Khamis, 16 Jun 2011

JANGAN PENGHINA ISLAM DAN ULAMAK INI DIBELA TAK TENTU PASAL...NILAI BERDASAR HUKUM TAUHID...PERADAPAN MANUSIA TAK ELOK...

'Kami yakin lebih ramai murtad'
Jun 15, 11 7:06pm

Pemuda PAS Perak berkata, pihaknya yakin jumlah sebenar umat Islam yang murtad melebihi angka yang diumumkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam.

NONE"Kami yakin jumlah yang dinyatakan sebenarnya lebih besar sepertimana yang telah dijelaskan oleh (mufti negeri) Tan Sri Dr Harussani Zakaria pada satu ketika dahulu," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kiri).

Sehubungan itu, dewan itu menggesa agensi berkaitan mengambil tindakan drastik bagi membendung masalah itu serta memastikan akidah umat Islam terpelihara.

"Kami mengharapkan agar semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan mereka di dalam usaha menjaga akidah umat Islam ini," katanya.

Semalam, Jamil Khir memberitahu parlimen, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.

azlanAntara kesemua negeri di Malaysia, Perak berada di kedudukan kelima dengan 47 permohonan. Sebanyak 12 daripadanya diluluskan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Raja Ahmad berkata pihaknya kesal dengan keadaan yang berlaku itu.

Justeru itu, beliau mendesak Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) meningkatkan usaha membeteras fenomena itu daripada berlarutan, antaranya dengan membentuk jawatankuasa yang dianggota semua NGO Islam bagi membincangkan kemelut itu.

"Kami juga mengharapkan merafak sembah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) yang diketuai oleh DYTM Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah menjadikan agenda isu murtad ini dalam Mesyuarat majlis MAIAMPk yang terdekat ini," katanya.

Dr Raja Ahmad juga meminta Jabatan Mufti Perak turut sama dalam isu itu.


Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa
Jun 15, 11 6:00pm

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.


  • Muhamad Sufian Sulaiman · Charles University in Prague
    rogol..adalah hukuman takzir (ditentukan oleh pemerintah) dan x perlu bawak 4 saksi dan boleh pakai dna analysis dan video tape and so on... tapi kalo zina baru lah kna pakai hukum hudud.. kna bawak 4 orang saksi. dan x perlu bukti lain.. kerana ianya dosa peribadi....ni masalah bila kartunis islam..jahil islam.. lukis lukisan yang menghina islam..dan buat orang keliru.
    • Sungai Rapat · Pengulas Tertinggi · UCLA
      “Pertuduhan zina ada tiga (kaedah)..barulah boleh jatuh (hukum) sama ada nak kena hudud atau ta’zir. Pertama ada ikrar (pengakuan). Bila mengaku berzina, dia kena hudud.

      “Kedua. Hendaklah dikemukakan empat orang saksi. Yang adil, yang tidak fasiq, yang nampak sungguh-sungguh perlakuan zina itu berlaku.

      “Ketiga, seandainya tidak ada 4 saksi, ia datang dari segi qarinah (pembuktian lain). Qarinah adalah pembuktian yang tidak ada 4 saksi. Tetapi tidak boleh dihukum di bawah undang-undang hudud,(sebaliknya) dihukum di bawah undang takzir”, katanya.
      ...Lihat seterusnya..
    • Zamzari Mohd
      pandai ja ckp..nnti kalau yg merogol guna peruntukan undang2 tu mcmana.. zina ttp zina... kena sebat.. dosa zina lagi besaq & sama besaq dgn merogol
    • Nur 'Aisyah
      lain...zina tu nk sm nk....kalo rogol ni serangan seksual...zina laki n pompuan 2 2 kne hukum...tp rogol lak yg merogol je kne hukum...
  • Taufik Othman · Sek.keb.salor
    Kartunis jahil agama, editor xde otak...

BERSIH: Amaran polis buat tangkapan pencegahan
Jun 15, 11 2:42pm

Polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

NONEKatanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor Star online.

Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.

Menurutnya, polis menerima 418 laporan dari para peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai.

Bercakap kepada media di Akademi Polis di Cheras hari ini, Khalid berkata polis difahamkan kumpulan lain juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH.

Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid meminta penganjur perhimpunan tersebut membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu," katanya.

Khalid berkata polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpun

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.

"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata Khalid.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.

"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah-masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur-penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya.



Sebelum berhimpun, PAS mahu runding dulu
Jun 15, 11 1:26pm

PAS berhasrat berdialog dan berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan BERSIH kedua pada 9 Julai ini.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) berkata pertemuan itu sangat penting bagi memastikan tuntutan gabungan itu dapat dipenuhi.

"Pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi.

"Tetapi ia jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini," katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat bila pertemuan itu akan diadakan dan butiran terperinci tentang perkara itu.

Dalam kenyataan medianya pertamanya setelah dilantik sebagai ketua penerangan PAS yang baru minggu lalu, Tuan Ibrahim mempertahankan perhimpunan BERSIH bulan depan yang mempunyai matlamat yang baik.

Ini kerana, katanya, sebarang penyelewengan dalam pilihan raya akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan kalau tidak diatasi akan mengundang pemberontakan.

Biarkan provokasi

Sementara itu, beliau juga membidas tindakan Jabatan Pendafaran Selangor (JPN) yang didakwanya mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan Kelantan sebagaimana yang dilaporkan kepada polis.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyifatkan perkara tersebut "bukan isu kecil yang boleh dipandang sebelah mata".

"Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang talah menimbulkan pelbagai bantahan rakyat.

"Semua ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai konspirasi bersama Umno/BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka," katanya.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3Tuan Ibrahim juga kesal dengan polis yang didakwa membiarkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (kiri) membuat pelbagai kenyataan yang didakwanya boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Tindakan pihak polis seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi dikeluarkan dengan bebas.

"Sehubungan itu PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas PERKASA dapat dilakukan bagi mengelak satu provokasi menjelang BERSIH 2.0 dapat dielakkan," katanya.

Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor
Jun 15, 11 7:24pm

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina.

NONE"Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TV Selangor.

Justeru, Tamyes menyifatkan tindakan Utusan Malaysia menggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata.

Artikel 'Masjid Selangor diperkudakan' ditulis oleh Pengarang Utusan, Zulkifli Jalil. Beliau mendakwa khutbah itu bertujuan membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dikaitkan dengan isu video lucah Datuk T.

Khutbah Jumaat itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

“Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor itu.

“Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.

“Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah,” menurut khutbah rasmi itu.

Tamyees hari ini berkata tuduhan melulu yang dibuat oleh Zulkifli dan pihak-pihak tertentu dalam Umno kononnya khutbah itu berbau politik adalah tersasar.

Beliau berkata kandungan teks khutbah yang dibaca oleh khatib disemak dan diteliti oleh Jawatankuasa Panel Khutbah yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum diedarkan kepada masjid-masjid untuk dibaca setiap minggu.

"Sebenarnya kandungan khutbah ini adalah yang disemak oleh satu lajnah ataupun jawatankuasa penilai khutbah di Jabatan Agama Islam Selangor yang dipengerusikan Pengarah JAIS sendiri, ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli akademik."

Tamyes bersetuju bahawa khutbah Jumaat tidak harus memecah-belahkan umat Islam namun "kalau niat imam atau khatib yang membacanya adalah sebagai peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati apabila membuat tuduhan, itu suatu perkara yang digalakkan oleh agama."


Bekas ketua Wanita PKR fail saman fitnah RM6j
Jun 15, 11 5:15pm

Bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan PAS berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.

penanti by election aminah abdullah pc 280509 01Beliau memfailkan saman itu melalui firma guaman Ambar & Azah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di George Town pada kira-kira pukul 11.20 pagi ini.

Beliau menamakan ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama; timbalan ketua PKR Cabang Jelutung, Jab Samad (defendan kedua); setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin (defendan ketiga); wartawan Harakah, Mohd Sabri Said (defendan keempat); ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam).

Menurut kenyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lepas defendan pertama, kedua dan ketiga telah bersama-sama melalui sidang media di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya.

Defendan keempat kemudiannya didakwa dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk "Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat" yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011.

Defendan kelima selaku ketua pengarang akhbar Harakah didakwa telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan.

Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Plaintif menuntut gantirugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga.

Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat, kelima dan keenam.

- Bernama

Tiada ulasan: