| Ismail Hashim | |||||
|
Beliau yang juga Adun Meru berkata demikian ketika mengulas kenyataan Umno Selangor yang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai exco kerajaan negeri. Desakan ini ekoran penyusunan semula Pesuruhjaya Selangor yang sebelum ini dipegang Dr Hasan yang juga Exco Agama, Adat Melayu dan Kemudahan Asas negeri. Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang pada 12 Jun lalu membuat keputusan melantik Dr Rani mengambilalih tugas Pesuruhjaya PAS Selangor dari Dr Hasan. Dalam hal ini, Dr Rani berkata, kenapa pula MB perlu menggugurkan Dr Hasan kerana asas pelantikan beliau adalah untuk memberi peluang dan ruang luas untuk Dr Hasan tumpukan kepada tugasan exconya. "Inilah keadaan di mana jelas Umno Selangor berada dalam keadaan gelabah dalam menghadapi perkembangan politik semasa terutama di Selangor. "Bahkan Himpunan Bersih 2.0 yang aman dan mendesak pilihan raya adil dan bersih juga ditakuti oleh Umno BN, entah apa yang mereka bimbang? "Jika mereka tidak mahu atau bersetuju dengan desakan diadakan pilihan raya adil dan bersih, apakah mereka ingin kekalkan bentuk pilihan raya yang jelas jijik, penuh keji dan penipuan?" soalnya. Dalam soal sama, Dr Rani berkata, Umno Selangor memang tidak mengikuti perkembangan politik semasa, sejarah dan urutannya. Jika Umno membuat sedikit kajian, tegasnya, mereka pasti akan ketemu dengan isu Exco Kerajaan, Ronnie Liew tetap memegang jawatan itu sampai sekarang meskipun tidak lagi memegang jawatan utama dalam partinya. Sementara itu, Dr Rani berkata, PAS Selangor akan membentuk jawatankuasa perhubungan negeri pada Isnin ini. Dalam kenyataannyai, beliau berkata, amanah berat yang dipikul oleh pasukan barunya untuk memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Dr Hasan juga dalam amanatnya dalam sebuah akhbar harian mengingatkan pesuruhjaya baru agar pertingkatkan persediaan untuk hadapi PRU 13 yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 15 Jun 2011
FAHAMI POLITIK IKUT ACUAN ISLAM@ILMU ISLAM....POLITIK BERDASARKAN AKIDAH SERTA SYARIAH ISLAM..SEDARLAH NI BUMI ALLAH...
Umno Selangor gelabah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SHAH ALAM, 15 Jun: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar) menyifatkan Umno dalam keadaan gelabah sekarang ini hingga mengeluarkan kenyataan tidak berasas.
“Saya akan pastikan perkara ini didengari sekali lagi oleh menteri yang terbabit dan diambil perhatian serius oleh persatuan yang berkenaan,” kata Ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul.

Katanya beliau diminta suruhanjaya itu membuat penilaian terhadap harta pasaran hartanah berkenaan pada 31 Julai 2009 untuk melihat berapa nilai pasaran hartanah berkenaan pada 14 Mei 2007.

Mengulas ancaman sesetengah pihak untuk mengodam laman web kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail, Rais berkata pengodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran mereka.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata penahanan itu dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas untuk masuk ke Malaysia.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik akhbar harian Singapura, Lianhe ZaoBao yang melaporkan bahawa kedua-dua wanita berkenaan dibogelkan dan diarahkan melakukan ketuk ketampi sebanyak sepuluh kali selepas ditahan.
Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.













Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.
Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.
Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu.
Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik “aliran katak melompat parti” seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.
Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih “berani dan berbaloi” bagi mencapai maksud “memaksa” orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya “bangkit” dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.
Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.
Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini.




Aku tidak tahu menahu apabila berlakunya serangan terhadap WTC di New York pada Selasa itu. Hanya esoknya, hari Rabu, Elizebeth Wong datang melawat Tian Chua. Dan dia membawa berita ini.
Bila aku kaji kes Al-Maunah, maka aku merasakan ledakan WTC ini juga satu operasi hitam. Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang serangan pada 9/11 ini.
Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga dapat melihat George Bush bermuka 'poyo' dalam bilik darjah ketika diberitahu oleh pegawai sulitnya tentang serangan ini.
Dengan sandiwara bersenjata Sauk ini juga, Mahathir seakan mendapat persetujuan orang ramai untuk menangkap pemimpin gerakan Reformasi.
Kajian demi kajian telah dibuat tentang apa sebenarnya berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba ditenggelamkan dibuka kembali, akhirnya lebih dari 50 peratus warga Amerika tidak percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Putih, tentera atau Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Kemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri bernama Loose Change. Dokumentri ini dengan jayakan membuktikan bahawa ledakan WTC adalah kerja orang dalam.
Selesai Perang Dingin ini, Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strategi yang dipanggil "perang menentang keganasan".
Skru mungkin berkarat. Selipar Jepun mungkin terputus talinya. Beg plastik mungkin terkoyak. Semuanya boleh dibuang bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham, bukan aku tidak menghormati orang yang telah meninggal dunia.
Tetapi CIA memiliki satu masalah - tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan 'jihad' ini.
Bayangkan betapa gembiranya para mujahidin apabila mendengar bahawa muslim dan muslimat bersedekah membantu mereka.




Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Kecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru.
Kemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional.
Perwakilan yang memilih golongan “profesional” atau Erdogan yakin calon-calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti.
Kedua-dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai-nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru kerana itulah Utusan dan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya.
Pemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.
Lantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.
Rupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar Ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular.
Cuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang.
Entah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang “meroyan”.
Mungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.
Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.
Pandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian negara berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.
Namun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.
Maka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan