Sabtu, 11 Jun 2011

DR M...BOLEH JADI CONTOH...CONTOH SESUAIAN DENGAN PERJUANGAN SERTA PEMIKIRANNYA...CONTOH PEMIMPIN ISLAM CONFIRM TAK BOLEH.....

Video seks: Umno jangan guna politik primitif
Muhayat Jasmin

SEBERANG PRAI, 11 Jun: Sekiranya Umno dan BN dibiarkan terus berkuasa, tidak mustahil negara akan menjadi longgokan video seks secara berleluasa setelah melihat penularan tersebut berlaku secara mendadak kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tengah hari tadi.

Menurut beliau lagi, adalah malang bagi rakyat negara ini apabila video-video seks porno muncul sebagai fitnah politik setelah melihat kemunculan beberapa pemimpin politik khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) menggugat kedudukan pemimpin Umno dan BN.

"Budaya fitnah ini amat mengecewakan, kerana ia menggambarkan betapa jijik dan lucahnya politik Umno, sehingga mereka tidak berani untuk berdepan dengan hujah. Sebaliknya hanya berani untuk berhadapan dengan fitnah.

"Seringkalinya ia berlaku, apabila Umno melihat adanya pemimpin tertentu yang mempunyai pengaruh politik yang besar dan menggugat kedudukan mereka. Oleh kerana itu cara untuk menjatuhkannya adalah melalui fitnah video seks dan seumpamanya.

"Umno yang telah kering kontang dengan isu dan modal politik, akan mempermainkan isu seperti ini walaupun mahkamah telah membuat keputusan menggugurkan pertuduhan ini pada tahun 1995 kerana tidak mempunyai bukti," ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, kemungkinan pada hari ini Mohamad Sabu menjadi mangsa yang ada dalam senarai pihak tersebut.

Namun begitu, katanya tidak mustahil bagi mereka yang seringkali membelakangkan tuntutan agama akan menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

"Maka itu sekiranya Umno ingin berpolitik, gunakan politik yang sihat dan berhemah serta bertamaduan bagi meyakinkan masyarakat, dan bukannya melalui politik yang jumud, kuno serta primitif," tambahnya lagi.

Najib tak faham negara berkebajikan PAS
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.

Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.

"Jelas dia (Datuk Seri Najib Razak) tak tahu negara berkebajikan," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan anak sulung kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Markaz PAS Taman Melewar di sini, petang ini. Iskandar Zulkarnain Salahuddin dan isteri, Khalilah Abd Majid diraikan pada majlis makan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN.

Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis.

Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat.

"Kita tak sama, kita ikut perlembagaan PAS iaitu sandar pada al-Quran dan Hadis.

"Kita ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), dia (Umno BN) tidak ada,"katanya.

Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN.

Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu.

Umno tak nyenyak tidur

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti 'tidak nyenyak tidur' dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS.

Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu.

"Dulu dia (Umno BN) kata PAS jauh ketinggalan di belakang.

"Sekarang ini kita sama-sama, dia kiri kita kanan. Nanti kita akan potong dia,"katanya.



Piala FA: Kelantan isytihar cuti umum esok
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 11 Jun: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.

Tahun lepas kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti umum ekoran kejayaan skuad Red Warriors menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir yang juga diadakan di Bukit Jalil. Pada perlawanan itu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan.

Malah pada tahun sebelumnya pemain Negeri Cik Siti Wan Kembang juga menerima insentif daripada kerajaan negeri dengan tajaan menunaikan ibadat umrah di Makkah selepas layak memasuki pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Abdul Fattah berkata, pelbagai insentif diberi kerajaan negeri sebagai sokongan bagi membangunkan sukan bola sepak di negeri ini.

Malah katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan cadangan membina stadium dan kompleks sukan yang lebih lengkap di Bukit Merbau, Pasir Puteh yang membabitkan kos lebih RM100 juta.

Oleh itu adalah diharapkan anak-anak Kelantan yang datang menyaksikan perlawanan malam ini di Stadium Bukit Jalil tidak perlu pulang dengan tergesa-gesa memandangkan esok sudah diisytiharkan sebagai cuti umum di Kelantan.

Difahamkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga akan datang memberi sokongan kepada pasukan Kelantan bersama-sama anggota Exco di Stadium Bukit Jalil sebagai suntikan semangat kepada pemain-pemain Red Warriors.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Menteri Besar Kelantan itu.

"InsyaAllah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan vs Terengganu.

"Besok DIISYTIHARKAN CUTI UMUM di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," umumnya.

Jaga akhlak dan tatatertib

Sementara itu, beliau juga mahu penyokong kedua-dua pasukan yang membanjiri stadium malam ini menjaga adab dan tatatertib masing-masing agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Ingatan sama turut diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu semangat kesukanan tidak dicemari dengan sebarang insiden pergaduhan.

"Malam ini sekali lagi Kelantan dan Terengganu akan bertemu didalam perlawanan akhir Piala FA, kepada pemain kedua pasukan, bermainlah dengan penuh semangat kesukanan.

"Kepada penyokong dan penonton jagalah akhlak dan saksiyyah anda walau dimana juga berada.

"Sementara yang menuju ke Stadium Bukit Jalil, berhati-hati dijalan raya," katanya yang juga bekas Menteri Besar Terengganu.


Teladan: Tun M tak layak jadi contoh
Fakhri Ali

KEPALA BATAS, 11 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.

Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.

Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.

"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.

"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini.

Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini.

Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut.


Laman Pirate Bay bidas sekatan SKMM
Hazlan Zakaria
Jun 11, 11
9:38pm

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.

private bay storyBagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com.


MB T'ganu beri tips untuk Umno S'gor
Jun 11, 11 10:07pm

Umno Selangor perlu bekerja keras dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi bagi mengembalikan Selangor ke pangkuan BN dengan menjadikan usaha Umno Terengganu menumbangkan kerajaan PAS pada pilihan raya umum tahun 2004 sebagai pedoman.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata jentera BN terutama sayap wanitanya perlu memastikan jumlah pengundi BN meningkat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kerana dalam politik jumlah pengundi akan menentukan kemenangan.

"Selain itu, Ketua Bahagian janganlah bermusuh dengan ketua-ketua cawangan kerana kerana pemimpin-pemimpin di peringkat ini merupakan penyokong utama kepada parti dan ketua-ketua bahagian," katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang di Tanjong Karang, hari ini.

Beliau berkata persefahaman dengan rakan-rakan parti komponen seperti MCA, MIC, dan Gerakan juga perlu ditingkatkan bagi mencerahkan peluang merampas kembali Selangor.

Berdasarkan pengalaman Terengganu yang pernah diperintah oleh PAS selama sepenggal, beliau berkata mengurus Umno yang merupakan parti yang kalah pada ketika itu adalah sukar berbanding dengan semasa Umno menjadi parti pemerintah.

Ahmad berkata tindakan PAS terhadap anggota dan pemimpin Umno telah membakar semangat mereka untuk bangkit menewaskan PAS dan Umno Terengganu bekerja keras mengenal pasti penyokong mereka dan penyokong PAS serta meningkatkan usaha mengambil hati pengundi atas pagar bagi memastikan BN kembali memerintah, katanya.

Katanya apa yang penting anggota Umno perlu berusaha memastikan orang Melayu memahami ajaran Islam kerana PAS hanya relevan selagi orang Islam Melayu tidak faham tentang Islam.

--Bernama


Mufti desak PAS tubuh JK negara kebajikan
Jun 11, 11 3:55pm

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mendesak PAS menubuhkan jawatankuasa pemandu bagi merealisasikan agenda negara berkebajikan yang diketengahkan dalam muktamar parti Islam itu minggu lalu.

Katanya, pembentukan badan itu penting itu membentuk halatujunya supaya selari kepada Islam, sekali gus jelas di mata rakyat.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"(Perkara) ini spatutnya jadi aulawiyat (keutamaan) sekarang kerana momentum kesedaran rakyat sedang amat kuat," katanya.

Beliau mencadangkan jawantuasa "inklusif" itu dianggotai kumpulan pemikir "yang aktif dan realis".

"PAS perlu buktikan yang mereka mampu buat lebih daripada kerajaan yang ada. Jangan ia disejukkan oleh asakan balik Umno bahawa PAS tak praktikal.

"Ketepikan sekejap program kurang utama dan retorik lama. Blueprint (rangka tindakan) itu nanti penting dan akan jadi satu model standrd bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti," katanya.

Dr Juanda juga berharap perkara itu boleh mengelakkan tafsiran pelbagai oleh penceramahnya yang mengelirukan seperti yang berlaku dalam isu negara Islam sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini, Dr Juanda juga gembira apabila pihak kerajaan dan pembangkang kita berlumba-lumba cuba memberikan agenda masing-masing (yang didakwa) terbaik untuk kebajikan rakyat.

"Kerajaan sekarang juga akan cuba usaha (untuk) buktikan merekalah juara kebajikan, mereka pasti akan buat perkara lebih banyak lepas ini untuk bersaing," katanya.

Umno Shah Alam gesa 2 tol dimansuh
Jun 11, 11 9:58pm

Umno Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam, yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.

Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya Datuk Ahmad Nawawi M Zin kepada Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya Datuk As'ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.

Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.

"Kebanyakan pengguna adalah warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, yang setiap hari perlu membayar RM2.10 untuk perjalanan pergi balik," kata memorandum itu yang dibuat hasil daripada usul semua Umno cawangan di Shah Alam pada mesyuarat mereka sebelum ini.

Bagi pengguna dari Klang ke Kuala Lumpur, mereka harus membayar di kedua-dua Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu 3 berjumlah RM4.20 bagi perjalanan pergi balik.

Selain itu kata memorandum tersebut, kedua-dua tol terbabit telah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka.

--Bernama

Wartawan jenayah mati ditembak di Mumbai
Jun 11, 11 9:52pm

Seorang wartawan berpangkalan di Mumbai yang membuat liputan mengenai jenayah kongsi gelap mati, ditembak empat penyerang tidak dikenali pada Sabtu.

Wartawan kanan, Jyotirmoy Dey, yang bertugas dengan akhbar Mid-Day, dibunuh di luar kediamannya di Powai, barat laut Mumbai, kira-kira 3 petang, lapor media tempatan.

Suspek yang menaiki dua motosikal melepaskan lima das tembakan, membunuh mangsa berusia 56 tahun itu di tempat kejadian.

"Kami di bilik berita semua terkejut," kata Editor Eksekutif akhbar itu Sachin Kalbaug kepada stesen televisyen tempatan.

Dey, editor yang bertanggungjawab untuk tugasan khas, membuat liputan mengenai jenayah kongsi gelap sejak beberapa tahun lepas, kata laporan tersebut.

Dey merupakan wartawan kedua terbunuh di Asia Selatan dalam tempoh dua minggu.

Pada 29 Mei lepas, wartawan jenayah Pakistan Syed Saleem Shahzad dibunuh pihak tidak dikenali di Islamabad selepas beliau menulis secara terperinci mengenai kumpulan pengganas.

Saleem, 40, merupakan Ketua Biro Asia Times Online.

--Bernama
Kementerian akui 1pengguna digodam
Jun 11, 11 12:47pm

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengakui berlaku perlanggaran keselamatan pada laman web RM1.4 juta 1pengguna.com, tetapi tiada maklumat pengguna yang hilang.

NONE"Ia berlaku pada 9 Jun apabila kami membaut sedikit perubahan untuk menangani jumlah hits yang tinggi.

"Ketika proses itu, beberapa data percubaan telah digodam. Tetapi setakat ini tiada laporan berlakunya sebarang kehilangan maklumat," kata ketua setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Menurut laporan laman forum IT popular Lowyat.net awal pagi semalam, sekumpulan penggodam komputer yang dikenali sebagai Rilekscrew mengenalpasti beberapa kelemahan pada 1pengguna yang "membenarkan hampir semua data dalam pelayannya boleh diakses daripada jauh".

Data-data itu mengandungi maklumat 2,000 pengguna berdaftar, termasuklah alamat e-mel dan kata laluan mereka, kata pengasas dan ketua eksekutif Lowyat.net Vijandrean Ramadass.

NONEBernama
kelmarin melaporkan, 1pengguna yang mempamerkan maklumat harga barangan pengguna yang dijual di 1,255 premis perniagaan mengalami sedikit masalah kerana terlalu ramai yang melayarinya sejak dilancarkan Selasa lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata portal itu menerima hits yang mencecah 3.5 juta sehingga menyebabkan server portal berkenaan terjejas.

Katanya kementerian pada mulanya hanya menyasarkan untuk menerima kira-kira 300,000 hits sahaja dalam minggu pertama selepas pelancaran namun sambutan yang diterima sebaliknya 'begitu memberangsangkan dan di luar jangkaan'


Dr M: Lihatlah PAS permainkan Islam
Jun 11, 11 2:38pm

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang Melayu membuka mata melihat PAS "mempermainkan Islam" dengan "menggugurkan" perjuangan negara Islam kerana ingin mendapat undi bukan Islam.

NONE"Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan negara Islamnya," katanya.

Menurut Dr Mahathir (kiri), Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sendiri yang berkata, yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada negara Islam.

"(Justeru) untuk kemenangan pilihan raya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS," katanya.

Dr Mahathir juga mempersoalkan tindakan Nik Aziz yang didakwa menolak Umno yang tidak menyokong idea itu tetapi sedia akur pada pendapat DAP dan pemimpinnya.

"Penyokong PAS akan turut di mana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS," kata Dr Mahathir.

Baru baca al-Baqarah

Selepas muktamar PAS ke-57 minggu lalu mengetengahkan idea negara berkebajikan, parti itu dikritik hebat pemimpin BN yang mendakwa PAS mengetepikan konsep negara Islam.

NONENik Aziz (kanan, berserban) bagaimanapun dilaporkan berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat selari dengan kehendak Islam.

Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya dalam bentuk material sebaliknya boleh dalam bentuk kebaikan seperti tindakan Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Menulis dalam blognya semalam, Dr Mahathir mengkritik Nik Aziz yang didakwanya menggugurkan konsep negara itu dan hukum hudud dengan berpandukan al-Quran dan hadis.

"Apakah Nik Aziz baru saja baca surah al-Baqarah dan sedar yang negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu?" soalnya dengan nada menyindir.

"Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihan raya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak."

Tiada ulasan: