Khamis, 30 Jun 2011

KAMERA SERTA VIDEO ALLAH LAGI TERANG...SERTA SAKSI ANGGOTA BADAN...INGAT! DOA ORANG DIZALIMI TIADA HIJAB..JANGAN JADI ULAMAK PEROSAK@SUQ.....

1,000 juru gambar rakam provokasi Bersih 2.0
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Pihak penganjur telah menyediakan 1,000 orang juru gambar untuk merakam insiden-insiden provokasi yang dicetuskan oleh pihak tertentu dalam Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam masa yang sama, peserta-peserta himpunan pula bagaimanapun dilarang sama sekali mencetuskan sebarang provokasi pada himpunan iitu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan, walaupun Himpunan Bersih 2.0 adalah himpunan aman, tetapi pihak-pihak tertentu termasuk pihak polis diyakini tetap berusaha mengganggunya dengan mencetuskan pelbagai provokasi.

Menurut beliau, tindakan provokasi dari pihak polis pada Himpunan Bersih 2.0 diyakini lebih menjadi-jadi berbanding pengalaman pada himpunan aman lain termasuk Hiimpunan Bersih 1.0 yang lalu.

Katanya, malah sebelum Himpunan Aman Bersih 2.0 berlangsung, pihak polis dan Umno telah pun melakukan pelbagai provokasi melampau.

"Terbaru, mereka telah merancang menggunakan kumpulan silat yang dipimpin oleh Omardin untuk mencetuskan provokasi. Pada hal kumpulan silat tidak sepatutnya diperalatkan seperti itu," katanya dalam pertemuan dengannya di pejabat Harakahdaily.

Pasukan silat sendiri, menurut beliau, sepatutnya tidak membenarkan dirinya diperalatkan seperti itu, tetapi faham dengan kedudukannya sebagai warisan seni negara yang sepatutnya tampil dengan budi pekerti yang mulia, sifat keadilan dan kesabaran.

Namun, kesediaan pasukan silat lincah menbiarkan dirinya diperalatkan seperti itu yang ditambah pula dengan kkenyataan Omar Din sendiri untuk mencetuskan provokasi, jelas memperlihatkan mereka nak berperang pula dengan peserta-peserta himpunan itu.

"Sebagai pewaris silat, mereka sepatutnya bukan berperang dengan rakyat, tetapi membela rakyat dan mempertahankan keadilan. Himpunan aman Bersih 2.0 diadakan untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan, tetapi kenapa pula kumpulan silat hendak menghalangnya?" katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan provokasi Perkasa dan Pemuda Umno yang turut mengganggu perancangan himpunan itu dengan turut merancang untuk mengadakan himpunan pada hari yang sama dengan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Kenapa mereka juga nak turun pada 9 Julai? Pada hal mereka boleh turun pada 8 atau 9 Julai. Ini jelas menunjukkan mereka sememangnya ingin mencetuskan provokasi pada himpunan itu," katanya.

Beliau tutut kesal kerana pihak Umno, semalam, telah pun melakukan provokasi melampau dengan mengadakan himpunan di pejabat PKR.

Pihak polis sendiri, katanya, tutut mencetuskan provokasi dari awal lagi, sehingga telah melakukan 85 tangkapan sehingga petang ini hanya kerana mereka memakai baju Bersih 2.0.

Namun, beliau yakin segala tindakan yang dilakukan itu tidak akan berjaya menghalang kebangkitan rakyat, malah ia telah menjadikan orang rramai lebih bersemangat untuk menjayakan perhimpunan tersebut.

DPPP sendiri akan mengerahkan 15,000 hingga 20,000 ahli dari setiap negeri di seluruh negara untuk menyertai perhimpunan aman itu.

"Perhimpunan itu pasti tetap diadakan walaupun cuba dihalang oleh pelbagai pihak dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan aman yang tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan, bagi menyuarakan bantahan kita terhadap politik kotor Umno BN dalam pilihanraya di negara kita," tegas beliau.

Sebelum itu, beliau turut meluangkan masa untuk ditemubual bagi program Persepsi Harakahdaily yang turut diadakan di pejabat Harakahdaily di sini.

Bersih 2.0: Fahami Perlembagaan Persekutuan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Jun: PAS hari ini menyeru orang awam untuk menelaah Perlembagaan Persekutuan untuk mengetahui hak masing-masing untuk berdepan dengan fobia Kementerian Dalam Negeri yang dikawal Barisan Nasional menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan Julai 9 ini.

“Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul.

“Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara,” tambah beliau.

Selain itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, orang awam akan tahu dan sedar bahawa larangan polis terhadap mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tanpa sebarang gangguan dan provokasi adalah bercanggahan kepada Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu kenyataan Suhakam baru-baru ini.

Rujuk Buku Merah dan Buku Panduan Rakyat Majlis Peguam Untuk memahami Perlembagaan Persekutuan, PAS, katanya mencadangkan agar orang awam untuk mendapatkan Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning Bersih manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Memandangkan pihak polis telah menerima arahan untuk meningkatkan penahanan dan crackdown terhadap sesiapa saja yang disyaki menyokong Bersih 2.0 menjelang 9 Julai, Tuan Ibrahim juga menyeru orang awam yang menyokong Bersih 2.0 untuk mengetahui hak-hak mereka sekiranya ditahan polis dengan merujuk kepada Buku Merah terbitan Majlis Peguam ketika perhimpunan Bersih 2007.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga meminta jasa baik orang awam untuk berkongsi matlumat mengenai Buku Merah dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengedarkannya dalam bentuk print, Facebook, emel dan Twitter kepada keluarga-keluarga dan rakan-rakan.

“(Ini) bukan untuk melawan polis, tapi untuk menjaga hak-hak mereka supaya tidak dicabul polis, yang terpaksa bertindak atas arahan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang masih bermimpi ngeri mengenai lautan kuning Bersih 2007,” tegas beliau.

Buku Merah boleh didownload dari pautan ini:

http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=2202&Itemid=120


Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh
Jimadie Shah Othman
Jun 29, 11
11:03pm

Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedPada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedKekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedSementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

Amin Hafiz Mohamed · Pengulas Tertinggi · Sek Men Keb Agama Alawiyah, Arau Perlis
Yang tak hormati Undang2 adalah mereka yang menggunakan kuasa di luar batas kuasa mereka, undang2 mana yang tidak dihormati dalam kes ini, kita ambil BERSIH 2.0...di mana dalam klausa Undang2 Malaysia yang dikatakan melanggar Undang2?Perlembagaan perkara 10(1a) (1b) membenarkan rakyat untuk berhimpun secara aman, konvensyen PBB 1948 juga tidak menyatakan berhimpun dgn aman mereupakan kesalahan, perkara yg sama dalam Persidangan Hak asasi Manusia juga tidak menunjukan berlaku 1 kesalahan, malahan konvensyen hak asasi juga menyatakan dgn jelas bahawa pihak berkuasa mestilah perhimpunan berjalan dgn aman dan tidak melanggar undang2..ini jelas dalam Perlembagaan Malaysia, yang mana semua rakyat malaysia berpegang kepada prinsip Rukun Negara iaiatu Keluhuran Perlembagaan...BERSIH bukan himpunan untuk menetang kerajaan, hanya untuk menyatakan bahawa rakyat mahu SPR lebih telus dalam menjalankan tugas yg di amanahkan, dan tidak timbul bahawa BERSIH 2.0 untuk menggulingkan kerajaan..adakah kerajaan melakukan kesalahan yg amat besar hingga takut kepada himpunan BERSIH 2.0 ini?yg takut adalah UMNO/BN bukan rakyat lain, himpunan bersih tidak adas kena mengena dgn nak gulingkan kerajaan secara demontrasi jalanan, ianya adalah hasil luahan isi hati rakyat terhasap ketidak adilan yg berlaku....ini bukan dibayar..tetapi rakyat yg semakin cerdik tahu hak2 mereka dicabuli secara tidak langsung..

Provokasi keterlaluan Bersih 2.0
Nasrudin Hassan

1. Saya ingin merujuk kepada laporan berita bertajuk, “Batalkan Jika Tidak Mahu ‘Perang’ – Omardin” yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011. Sejak pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan BERSIH 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti.

2. Keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia. Terbaru, sepertimana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun 2011, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.

Memetik daripada laporan berita tersebut;

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

3. Ugutan sedemikian sebenarnya turut mencemarkan Institusi Budaya dan Seni Silat tanahair kita yang selama ini, secara tradisi dan warisannya sangat dikenali sebagai satu Institusi yang sangat tinggi wibawa dan disiplinnya. Malah begitulah layaknya jiwa dan karektor pendekar - pendekar tanahair yang tinggi budi dan halus pekerti disebalik kehebatan dan keperkasaan ilmu mempertahankan diri. Selayaknya pula pendekar dan satria tanahair digunakan untuk mempertahankan negara dan menegakkan keadilan, bukannya mem'belasah' rakyat sendiri yang mahu menuntut keadilan secara aman. Apakah himpunan untuk menunjuk perasaan rakyat secara aman agar beberapa tuntutan mereka diberi perhatian dan ditunai oleh kerajaan telah menjadi satu kesalahan dalam negara kita? apakah negara kita telah menukar sistem demokrasinya kepada sistem autokrasi?

4. Jika pihak BERSIH 2.0 boleh dan mampu memberi jaminan bahawa pesertanya berdisiplin dan hadir berhimpun dengan aman dan ia adalah satu komitmen yang konsisten dan dipertegaskan berulang kali, kenapa pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara mengeluarkan kenyataan tidak dapat mengawal emosi anak didiknya sehingga boleh mendorong tercetusnya pertembungan.

5. Jika pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara tidak berupaya mengawal emosi anak didiknya, maka usahlah dikerahkan anak didik Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara turun pada hari yang sama untuk bertembung dengan pihak BERSIH 2.0 kerana kami bagi pihak BERSIH 2.0 sekali lagi mempertegaskan bahawa kami tidak turun dengan membawa semangat mahu bertembung dengan sesiapa sebaliknya hanya sekadar mahu mengadakan " Berjalan untuk Demokrasi " sambil membawa 8 tuntutan sebagaimana yang telah dimaklumi oleh semua pihak.

6. Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini. DPPM ingin tegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran BERSIH 2.0. Ini adalah satu perkara yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan.

7. Amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara. Ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan sebagaimana yang telah dimomokkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lebih mengecewakan tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan. DPPM yakin semua pihak mahukan negara yang aman. Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan.

8. Demikian juga dengan beberapa siri himpunan bantahan yang dilakukan oleh pihak pemuda UMNO dan juga PERKASA dengan mengeluarkan kenyataan berupa ugutan dan ancaman sedang pihak BERSIH telah berkali - kali membuat komitmen untuk memastikan Himpunan BERSIH 2.0 kelak akan berlangsung dalam keadaan aman. Malangnya pihak berkuasa tidak pula mengambil tindakan kepada pihak yang mencetus provokasi dan beria - ia mahu berperang, bertembung dan sebagainya. Lebih malang apabila yang menjadi sasaran pihak berkuasa hanyalah BERSIH 2.0 yang bertegas mahu menganjurkan himpunan secara aman .

9. Apakah pihak kerajaan turut bersubahat dengan `pihak yang mencetus provokasi hanya semata - mata tidak mahu melihat himpunan BERSIH 2.0 ini berjaya dilakukan. Situasi ini jelas menunjukkan seawal - awalnya pihak kerajaan telah TIDAK berlaku adil dalam menangani isu ini.

10. Penegasan yang sekali lagi saya mahu utarakan kepada semua khasnya kepada pihak kerajaan bahawa kami terutamanya anak - anak muda yang akan turun pada 9 Julai 2011 kelak adalah mewakili rakyat yang mahukan keadilan , keamanan dan kesejahteraan. Kami tidak turun dengan membawa senjata demikian juga kami tidak sekali - kali akan mencetus provokasi yang mengundang kepada ancaman keselamatan kepada pihak lain. Sebaliknya ikrar kami, hanya turun membawa hati dan perasaan yang mahukan keadilan dan hak diberikan kepada kami secara saksama setelah sekian lama hak kami dinafikan seperti yang tersenarai dalam 8 tuntutan kami.

1. Clean the electoral roll

2. Reform postal ballot

3. Use of indelible ink

4. Minimum 21 days campaign period

5. Free and fair access to media

6. Strengthen public institutions

7. Stop corruption

8. Stop dirty politics

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya:

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Renungan Buat Sang Istri .............`

Minggu, 24 April 2011


Diambil dari kitab Fiqh pergaulan suami istri oleh Syeikh Mushtofa Al Adawi. [Kontributor : Muhammad Elvi Bin Syamsi, Lc., 25 Juni 2002

Istri dalam suatu rumah tangga memiliki peranan penting, disamping wajib menta`ati suami, sang istri adalah tempat menghilang rasa lelah dan payah suami.
Maka dalam tulisan pendek ini ada beberapa renungan buat sang istri agar rumah tangga itu tetap berbahagia, dan harmonis, silahkan disimak.

Wahai sang Istri ....

Apakah akan membahayakan dirimu, kalau anda menemui suamimu dengan wajah yang berseri, dihiasi senyum yang manis di saat dia masuk rumah.?

Apakah memberatkanmu, apabila anda menghapus debu dari wajahnya, kepala, dan baju serta mengecup pipinya.?!!

Apakah anda akan merasa sulit, jika anda menunggu sejenak di saat dia memasuki rumah, dan tetap berdiri sampai dia duduk.!!!

Mungkin tidak akan menyulitkanmu, jika anda berkata kepada suami : Alhamdulillah atas keselamatan Kanda, kami sangat rindu kedatanganmu, selamat datang kekasihku.

Berdandanlah untuk suamimu -harapkanlah pahala dari Allah di waktu anda berdandan itu, karena Allah itu Indah dan mencintai keindahan- pakailah parfum, dan bermake up-lah, serta pakailah busana yang paling indah untuk menyambut suamimu.

Jauhi dan jauhilah bermuka asam dan cemberut.

Janganlah anda mendengar dan menghiraukan perusak dan pengacau yang akan merusak dan mengacaukan keharmonisanmu dengan suami.

Janganlah selalu tampak sedih dan gelisah, akan tetapi berlindunglah kepada Allah dari rasa gelisah, sedih, malas dan lemah.

Janganlah berbicara terhadap laki-laki lain dengan lemah-lambut, sehingga menyebabkan orang yang di hatinya ada penyakit mendekatimu dan mengira hal-hal yang jelek terhadap dirimu.

Selalulah berada dalam keadaan lapang dada, hati tentram, dan ingat kepada Allah setiap saat.

Ringankanlah suamimu dari setiap keletihan, kepedihan dan musibah serta kesedihan yang menimpanya.

Suruhlah suamimu untuk berbakti kepada ibu bapaknya.

Didiklah anak-anakmu dengan baik. Isilah rumah dengan tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir, perbanyaklah membaca Al-Quran terutama surat Al-Baqarah, karena surat itu dapat mengusir syeitan.

Hilangkanlah dari rumahmu foto-foto, alat-alat musik dan alat-alat yang bisa merusak agama.

Bangunkanlah suamimu untuk melaksanakan shalat malam, doronglah dia untuk melakukan puasa sunat, ingatkan dia akan keutamaan bersedekah, dan jangan anda menghalanginya untuk menjalin hubungan siraturrahim dengan karib kerabatnya.

Perbanyaklah beristighfar untuk dirimu, suamimu, serta kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin. Berdoalah kepada Allah, agar dianugerahkan keturunan yang baik, niat yang baik serta kebaikan dunia dan akhirat. Ketahuilah sesungguhnya Rabbmu Maha Mendengar doa dan mencintai orang yang nyinyir dalam meminta. Allah berfirman:Dan Rabbmu berkata : serulah Aku niscaya Aku penuhi doamu (Al-Ghafir : 60).



Anggota Badan Menjadi Saksi Perbuatan Kita

Sahabats…

Agar kita lebih berhati-hati dalam berperilaku sehari-hari, marilah kita renungkan firman-Nya tentang Persaksian Anggota Badan terhadap Segala perilaku kita di dunia.

Selamat Berefleksi diri…

arab 17 ayat 36

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengadilan 1pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (TQS.17:36)

arab 36 ayat 65

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (TQS.36:65)

arab 41 ayat 20

“Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.” (TQS.41:20)

arab 41 ayat 21

“Dan mereka berkata kepada kulit mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit mereka menjawab: “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”(TQS.41:21)

arab 41 ayat 22

“Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.”(TQS.41:22)[]


Saat Sel Tubuh Menjadi Saksi


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3Dhh4wAceEoVf5wa2cdysW-N3OGJ-grcYOqekyr_CT7EWtZoBCoDoNniwzoSGeZ2P9vZGCpgCzD0wRk6oyaS_mr-o0vSuJbubSqcw70SmqQDptxKRKWPkvbj9y5edxHnn6vMwAZbbYwVM/s320/blood-&-run.jpg
Islamedia - Ini berita yang dimuat di detik.com tahun 2008, yang masih saya simpan dengan rapi karena sangat menarik.

Sonny Graham, setelah menderita penyakit jantung kronis mendapatkan donor transplantasi jantung dari Terry Cottle, pria 33 tahun yang tewas bunuh diri dengan menembak kepalanya. Operasi ini berjalan sukses, 12 tahun yang lalu.

Tak berapa lama, Graham menghubungi pihak badan donor organ, ia ingin mengucapkan terima kasih pada pihak keluarga donor. Dia lalu mendapatkan alamat keluarga Cottle. Graham menulis surat untuk janda Cottle, Cheryl (39). Tak berapa lama kemudian mereka saling jatuh cinta dan menikah pada tahun 2004. Mereka tinggal di Georgia, AS.

Dalam artikel di koran tahun 2006, Graham bercerita bahwa ia merasakan kedekatan instan yang tak biasa saat bertemu Cheryl.

”Saya seperti telah mengenalnya bertahun-tahun. Saya tak bisa memalingkan pandangan saya darinya. Saya terus menatapnya,” tutur Graham, 69 tahun.

Tapi sekarang, kehidupan Cheryl kembali mengalami tragedi. Graham yang telah menjadi suaminya, melakukan hal yang persis sama dilakukan mendiang suaminya dulu, Cottle. Graham tewas bunuh diri! Dengan pistol, dia menembak kepalanya sendiri, persis sama yang dilakukan Cottle.

Kematian Graham sangat membingungkan teman-temannya. Mereka tidak melihat tanda2 depresi pada Graham sebelum kematiannya.

Menurut para ilmuwan, ada lebih 70 kasus yang dilaporkan dari pasien tranplantasi yang meniru sebagian kepribadian pendonor organ.
So what?

Apa yang menyebabkan Graham meniru persis tindakan Cottle?

Karena pada sel-sel jantung yang dia dapat dari Cottle telah ada rekam jejak perilakunya dari awal hidup hingga akhir hayatnya, termasuk cara dia menghabisi nyawanya sendiri. Memori pada sel2 jantung ini yang tetap bekerja pada tubuh Graham, sehingga dia langsung mencintai Terry, menikahinya, lalu meninggal dengan cara yang persis sama seperti pemilik jantung aslinya.

Seluruh sel tubuh kita ibarat hard disk yang merekam dengan baik semua ucapan, pikiran, perbuatan kita. Memori ini sudah tergores di sana, dan siap dipanggil kapan saja. Meskipun terdelete, mudah saja bagi ahli komputer untuk melacak bekas-bekas data yang sudah terlanjur masuk dalam hard disk, dengan bahasa simbol tertentu (yang saya sebagai orang awam programming tentu tak paham).

Oleh karena sel tubuh kita itu mampu merekam jejak apapun yang mampu kita lakukan, maka, sangat logis untuk membayangkan anggota tubuh kita akan mudah saja, tidak keliru satu titik pun saat menjadi saksi tentang segala perbuatan yang pernah kita lakukan, nanti di hadapan Allah.

Ah, memang keburukan, selalu meninggalkan bekas yang tak hilang!

Seperti riwayat yang terkenal tentang seorang sholeh dengan anaknya. Si anak yang bengal, membuat sang ayah bersedih hati. Setiap satu kemaksiatan yang dilakukan anaknya dia tancapkan paku di tembok rumahnya. Dia terus berdoa dan berupaya agar suatu saat anaknya bertaubat.

Syahdan, Allah membukakan pintu hati si anak. Dia mulai menginsyafi kesalahannya. Pelan-pelan dia mencoba memperbaiki diri dengan kebaikan, Sang ayah yang bahagia melihat perubahan perilaku anaknya, bertahap mencabuti paku di tembok. Setiap satu perbuatan baik dilakukan anaknya, dicabutlah 1 paku dari tembok. Begitu seterusnya, hingga paku-paku di tembok tercabuti semua, karena si anak banyak melakukan perbuatan baik.

Akan tetapi, meski paku telah tercabut semua, si anak tetap saja bersedih. Sang ayah yang heran kenapa anaknya tetap saja bersedih, bertanya,”Bukankah seluruh paku telah tecabut semua anakku? Bukankah kebaikan yang kau tabung telah menghapus keburukan-keburukanmu dulu?”
Si anak menjawab masgul, ”Betul ayah. Memang paku-paku keburukan itu telah tercabut semua. Namun lihatlah ayah, tembok bekas tempat tertancapnya paku2-paku tadi, kini menjadi berlubang-lubang, tidak mungkin bisa indah dan halus lagi seperti semula. Bekas kelakuan burukku, tak kan pernah terhapus,

Ayaaaahh.. ”

Masihkah kita tak menyadari hal ini? Bahwa keburukan tetap berbekas, sungguh pun usaha untuk menutupinya dengan kebaikan akan terus coba diupayakan? Apalagi jika tanpa ditutup dengan kebaikan, Astaghfirullah...., akan seperti apa persaksian untuk kita di hari pengadilan nanti?

Teringat saya dengan syair lagu Ketika Tangan dan Kaki Berkata - Chrisye:

Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab tiba

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
dijalan cahaya
Sempurna

Mohon karunia
Kepada kami
Hamba-Mu yang hina
Duhai, terbayang betapa malunya saat borok-borok diri dibuka satu-persatu di depan umat manusia sejagad. Tak cukup tangan dan kaki yang menjadi saksi dari kenistaan diri, tapi juga rambut, perut jemari, telinga,kuku.. .. semua anggota tubuh, hingga sel-sel yang bermilyar2 itu. Mereka dengan gemuruh akan berkata, bersumpah tentang apa yang telah mereka lakukan. Dan mulut pun terkunci tak mampu menyangkalnya.

Tangan yang berani menjamah atau mengambil sesuatu yang haram baginya, kaki yang berani melangkah ke tempat maksiat, telinga yang terbiasa mendengarkan gunjingan, gosip atau hiburan yang merusak hati, mata yang terbiasa melihat aurat orang lain diumbar, perut yang tidak lagi mampu menyeleksi mana makanan haram mana halal, jemari yang memberikan kesaksian palsu lewat tulisan atau tanda tangan, lintasan hati yang gak keruan atau menduakan cintaNya....semua! Semua bagian tubuh, hingga sel-sel tubuh yang terkecil sekalipun, akan berlomba-lomba memberikan kesaksiannya. Astaghfirullah...

Robbana dzolamnaa anfusana, wainlam taghfirlanaa
watarhamnaa lanakuu nanna minal khoosiriin

~Pamulang, 21 April 2011

Mukti Amini

Saksi-saksi Allah


♥~ Andai Kata Hari Ini..
Pancaindera Ini Berbicara..
Menjadi Saksi Diri Ketika Hidup Atas Muka Bumi..
Melihat Dosa Dan Kekhilafan Diri.....Tidak Ada Apa Lagi Yg Mampu Mempertikai..
Saksi Allah Kini..

♥~ Andai Kata Tiba-Tiba..
Lidah Berbicara..
Menjadi Saksi Utama..
Mulut Tak Perlu Menafikan Lagi..
Ia Bukanlah Pendustaan Kini....
Segala Kejahatan Mulut Kita Atas Dunia Kini Di Perlihatkan..
Segalanya Bukti Di Depan Tuhan..

♥~ Andai Kata Tiba-Tiba..
Telinga Juga Bersuara..
Berhenti Mendengar..
Memecahkan Hingar..
Mempertikaikan Saksi...
Dia Mendengar Segala Anggota Tubuh Lain Melakukan Kejahatan..
Bersuara Menyatakan Kesaksiannya Kepada Tuhan..

♥~Andai Kata Tiba-Tiba..
Kaki Ini Bersuara Memperlihatkn Kejahatan Kita..
Mempergunakannya Berjalan Ke Tempat2 Kemaksiatan..
Tiada Apa Lagi Yg Dapat Di Sangkal Di Depan Tuhan..
Mulut Tak Mampu Mempertikaikan Lagi Kesaksian Kaki..
Kerana Mata Juga Melihat Perbuatan Jahat Kita Atas Bumi Allah...
Memang Sudah Sampai Ketikanya..
Tak Perlu Lagi Tambahan Nota Kaki..
Buku Catatan Realiti Kini Tersedia Di Depan Illahi Robbi..

Marilah Kita Bersama Menadah Tangan, Merundukkan Kepala Lebih Dalam Lagi, Mengaturkan Doa Mengharapkn Kepadanya Pintu Kasih-Nya Tidak Pernah Ditutup. Kepada Ar-Rahman Ar-Rahim, Rabbul Izzati Wal Jabarut...

ps: Terima kasih Pak Hasza atas puisi yang begitu mengerti! :)

Orang di zalimi = Doa nye di makbulkan

Ceritanya cam nih... Kat tempat lama aku bekerja dulu ada sorang JANDA nih. JANDA??? dush! dush! Hahahaha! Dia reka-reka cerita dowh. Dia reka cerita sampai aku kena buang kerja. 24 jam notis lak tuh. Aku jadi kecewa gila ar ko. Tapi dalam hati aku dah semat dah. Rezeki Allah ada kat mana-mana. Dan di tulis siap-siap bahawa rezeki ko setakat nih je.

Sejak kena buang kerja.. Aku selalu murung dan berduka cita. Hampir-hampir nak gila dan kadang-kadang nak bertindak di luar kewarasan akal. Ni semua pasal JANDA tuh! Aiseh! JANDA lagi... Ape aku buleh buat? Setiap saat, setiap jam, setiap waktu, setiap hari setiap lepas solat aku berdoa mudah-mudahan Allah beri pembalasan yang setimpal dengan perbuatan JANDA tuh. Kadang-kadang aku tersemat skit dalam hati aku kat atas bos yang percaya bulat-bulaat kat JANDA tuh. Padahal Doa tuh aku tuju kat JANDA tuh aje. Allah kan Maha Kuasa dan Maha Pendengar. DIA tahu lah apa yang ada kat hati kita. DIA Maha Pendengar apa hati kita dok berbicara.

Nak jadi kan cerita, Kawan aku yang masok kerja sama ngan aku tuh dah resign gak. Kawan aku kasi notis 24 jam kat bos. Muahahaha! Bos lak dah siap-siap beli tiket pergi-balik ke Brunei. Dah siap-siap buat pasport kat kawan aku ngan skali buat rayuan kat PTTN untuk lepaskan dia pi Bunei atas dasar bekerja. Padam muka dia. Tu ar.. Zalim lagi kat orang. Allah dah balas balek dah. Tak sekarang, nanti kat akhirat lagi dasyat ko..

Sekarang caompany tuh macam kelam kabut sket. Pasal ramai staff kena pi Brunei dah. Itu pon staff part time je. Tak de staff opis yang handle kerja kastam. Tak de staff opis yang handle barang-barang ngan set up. Dan kelam kabut pasal kena back up kat sini plak selama sebulan.

Ko tunggulah wahai JANDA... Nanti Allah akan balas balek kat ko. Nabi pon ada cakap. Kaum hawa paling ramai yang jadi penghuni Neraka Allah.. Ye aku tahu. Aku tak de hak nak tentukan yang JANDA tuh masok Neraka ke idak. Sebab itu semua adalah Rahmat Allah.

Ok lar... aku nak buat kerja dah nih...
tata...
titi...
tutu...

Doa Orang di Zalimi Mustajab di Sisi Allah S.W.T

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari ini umat Islam digemparkan dengan pengakuan tiga orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan vedio lucah. Berbangga dan merasa 'terhormat' kerana melaksanakan tanggungjawab menjaja dan menayangkan vedio lucah supaya orang ramai tahu bahawa individu tertentu telah melakukannya. Berbangga kerana tugas pendedahan aib seseorang dilaksanakan dengan berjaya.

Manusia sanggup mengadaikan manuah diri mereka sendiri, semata-mata kerana wang, pangkat, ganjaran duniawi dan semata-mata untuk menjatuhkan kerjaya politik seseorang dengan cara tanpa bermoral. Orang bukan Islam akan mentertawakan sikap umat Islam yang menjatuhkan maruah sesama umat Islam dan ini adalah satu fitnah yang besar kepada agama Islam sendiri.

Di akhir zaman nanti Nabi S.A.W.membayangkan keadaan umat Islam. Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim". (Hadis Riwayat Hakim)

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan umat islam di hari ini.

Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Umat Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah, sanggup sumpah palsu, sanggup membuat fitnah semata-mata habuan dunia yang akan diterima. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud ( mendedahkan aib seseorang) dan sebagainya.

Ini jelas menunjukkan tanda-tanda akhir zaman telah berlaku yang mana perkara mungkar dipandang makruf dan yang makruf dipandang mungkar! Manusia fasiq akan berbangga dengan kemungkaran yang mereka buat dan disokong ramai oleh penyokong yang sama-sama fasiq. Siapakah golongan yang boleh dipanggil fasiq? Salah satu ciri-ciri fasiq adalah menuduh, menayangkan, menyokong, merancang, perbuatan membuat tuduhan seseorang berzina sedangkan tidak membawa 4 orang saksi lelaki yang adil.

Dalam Islam vedio, cctv, gambar tidak boleh dijadikan bahan bukti untuk mengantikan 4 orang saksi Islam yang adil. Kerana vedio, cctv dan gambar boleh di ubahsuai dengan kecangihan teknologi. Orang yang membuat tuduhan tanpa syarat yang Islam tetapkan boleh dihukum dengan hukuman qazab iaitu disebat 80 kali dengan rotan dan persaksiannya tidak boleh diterima sampai bila-bila. Jika di dunia hukuman ini tak dijalankan masa bersiap sedialah untuk menerima azab neraka yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk orang yang fasiq.

Taubat orang fasiq tidak akan diterima oleh Allah S.W.T selagi mereka tidak meminta maaf kepada orang yang dibuat tuduhan tadi. Allah S.W.T. Maha Pengampun apabila kesalahan itu di antara manusia dengan Allah, tetapi apabila kesalahan manusia sesama manusia maka ianya tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan terpaksa melalui pengadilan dimahkamah Allah S.W.T. Pengadilan di dunia manusia boleh menipu dan berat sebelah tetapi bukan di mahkamah Allah S.W.T. walaupun sebesar zarrah ianya akan diadili. Manusia seperti ini sebenarnya menempah tiket untuk menjadi muflis di hari akhirat.

Perlu diingat bahawa yang akan menjadi saksi di hari akhirat nanti di atas kejahatan dan kemugkaran yang dibuat oleh manusia adalah 2 malaikat dikiri dan kanan (yang mencatat amal baik dan buruk), anggota manusia (kaki, tangan, mata dll), bumi yang dipijak , hari dan masa . Mulut manusia yang suka menipu, suka sumpah palsu, suka memfitnah dan suka mendedahkan aib seseorang) akan dikunci rapat. Manusia baru tahu bahawa setiap saat peristiwa kejahatan yang dilakukan akan diulang tayang sama seperti vedio lucah yang mereka lakukan!

Sahabt yang dimuliakan,
Apabila kita mendengar berita, membaca akhbar, melihat vedio fitnah pastikan kita jangan terpengaruh dan percaya kepada orang-orang fasiq yang membawa berita tersebut kerana jika kita bersubahat dan sambung cerita pula dikhuatiri kita akan mendapat saham dosa besar yang sama, yang tak sepatutnya kita terima.

Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi di fitnah sungguh mustajab di sisi Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah."
(Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Allah S.W.T. telah berfirman maksudnya :
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(Surah an-Nisa ayat 148)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: " Allah tidak suka seseorang mendokan keburukan kepada seseorang yang lain kecuali orang yang dizalimi. Sesungguhnya Allah telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mendoakan keburukan kepada orang yang dizalimi. "


Dalam hadis yang lain dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir."
(Hadis riwayat Baihaqi - sahih)


Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah S.A.W. adalah hadis berikut:

" Sesungguhnya Nabi S.A.W. mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah)."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Dizaman pemerintahan Umar r.a , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas r.a sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata-katanya:

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang Sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukum."

Saad bin Abi Waqas r.a. berdoa :

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riyak dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh Saad r.a berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." Abdul Malik bin Umair r.a perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (Abu Sa'dah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad r.a telah mengambil sebahagian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah S.A.W?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah S.A.W. ?" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah S.W.T. akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwan bin Hakam berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sahabat yang dikasihi,
Dalam masyarakat kita berita fitnah dan membuat tuduhan kepada seseorang itu berzina dan meliwat ianya telah menjadi perkara biasa oleh media masa. Mereka mementingkan berita sensasi untuk melariskan jualan akhbar mereka, soal dosa pahala itu menjadi perkara kedua dan tidak termasuk dalam kiraan mereka. Mereka menjadi agen golongan tertentu untuk menjatuhkan orang lain walaupun mengunakan kaedah ' matlamat menghalalkan cara'.

Sedangkan Islam mengajar kita supaya menjauhi diri daripada mengumpat, memfitnah dan mendedahkan keaibaan orang lain. Termasuk juga ingin menjatuhkan maruah seseorang. Golongan yang muflis disisi Allah S.W.T. dihari akhirat nanti adalah golongan yang membawa amalan yang banyak tetapi pada masa yang sama membawa dosa mengumpat, memfitnah, mengaibkan orang lain , menyebarkan vedio lucah dan mengambil hak orang lain secara batil dan mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Perlu di ingat mereka yang difitnahkan dan membuat tuduhan kepada seseorang tanpa bukti kukuh adalah orang yang telah dizalimi dan doa insan ini amat mustajab disisi Allah S.W.T.

Sekiranya orang yang difitnah berdoa kepada Allah S.W.T. untuk kehancuran mereka yang terlibat dengan sekendal vedio fitnah tersebut doanya akan dimakbulkan Allah S.W.T di dunia lagi, mereka akan mendapat tunai. Wang yang mereka terima dengan menjalankan kerja-kerja 'syaitan' ini tak berbaloi untuk mengubati bala yang akan mereka terima daripada Allah S.W.T. Di dunia mereka akan mendapat azab sengsara dan di akhirat lebih dahsyat lagi yang akan menimpa mereka.

Oleh itu insaflah dan bertaubatlah dan minta maaf secara terbuka kepada mangsa tersebut, jangan sampai 'nyawa sudah sampai dikerongkong' baru nak sedar, ketika ini sudah terlambat kerana ketika itu pintu taubat sudah tertutup dan azab kubur akan menanti mereka dan juga azab Neraka Jahanam, nauzubillahiminzalik.



Tiada ulasan: