Ini disahkan dalam halaman Facebook program tersebut oleh deejay
Jack dan Jane (kiri).
Penampilan Najib di One FM selepas kemunculannya yang sama di stesen radio Melayu - Hot FM - pada 6 Mei.
Sumber industri memberitahu sebelum itu bahawa Najib akan muncul ke udara melalui stesen radio Melayu, Inggeris dan Cina antara bulan Mei dan Julai.
Najib merupakan perdana menteri pertama yang menggunakan strategi tersebut, dengan muncul ke udara melalui slot yang menarik pendengar bandar yang berulang-alik ke tempat kerja.
Semasa kemunculannya di Hot FM, Najib mempromosi rancangan untuk para belia, serta menyentuh pelbagai topik yang tidak membabitkan politik seperti Liga Perdana Inggeris, yang mempunyai ramai penyokong tempatan.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Cheng Mai yang mewakili mewakili Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan Ho Kok Yew bagi pihak Tan.
Mengikut rekod mahkamah, Zabariah turut menetapkan tiga hari bermula 7 Julai untuk mendengar perbicaraan permohonan Felda dan Felda Global yang memfailkan saman malu RM200 juta terhadap Dr Tan atas artikel yang memfitnah diterbitkan dalam akhbar "Suara Keadilan" tahun lalu.
Pada 25 Jan lalu kedua-dua pihak itu telah memfailkan saman tersebut dan mendakwa bahawa kata-kata fitnah itu diterbitkan dalam sebuah artikel muka depan berjudul "Kontroversi" dan artikel lanjutan di muka tiga, di bawah tajuk "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga individu".
Mereka mendakwa artikel tersebut telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di Kuala Lumpur adalah untuk faedah kroni.
Mereka berkata bahawa kata-kata itu bermakna bahawa transaksi bangunan Felda telah menyebabkan kerugian kepada mereka dan menyebabkan plaintif menghadapi penghinaan di khalayak awam.
Mereka memohon antara lain ganti rugi RM200 juta serta injunksi untuk menyekat Dr Tan dari terus bercakap atau menerbitkan kata-kata serupa.
- Bernama
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian - seorang anggota kempen "Selamatkan Vui Kong" - sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian.
Yetian,
Ketika tingkatan 2, aku berkawan dengan Luo Yan. Suatu hari, beliau mengeluarkan kata-kata meninggalkan kesan mendalam padaku.
"Kalau kamu mahu sesuatu, lakukanlah yang terbaik. Jika tidak kamu akan jadi yang terburuk!"
Beliau berkata demikian kerana aku tidak boleh bersama-rama rakan sekelas yang lain. Terlalu banyak salah faham.
Ketika itu aku belum matang dan gagal memahami kata-katanya.
Aku fikir dia maksudkan: "Kamu patut belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat nombor satu, atau kamu akan jadi manusia paling teruk.
Aku tersilap memahami nasihat itu. Aku fikir, disebabkan mustahil mendapat nombor satu dalam kelas, biar aku tinggalkan saja dunia pendidikan.
Keputusan itu ternyata menjadi kesalahan paling besar.
Sejak tingkatan 2 hingga merengkok dalam penjara ketika meniti umur 19 tahun, aku tidak pernah berfikir bagaimana untuk hidup. Aku tidak pernah fikir untuk meneruskan pengajian.
Ingatan kepada Luo Han
Bagaimanapun, melangkah saja ke gerigi besi ini, aku terkenang kembali pada peringatan Luo Han. Hatiku mengambang, aku membesar dengan kebijaksanaan.
Dan kerana itu, aku mula menekui ajaran Buddha.
Aku membaca beberapa perangkaan. Aku tidak tahu sama ada ia benar atau tidak. Harap kamu dapat menyemaknya untukku.
Laporan daripada Amerika menyebut, ramai banduan akhir mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Biasanya mereka yang mempunyai pengetahuan yang rendah terdorong melakukan kesalahan yang boleh digantung.
(Nota: Laporan yang dirujuk Vui Kong dibuat oleh seorang pengkaji Amerika Syarikat. Ia merumuskan, banduan yang menghadapi hukuman mati tidak boleh dikelaskan mengikut bangsa atau umur, tetapi tahap pendidikan. Golongan berpendidikan rendah lebih mudah terdorong pada kesalahan itu.)
Aku anak muda yang memberontak, tanpa pendidikan cukup, tidak tahu menahu tentang hukuman bagi kesalahan yang berbeza-beza.
Aku terpedaya apabila percaya bahawa menyeludup dadah tidak membawa ke tali gantung. Itulah sebabnya aku terus melakukan kesalahan demi kesalahan.
Namun aku kira, masih tidak terlambat untuk mendampingi dunia pengetahuan, walaupun agak ketinggalan berbanding yang lain.
Memberontak makin memberontak
Sekarang aku tidak mahu lagi mengulangi kesalahan lama. Saban hari aku membaca buku dan mempelajari perkara-perkara baru seperti bahasa Inggeris. Dan aku terus bertafakur.
Satu masa nanti, jika nasib menyebelahi, aku mungkin lepas daripada penjara dengan nyawa ini. Dengan ilmu di dada dan pandangan yang benar tentang dunia barulah aku dapat memulakan hidup baru.
Jika aku dapat menguasai bahawa Inggeris, akan kusebarkan kepada dunia tentang penderitaan akibat terlibat dengan najis dadah kepada seluruh manusia.
Sudah tentu, selain pendidikan di sekolah, tunjuk ajar daripada keluarga juga penting. Masa depan anak-anak sebenarnya dicipta daripada dalam rumahnya.
Terlalu disibukkan kerja juga boleh menyebabkan zuriat masing-masing mudah terjerumus dengan keadaan buruk.
Pengalammanku sendiri, oleh kerana semua sanak saudara sentiasa sibuk bekerja, aku terabai dan jiwaku memberontak. Jiwaku makin memberontak.
Yetian, aku juga ingin berkongsi sebuah kisah lain denganmu.
Di zaman India kuno, banduan yang menghadapi hukuman mati diberikan satu syarat: Jika dia dapat menjinjing semangkuk air dan berjalan dalam bulatan tanpa menumpahkannya, dia akan diampunkan.
Aku bawa nyawaku
Pesalah itu lantas bersetuju.
Berita pun tersebar dan ramai berpusu-pusu mengerumuni tempat itu. Mereka melihat tanahanya penuh lubang dan bergelombang.
Orang ramai pun mula bertempik: "Dalam tiga langkah saja air kamu akan tumpah! Sebaik membelok, air akan tumpah!"
Orang tahanan itu bagaimanapun seolah-olah tidak mendengarnya. Dia mula berjalan dan berjalan dengan agak lama sebelum tiba kembali ke tempat asal tanpa setitis pun air yang tumpah.
Orang ramai sungguh teruja dan raja juga gembira. Si raja bertanya: "Bagaimana kamu berjaya melakukannya?
"Aku tidak membawa air, aku bawa nyawaku!" katanya.
Sekarang, aku lihat hidupku seperti semangkuk air. Jika seseorang itu beralah untuk belajar, dia seolah-olah mengaku kalah kepada kehidupan.
Kehidupan adalah pendidikan dan pendidikan adalah kehidupan. Kedua-duanya terjalin kukuh. Kenapa kamu tidak pedulikannya? Kenapa?
Ikhlas
Vui Kong
Remaja itu dijadual digantung tiga minggu lagi kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.
- Zailan Mohamad · Pengulas Tertinggikalau aku jadi presiden singapore, hukuman gantung tetap diteruskan pada budak ni, jikalau hukuman diringankan, maka penjenayah yg baru tidak takut untuk melakukan kesalahan yg sama.tidak kira umur 19 tahun , semasa kamu mengedar dadah tidak pula terfikir umur nya 19 tahun. disebabkan seorang pengedar dadah seperti kamu , berjuta anak bangsa telah hancur kerana dadah.
- Mohamad Mustapa · Pengulas Tertinggi · Sekolah Sri Garden
- Mazlan Abd Malek · Pengulas Tertinggi · IBKL ( 92 - 94 )
- Khairul Anuar Romli · Pengulas Tertinggi · SMK Seberang JayaIni lah rakyat Malaysia. Bila orang lain nak hukum gantung rakyat kita, mintak ringan. Cuba rakyat orang lain kena hukum gantung, siap sokong tepuk tangan dan dabik dada lagi.
Sepatutnya kita konsisten. Kalau tak nak rakyat kita kena hukum gantung, kita sendiri kena hapuskan hukum gantung ajaran British ni.
Kalau rakyat Malaysia sendiri kena hukum gantung edar dadah dalam negara, ada ker yg suruh ringankan hukuman? - Mazlan Abd Malek · Pengulas Tertinggi · IBKL ( 92 - 94 )
- Malaysia BlogHub · International Islam UnivercityIni bukan soal emosi...budak ni edar dadah...OK..dadah...buangn
ya edar suratkhbar...ada terpikir berapa banyak keluarga yang musnah sebab budak ni? Berapa ramai anak yang hidup merana mak bapak jadi penagih...mak bapak merana anak jadi penagih....bukan mamat ni aje yang lahir miskin dulu...bapak aku pendatang kat negara ni, kitaorng semua susah, tapi takda pun adik beradik aku gi jual dadah ke apa....hanya kerana mamat ni menulis beberapa surat nada simpati, itu tak bermakna dia layak diberikan simpati
Hiew Kok Ming, 26, mendakwa beliau telah memberi kerjasama
kepada anggota polis berkenaan tetapi anggota tersebut 'gagal mengawal emosi dan egonya'.
Berikutan itu, katanya, dia telah dituduh membuat laporan palsu dan ditahan di lokap polis selama tiga hari.
Selepas pengalaman pahit selama tiga hari ditahan di lokap, beliau dibebaskan tanpa syarat dan tanpa jaminan polis.
Pagi ini, dengan diiringi ahli parlimen Segambut, Lim Lip Heng, Hiew
(kanan) ke ibupejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk menyerahkan surat aduan itu kepada ketua polis negara.
Dalam kejadian pada 28 Mei lalu pada kira-kira jam 9:30, Hiew memandu sebuah kenderaan MPV bersama empat rakan selepas satu sambutan hari jadi di Melaka apabila seorang anggota polis menahan keretanya kerana dia tidak memakai tali pinggang keledar.
Hiew berkata, beliau ditahan kerana membuat anggota polis itu marah kerana tidak menunjukkan kad pengenalannya dengan segera dan kerana mengambil gambarnya, tetapi anggota polis itu pada mulanya menyiasatnya kerana menghalang tugas pegawai kerajaan
Harakahdaily | ||||
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Ratusan laporan polis yang dibuat oleh Umno dan sekutunya terhadap perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan bahawa golongan itu akan terus mempertahankan segala ketidakadilan dan kepincangan dalam sistem politik negara. “Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka,” bidas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh “pelbagai pihak” terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan. “PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil. “Pelbagai dialog, diskusi, laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pru di Malaysia, namun sayangnya tiada sebarang tindakan diambil,” tambahnya. Tambah beliau, himpunan itu bukan dibuat suka-suka bagi menimbulkan kegawatan atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang dibimbangi oleh orang ramai. Malah, katanya diskusi dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus diadakan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung 9 Julai ini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perhimpunan Bersih 2.0 bakal berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. “Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda Pakatan Rakyat kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik,” kata beliau. Laporan polis yang dibuat Umno, kata Tuan Ibrahim juga mencerminkan sikap double standard mereka kerana muktahir ini merekalah yang menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri Pakatan Rakyat. “Sayangnya, pasukan polis hanya ‘boleh’ menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum,” katanya dengan kesal. Tuan Ibrahim turut berkata sebenarnya ia adalah amat mudah bagi kerajaan untuk mengatasi himpunan Bersih 2.0 bulan depan. “Terimalah saja tuntutan Bersih 2.0 kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan,” kata beliau. Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa segala tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat. Oleh itu, adalah amat perlu untuk kerajaan menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat, tambah beliau. “Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat. “Tujuan kami amat senang, jelas, mudah difahami dan mampu dilaksanakan kerajaan iaitu satu demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara,” tegasnya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan