Aslani |
TUMPAT, 18 Jun: Bayangan pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir sekarang apabila Perhubungan Umno Negeri-Negeri difahamkan sudah diarah membuat persiapan. Teki teka tarikh yang disebut banyak pihak sebelum ini iaitu November 2011 mungkin ada asasnya, memandangkan ketika itu Perdana Menteri baru selesai membentang Bajet 2012. Bajet ‘gula-gula’ kepada penjawat awam dan beberapa kumpulan sasar lain dikatakan bakal menjadi modal bagi memancing hati rakyat. Selain itu Perhimpunan Agung Umno juga selesai diadakan pada Oktober. Kemungkinan selepas Hari Raya Haji. Di pantai timur pula musim tengkujuh. Malah Datuk Seri Najib Razak juga sudah mengadakan majlis pertunangan anaknya Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev, kerabat kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Majlis pertunangan secara inklusif itu dikatakan diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam. Ada laporan mendakwa majlis itu membabitkan kos agak tinggi. Satu sumber menyebut pilihan angka 11 masih tidak dapat dipisahkan dengan Najib biar pun rakyat mulai meluah rasa tidak senang terhadap kepemimpinannya sekarang. Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini hanya bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan keselamatan bagi mengekalkan kuasa. Ini dibuktikan projek khas yang dikatakan dilaksana agensi kerajaan terutamanya JPN dan SPR di Selangor hampir selesai. ”Umno akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memastikan Selangor dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum ke-13 nanti. ”Projek itu tidak mampu dihalang lagi kerana mana-mana pegawai kerajaan pusat di Selangor yang kurang memberi kerjasama ditukar,” katanya di sini. Kaedah terbabit pernah diguna di Terengganu pada PRU 2004, di mana peratusan keluar mengundi hampir 100 peratus. Kemungkinan besar ia berulang di Selangor. Keberkesanan kaedah tersebut menjadi senjata akhir di Selangor pada PRU ke-13 nanti, biar pun agak sukar di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini dapat dilihat apabila pembongkaran media oposisi mengenai sindiket mendaftar penduduk Sabah mengundi di Selangor begitu aktif dilakukan awal tahun ini dengan kerjasama rapat JPN dan SPR. Malah penafian berulang kali menteri dan pemimpin Umno mengenai sindiket terbabit tidak mampu merungkai persoalan. Suhu kemarahan rakyat mulai kelihatan ekoran kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus. Aada pengguna terpaksa membayar bil baru dengan kenaikan sehingga lebih 100 peratus. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biar pun kenaikan tarif baru elektrik diumumkan mulai 1 Jun lalu, namun ada pengguna sudah menerima bil baru mencatat kenaikan begitu tinggi. ”Ada pengguna yang sebelum ini menerima bil elektrik sekitar RM250 sebulan sekarang menerima bil baru sehingga RM500. Sedangkan belum sampai sebulan tarikh kenaikan berkuatkuasa,” katanya. Berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh dekat sini malam tadi katanya, rakyat sudah merasai kesan kenaikan tarif elektrik sekarang. Hadir sama pada program itu Yang Dipertua PAS Tumpat, Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim, Naib YDP, Che Abdullah Mat Nawi, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusdi Wan Ibrahim. Program tersebut bermula dengan solat Maghrib diikuti solat hajat dan Isyak. Setiap unit peti undi PAS di Tumpat menghantar seramai 15 petugas. Amarah rakyat dijangka berganda tahun hadapan apabila banyak lagi kesan sampingan dirasai. Bagi mengelaknya, November depan merupakan masa terbaik selepas kemarahan rakyat disejuk dengan Bajet yang menghidangkan pelbagai janji. (Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran depan) Ibrahim: Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai Perhimpunan 'Gerak Aman' pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan. Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut. Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara. "Apa sahaja boleh berlaku," katanya. "Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim yang mendapat tepukan dan sorakan gemuruh penyokong PERKASA dan NGO Melayu yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman. Anwar minta batal perhimpunan jika PM beri jaminan Anwar yang juga ketua umum PKR berkata beliau akan meminta Ambiga membatalkan perhimpunan itu jika Najib boleh memberi jaminan tersebut esok. Beliau memberitahu demikian ketika berucap kepada lebih 2,000 ahli PKR yang menghadiri konvensyen parti di Shah Alam hari ini. Konvensyen itu bertujuan untuk mendidik dan memperkasakan jentera pilihan raya peringkat akar umbi parti itu yang kebanyakannya hadir di majlis tersebut. Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata rejim BN tidak berani membenarkan pilihan raya bebas dan adil kerana parti itu sedar ia tidak lagi mendapat sokongan pengundi dan dengan itu perlu mengambil jalan keluar dengan cara kotor untuk mengekalkan kuasa. Bagaimanapun, Ambiga yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam, dalam reaksinya, menegur Anwar kerana mengambil peranannya. Secara berseloroh, beliau berkata, ianya bukan terpulang kepada Anwar untuk membuat keputusan tersebut. "Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak," katanya kepada pemberita sebelum pelancaran rasmi perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur malam ini. Ku Li: Beza pemimpin kemerdekaan dengan penggantinya Dalam ucapannya di New Club di Taiping malam tadi, ahli parlimen Gua Musang itu - yang sejak dua tahun lalu melibatkan diri dalam perbahasan mengenai keadaan tatanegara Malaysia - berkata perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman "melambangkan konsep dan pemikulan tanggungjawab generasi dalam wawasannya." "Tunku Abdul Rahman dan generasinya adalah pemimpin yang berdedikasi, bukan untuk kuasa tetapi rasa tanggungjawab untuk masakini dan masa depan," tegas Razaleigh. Menurutnya, mereka tidak menyertai politik kerana wang atau untuk diri sendiri. Malah, tambahnya, walaupun selepas memegang kuasa, mereka tidak pernah menggunakan kedudukan itu untuk manfaat diri atau keluarga mereka, tidak pula membina kroni setia yang akan bertindak sebagai pembiaya mereka atau memegang kekayaan secara haram yang diperolehi dari keringat rakyat. Razaleigh berkata Tunku mengisytiharkan pada kemerdekaan pada 1957 bahawa "Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dengan sistem kehakiman yang bebas" dan beliau mempunyai "wawasan sebuah negara yang bahagia walaupun terdapat halangan hebat ekonomi yang kita perlu selesaikan." Selepas mencapai kemerdekaan, tegasnya, terdapat usaha untuk mencari bagaimana kita boleh mencapai masyarakat yang bahagia, memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat Malaysia yang berterusan untuk generasi akan datang.
Mengapa tolak soalan saya, Chong tanya speaker S'wak Soalan pertamanya ditujukan kepada ketua menteri yang berbunyi: a) Dalam 15 tahun lalu, senarai tanah yang diberikan kepada syarikat- syarikat yang pemegang sahamnya terdiri daripada anak-anak serta adik beradik lelaki dan perempuan ketua menteri dan keluasan tanah terbabit; b) Premium yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk pemberian tanah itu kepada syarikat-syarikat berkenaan; c) Adakah tanah ini diberikan kepada syarikat-syarikat berkenaan melalui tender terbuka? Jika tidak, apakah sebab-sebab untuk memberi tanah tersebut kepada syarikat-syarikat terbabit? Soalan keduanya ialah untuk meminta Ketua Menteri menyatakan: a) Memandangkan Syarikat SESCO Berhad telah memeterai perjanjian dengan Sarawak Hidro Sdn Bhd untuk membeli kuasa elektrik yang dijana oleh Empangan Bakun pada harga 6.25 sen / kWj, sama ada kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk mengurangkan tarif elektrik domestik, komersil dan perindustrian SESCO untuk pengguna tempatan, ahli perniagaan dan industri? b) Siapa yang akan mendapat faedah daripada kadar murah elektrik yang dijana oleh Empangan Bakun? Chong memberita media semalam bahawa tidak ada apa yang salahnya dengan soalan-soalannya itu. Beliau berkata ianya merupakan soalan-soalan yang adil dan tidak sepatutnya ditolak. Chong juga menegaskan bahawa kedua-dua soalan itu tidak melanggar peraturan Perintah Tetap 20 (1) (a), (c) atau (l). Anwar: Tiada tempat untuk yang 'merengek' di AMK Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berada di barisan hadapan bagi memimpin perubahan (Islah) pada masa akan datang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13. Beliau juga menggesa AMK terus bekerja sedaya upaya dengan menyusun jentera serta turun ke akar umbi untuk berdepan dengan BN dengan penuh yakin pada pilihan raya umum itu. "Kita perlu berubah, (pemimpin yang) tak yakin duduk di barisan belakang, (pemimpin yang) yakin duduk di barisan hadapan. "Orang (yang yakin) di barisan hadapan, pimpinan (AMK yang) kurang yakin, tolak ke belakang," tegasnya. Menurutnya, syarat tersebut turut diaplikasi kepada pemimpin AMK di semua peringkat termasuk di peringkat pusat atau negeri. Oleh itu, Anwar menggesa ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin - yang juga hadir dalam himpunan itu - mengkaji kepemimpinan AMK di semua peringkat yang mempunyai tahap keyakinan tinggi untuk diketengahkan ke hadapan. "Angkatan Muda Keadilan, yang (mempunyai) keyakinan, kita akan ketengahkan. Yang kurang yakin, susun di barisan belakang," katanya yang mendapat tepukan dan sorakan lebih seribu anggota AMK di Shah Alam malam tadi. "Buat sekarang, (kamu semua) beritahu Shamsul Iskandar, (buat) sekarang," katanya sambil diiringi ketawa dan ajukan anggota AMK perkataan "sekarang" beberapa kali. Anwar membuat cabaran demikian sekalipun beliau sedar bahawa Shamsul Iskandar mampu untuk bertindak seperti yang dicadangkannya. Erti perjuangan Cetusan dhamir Beliau turut mengingatkan anak muda dalam sayap parti agar sentiasa mengikut kata hati atau cetusan dhamir dalam usaha untuk membela nasib dan masa depan rakyat. Terima cabaran Sementara itu, Shamsul Iskandar menyahut cabaran yang dibuat oleh Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri supaya segera membuat perubahan demi menyediakan pemimpin AMK di barisan hadapan.
Dr M enggan ulas komen KJ supaya LID dihentikan Tegasnya, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan mereka berhak pada pendapat mereka. Beliau memberitahu Bernama demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang muncul di Twitter Khairy malam tadi. . "Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni," tulis Khairy. Mahathir ditemui selepas perasmian LID 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya. Konvensyen dua tahun sekali itu bertujuan untuk merangsang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan benua yang dilanda konflik, rampasan kuasa dan kemelut politik itu. Robert Mugabe, 87, yang dilarang ke negara anggota Kesatuan Eropah berhubung rekod hak asasi regimnya, tiba di Malaysia pada hari Sabtu dan merupakan antara pemimpin 20 negara yang dijangka menghadiri forum empat hari itu. Kira-kira 500 delegasi dari negara termasuk Lesotho, Gambia, Afrika Selatan, Uganda, Kenya dan Namibia dialu-alukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau merasmikan forum ke-14 itu, dan yang kesembilan diadakan di Malaysia. LID: Patut berhenti dialog cam ni, tulis Khairy Dalam mesej di akaun Twitter, beliau juha mahu dialog antarabangsa yang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya dihentikan. "Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni," tulisnya. Bagaimanapun tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh Khairy dengan "dah lama dah...”. Ketua Pemuda Umno itu enggan memberikan sebarang respon apabila dihubungi oleh Malaysiakini. Mugabe tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini. Pemimpin berusia 87 tahun itu adalah antara pemimpin yang sentiasa menghadiri forum LID yang pertama kali diadakan di luar Langkawi. LID dimulakan pada tahun 1995 dan merupakan ilham mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memperkukuhkan kerjasama di kalangan negara selatan-selatan. Inflasi terburuk di Zimbabwe Mahathir yang juga sahabat karib Mugabe, akan menyampaikan ucapan dasar di mesyuarat berkenaan. Bashir berdepan dengan waran tangkap ICC berhubung tuduhan penghapusan kaum, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di kawasan barat Sudan - Darfur. Waran tersebut telah menjejaskan pergerakan Bashir di luar Sudan. ICC mengarahkan negara-negara anggotanya supaya menangkap Bashir jika beliau melawat, tetapi Malaysia bukan negara anggota ICC. PAS Kelantan haramkan Utusan Malaysia Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari, berkata keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama. Semalam, PAS melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur berkenaan. Pada 15 Jun lalu, Utusan menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Miki yang membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol. Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.Mangsa politik Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.” Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu. Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!” Sementara itu, Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim hari ini membidas kerajaan PAS Kelantan kerana menjadikan media sebagai mangsa politik dengan mengharamkan Utusan membuat liputan pada majlis rasminya. Timbalan Presidennya Mohd Harris Hazri Abdul Halim berkata tindakan itu tidak melambangkan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi. "Seharusnya PAS Kelantan lebih bersikap terbuka kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran kerajaan melalui akhbar Utusan. Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan PAS menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?," katanya. Mohd Harris berkata tindakan PAS tersebut adalah tidak adil bagi wakil Utusan di Kelantan yang tidak terbabit dengan penyiaran karikatur berkenaan. "Ini bukan salah wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, mereka bukannya pelukis karikatur itu tetapi ianya dilakukan oleh ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Apakah rasional diharamkan mereka membuat liputan majlis kerajaan negeri," katanya. 'Pemuda PKR diarah tumbangkan BN' Kejayaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki pada pilihan raya umum negara itu minggu lalu terletak pada kepercayaan kepimpinan parti itu kepada anak muda untuk mengetuai kempen pilihan raya, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. Justeru, katanya, pemuda PKR - AMK harus bersedia memikul tanggungjawab berkenaan dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang. "Rahsia kejayaannya adalah organisasi parti yang baik. Kempen mereka tidak ubah seperi malam ini, ada ucapan dan ada nyanyian. "Ada nampak gayanya (malam ini), (Kita) ada ciri-ciri ni," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada anggota AMK. Sebelum beliau berucap, majlis ucapan dan amanat diselang-selikan dengan persembahan penyanyi nyanyian solo dan berkumpulan jemputan serta majlis deklamasi sajak bagi menghiburkan anggota AMK. Selain itu, menurut Saifuddin antara lain faktor kejayaan AKP adalah sifat karismatik yang ada Perdana Menteri negara itu Raccip Tayyeb Erdogan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negara itu yang bebas dan dan adil. Beliau juga menyarankan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai anggota AMK demi memastikan masa depan anak muda di negara ini. Tiga kemahiran tersebut adalah menguasai skil berkomunikasi, menjadi pengajur dan mampu membuat kerahan anggota dengan baik. Menurut Saifuddin, beliau mengetuai dua lagi ahli parlimen PKR - Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) bagi memantau dan mengamati pilihan raya di Turki itu. Kesimpulan yang dibuat adalah antara rahsia kemenangan besar parti itu adalah kepercayaan kepimpinan AKP kepada anak muda. "Ketua kempen bahagian strategisnya adalah seorang anak muda yang berumur 33 tahun. "Bagi setiap jentera (kempen) parti, tujuh daripada sepuluh adalah terdiri daripada anak muda. Mereka adalah ketua bahagian strategis media," katanya. Menurutnya, beliau sempat menemubual mereka bertanyakan mengenai latar belakang termasuk kelayakan pendidikan mereka. Katanya, ada di kalangan mereka yang mendapat pendidikan di luar negara antaranya dari England dan kemudiannya melanjutkan pelajaran universiti di negara itu. Bercakap di hadapan kira-kira 500 aggota AMK dalam majlis Rapat Anak Muda 13.0 di Shah Alam, Saifuddin berkata jentera anak muda itu ditugaskan berkempen untuk memenangkan calon AKP. Pada pilihan raya umum itu, sebanyak 550 kerusi yang dipertandingkan dan AKP menang 326 kerusi parlimen atau 49.95 peratus undi. Manakala Parti Republik Rakyat (CHP) memperolehi 135 kerusi atau 25.94 peratus undi, Parti Tindakan Nationalis (MHP) mendapat 53 kerusi (12.98 peratus) dan Parti Keamanan dan Demokrasi (BDP) meraih 36 kerusi (6.58 peratus). Saifuddin berkata daripada 550 kerusi parlimen yang ditandingi, AKP meletakkan 84 calon wanita. Mereka menang 47 daripada 85 kerusi di Istanbul - ibu negara Turki - pada pilihan raya umum itu. Pelakon komedi 'Pak Uda' meninggal dunia Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN). Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung. Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang. Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia. "Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya kepada Bernama di rumah mayat IJN. Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler. Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun. - Bernama |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 19 Jun 2011
AKAN TUMBANG DENGAN IZIN ALLAH...DIMANA SEDAR BAHAWA JANGAN SANGGUP DIGULA2 LAGI...PATUT RAKYAT TAHU YANG AMANAH DAN YG MANA TAK AMANAH.....
Ada asas PRU 13 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan