HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 29 Jun 2011
DEDAH TERUS DIDEDAH...JIKA TAK SEDAR DAN FAHAM TAK TAHU LAH...JANGAN ORANG NILAI KITA BEBAL DAH LAH....BUAT MALU AJE....
PAS: Pelekat palsu untuk sabotaj perhimpunan 9 Julai
Hazlan Zakaria Jun 29, 11 8:04pm
PAS mendakwa, pelekat palsu sedang dicetak dalam "kuantiti yang besar di seluruh negara" untuk mensabotaj perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, parti itu menerima maklumat bahawa pelekat tersebut sedang dicetak dalam kuantiti besar di Johor dan juga, dipercayainya di seluruh Malaysia.
"Kami percaya pelekat itu akan diedarkan kepada rakyat," katanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pelekat palsu itu, kata Salahuddin, sedang dicetak dengan perkataan "Bersama Kita tumbangkan kerajaan sekarang. Buktikan kita mampu seperti Libya."
(Kerajaan Libya pimpinan Muammar Gaddafi masih berkuasa di negara itu).
Salahuddin berkata, ia adalah satu rancangan yang teliti dan teratur untuk mensabotaj BERSIH.
Menurutnya, PAS sedang berbincang dengan peguamnya dan akan membuat laporan polis apabila ia memperolehi sekurang-kurangnya satu pelekat palsu tersebut.
"Saya rasa, mereka ingin menyamakan kita (BERSIH) dengan apa yang berlaku di Timur Tengah," kata ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Seniman Paksi Rakyat (Paksi) kesal dan sedih dengan tindakan pihak polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said untuk disoal siasat hanya kerana sebuah puisi yang dibacakan di majlis pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.
Pengerusinya, Dinsman berkata, tidak wajar A. Samad disoal siasat kerana beliau hanya menyuarakan pandangannya mengenai situasi yang berlaku di negara ini melalu karyanya.
Namun Paksi katanya tetap berbangga kerana puisi A. Samad, "Unggun Bersih" yang merupakan suatu karya seni yang indah tiba-tiba mendapat perhatian umum.
Sambil mengajak rakyat menghayati "Unggun Bersih", Dinsman berkata, amat pelik apabila pihak berkuasa mencurigai karya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu.
"Betapa murninya niat dan geraktindak seorang seniman yang luas pengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agamanya.
"Kita tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia baik yang sebaik A Samad Said ini, penyair yang menekuni kehidupan mulia Rasulullah (s.a.w.) dan menghasilkan sebuah puisi panjang-tebal mengenai insan agung itu – Al-Amin.
"Sebagai sasterawan, seniman, budayawan dan intelektual yang bertanggungjawab, dia sentiasa bersama rakyat bagi merakamkan gerak nadi dan jerit batin rakyat dan menyatakan sikap dan pandangan warasnya apabila difikirkannya perlu, dengan niat untuk menyumbang ke arah kesejahteraan, di samping untuk sama-sama menegakkan yang hak dan adil dalam masyarakat," kata beliau dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Paksi mengingatkan pihak berkuasa agar tidak menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Sasterawan negara juga tegasnya wajar diberikan hak dan kebebasan untuk terus menyumbangkan karya kepada masyarakat.
"Apabila insan luhur seperti A Samad Said bersuara dan memberi teguran ikhlasnya, marilah sama-sama kita mendengarnya. Usahlah kita menjadi takut kepada bayang-bayang sendiri," katanya.
Berkumpul sokong Pak Samad
Sementara itu, Dinsman mengajak orang ramai bersama Paksi, Budayawan Bertindak dan seniman-seniman prihatin berkumpul di pentas aktiviti di pesta buku Selangor petang ini bagi menunjukkan sokongan kepada A. Samad.
Satu sidang media akan diadakan jam 5.30 petang.
Kelmarin, A. Samad dipanggil ke balai bolis Dang Wangi untuk memberikan keterangan berhubung puisi tersebut dan kehadirannya ke majlis pelancaran di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) yang didakwa memberi sokongan kepada Bersih 2.0.
A. Samad selepas disoal siasat turut melahirkan rasa sedih kerana disoal siasat di bawah akta hasutan sedangkan puisinya itu mengandungi niat murni.
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Pihak kerajaan dan pengamal media tertentu sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang huru-hara pada himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai ini.
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) sebagai merujuk kepada laporan berita bertajuk, “Batalkan Jika Tidak Mahu ‘Perang’ – Omardin” yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011.
“Sejak pihak Dewan Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan Bersih 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah Umno, Utusan Malaysia.
Terbaru, seperti mana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.
Memetik daripada laporan berita tersebut: Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.
“Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut,” kata Omardin.
“Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini,” kata Nasrudin.
Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran Bersih.
Ini, ujarnya adalah satu perkara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara.
Beliau menambah, ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan yang dimomokkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Lebih mengecewakan, ujarnya tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan.
Beliau yakin semua pihak mahukan negara yang aman.
“Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan,” ujarnya.
KUALA LUMPUR, 29 Jun: 'Wang ehsan' yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan satu penghinaan kepada Dewan Rakyat, kata Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat).
Bercakap sewaktu membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Petroleum (Cukai Pendapatan) Pindaan 2011, di Dewan Rakyat malam tadi, Kamaruddin berkata ia kerana wang ehsan itu tidak pernah diluluskan di Dewan Rakyat.
"Kalau kita kaji Datuk Seri Yang Dipertua, dalam akta petroleum ini, ada istilah-istilahnya. Yang tidak ada istilah 'wang ehsan'.
"Apa-apa tindakan yang kerajaan buat, yang Petronas buat, yang tidak ada dalam peruntukan rang undang-undang termasuk (pemberian) wang ehsan, itu bercanggah dengan undang-undang yang kita luluskan.
"Tidak ada pun wang ehsan yang kita (ahli parlimen) luluskan kepada mana-mana negeri," katanya.
Sehubungan itu katanya, pemberian kerajaan melalui pemimpin Umno atas nama wang ehsan adalah satu penghinaan kepada Parlimen.
Pada November tahun lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hanya akan memberikan wang ehsan kepada Kelantan, hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu dan bukannya bayaran royalti seperti yang dituntut kerajaan negeri itu.
Pemberian itu pula disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri itu, dan bukan melalui kerajaan negeri.
Wang Ehsan itu juga turut diberikan kepada Terengganu bagi menggantikan bayaran Royalti minyak sebelum ini.
Pindaan RUU selamatkan kroni
Sementara itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa pindaan RUU Petroleum (Cukai Pendapatan) itu hanya untuk "menyelamatkan" beberapa individu dalam syarikat yang berkepentingan bagi Umno BN.
Katanya ia termasuk anak bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahatir yang juga Pengerusi Eksekutif Kencana Energy Sdn. Bhd.
Selain Mokhzani dakwanya, seorang lagi adalah Pegawai Eksekutif Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd, Datuk Shahril Tan Sri Shamsudin.
"Kenapa nak pertahankan kroni-kroni ini. Ya dia Melayu, tapi tidak ada kah Melayu lain.
"Kalau insentif ini digubal untuk memberi manfaat kepada KWSP ke saya sokong, tapi kalau ini tujuan untuk selamatkan Mokhzani Mahathir, saya akan lawan habis-habisan," katanya.
Beliau merujuk Pindaan RUU itu yang akan membolehkan syarikat kontraktor yang dianugerahkan kontrak oleh Petronas mendapat "layanan khas" iaitu pengurangan cukai dari 38% kepada 25%.
Petronas sebelum ini mengumumkan telah menganugerahkan kontrak khidmat risiko (RSC) kepada tiga syarikat iaitu Petrofac Energy Developments Sdn. Bhd. (Petrofac), Kencana Energy Sdn. Bhd. (Kencana) dan Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd. (Sapura).
Ia bertujuan bagi aktiviti pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas di Medan Berantai yang terletak 150 kilometer di luar pantai Terengganu.
Azmin turut mempersoal kenapa Petronas tidak menjalankan sendiri projek itu sedangkan mereka mempunyai kepakaran.
Menjawab persoalan yang dibangkitkan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata penganugerahan kepada tiga syarikat itu berdasarkan kemampuan teknikal dan kewangan mereka.
Ianya juga kerana projek tersebut kecil iaitu menpunyai 'marginal fields' kurang dari 30 juta Barrel.
Tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, Azmin meminta undian belah bahagi diadakan dan menyaksikan PR mendapat 29 undi dan BN 45.
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mempersoalkan mengapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin-pemimpin negara.
Katanya, dalam keadaan bebanan kos sara hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat.
Dalam keadaan demikian, soalnya patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa.
Menurutnya, nilai RM49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma ribuan mahasiswa setiap tahun.
“Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, katanya DPPWP meminta agar kerajaan mengkaji balik kos perbelanjaan kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
“Tidak semestinya kena banyak belanja jika inginkan keselesaan buat pemimpin negara. Banyak lagi keperluan mendesak untuk negara diperlukan dengan nilai sebanyak itu,” katanya.
Akhirnya, kata beliau DPPWP mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa rakyat sentiasa melihat mereka.
“Sikap ‘cakap tak serupa bikin’ amat dibenci oleh rakyat,” ujarnya.
KUANTAN, 29 Jun: PAS Pahang menggesa dan menaruh harapan besar pihak berkuasa agama untuk memanjangkan isu insiden penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu untuk dipertimbangkan semoga tindakan yang berkesan dapat diambil bagi memelihara kesucian agama Islam dan kesejahteraan hidup rakyat.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu memorandum bantahan oleh seluruh ahli jawatankuasa PAS Pahang mengenai insiden yang dicetuskan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dua minggu lepas kepada Pejabat Mufti Pahang yang diterima oleh Datuk Seri Wan Wahid, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, semalam. (Gambar)
Penghantaran memorandum bantahan tersebut diketuai Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga timbalannya Nasrudin Hasan Tantawi bersama-sama ahli-ahli jawatankuasa PAS Pahang yang lain.
Dalam memorandum tersebut, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menerangkan bahawa penyiaran karikatur tersebut, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan oleh Utusan Malaysia telah menyebabkan berlaku kekecewaan, kegelisahan dan ketidaktenteraman masyarakat keseluruhan dan khasnya kepada umat Islam.
“Akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar antara yang tertua di negara ini dari segi penerbitannya. Penyebarannya begitu meluas. Namun akhir-akhir ini mereka menunjukkan sikap yang tidak bertanggung-jawab terhadap penyiarannya apabila menerbitkan banyak artikel sensitif membabitkan isu agama dan moral,” katanya di dalam memorandum tersebut.
Pada 15 Jun yang lalu, Utusan telah menyiarkan karikatur yang dilukis seorang yang dikenali sebagai Miki. Beliau telah membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.
Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan seorang agamawan yang berimejkan seorang alim.
Agamawan tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.
Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”
Gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.
Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut. Dialognya berbunyi “Bagus ... Alat itu pun boleh jadi bukti!”.
Jelas Tuan Ibrahim, maksud dalam gambaran yang diberikan oleh karikatur tersebut adalah jelas bertentangan dengan perjalanan hukum syariah yang sebenar.
“Keadaan ini jika dibiarkan akan menimbulkan berbagai-bagai persepsi buruk masyarakat terhadap Islam.
Lebih membimbangkan lagi apabila ada di kalangan umat Islam terpengaruh dengan gambaran yang diberikan sehingga boleh merosakkan aqidah umat Islam itu sendiri yang sepatutnya dipelihara oleh semua pihak,” terang beliau dalam memorandum tersebut.
Untuk mengelakkan insiden tersebut berulang, Tuan Ibrahim berkata PAS Pahang menyarankan supaya pihak berkuasa agama negara dapat menyediakan garis panduan syariah bagi mengawal dan mengawasi bahan-bahan penyiaran pelbagai media di negara ini.
“Lembaga pengawasan syariah ini bukan sahaja mengawal agar penyiaran tidak bercanggah dengan syarak, tetapi turut memandu media perdana agar setiap bahan penerbitan yang boleh merosakkan minda atau akhlak remaja dapat dikawal dan memastikan mereka untuk menyiarkan bahan penyiaran yang lebih bertanggungjawab,” jelas Tuan Ibrahim ketika melontarkan idea tersebut dua minggu yang lalu sejurus selepas insiden itu terjadi.
Selain itu, Tuan Ibrahim juga menyelar kegemaran Utusan Malaysia yang kelihatan mempunyai minat yang mendalam dengan menjaja bahan berunsur porno (kelucahan melampau) seperti isu video seks, memuatkan berita-berita yang boleh mendatangkan ketegangan kaum secara melampau.
“(Ia) telah merosakkan usaha memelihara kesucian agama Islam, pembinaan akhlak umat serta perpaduan kaum di negara ini,” kata beliau, sambil menambah bahawa tujuan memorandum bantahan tersebut dihantar adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan umat Islam keseluruhannya.
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) mempersoal kewajaran kos perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 kerana kos sedemikian satu bentuk pembaziran wang rakyat.
Katanya, Perdana Menteri yang selalu mengeluarkan nasihat kepada rakyat supaya berjimat telah melakukan sesuatu yang bukan sesuatu teladan yang baik.
“Jika boleh kita buat analogi yang mudah, kos umrah ziarah ialah RM5,000 bagi menampung kos selama 2 minggu , dan jika seorang itu pergi umrah untuk 6 kali dalam setahun dengan harga semasa pakej tersebut, jika empat tahun berturut-turut pergi umrah jumlahnya baru mencecah lebih kurang RM120,000,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, analogi tersebut merupakan sifir mudah untuk rakyat tahu bagaimana pemimpin berbelanja dengan begitu boros wang rakyat yang sepatutnya dijaga dengan adil.
Seharusnya, ujar beliau Perdana Menteri perlu memiikirkan tentang susah payah rakyat bekerja keras untuk menyara kos hidup memandangkan keadaan ekonomi yang kurang baik dalam keadaan belanjawan negara yang mengalami defisit selama 12 tahun berturut-turut.
“Harapan saya semuga rakyat jangan abaikan berita sebegini sebagai satu berita biasa melainkan satu berita yang menggambarkan betapa tidak bertanggung jawabnya Najib dalam berbelanja sedangkan rakyat dalam keadaan susah,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Nampaknya, kata beliau kerajaan yang ada sekarang tidak memikirkan kepayahan rakyat dan ianya perlu diganti dengan kerajaan yang baru.
Beliau menambah, rakyat sesungguhnya memerlukan pemimpin yang adil dan mengambil berat soal kebajikan rakyat, bukan berbelanja mewah seperti pemimpin Umno BN.
“Kerana itu saya yakin pemimpin Pakatan Rakyat mampu melakukannya,” katanya.
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya yang bernilai lebih RM48.7 juta setahun.
“DPPWP hairan, kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya,” kata Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Tambahnya, sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang menggunakan wang rakyat.
Malah, katanya urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan itu juga ditanggung oleh kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya.
Beliau berkata, perkara itu dijelaskan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz kepada soalan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin bahawa kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan.
Kos sewa sahaja mencecah RM2.7 juta sebulan, bil air RM32 ribu sebulan dan elektrik RM171 ribu sebulan.
“Betapa besarnya wang rakyat dibazirkan selepas ditipu dalam projek pembangunan mega Putrajaya. Yang mengaut untung adalah Perbadanan Putrajaya,” kata Riduan.
Justeru, katanya DPPP mendesak agar kerajaan memberikan penjelasan mengenai status hak milik sebenar bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya dan kenapa kerajaan enggan memilik negarakannya sebagai aset tetap.
Dalam erti kata lain, ujarnya Perbadanan Putrajaya mempunyai kuasa penuh untuk menentukan siapakah yang berhak menyewa bangunan milik mereka kelak.
Beliau menambah, jika berlaku pertukaran kerajaan, Perbadanan Putrajaya boleh melakukan sabotaj dengan menghalau atau menaikkan nilai sewaan sedangkan rakyat tahu, dana pembinaan Putrajaya datangnya daripada poket rakyat.
“Jadi, wajiblah kerajaan menjelaskan kuasa dan status sebenar Perbadanan Putrajaya dan memastikan dana rakyat tidak dibazirkan sesuka hati,” katanya lagi
Adalah memalukan, ujarnya apabila negara yang mempunyai wawasan yang besar tidak mampu memiliki bangunan pentadbirannya sendiri dan terpaksa menyewa kepada agensi lain.
KEPALA BATAS, 28 Jun: Hasrat keluarga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan polis untuk berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas malam ini tidak kesampaian apabila mereka dihalau pada waktu Maghrib tadi.
Seramai 30 orang ahli keluarga mangsa 30 orang yang ditahan reman di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap tangkapan yang nyata bercanggah dengan tujuan asal rombongan terbabit yang hanya mahu menghadiri kempen 'Udah BN... Bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang dua hari lepas.
Bas yang turut dinaiki Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan polis di Tol Sungai Dua ketika ingin ke Sungai Ara untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan. Beliau merupakan salah seorang pemidato malam tersebut.
Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan (kiri) kedatangan mereka ke IPD Kepala Batas semata-mata mahu melihat kaum keluarga yang ditahan bukan berniat mahu menimbulkan huru hara atau berdemo.
Berilah peluang untuk keluarga yang ditahan melawat atau bertanya khabar ahli keluarga bukan membiarkan mereka bersendirian menanggung masalah yang dicipta oleh polis kononya mereka hendak melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.
"Berilah peluang kepada waris melihat atau bertanya khabar mangsa dalam lokap polis. Apa salah mereka sehingga ditahan dan direman. Ini satu pencabulan hak," tegasnya.
Sementara itu, Bendahari Kehormat PSM, A. Sivarajan yang turut berada di lokasi berkenaan kesal kerana pihak polis baru bertindak setelah dua puluh laporan polis dibuat sejak pagi tadi di dua lokasi iaitu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan IPD Kepala Batas.
Katanya, antara dua daripada dua puluh laporan polis itu ialah meminta pihak polis menyampai ubat penyakit jantung kepada Dr Jeyakumar Devaraj namun sampai tengah hari tadi belum diserahkan.
Tetapi, ujarnya setelah diasak dengan laporan polis barulah mereka membawa beliau ke hospital untuk rawatan.
Belau berkata, bukan sahaja Dr Jeyakumar Devaraj menghadapi masalah tersebut sebaliknya pemandu bas turut dinafikan menerima ubat harian.
"Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Kenapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gentar terhadap Himpunan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sehingga menangkap secara mendadak," jelasnya.
Harakahdaily dimaklumkan seramai 7 orang masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, seramai 21 lagi di IPD Kepala Batas dan dua orang iaitu anak Dr Jeyakumar, Raveen dan rakanya, Thivyakumar masing-masing berumur 18 tahun kini berada di lokap Balai Polis Sungai Dua.
KUCHING, 29 Jun: Pemuda DAP Sarawak (DAPSY) mengucapkan taniah kepada PAS negeri di atas pemilihan pimpinan baru untuk sesi 2011-2013.
Awang Saifeluddin, Pembantu Khas kepada Wong King Wei selaku DAPSY Sarawak berkata, kepimpinan PAS Negeri Sarawak pada sesi 2011-2013 ini yang menampilkan gabungan ulama dan professional jelas menunjukkan keupayaan PAS untuk menjadi sebuah parti politik yang relevan di persada politik di negeri ini.
Katanya, DAPSY juga berharap agar dapat mengadakan kerjasama yang lebih utuh di masa akan datang dengan parti komponen Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi di ambang pilihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
“Dengan kerjasama yang lebih erat, DAPSY percaya Pakatan Rakyat akan menjadi satu alternatif yang boleh memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berharap semoga barisan pimpinan yang baru itu dapat terus memacu Pakatan Rakyat ke peringkat lebih tinggi.
PENGKALAN CHEPA, 28 Jun: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlepas ke luar negara untuk tugas rasmi di Uzbekistan dan mengerjakan umrah bermula hari ini.
Beliau yang diiringi isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berlepas kira-kira pukul 6.50 pagi tadi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Turut mengiringi beliau anggota exco kerajaan negeri Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Sulit Khasnya, Rosdi Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Abdullah Yaacob serta isteri masing-masing.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Yusof, berkata Tuan Guru akan melawat Uzbekistan selama tiga hari termasuk menziarahi makam Imam Bukhari sebelum menunaikan umrah di Makkah.
Katanya, tugas-tugas rasmi kerajaan negeri akan diuruskan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob.
“Kita berdoa semoga Tuan Guru sehat sewaktu di sana serta dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan baik dan selamat pulang,”ujarnya ketika dihubungi.
..gambar saya menyertai demonstrasi di London pada penghujung 2008..orang ramai membantah kekejaman Isreal terhadap Palestin..ramai yang menyertai; muslim dan bukan muslim..pihak polis UK memberikan kerjasama yang baik..tiada rusuhan, tiada keganasan..sedangkan bercampur agama dan berbeza keturunan..UK walaupun sekutu Israel dalam banyak perkara, tetapi akur hak rakyat mereka untuk berhimpun secara aman..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan