Selasa, 7 Jun 2011

ISLAM ITU INDAH SERTA MUDAH....UNGGUL DAN SEMPURNA

Tauge punca penularan E coli, kata Jerman
Jun 6, 11 9:53am

Penularan E coli di Eropah disebabkan cambah yang dihasilkan sebuah ladang organik di Jerman, kata pegawai pertanian ketika angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 22 orang manakala lebih 2,200 orang lagi jatuh sakit.

AP memetik kenyataan Menteri Pertanian Lower Saxony, Gert Lindemann yang berkata ujian awal menunjukkan tauge dan cambah jenis lain dari ladang di kawasan Uelzen, di antara bandaraya Hamburg and Hannover, mempunyai kaitan dengan jangkitan di lima negeri.

"Terdapat lebih banyak petunjuk sejak beberapa jam lalu yang meletakkan tumpuan kepada ladang ini," katanya.

Banyak restoran terbabit dalam penularan E coli itu menerima bekalan cambah berkenaan yang selalunya digunakan dalam sajian salad.

BN cemas: Realiti PAS ganti Umno di ambang mata
Wira Arjuna
Jun 6, 11
8:59am

Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS?

Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini?

NONEBenarkah dalam muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu?

Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah! Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.

NONESebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.

Menurut Datuk Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri.

Ulama kalah?

Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia.

NONELantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.

Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep negara Islam dan memilih moto negara berkebajikan.

Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu negara berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

NONERupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar Ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular.

Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini.

Janda politik

Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno.

NONECuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang.

Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh PKR.

NONEEntah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang “meroyan”.

PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang “janda politik”.

ibrahim ali press conference at his home in taman melawatiMungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.

Diterima di akhirat

Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal.

syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 02Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.

Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan negara berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat!

Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran.

dr juanda jaya perlis muftiPandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian negara berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.

Penghinaan dayafikir Melayu-Islam

Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep negara berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep negara berkebajikan itu.

utusan on pas electionNamun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.

Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan PAS dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa.

Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada Umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka.

NONEMaka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS.

Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno!


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.


Kes rasuah Dr Khir: Pengarah Ditamas dibebas
Hazlan Zakaria
Jun 6, 11
10:16am

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan mantan menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di Shah Alam, empat tahun lalu.

NONEHakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Dr Khir diteruskan tetapi ditunda hingga Rabu ini.

Ini, kata hakim Mohtaruddin bagi membolehkan pihak pembelaan menerima dan mengkaji dokumentasi terakhir mengenai penemuan terbaru yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Penangguhan itu dibuat oleh pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam M Athimulan pada awal perbicaraan bermula pagi tadi apabila dimaklumkan perkembangan terbaru itu.NONEBagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwa raya Abdul Wahab Mohamed membantah dan berhujah bahawa dakwaan yang dikemukakan tetap sama dan dokumen yang dihantar itu sepatutnya tiba hari ini.

"Meskipun perkembangan baru dalam sesuatu kes bukan asas bagi membuat penangguhan, tetapi kekurangan dokumentasi boleh diterima,” kata Mohtaruddin ketika membenarkan penangguhan itu.

Pada 6 Disember lalu, Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

NONEBeliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Peluru salut minyak babi bunuh Osama


PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.
PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.
OSAMA
OSAMA

WASHINGTON: Adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi, sekali gus menafikan haknya untuk ditempatkan dalam syurga. Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.

Menerusi laman webnya, pemilik syarikat ‘Minyak Senapang Silver Bullet’ mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13 peratus lemak babi, menjadikannya produk yang berkesan untuk memerangi militan Islam.


Pemilik laman web berkenaan yang menggunakan nama ‘The Midnight Rider’ mendakwa, militan Islam yang mati akibat terkena tembakan peluru yang disalut dengan minyak babi tidak akan masuk syurga.

“Ia secara berkesan menghalang mereka memasuki syurga Tuhan mereka,” kata Rider.


Menurutnya, minyak itu yang berharga AS$8.95 (RM26.85) untuk 113 gram akan mencetuskan ketakutan di kalangan militan Islam.


Laman web berkenaan juga menyatakan, tentera Amerika Syarikat adalah antara pelanggannya.

“Beribu-ribu botol minyak senapang Silver Bullet diagihkan sejak Julai 2004 oleh pembuatnya kepada anggota semua cabang tentera Amerika Syarikat,” katanya.


Promosi menerusi video yang ditayangkan menerusi YouTube untuk minyak itu menunjukkan gambar Osama dengan kata-kata: “Dibunuh dengan senjata menggunakan minyak senapang Silver Bullet.” ‘Midnite Rider’ yang juga menggunakan nama ‘Pejuang YAHWEH’ mendakwa dia adalah bekas anggota penembak curi pasukan marin Amerika Syarikat.

Gambar di kilangnya menunjukkan pekerja bertopeng memakai uniform marin.


Seorang pengunjung laman web berkenaan menulis: “Produk ini hanya untuk pengganas Islam. Kami tidak menganjurkan penindasan terhadap agama atau bangsa, hanya pengganas.” Seorang jurucakap tentera yang bertanggungjawab terhadap senjata itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai Silver Bullet tetapi tidak menafikan anggota tentera Amerika Syarikat mungkin membeli minyak itu sendiri dan menggunakannya dalam pertempuran. - Agensi


'Cuba Pakcik Telefon Allah! Saya di Neraka ke Berapa...'


Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar. Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil.

Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.

Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.

Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata

"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab: "Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa." Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.

Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.

Mereka perlukan para daie yang berani menegur dan menasihati...

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.


HUKUM-HUKUM DALAM ISLAM

Mengikut ijmak ulama hukum islam terdiri daripada lima iaitu:
  1. Fardhu (wajib)
  2. Sunat
  3. Mubah
  4. Harus
  5. Haram
Ketentuan hukum tersebut berubah mengikut masa dan zaman kecuali hukum yang bersifat wajib.
Fardhu atau Wajib
Fardhu adalah sesuatu yang dituntut oleh syarak atau Islam melalui ayat al-Qur'an ataupun Hadis sunah yang mutawatir untuk melakukannya. Fardhu dibahagikan kepada dua iaitu:
  1. Fardhu Ain, perkara yang harus dilakukan oleh setiap muslim yang mukallaf. contohnya: shalat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menuntut ilmu dan mengeluarkan zakat
  2. Fardhu Kifayah, perkara yang wajib dikerjakan oleh setiap muslim yang mukallaf dan jika sudah dikerjakan oleh sebahagian muslim yang lain maka tidak diwajibkan untuk mengerjakannya. Contoh shalat jenazah dan penguburannya.
Sunat
Sunat adalah perkara yang lebih baik dikerjakan oleh muslim yang mukallaf. Jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa. Contohnya shalat sunat tarawih
Haram
Haram adalah perkara yang wajib ditinggalkan oleh setiap muslim. Jika perkara haram tersebut ditinggalkan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah dan apabila dilakukan akan mendapat dosa. Contohnya mencuri, berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya.
Makhruh
Makhruh adalah perkara yang dituntut oleh syarak untuk ditinggalkan sungguhpun jika dilakukan tidak berdosa.
Mubah
Mubah adalah perkara yang diberikan pilihan oleh syarak untuk melakukannya atau meninggalkannya. Contoh adalah makan dan minum.
Kewujudan hukum daalm Islam bukan untuk menyekat kebebasan berfikir dan beramal tetapi untuk memudahkan muslim dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai khalifah Allah.

Islam menggalakkan muslim untuk meninggalkan perkara syubhat supaya tidak terjerumus kepada perkara yang diharamkan Rasulullah saw bersabda:

Yang halal jelas dan yang harampun sudah jelas. Di antara keduanya terdapat beberapa perkara samar-samar, tidak ramai orang mengetahuinya, adakah ia halal ataupun ia haram? Barang siapa meninggalkan yang syubhat kerana mahu membersihkan agama dan kehormatan, maka ia selamat. Barang siapa mengamalkan sesuatu perkara samar-samar, maka hampir terjatuh ke dalam yang haram. Seperti orang mengembala haiwan ternak di kawasan larangan, ia mungkin akan terjerumus ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja terdapat tempar larangan dan tempat larangan Allah adalah semua perkara yang diharamkan (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Islam tentang halal dan haram tidak memandang bulu maksudnya apabila melanggar perintah tersebut wajib menerima hukuman adakah pelakunya muslim ataupun non muslim. Hukum Islam tidak memandang kedudukan seseorang dalam masyarakat, sebagai contoh mencuri adalah amalan haram maka hukum akan tetap dilaksanakan. Rasulullah sawa bersabda:

"Demi Allah! Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya. (Sahih Bukhari)

TUHAN UNTUK SEMUA

Alhamdulillah buku bertajuk TUHAN UNTUK SEMUA kary penulis yang pertama berjaya diterbitkan oleh PTS pada pesta buku Antara Bangsa PWTC. Alhamdulillah respon yang cukup baik daripada pembaca tentang kandungan buku ini, penjelasan yang mudah difahami dan menggunakan hujah yang sahih daripada Al-Qur'an dan Hadis serta saintifik.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan muslim yang bergiat aktif dalam usaha menyebarkan islam dan juga bukan Islam yang sedang mengkaji Islam. Buku ini juga sangat baik dihadiahkan kepada saudara-saudara kita yang belum menerima Islam.

Buku tersebut dapat ditempah melalui penulis Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 ataupun melalui email cikmu06@yahoo.com serta menghantar mesej ke inbox facebook faisal_achenes@yahoo.com. Harga buku RM12 untuk semananjung termasuk kos penghantaran dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju.

KENAPA ORANG MASUK ISLAM TERLAMPAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI?

Ahli keluarga bukan islam merasa agama Islam adalah agama yang mementingkan diri sendiri kerana ibu bapa bukan Islam tidak dapat menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh anak-anaknya selepas masuk islam. Sungguhpun telah memeluk Islam hubungan antara anak dengan ibubapa perlu dijaga seperti sebelumnya bahkan lebih baik sebelum memeluk islam. Anak-anak wajib berbakti kepada ibubapanya sungguhpun bukan islam sekiranya ibu bapa tidak menyuruh anak-anaknya menyembah selain Allah. Firman Allah :

Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan berbuat baik kepada Allah kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya berumur lanjut di bawah penjagaanmu, maka sekali-kali janganlah engaku mengatakan "ah" dan memarahinya, dan ucapkanlah perkataan baik-baik kepada keduanya (Al-Isra 17:23)



Mengikut ayat di atas anak-anak wajib berbakti kepada ibubapa tidak kira bangsa agama asalkan ibubapa tidak menyuruh mensyirikkan Allah. Firman Allah :


"Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentangnya, maka janganlah engkau taat keduanya, dan layanlah keduanya dnegan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku....(Luqman 31:15)



Layanan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut mencakup semua perkara termasuk juga saraan kepada ibubapa. Anak-anak yang memeluk islam (saudara muslim) harus melayan ibubapanya lebih baik dengan sebelumnya supaya mereka nampak keindahan Islam. Jika Saudara muslim sebelum memeluk Islam mengunjungi ibubapa di kampung dua bulan sekali maka selepas islam perlu lebih kerap iaitu sebulan sekali. Begitu juga urusan saraan ibubapa, jika saudara muslim sebelum memeluk Islam menyara ibubapa dengan kiriman wang sebanyak RM640 perbulan maka selepas masuk Islam boleh ditingkatkan menjadi Rm500 perbulan paling kurang tdiak berkurang dari saraan asal.

Jika saudara muslim mempunyai kerjaya yang baik dan gaji yang lumayan, ibubapa bukan islam tidak mempunyai hak untuk mendapatkan harta pusaka jika saudara muslim meninggal. Maka saudara muslim perlu membuat persediaan awal dengan memberikan hibah (hadiah) kepada ibu bapa semasa saudara muslim masih hidup.

KENAPA ISLAM PERLU MENGGUNAKAN PENGERAS SUARA KETIKA AZAN?

Agama lain juga melakukan sembahyang tetapi tidak perlu mengisytiharkan kepada orang lain dengan kuat sehingga semua penduduk tahu bahawa muslim akan sembahyang. Agama lain ada juga yang melakukan sekadar sahaja dengan membunyikan lonceng sedangkan Islam azan menggunakan corong mikrofon sehingga mengganggu penduduk terutama masa awal pagi.

Azan adalah pemberitahuan tentang masuknya waktu shalat dan seruan untuk menunaikan shalat melalui lafaz-lafaz tertentu.


Asal mula wujudnya azan :


Dahulu orang-orang Islam berkumpul dan menunggu waktu shalat serta tidak ada orang yang menyerukannya. Pada suatu hari mereka berbincang perkara tersebut, ada yang mencadangkan membunyikan lonceng seperti orang-orang nasrani, ada juga yang mencadangkan menggunakan tanduk seperti serunai orang yahudi. Kemudian umar berkata : Kenaap tidak meminta seseorang untuk menyerukan shalat? Maka Rasulullah bersabda : "Hai Bilal, Bangkitlah! Kemudian diserukan azan olehnya." (Ahmad dan Bukhari)


Pada zaman tersebut azan hanya diseru menggunakan mulut jadi tidak menyebabkan suara yang sangat keras. Apabila islam tersebar di Malaysia dan negara-negara Nusantara lainnya, azan menggunakan pengeras suara. Tujuan penggunaan pengeras suara supaya semua muslim dapat mendengarkan azan kerana rumah yang agak jauh. Akibat kebiasaan tersebut azan tetap diseru menggunakan pengeras suara sungguhpun di kawasan bandar untuk mengingatkan umat islam masuknya waktu shalat.


Yang menjadi isu di malaysia adalah bukan azan semata-mata tetapi bacaan ayat-ayat al-Quran sebelum masuk waktu azan dan doa beramai-ramai selepas shalat. Kebiasaan masjid menggunakan pengeras suara unbtuk bacaan al-Quran dan doa-doa tersebut sehingga menganggu kenyamanan masyarakat di sekitarnya. Seruan azan yang mengambil masa hanya beberapa minit sahaja tidak akan mengganggu masyarakat di sekitarnya.


Masalah sering timbul apabila orang-orang yang dilantik untuk menyeru azan umur 50-an ke atas, keadaan ini akan menyebabkan suara yang kurang sedap didengar oleh muslim itu sendiri apatah lagi orang bukan Islam. Selain itu juga masalah sistem pengeras suara yang kurang bagus menyebabkan suara yang terdengar tidak sedap. Buktinya ada orang bukan islam yang melancong ke negara Arab sangat menyukai seruan Azan tetapi apabila beliau balek ke Malaysia tidak suka mendengar suara azan di Malaysia. Oleh itu Surau atau Masjid perlu memperbaiki sistem pengeras suara dan orang yang menyeru azan, seelok-eloknya suraa atau masjid melantik seorang muazin yang mempunyai suara yang merdu.


Masyarakat bukan Islam keliru antara azan dengan bacaan al-Quran dan bacaan doa selepas shalat, sebetulnya untuk kawasan majoriti muslim tidak digalakkan untuk membuka suara pengeras semasa memainkan bacaan al-Quran dan doa selepas shalat sebab dapat mengganggu kenyamanan orang-orang bukan Islam. Islam adalah agama yang mengambil kira kebaikan kepada semua manusia termasuk juga bukan islam.



KENAPA ISLAM TERLAMPAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI?

Apabila seseorang memeluk Islam maka kelaurga asal akan kehilangan hak untuk mendapatkan harta pusaka. Sungguhpun amalan tersebut cukup meninda ahli keluarga bukan Islam ditambah lagi perebutan jenazah saudara muslim oleh Jabatan Agama Islam. Kenapa Jabatan Agama Islam tidak memberikan peluang langsung kepada ahli keluarganya untuk sempurnakan jenazah tersebut?


Isu ini pernah hangat beberapa kali di Malaysia, isu ini sering timbul ke atas jenazah saudara muslim yang tidak memaklumkan pengislaman kepada keluarga demi keselamatan. Kebiasaan apabila saudara muslim tersebut meninggal maka Jabatan Agama Islam akan menjemput manyat di Hospital untuk diuruskan secara Islam. keluarga bukan Islam tidak membenarkan jenazah tersebut diuruskan secara Islam kerana mereka menganggap jenazah adalah beragama asal dan tidak memeluk Islam.


Perebutan jenazah tersebut akan menyebabkan jenazah terbengkalai sehingga Jabatan Agama islam terpaksa membawa dokumen pengislaman saudara muslim tersebut. Jabatan agama perlu menangani isu ini dengan baik sehingga akan memuaskan kedua belah pihak. Jabatan agama perlu menerangkan secara berhikmah kepada keluarga yang ditinggalkan kerana melibatkan banyak perkara seperti perkahwinan, harta pusaka dan sebagainya.


Dalam menangani isu perebutan jenazah antara Muslim dengan Non Muslim perlu difahami beberapa perkara :


Pertama, Jenazah seorang Muslim hendaklah diuruskan secara Islam yang meliputi pemandian, kafan, solat dan penguburan


Kedua, Hak Muslim terhadap Muslim semasa hidup dan selepas kematiannya. Rasulullah saw bersabda :


"Bagi Muslim ke atas Muslim yang lain empat perkara iaitu mendoakannya dengan lafaz "Yarhamukallah" (Allah merahmati kamu) ketika bersin, memenuhi jemputannya, menghadiri jenazahnya apabila dia mati dan menziarahinya semasa sakit. (Ibnu Majah, 2:1434).


Hadis di atas menerangkan tentang hak seorang muslim yang perlu ditunaikan semasa masih. Orang sakit mempunyai hak untuk diziarahi oleh muslim yang lain, rasulullah bersabda :


"Apabila seseorang yang sakit di kalangan kamu menginginkan sesuatu, maka tunaikanlah" (Ibnu Majah, 2;1439).


Manakala orang yang nazak perlu ditunaikan haknya seperti sabda Rasulullah :


"Talqinkan orang yang hampir mati dengan jalimah Tauhid." (Ibnu Majah, 2;1444)


Jika muslim telah menunaikan hak saudara muslim semasa hidup maka tidak akan berlaku perebutan mayat oleh keluarga bukan Islam. Amalan-amalan tersebut telah menunjukkan kepada keluarga bukan Islam bahawa jenazah adalah seorang muslim.

Ketiga, Iman seseorang adalah tersembunyi maksudnya antara dia dengan Allah semata-mata. Kita wajib serahkan kepada Allah semata-mata, jika secara zahir jenazah tersebut beragama Islam semasa hidup maka tuntutlah jenazah untuk diuruskan secara Islam. Rasulullah saw bersabda :


"Segerakan menguruskan jenazah. Jika jenazah tersebut seorang yang soleh, kebaikan yang kamu berikan kepadanya. Jika jenazah tersebut sebaliknya, kejahatan yang kamu lepaskan daripada leher-leher kamu." (Ibn Majah, 2;1477).


Sekiranya perebutan jenazah akan mendatangkan mudarat yang lebih besar dan kehilangan peluang dakwah kepada ahli keluarga yang ditinggalkan maka Muslim tidak perlu menuntut mayat tersebut mencukupi sekadar shalat jenazah secara ghaib seperti dilakukan oleh Rasulullah terhadap Raja Habsyah bernama Al-Najasyi. Apabila berita kewafatan raja tersebut Rasulullah bersabda :


"Sesungguhnya saudara kamu al-Najasyi sudah meninggal dunia, maka shalatlah ke atasnya." (Muslim, kitab al-Janaiz, 953).


Rasulullah tidak menuntut mayat Raja al-Najasyi sungguhpun beliau wafat pada Tahun ke sembilan Hijriah dimana masa tersebut umat Islam berada pada kemunjak kejayaan di bawah pimpinan Rasulullah. Keimanan al-Najasyi sudah memadai, walau bagaimanapun jenazah diuruskan keimanan beliau tetap diterima oleh Allah. Rasulullah tidak menuntut mayat beliau kerana peluang dakwah sangat besar, jika Rasulullah menuntut mayat raja tersebut kemungkinan besar rakyatnya akan menolak Islam awal2 lagi.


Oleh itu dalam mengambil setiap keputusan harus dipertimbangkan kesan daripada amalan tersebut terhadap keluarga yang ditinggalkan. Disebabkan tolak angsur Muslim mungkin akan memberikan hidayah kepada keluarga atau bukan islam yang menyaksikan peristiwa tersebut.


Yang paling utama adalah keimanan seseorang yang diaplikasikan dalam tindakan melalui syahadah bukan pengurusan jenazah. Syahadah atau keimanan merupakan perkara yang termasuk dalam tauhid manakala pengurusan jenazah adalah perkara fikah. Sayangnya amalan di Malaysia lebih menekankan kepada perkara fikah berbanding tauhid.



PERSEDIAAN SEBELUM MEMELUK ISLAM

Apabila seseorang minat Islam dan telah membuat keputusan memeluk Islam maka perlu mempersiapkan beberapa perkara :

1. Persiapan Mental
Peringkat pertama, Sebelum memeluk Islam saudara muslim perlu mempersiapkan mental dalam menghadapi cabaran daripada keluarga dan kawan-kawan bukan Islam dan juga muslim sejak lahir. Sebelum memaklumkan pengislaman kepada keluarga maka saudara muslim perlu memberikan isyarat secara perlahan-lahan kepada keluarga bahawa telah memeluk Islam baik melalui perbuatan atau perkataan. Saudara muslim boleh menerangkan tentang Islam secara perlahan-lahan apabila terdapat isu Islam ditayangkan di televisi atau surat kabar. Saudara muslim perlu membetulkan tanggapan negatif keluarga bukan Islam terhadap Islam secara perlahan-lahan tanpa memihak kepada Islam hanya memberikan penerangan secara lojik akal.

Peringkat Kedua, Media massa yang menyampaikan perkara negatif tentang islam telah mempengaruhi minda mereka sehingga sebahagian mereka sangat anti kepada Islam. Apabila peringkat pertama telah selesai maka saudara muslim perlu melalui peringkat kedua iaitu menunjukkan perubahan akhlak yang lebih baik berbanding sebelumnya. Tunjukkan akhlak positif yang belum pernah diamalkan sebelumnya seperti lebih kerap melawat ibu bapa di kampung dan memberikan saguhati kepada mereka serta layan mereka dengan baik.

Peringkat ketiga, Saudara muslim berpura-pura tanya kepada ibu bapa apakah respon mereka jika anak-anaknya memeluk Islam? Jika mereka memberikan respon yang negatif maka ambil masa yang agak lama untuk memaklumkan pengislaman kepada ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan respon positif maka tunggu masa yang sesuai untuk memaklumkan pengislaman kepada mereka.

Peringkat terakhir, Saudara muslim sudah bersedia apabila keluarga tidak dapat menerima pengislaman baik secara emosi mahupun fizikal. Kebiasaan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain tidak dapat menerima berita pengislaman tersebut dengan tenang. Saudara muslim harus memberikan masa kepada mereka untuk dapat menerima pengislaman tersebut. Jangan paksa mereka menerima pengislaman tersebut dalam masa yang singkat. Saudara muslim sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menerima dirinya sebagai seorang muslim maka keluarga memerlukan masa yang lebih lama berbanding saudara muslim menerima diri sendiri sebagai muslim.


Kebiasaan saudara muslim mengabaikan perkara ini, mereka mengharapkan keluarga dapat menerima pengislaman dirinya serta merta sedangkan diri sendiri juga memerlukan masa yang agak lama untuk menerima dirinya sebagai seorang muslim. Sekiranya saudara muslim memerlukan masa setahun untuk menerima dirinya sebagai seorang muslim dan mengamalkan islam maka ibu bapa memerlukan masa yang lebih lama mungkin dua tahun ataupun empat tahun.


Persiapan mental saudara muslim sebelum memeluk Islam juga dapat dilakukan dengan bertukar pandangan dengan saudara muslim yang telah memeluk Islam. Lebih baik lagi sekiranya saudara muslim dapat menjumpai saudara muslim dan tinggal bersama mereka supaya dapat melihat secara nyata kehidupan seorang saudara muslim. Mereka akan faham cabaran seorang saudara muslim dalam menghadapi keluarga, kawan bukan Islam dan juga masyarakat Islam. Perkara ini sangat membantu seseorang yang akan memeluk Islam dalam pembinaan mental dalam menghadapi cabaran selepas memeluk Islam kelak.



2. Persiapan pengetahuan tentang Islam
Belajar Asas Islam

Sebelum mengucap syahadah seeloknya menghadiri kelas-kelas asas agama Islam yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan. Kelas asas tersebut sangat berguna kepada mereka apabila bergelar saudara muslim kelak supaya saudara muslim tidak terjadi kejutan budaya daripada budaya lama kepada budaya atau agama Islam.

Persiapan syahadah

Sebelum mengucap syahadah secara rasmi seeloknya mereka belajar lafaz syahadah dengan muslim yang dapat mengajarkannya. Perkara ini akan memudahkan proses syahadah secara rasmi, kerana syahadah dalam bahasa Arab yang asing bagi bukan Islam. Mereka perlu menghafal lafaz tersebut sampai lancar dan mengulangi di hadapan kawannya supaya tidak gemetar semasa mengucap syahadah.


Pada masa yang sama, sekiranya mereka ingin menukar nama ke dalam bahasa Arab maka persiapkan nama tersebut awal-awal supaya tidak terkejut apabila imam menanyakan nama Arab atau nama islamnya. Sungguhpun penukaran nama merupakan pilihan kepada saudara muslim tetapi kadang kala imam atau ustaz akan menanyakan perkara tersebut. Elok juga menjumpai saudara muslim yang pengalaman dalam urusan syahadah untuk memudahkan membuat persiapan rapi sebelum syahadah.

3. Persiapan kewangan

Sebelum memaklumkan pengislaman kepada ibubapa maka saudara muslim harus memastikan keadaan kewangan yang stabil sehingga apabila ibubapa menghentikan peruntukan kepada mereka maka tidak kebuluran. Oleh itu saudara muslim yang memeluk Islam semasa masih belajar seeloknya menyembunyikan pengislaman sehingga bekerja tetap dan mempunyai kewangan yang stabil.

MUDAHNYA MEMELUK ISLAM

Ramai muslim mengajarkan kepada orang-orang yang berminat untuk memeluk islam bahawa memeluk islam adalah perkara yang mudah. Adakah semudah yang diajarkan?



Mengikut pengalaman muallaf apabila mereka berkongsi pengalaman dengan saya mereka memeluk Islam tidak semudah yang digambarkan oleh kawan-kawan muslim sebelumnya. Kenapa perkara ini wujud?



1. Perbezaan amalan Muslim dan Ajaran Islam

Saudara Muslim keliru apabila melihat perbezaan yang ketara antara Islam yang dipelajari dengan amalan harian masyarakat Islam di Malaysia pada amnya. Saudara Muslim mengamalkan Islam berdasarkan Ilmu manakala kebanyakan Muslim sejak lahir mengamalkan Islam berdasarkan budaya. Kalau setakat mengamalkan untuk diri sendiri tidak ada masalah tetapi mereka mengatakan amalan saudara muslim keluar daripada ahlus sunnah wal jamaah, keadaan ini akan menyebabkan saudara muslim menjadi keliru dan tertekan.

2. Maklumat yang didapat tentang syahadah berbeza dengan amalannya


Saudara muslim dimaklumkan bahawa semasa memeluk Islam tidak perlu menukar nama kepada Nama Arab tetapi tetiba sahaja Ustaz yang menguruskan pengislaman menanyakan nama Islam yang dipilih. Keadaan ini akan membuat saudara muslim terperanjat dan tertekan sehingga terpaksa menerima nama Islam yang dicadangkan oleh ustaz yang menguruskan pengislaman tersebut. Kemudian Ustaz kadang kala memberikan ceramah yang terlampau panjang sehingga menyebabkan saudara muslim takut dan gementar. Keadaan ini berbeza dengan yang dimaklumkan oleh kawan-kawan muslim yang lain sehingga mengelirukan saudara muslim.


3. Kurang pendedahan tentang cabaran yang dihadapi selepas memeluk Islam


Kebiasaan muslim hanya menerangkan bahawa Islam adalah agama yang mudah tanpa memberikan penerangan yang lengkap tentang asas-asas Islam dan amalan yang wajib ditunaikan sebagai seorang muslim. Selepas sahaja mengucap syahadah mereka telah dipaksa untuk mengamalkan pelbagai macam amalan adakah wajib ataupun sunah. Pada peringkat ini akan menyebabkan saudara muslim sangat tertekan.


Langkah-alngkah yang sepatutnya dilakukan :

1. Pendedahan kehidupan saudara muslim secara langsung

Seseorang yang akan memeluk digalakkan untuk berhubung dan tinggal bersama saudara muslim yang baru memeluk Islam supaya dapat membayangkan kehidupan nyata seorang saudara muslim. Keadaan ini akan membina mental saudara muslim tersebut dan juga terbiasa dengan amalan-amalan harian yang wajib dilakukan sebagai seorang muslim.


2. Merujuk saudara muslim kepada orang-orang yang pakar dalam bidnag tersebut

Saudara Muslim tersebut perlu dirujuk kepada pakar kaunseling ataupun bimbingan saudara muslim sehingga mereka mempunyai kaedah tersendiri untuk membimbing saudara muslim yang sesuai. Keadaan ini akan membantu mereka dalam memahami Islam berdasarkan nash yang sahih bukan amalan budaya tempatan


3. Menggalakkan mengikuti kelas bimbingan asas bagi saudara muslim yang disediakan

Kelas bimbingan asas bagi saudara muslim akan membantu dalam memahami asas-asas Islam yang perlu diketahui dan diamalkan oleh seorang muslim. Pada peringkat awal mereka hanya didedahkan kepada amalan-amalan wajib yang terdapat dalam agama Islam sehingga mencapai peringkat tertentu



Tiada ulasan: