Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.
Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.
"Saya terima bayaran pendahuluan sebanyak RM250,000 pada Mac 2006 dan kemudian saya ke pejabat pemegang harta (kini insolvensi) untuk uruskan pasport ke Bali untuk membeli barang.
"Pembayaran seterusnya saya terima kira-kira RM500,000... setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.
Nasir memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.
Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin (kanan) mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Nasir yang diperkenalkan kepada Dr Mohamad Khir oleh ADUN Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berkata Shamsuddin dilantik oleh bekas Menteri Besar itu sebagai pengurus dalam urusan kerja-kerja pengubahsuaian banglo tersebut.
Ditanya mengenai siapa pemilik sebenar banglo itu, saksi itu menjawab: "Saya keliru sebab yang beri arahan Dr Mohamad Khir tetapi bila dapat pelan ada nama Ditamas Sdn Bhd. Pelan itu telah diluluskan."
"Semasa awak terima wang, awak tiada akaun bank, jadi bagaimana awak uruskan wang?" soal Masri dan Nasir menjawab: "Saya bayar pada supplier (pembekal) dan sebahagian wang itu saya simpan untuk beri kepada pekerja yang diupah.
"Ada atau tidak pada bila-bila masa awak kemuka sebarang sebut harga pada Dr Mohamad Khir?" soal Masri dan saksi itu menjawab: "Ya. Pada Dr Mohamad Khir sendiri dan bila dirujuk (sebut harga) Dr Mohamad Khir minta kurang sikit."
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam M Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir berhubung status muflisnya, Nasir berkata beliau muflis sejak 1998 dan kemudiannya bebas daripada status muflis pada 2008.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohtarudin Baki.
Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.
Pihak polis sebelum ini mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.
“Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak - yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” kata peguam N Surendran.
“Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.
“Ini menunjukkan mangsa sedang melutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz.
Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian - seorang anggota kempen "Selamatkan Vui Kong" - sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian.
Yetian,
Aku dengar sebuah kisah.
Seorang lelaki muda dipenjarakan. Untuk suatu tempoh yang lama, anggota keluarga tidak pernah melawatnya yang di balik gerigi besi. Setiap kali melihat banduan lain menerima tetamu dan menerima buah tangan, dia berasa sedih dan menyalahkan ibu bapanya.
Suatu hari, warden menyampaikan khabar gembira pada lelaki itu. Dia menerima pelawat. Sejurus masuk sahaja ke bilik tempat bertemu, dia menatap wajah ibunya - kotor, sepatunya koyak, kakinya melepuh. Di sebelahnya sebuah pasu berdebu.
Laki-laki itu daripada keluarga miskin. Bapanya petani. Rumah mereka amat jauh daripada penjara. Demi mengumpul wang untuk ke penjara, bapanya bekerja keras; dan berakhir dengan kematian. Impian terakhirnya untuk menatap wajah anaknya. Itulah sebabnya si ibu membawa bekas abu mayat itu bersamanya.
Kononnya ia kisah benar. Malah, telah difilemkan juga.
Di sini, tiap Isnin merupakan hari melawat untuk banduan yang menghitung hari ke tali gantung.
Keluargaku juga tinggal jauh daripada tempat ini. Cuma, sedikit beruntung apabila dua saudara lelakiku bekerja di hotel Singapura. Mereka bercuti setiap Isnin demi untuk menemuiku.
Dari mulut mereka aku dengar, sejak beberapa tahun - tiap Isnin, tanpa kecuali - seorang wanita, rambutnya dari hitam menjadi putih, tanpa jemu melawat seseorang, mungkin anaknya.
Menurut seorang peguam pula, bapa banduan itu bangun jam 3 pagi setiap Isnin dan terus menunggang motosika dengan harapan dapat menemui anaknya secepat mungkin.
Sepi tanpa penziarah
Berbanding kisah itu, kami boleh dikira banduan akhir yang beruntung.
Bila hukuman mati diputuskan, apa permintaan akhir kami? Biarkan aku beritahu. Ka
Ya, berlalunya hari-hari muram di penjara, hubunganku dengan adik beradik - Yun Leong dan Yun Zhong - juga bertambah baik.
Amat sukar untukku meluahkan perasaan tentang masa depan. Untuk keluargaku, aku bersyukur. Aku harus manfaatkan masa yang tersisa sebaiknya, belajar dengan tekun dan jadi lelaki budiman demi membalas kembali jasa baik mereka.
Tetapi setahuku, ramai banduan akhir tinggal sepi tanpa penziarah. Mungkin kunjungan peguam sahaja yang sesekali dalam tempoh yang panjang, terutamanya bagi yang bukan warga Singapura.
Mungkin anggota keluarganya tidak tahu menahu mereka ditahan. Mungkin keadaannya seperti lelaki yang aku ceritakan tadi. Mungkin jika mati pun, anggota keluarganya masih tidak tahu-menahu. Aku sedih memikirkan hakikat ini.
Seperti yang aku beritahu tadi, aku beruntung, Yetian. Aku tahu anggota keluar banyak menyokong dan tidak pernah berputus harap denganku.
Adik beradik, saudara mara, malah teman-teman, mereka keluar ke jalan raya untuk mengutip tandatangan daripada insan yang tidak pernah mereka kenal. Semuanya bagi merayu pengampunan dan belas ehsan presiden.
Di pinggir Orchard Road
Mereka tidak minta aku dibebaskan, mereka cuma mahu aku tidak digantung dan kemudiannya menghabiskan sisa-sisa hidup yang tinggal.
Adik bongsu kami cuma berumur 19 tahun. Dia sebenarnya takut-takut untuk bercakap dengan orang asing. Bagaimanapun, kali ini, demiku, dia gagahi semua itu.
Saudara-saudara lelakiku pula, sampai sahaja waktu rehat pendek dua jam, mereka setia berdiri di pinggir Orchard Road. Aku tahu semua ini sukar. Mereka juga sering dimarahi.
Ada yang bertanya kembali, kenapa mesti bersusah payah untukku, mereka sebenarnya patut rasa malu kerana memang hukuman itu memang selayaknya untukku.
Kadangkala aku merenung sendiri, apakah semua anggota keluarga banduan akhir lain menghadapi tekanan yang sama? Adakah ekoran ujian berat itu, mereka berpaling daripadanya.
Mereka juga pasti terseksa. Aku juga merasainya, aku hampir fahami kesulitan dan penderitaan mereka. Amithaba.
Di mata orang kebanyakan, semua yang dipenjarakan adalah syaitan besar, tidak berbaloi untuk disebut pun. Tetapi bagi keluarga kami, ia berbeza. Mereka terpaksa akui, kami tetap akan digantung sampai mati. Ia sangat menyayat dan kejam.
Bagi banduan akhir, tanpa sokongan keluarga, teman-teman dan masyarakat, tanpa keimanan yang teguh, hati mereka mungkin mati lebih awal daripada sepatutnya.
Sekujur tubuh tak bernyawa
Banyak daripada mereka hilang semangat untuk hidup dan anggota keluarga yang berdoa siang dan malam juga menghadapi jalan buntu.
Dalam putus asa itu, tiada lagi ikhtiar dan mereka perlahan-lahan menyerah kepada kematian. Sanak saudara juga melayannya seperti sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa.
Ya, banyak sekali terjadi sebegitu.
Mungkin nasibku ditetapkan menemui Dewi Guang Yin. Mungkin ini semua hasil daripada kehidupan lampauku. Atau seperti kata bapaku, hidupnya cukup "keras".
Kini aku berpeluang menemui sinar melalui ajaran Buddha. Ia membuatkan hatiku teguh. Aku juga mendapat peguam yang baik. Dan paling penting, aku sedar, ada suara di celah-celah masyarakat umum yang merayu untukku.
Aku tahu, mereka memaafkan dan mengambil berat terhadapku. Mereka juga sentiasa mendokong keluargaku. Semua ini menambahkan keyakinanku.
Hidup amat bermakna.
Ikhlas,
Vui Kong
Remaja itu dijadual digantung dalam tempoh kurang tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.
Kejadian disedari apabila adik iparnya yang tidak mahu identitinya didedahkan mendapati kereta berkenaan hilang dari rumah mereka di Taman Pelangi kira-kira jam jam 6.30 pagi.
“Kereta itu masih di sana pada jam 2.30 pagi dan saya melihatnya. Namun pada jam 6.30 pagi, saya dapati pagar depan terbuka dan kereta telah hilang,” katanya sambil menambah beliau menetap di rumah Balasubramaniam sejak beliau meninggalkan negara ini.
“Turut didapati hilang adalah sebuah kamera dan pemain video dan skrin yang dipasang pada bahagian depan dan belakang kereta. Saya buat laporan di balai polis Rawang selepas polis meminta salinan sijil pendaftaran kereta itu. "Saya bekalkan dokumen yang diperlukan dan pihak berkuasa selesai mengambil laporan pada jam 3 petang,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau juga hairan anjing-anjing yang berada di kandang tidak menyalak.
Adik ipar penyiasat persendirian itu berkata kereta jirannya juga dicuri bulan lalu manakala kereta seorang lagi jiran di rumah hadapannya pula dicuri dua bulan lalu.
“Jenayah semakin menjadi-jadi,” katanya.
Mengulas kejadian itu, Balasubramaniam, seorang anggota polis sebelum menjadi seorang penyiasat persendirian dalam e-melnya berkata “kadar jenayah Malaysia semakin buruk.”
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian terbaru ini berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya ataupun dakwaan Balasubramaniam bahawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, mahu beliau meninggalkan negara berikutan pendedahannya yang menggemparkan negara pada akuan bersumpah pertamanya.
Cheah berkata perhimpunan itu hanya sebagai satu “ilusi” kepada masyarakat asing dan memberi tanggapan salah tentang keadaan politik di Malaysia.
“Jika Pakatan rasa Suruhanjaya Pilihan Raya di negara kita tidak adil, jadi bagaimana Pakatan berjaya memenangi kuasa politik di lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008?
“Pakatan mencapai kejayaan terbaik dalam rekodnya dan yang terbaru pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. Semua ini cukup membuktikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adil sama sekali dan tidak memihak dalam menjalankan tugas mereka, kata Cheah dalam kenyataan media hari ini.
Oleh itu, katanya, perhimpunan yang dianjurkan itu satu “ lawak bodoh besar yang langsung tidak mempunyai makna”.
Pergerakan Bersih 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.
- Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
- Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
- Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
- Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
- Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
- Tempoh kempen minimum 21 hari
- ebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
- Menghapuskan rasuah pilihan raya
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tuduhan membeli undi menjadi lebih ketara tetapi jumlah mereka yang didakwa adalah segelintir saja.
Pada lewat petang semalam, satu notis telah dihantar ke bendahari PKR William Leong untuk menyatakan seseorang telah berjaya dalam permohonannya kepada mahkamah untuk menghalang bangunan itu daripada dilelongkan.
Namun, tidak ada sesiapa yang mengetahui siapa yang membuat permohonan itu.
“Ia bukan dibuat oleh kami. Besar kemungkinan orang itu pemilik bangunan ataupun seseorang yang bertindak bagi pihak pemilik bangunan,” kata Leong ketika dihubungi.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata boleh melihat dokumen dari mahkamah itu dan juga tidak mempunyai butir-butirnya.
Leong, yang juga seorang peguam berkata tidak semestinya hanya “pihak yang berkepentingan sahaja” yang boleh memohon injuksi seumpama itu.
“Tetapi ini juga tidak bermakna sesiapa pun layak untuk memohon injunksi.
“Mahkamah terbuka kepada semua pihak yang boleh memberikan penjelasan mereka bagi berbuat demikian,” katanya.
Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square Tropicana di Petaling Jaya yang disewakan akan dilelongkan kerana pemilik premis itu gagal menjelaskan pinjaman banknya.Sementara itu, Bernama melaporkan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata bank tidak dapat meneruskan proses melelong dua unit bangunan lima tingkat selepas injunksi itu diserahkan kepada mereka.
"Dengan injunksi ini, saya dimaklumkan bahawa lelongan itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Kami tidak tahu identiti pihak yang berjaya memperoleh injunksi itu. Apa yang pasti, ia bukanlah daripada kami (PKR)," katanya.
Sebelum ini, bank terbabit mengeluarkan notis lelongan selepas pemilik premis gagal membayar ansuran pinjaman selama lebih 30 bulan.
PKR ketika ini menyewa bangunan lima tingkat itu dengan sewa bulanan antara RM10,000 dan RM20,000 dengan tempoh pajakan enam tahun, yang masih berbaki tiga tahun.
Bangunan itu pada mulanya dijadual dilelong di pejabat pelelong berkenaan di Brickfields pada 2.30 petang ini.
Menurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.
“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.
"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.
"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.
Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.
“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim.
Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).
Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.
“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.
"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya,” katanya.
Permohonan itu dibuat kerana bimbang David ditahan pihak berkuasa setelah identitinya terdedah setelah cinta terhalangnya dilaporkan media semalam.
Apatah lagi, Nurul Izzah mendakwa sudah wujud kes tangkapan ke atas pelarian walaupun mereka memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pelarian Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR).
"Memandangkan ada berlakunya tangkapan ke atas pelarian-pelarian di Malaysia walau mereka memegang kad UNCHR, saya amat khuatir akan keselamatan David Sing kerana pengakuan beliau untuk mengahwini seorang seorang warga negara Malaysia mungkin menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas beliau.
"Saya dengan ini memohon agar pihak Suhakam dapat membantu untuk menjamin keselamatan dan hak asasi David Sing tidak tergugat," surat itu dipetik.
Robot yang terpantas di dunia dalam menyelesaikan Kiub Rubik telah berjaya dibangunkan oleh para pelajar di Universiti Teknologi Swinburne.
Robot itu, yang diberi nama Ruby, dapat menyelesaikan masalah percaturan warna itu dalam masa hanya sedikit melebihi 10 saat, termasuk masa yang diambil untuk mengimbas status permulaan kiub itu.
Ia dibina dari peringkat awal oleh enam orang pelajar sebagai projek tahun akhir mereka bagi mendapatkan ijazah berganda di dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan (Robotik dan Mekatronik) dan Sarjana Muda Sains (Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian).
"Ruby berfungsi dengan mengimbas setiap permukaan sesebuah kiub menerusi satu kamera web. Ia kemudian menggunakan sebuah perisian algoritma untuk merumuskan suatu penyelesaian yang disalurkan kepada robot yang berkelajuan tinggi itu menerusi satu sistem kawalan tertanam secara tepat masa," kata Professor Chris Pilgrim, Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
"Gabungan kepakaran para pelajar itu di dalam bidang robotik dan kejuruteraan perisian telah membolehkan mereka untuk membina sebuah robot yang mempunyai sistem pengesanan penglihatan komputer yang pantas yang berupaya melakukan pergerakan yang sangat bertepatan.”
Pasukan itu terdiri daripada pakar komputer yang kembar seiras David dan Richard Bain, Daniel Purvis, Jarrod Boyes, Miriam Parkinson dan Jonathan Goldwasser.
Mereka telah mengemukakan permohonan agar kemahiran Ruby di dalam menyelesaikan Kiub Rubik itu diiktiraf oleh Guinness World Records. Rekod dunia bagi manusia pada masa ini untuk Kiub Rubik berukuran 3×3×3 dipegang oleh Feliks Zemdegs yang mempunyai catatan masa terbaik 6.24 saat yang dilakukan pada Terbuka Kubaroo pada 2011.
Setakat Oktober 2010, robot yang paling pantas dapat menyelesaikan Kiub Rubik, yang diberi nama Cubinator, berupaya melengkapkan percaturan warna Kiub Rubik itu dalam masa 18.2 saat.
Robot itu akan mempamerkan aksinya pada Hari Terbuka Swinburne pada 21 Ogos ini.
- Bernama
Beliau berkata pereka dan penggerak dalam perniagaan ini mestilah menganggap pelanggan sebagai komponen paling penting baginya kerana pelanggan hari ini mempunyai citarasa global, sangat pentingkan trend dan juga kualiti.
“Sentiasa ingat bahawa fesyen hari ini melangkaui sempadan malahan dalam mengekalkan rona etnik atau budaya,” beliau berkata pada Festival Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana, Rabu.
Untuk mampu berbuat demikian, pereka fesyen mestilah peka dengan trend fesyen terkini dari ibu negara fesyen yang terkenal di dunia.
Jika bercakap mengenai aspek perniagaan dalam industri fesyen, tanpa ragu-ragu bahawa fesyen Islam cepat berkembang sebagai perniagaan yang menguntungkan yang pasarannya kini bernilai lebih US$96 bilion setahun.
Rosmah, penaung IFF berkata dalam sebarang bentuk, fesyen adalah satu pasaran yang besar yang harus diterokai dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
“Berlainan dengan pandangan umum bahawa fesyen dan Islam adalah tidak selari, saya ingin mengulangi bahawa pakaian Islam khas untuk wanita masih boleh menjadi fesyen yang kontemporari dan bergaya dalam memenuhi ciri-ciri pakaian Islam termasuk kesederhaan,” kata beliau.
Beliau berharap bahawa IFF akan melenyapkan tanggapan bahawa wanita Muslim tidak boleh bergaya tetapi fesyen Islam mempunyai gaya tersendiri dan semakin menarik perhatian ramai.
Menegaskan bahawa fesyen Islam kini dianggap satu nafas baru dalam budaya global, katanya tidak menghairankan bahawa jenama dan pereka terkenal dan butik mewah dilaporkan bersaing untuk mereka dan mengeluarkan koleksi fesyen Islam.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa IFF akan terus menyediakan landasan untuk pereka-pereka melancarkan fesyen Islam agar mereka mampu bersaing di pasaran fesyen dengan pereka-pereka antarabangsa yang terkenal di dunia,” kata beliau.
Antara yang hadir pada majlis ini adalah Ketua Pengarah Presiden Pertama Kazakhstan, Dariga Nursultanovna Nazarbayeva, Mienteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Buruh dan Perlindungan Sosial Kazakhstan Gulshara Nurshaevna Abdykalikova.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan