Hanya Dewan Ulamak Tidak Bergolak
Jika pertandingan semua jawatan penting dalam muktamar pemilihan PAS pada 3 Jun ini dikira bergolak, hanya Dewan Ulama PAS yang masih mengekalkan ketenangannya.
Ia kekal seperti setiap sayap PAS pada masa dulu. Tiada siapa mencalonkan orang lain bagi menjadi ketuanya selain daripada ketua yang ada kecualilah ketua itu sendiri menarik diri daripada dicalonkan semula.
Begitulah lazimnya pemimpin PAS sejak mula ditubuhkan tahun 1951. Mereka berbalah kerana mahu memegang jawatan, bukan berbalah kerana merebut jawatan. Dalam banyak kejadian jawatan Presiden bukan sekadar dimenangi tanpa bertanding, bahkan jarang ada nama lain dicalonkan untuk jawatan itu.
Demikianlah juga bagi setiap Dewan - Ulama, Pemuda dan Muslimat. Bukan tidak ada langsung, tetapi jarang-jarang.
Bukan isu menukar pimpinan tidak pernah berlaku. Jika adapun sekali dalam 30 tahun.
Telah berlaku pergolakan besar bagi menggantikan pimpinan hujung tahun 70-an selepas PAS dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Tidak dinafikan ia adalah satu krisis hingga tumbuh parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim, tetapi ia berlaku sesudah parti itu berusia 30 tahun.
Selepas Dato' Asri Muda melepaskan pimpinan dan diganti oleh Haji Yusof Rawa, beberapa jawatan utama tidak pernah dipertanding. Tidak pernah ada calon lain untuk Presiden dan Timbalan Presiden. Hinggalah apabila PAS masuk ke pusingan 30 tahun keduanya sekarang.
Kalau ada pencalonan lain untuk Presiden dan ada senarai sedikit panjang layak bertanding bagi Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden dikatakan satu pergolakan bagi muktamar ini ia seolah-olah berlaku sekali dalam masa 30 tahun.
Adakah selepas ini pergolakan menilai pimpinan berlaku bagi PAS sekali bagi tiap-tiap 30 tahun?
Biarlah sejarah akan datang menentukan ia begitu atau tidak.
Apa pun perkembangan menjelang Muktamar ke-57 ini mungkin tidak dirasakan besar oleh warga dan pimpinan PAS, tetapi ia dirasa besar dan diperhatikan oleh semua orang di luar PAS.
Walaupun PAS tidak dipunyai oleh sekalian rakyat Malaysia, sekaliannya mengambil berat tentangnya dan tidak mahu parti ganti Umno itu terperangkap dalam penyakit yang dialami oleh parti-parti lain.
Sekalipun saya sudah lebih enam tahun tidak berada dalam pimpinan PAS dan tidak menjadi aktivis yang aktif, ramai yang menyatakan kebimbangan pertandingan persahabatan dalam PAS itu menjerumuskan ia kepada penyakit yang dihadapi oleh Umno, dan mereka juga tidak seronok ia jadi seperti pertandingan pimpinan KeADILan yang mereka rasa keliru.
Yang mengadu begitu bukan sekadar penyokong-penyokong PAS yang tidak aktif, tetapi ia disuarakan juga oleh pengamat politik penyokong Umno dan lain-lain.
Sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada masyarakat dan boleh dimiliki oleh masyarakat, PAS diperhati dan dikehendaki oleh semua. Ia perlu ada dan ia mesti wujud sebagai satu tenaga yang kuat, bersih dan berkesan. Kewujudan yang sedemikian akan menjadi cabaran kepada Umno.
Apakah Umno mahu terus releven atau menuju zaman akhirnya, ia adalah masalahnya, tetapi PAS perlu bertambah kuat dan boleh menjadi pilihan bila tiba masanya.
Oleh itu pemimpin PAS tidak lagi wujud sebagai pemimpin untuk orang-orang PAS saja, tetapi ia dilihat dan perlu dilihat sebagai pimpinan untuk rakyat seluruhnya. Justeru itu pemilihan itu bukan kegiatan untuk mencari pimpinan PAS yang lebih baiktetapi adalah menyediakan barisan pimpinan yang lebih baik rakyat dan negara.
Jika yang menjadi Timbalan Presiden nanti kekal Nasharuddin Mat Isa atau Mohamad Sabu atau Tuan Ibrahim Tuan Man, merekatidakdilihat sebagai sekadar pengganti kepada Ustaz Abdul Hadi Awang, tetapi mereka adalah bakal yang hendak menggantikan Dato' Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi.
Maka perwakilan muktamar jangan melihatnya sebagai satu perkem- bangan dalam PAS saja tetapi mesti menampilkan persiapan bagi menggantikan Najib dan Muhyiddin. PAS mesti mencari orang-orang bukan sekadar ditunggu oleh penyokong PAS tetapi ditunggu oleh semua.
Atas kepekaan itulah tidak mahu PAS terjerumus dalam perebutan kedudukan seperti yang mendarah daging Umno sekarang.
Tetapi tentulah PAS sedar bahawa pertandingan itu adalah kegiatan siasah syarie yang sihat. Penyertaan masing-masing adalah sekadar bukan untuk memenuhi kemahuan orang yanag mencalonkan, tetapi adalah menawarkan diri untuk memberi masa dan tenaga yang lebih banyak kepada parti.
Kerana semuanya percaya perwakilan adalah matang, maka tidak perlu negeri-negeri berpakat sama sendiri untuk memenangkan sesiapa. Berpakat seperti itu adalah permulaan wabak yang dialami Umno, apalah lagi PAS berada dalam gerakan mara ke Putrajaya.
Ikuti jejak Dr Burhanuddin Helmi dan Prof Zulkifli Mohamad berbalah tidak mahu berlawan sama sendiri setelah Dr Burhanuddin menjadi pimpinan dan Prof Zulkifli yang ditewaskannya menjadi timbalannya. Sekalipun ProfZul lebih menonjol daripada Dr Burhanuddin tetapi pernah dia tergamak untuk mencabar ketuanya.
Contohi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Hadi Awang yang tidak terlintas untuk menggantikan Haji Yusof Rawa yang menjadi Mursyidul Am merangkap Presiden PAS meskipun ketiga-tiganya lebih bertenaga daripada tokoh pertama itu.
Yusof Rawa meringkuk di hospital, kesunyian selepas kematian isteri, kurang tenaga untuk bergerak cergas, tetapi tidak siapa bercadang untuk menggantikannya baik sebagai Mursyidul Am mahu pun Presiden PAS.
Yusof tahu keuzurannya dan tahu bila beliau patut melepaskan pimpinan kepada pembantunya yang lebih muda dan bertenaga.
Begitulah pimpinan Dato' Asri sebelum itu. Sekalipun banyak tekanan supaya pimpinan bertukar daripadanya, tetapi tidak pernah beliau ditandingi oleh sesiapa bagi jawatan yang dipegangnya sehing- galah dia mengambil cara tersendiri bagi perubahan pimpinan.
Perkembangan 2011 ini tidak segetir hujung 30 tahun pertama dulu. Sekarang budi demokrasinya tinggi. Walaupun ada cubaan semua jawatan utama untuk ditandingkan termasuk Presiden tetapi parti itu ti- dak berada dalam krisis. Apa yang ada ialah konsep kepimpinan ulama parti itu dan pegangan perjuangan berlan- daskan akidahnya sedang diuji.
Selagi ia berpegang kepada perjuangan akidah, semua ujian tidak akan mengganggu uniti parti itu. Pertandingan terbuka hampir di semua peringkat kecuali Dewan Ulama adalah 'testing' kepada amalan demokrasi syariyahnya. Sejauh mana demokrasi syariyahnya di- amalkan dalam siasah syariyah yang dipegangnya.
Selagi ia berpegang kepada perjuangan akidah, adalah lebih mudah membelah rambut sehelai daripada memecahkan perpaduan parti dan pimpinannya.
Kebimbangan sesetengah pihak tetang kecenderungan bertanding sesama sendiri mungkin permu- laan kepada wabak yang melanda Umno adalah satu ingatan diberi perhatian.
Kebimbangan itu datang daripada rasa ikhlas dan sayang kepada parti itu. Tetapi ia dapat dilalui dengan baik selagi akidah menjadi tunggak hala tujunya.
Apa pun. Dewan Ulama masih kekal dengan cara konservatif parti itu. Tiada nama lain dicalonkan un- tuk jawatan ketua. Jika Ketua Dewan Pemuda menang tanpa bertanding, tetapi ada nama lain dicalonkan cuma mereka menarik diri.
Ustaz Harun Taib pernah melepaskan jawatannya, bukan kerana dipatut digantikan tetapi oleh kemahuannya. Kemudian beliau datang semula, bukan disebabkan peng- gantinya dulu patut digantikan, tetapi gantinya merasa dia patut digantikan. Ustaz Harun mencatat sejarah dua kali menjadi ketua Dewan Ulama.
Bukan PAS kurang ulama maka tidak pertandingan bagi ketuanya. Tetapi jawatan itu berat tanggungannya. Mereka berbalah tidak mahu jadi ketua. Orang tidak dapat mengelak diri terpaksa juga menjadi ketua. Hanya Dewan Ulama kekal dengan tradisi parti itu.
Ertinya:
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." .
H.R Ahmad
Keterangan
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
H.R. Ibnu Ady
Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API
Ertinya:
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi
Keterangan
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
Ertinya:
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
H.R. Thabrani
Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
-
Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
-
Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
-
Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
-
Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
-
Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
-
Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim
Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan