetik dari sini



Tiada ulasan: