Ismail Hashim | ||||||||||||
SHAH ALAM, 26 Jun: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor maju selangkah lagi ke hadapan dengan pelancaran Tabung Amanah Pembangunan Islam (Tapis) versi baru, malam tadi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berucap dan menyempurnakan acara pelancaran yang berlangsung di Dewan Utama Masjid Negeri dekat sini. Bertemakan 'Amal Jariah Ummah, Dari Rakyat Untuk Islam', Tapis menjadi wadah amal jariah umat Islam khasnya rakyat Selangor namun terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia. Tapis menjadi sebuah institusi berwibawa, telus, sistematik dan menyeluruh dan juga wadah membangun modal insan di Negeri Selangor. Menghimbau sejarah, Tapis telah ditubuhkan di bawah Kumpulan Wang Disatukan seksyen 9 (3) Akta Acara Kewangan 1957 dengan tajuk Akuan Tapis berkuatkuasa pada 1 April 1991. Tabung ini dilancarkan oleh Menteri Besar ketika itu pada 22 Mei 1991 di Dewan Jubli Perak Shah Alam. Tapis membawa nilai tersendiri dengan pelancaran versi baru, khususnya dalam membina kualiti umat Islam di Negeri Selangor. Skopnya amat luas dengan memberi keutamaan kepada program dan aktiviti kelangsungan penguasaan ilmu dan peningkatan syariat Islam. Tapis juga menjadi faktor penguat kepada institusi zakat, wakaf serta agenda dan perancangan Jabatan Agama Islam sendiri. Selain itu, Tapis adalah unsur pelengkap yang ditunggu-tunggu hasil ketaatan dan kehambaan seluruh umat Islam di Negeri Selangor. Tapis akan membuka ruang lebih luas ke arah membudayakan keikhlasan menderma selain mengisi tabung-tabung derma di masjid dan surau. Meneliti tema bantuan yang digariskan, ia adalah banyak dan umum, antaranya seperti penguasaan Al-Quran, penguasaan ilmu teras seperti akidah, syariah dan akhlak, ilmu alat, ilmu aini dan kifai, pemimpin dan kepimpinan Islam, mendaulatkan syiar Islam, dakwah dan tarbiah. Ia juga termasuk Islam sebagai cara hidup, pengamalan hukum hakam Islam, budaya menuntut ilmu sepanjang hayat dan lain-lain tema yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa akaun. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Exco Agama negeri dengan enam AJKnya seperti Timbalan Pengerusi (Pengarah Jais), Ahli (SUK, Mufti dan CEO Lembaga Zakat Selangor), timbalan pengarah (Jais) dan setiausaha (Jais). Bentuk sumbangan antaranya untuk Tapis pula seperti kewangan kelengkapan perpustakaan surau, sekolah dan pejabat, pembelian buku Islam, pembaikan dan pengimarahan masjid, surau serta banyak lagi. Selepas masjid pelancaran, diadakan juga forum perdana khas bertajuk MengIsrak-Mikrajkan Rakyat, panelis oleh Ustaz Haslin Bahrim dan Dr Azhar Yaakob, Dr Hasan sebagai moderator.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 26 Jun 2011
KHIANAT PADA MANUSIA SESAMA MANUSIA DILARANG....NI KAN LAGI KALAU KITA KHIANAT PADA ISLAM DAN ALLAH...BERMAKNA KITA MENCARI NAHASLAH....
Selangor lancar Tabung Amanah Pembangunan Islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bersih 2, 9 Julai buat Umno gusar kepincangan terlondeh
Date: Monday, June 20 @ 21:11:20 PDT
Topic: Berita
KUALA LUMPUR: Rancangan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini nyata memberi kesan besar kepada Umno-BN yang bimbang dengan gelombang rakyat melondehkan kepincangan urustadbir kerajaan selama ini.
Ia bermula dengan tindakan Umno-BN memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk terus kekal berkuasa, kata ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ketika ditemui
“Pertamanya Umno bimbang, bila kita berjaya melondehkan kepincangan mereka dan rahsia besar mereka gunakan media serta SPR,
“Bagi saya rakyat sebenarnya telah matang, kerana mereja mahu menyertai himpunan ini kerana ianya himpunan rakyat,” katanya lagi.
Rakyat sebenarnya mahu menolak sikap dan tindakan Umno-BN yang terus menerus memperkudakan SPR, malah mahu SPR berjalan dengan baik, katanya.
Justeru beliau mendesak SPR segera menerima tuntutan Bersih antaranya penggunaan dakwat kekal, pendaftaran otomatik dan pembersihan daftar pemilih.
Mengulas mengenai kenyataan Perkasa yang mahu berhimpun menentang Himpunan Bersih 2.0, Firdaus berkata, Perkasa bukanlah parti politik yang menyertai pilihan raya.
Malah kata Firdaus, Perkasa hanya memiliki ahli Parlimen Bebas yang dahulunya menang atas tiket PAS bertanding pada pilihan raya umum 2008.
Pilihan raya umum 2008 adalah kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang tidak pro kepada rakyat, menentang kezaliman, penyelewengan dan tindakan Umno yang memperkudakan SPR, katanya.
“Kenapa Perkasa nak bising, ini politik baru.Kit menuntut agar SPR kena insaf, kena umum tuntutan kami sebelum Bersih, jika tidak SPR adalah dalang kepada Umno- BN,” katanya.
Bercakap mengenai media Umno-BN yang mengimejkan Bersih sebagai kotor, Firdaus berkata, Umn- sebenarnya cemas dengan kebagkitan rakyat.
Ini kerana tuntutan Berish 2 ini bakal melemahkan Umno kerana Umno tidak boleh menyertai pilihan raya dengan padang yang samarata, katanya.
Umno sejak dahulu mengggunakan SPR untuk menang pilihan raya, kita minta Umno bermain dalam ‘padang samarata’, tetapi apa yang digambarkan sekarang ini Umno mahu terus memperkudakan SPR, katanya.
Beliau memberikan jaminan, jika polis dan pihak berkuasa tidak menghalang himpunan ini, himpunan tersebut akan berjalan dengan aman dan tenteram.
SUMBER : >>>http://www.detikdaily.net/