Rabu, 29 Jun 2011

MANUSIA LUPA MATI....SIBUK BODEK MANUSIA...BUKAN TAAT PADA ALLAH...MALANGLAH BODEK MANUSIA..JIKA MANUSIA ITU PUN TAK MENJAMIN MASUK SYURGA......


"KiTa AdAlaH kHaLiFaH yAnG DIuTuSkaN hAnYa UnTuk SeMeNtArA,DaN PaStI aKaN DiJeMpUt PuLaNg Ke NeGeRi YaNg KeKal AbAdi BuAt sElAmA lAmAnYa"

Wardina belum tahu status kontrak dengan TV3
Salhan K Ahmad
Jun 29, 11
7:43pm

Personaliti televisyen popular Wardina Safiyyah berkata beliau setakat ini masih belum mengetahui status kontraknya dengan stesen TV3 berhubung isu melibatkan kehadirannya di satu program anjuran PKR pada 26 Jun lalu.

"Saya masih belum bercakap lagi dengan mereka berhubung perkara itu," kata pengacara bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Difahamkan, Wardina setakat ini tidak menghadapi masalah berhubung status kontrak berkenaan walau timbul persoalan mengenai sikapnya yang kini didakwa berani menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Persoalan itu dimuatkan dalam beberapa laman blog pro-BN, antaranya melalui anwaraidc.com dalam tulisan bertajuk 'Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Anwar.'

Tulisan yang disiarkan pada Isnin itu antara lainnya menyebut, Wardina sebelum ini telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Beliau turut ditanya mengapakah sesetengah pihak mempertikai kehadirannya di program berkenaan, semata-mata kerana beliau berkhidmat dengan stesen milik kumpulan Media Prima itu.

Dengan pantas Wardina menjawab, itulah juga soalan yang ingin dikemukakannya.

"Saya sebelum ini pernah berjumpa (menteri besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka (penulis blog) timbulkan isu besar juga mengenai itu. Tapi kemudiannya (isu berkenaan) surut.

"Mereka faham tujuan saya berada di sana (berjumpa Nik Abdul Aziz), tiada cakap-cakap politik (berlaku)," katanya yang berharap isu yang kini panas diperkatakan itu akan kembali sejuk.

Wardina yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang apolitikal berkata, beliau turut menjadi sasaran mudah untuk dilabelkan sebagai pro-Pakatan kerana secara umumnya masyarakat Malaysia amat suka meletakkan label kepada seseorang.

"Kita juga menekan mereka jika mereka tidak bersetuju dengan kita, tapi semua orang ada hak untuk hidup di negara ini.

"Saya cuma ingin menghulurkan tangan dan menghubungkan jurang ini. Ianya OK jika kita ada perbezaan pendapat, ianya satu perkara yang baik.

"Tapi ianya menjadi isu yang sangat serius, dengan menakutkan mereka, tidak membenarkan mereka bercakap dengan orang lain, ramai rakyat yang akan ketinggalan," katanya lagi yang turut meminta maaf sekiranya kehadirannya di majlis berkenaan menimbulkan kekeliruan kepada stesen TV berkenaan.

Dalam satu sidang media pagi ini, Wardina dilaporkan berkata beliau tidak mengatahui bahawa program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya itu adalah anjuran PKR.


Anwar: Dakwaan komunis, Kristian mahu alih perhatian
Regina Lee
Jun 29, 11
3:51pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan penentang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kononnya gabungan itu dikendalikan oleh komunis dan Kristian.

NONEMenyifatkan dakwaan sebagai satu "tindakan untuk mengalih
pandangan", ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata ia hanyalah taktik untuk mengalih tumpuan daripada "isu utama", iaitu tuntutan pilihan raya yang bersih dan kebebasan untuk berhimpun secara aman.

Katanya, mereka melabelkan orang sebagai komunis dan menentang Yang di-Pertuan Agong.

"Ini semua nak alih pandangan," kata Anwar sambil menambah bahawa sekarang mereka mengatakan Kristian turut campur dan membiayai perhimpunan.

Anwar memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri perbincangan ekonomi di Klang pagi ini.

NONETiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) aktivis ditahan Sabtu lalu atas dakwaan memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Polis mendakwa mereka cuba menghidupkan semula komunisme
selepas menmui risalah dengan nama orang yang didakwa ada kaitan dengan Parti Komunis Malaya yang diharamkan.

Mereka ditahan semasa menaiki bas di plaza tol Sungai Dua, Pulau Pinang dan kini ditahan reman.

  • Aidan Generous · Pengulas Tertinggi · Malaysia
    Gelombang BERSIH semakin kuat merentasi dunia. BN/UMNO dah mula bergoyah dan kehilangan idea... Bangunlah rakyat Malaysia menumbangkan rejim kejam UMNO.
    • Juan Montoya · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      puak2 umngok BN skang tngah pecah kepala mmikirkan
      mcam mane nak halang BERSIH.....
      Polis plak dah naik benggong jadi pnjilat arahan pmimpin2 umngok
      Utusan secara konsisten meloyakan rakyat tuk mmbaca nye
      tv3 suku dah smakin mngila kesukuan nye
      SPR trus mnjadi bisu pekak dan buta dlam isu ni
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Pihak krajaan, timer la hakikat yg rakyat dah bangkit! Mereka bangkit bukan sj dlm negara, tapi juga diluar negara. Saya nak tanya awk skrg, cik krajaan, apa awk nak lakukan? Awk nak halang kebebasan bersuara rakyat, nak halang demokrasi tulen diMalaysia? Apakah itu yg sedang awk fikirkan dan dok buat? Saya cuma dpt kata, apa yg awk sedang lakukan skrg ni sedang mempercepatkan tamatnya talian hayat awk. Org yg bijak akan melayan tuntutan rakyat, krn disbbkan rakyat la mereka jadi pemerintah, dan disbbkan rakyat juga mereka akan hilang tampuk pemerintahan!!

PKR jangka darurat diguna halang himpunan BERSIH
Salhan K Ahmad
Jun 29, 11
1:09pm

PKR Selangor menjangka kerajaan mungkin menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Ketua penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata PKR Selangor menjangkakan demikian memandangkan tindakan yang ditunjukkan pihak berkuasa kini "ke arah itu."

NONE"Darurat mungkin diisytiharkan, kita tidak tahu. Kita jangka mungkin sampai ke peringkat itu sebab pakai baju kuning pun tak boleh.

"Untuk padamkan kebangkitan rakyat ini, kita jangka mereka akan guna apa saja termasuk perintah darurat dan guna kuasa (mengikut undang-undang) ISA," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, keadaan itu juga diramal berlaku berdasarkan tindakan polis yang giat menahan pemimpin parti berkenaan.

Naik tren ke Kuala Lumpur

Katanya lagi PKR juga telah menyediakan pelan darurat bagi menghadapi tindakan berkenaan, namun parti berkenaan buat masa ini tetap dengan rancangan asalnya untuk mengerahkan anggotanya.

Tambahnya, PKR Selangor telah menyediakan pelan laluan kepada 70,000 penyokongnya di sekitar Selangor dan Lembah Kelang untuk membolehkan mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

bersih rally 271207 05Anggota berkenaan telah diarahkan supaya hadir dalam perhimpunan berkenaan, kata Shuhaimi lagi.

Kumpulan penyokong berkenaan akan dibahagikan mengikut lima zon laluan bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan tren ke Kuala Lumpur.

Tambahnya, PKR Selangor juga menyediakan tempat tinggal untuk membolehkan penyokong berkenaan bermalam di Kuala Lumpur.

Bantuan guaman

"Kita sediakan rumah untuk dikongsi, untuk keperluan asas mandi, bilik air dan untuk tidur sedikit. Senarai tempat tinggal ini akan disiarkan di lamanweb PKR Selangor," katanya lagi yang menggalakkan penyokong berkenaan supaya hadir dua hari lebih awal.

NONEKetika ditanya, Shuhaimi berkata penyokong berkenaan juga akan mendapat bantuan guaman daripada sekurang-kurangnya 350 orang peguam yang berdaftar dengan PAS Selangor sekiranya ditahan pihak berkuasa.

"PAS Selangor akan bantu dengan nasihat guaman kalau berlaku tangkapan dan kita juga akan sediakan nombor telefon peguam kalau berlaku tangkapan sebelum atau semasa perhimpunan.

"Kalau tak cukup lagi, rata-rata pemimpin (PKR) juga terdiri daripada peguam," katanya yang menambah, nombor telefon berkenaan juga akan disiarkan di laman PKR negeri.

Dalam pada itu, ADUN Sri Muda itu turut mempertikai tindakan "berat sebelah" polis menahan individu yang hanya memakai kemeja-T dengan slogan BERSIH.

Shuhaimi juga mendakwa, polis bagaimanapun tidak menyiasat tindakan pihak tertentu yang mengedar cakera video lucah di program Jelajah Selangor Tawan Malaysia anjuran PKR.

"Saya buat laporan polis tapi tidak disiasat, tapi pemimpin yang menyeru supaya pergi ke perhimpunan BERSIH disiasat," katanya lagi, katanya yang menganggap tindakan polis itu sebagai pencabulan ke atas kebebasan bersuara.


Lagi pemimpin, aktivis BERSIH dipanggil
Jun 29, 11 1:58pm

Ahli parlimen Pakatan Rakyat - Teresa Kok dan Mohd Firdaus Jaafar - turut menyertai senarai ahli politik dan aktivis politik yang dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

NONEMenurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan lawal hari ini, Teresa (kiri) - yang juga setiausaha organisasi DAP - dijadualkan memberi keterangan pada jam 3 petang di ibupejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Mohd Firdaus - ahli parlimen PAS Jerai - telah memberi kenyataan kepada polis Petaling Jaya semalam bersama dengan timbalan presiden PKR, Mohd Azmin Ali.

Timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin turut memberi kenyataan pagi ini.

Tindakan keras terhadap gabungan itu, yang menuntut pilihan raya bebas dan adil, menyaksikan 14 orang ditahan - termasuk dua ADUN PKR dan DAP - di Perak pagi ini.

Beberapa jam kemudian, kira-kira 20 anggota polis menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

NONEBeberapa aktivis terkemuka turut dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah; aktivis sosial Hishamuddin Rais; pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty, dijadualkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur petang ini.

    Abun Sui Anyit · SAL, (UITM)
    Wah belum ada apa-apa perhimpunan, dah banyak yang dah disiasat polis. Nampak sangat takut hilang kuasa puak-puak tu... Kalau ginilah gayanya.. memang sangat wajar diganti puak tu dari terus memerintah Malaysia tercinta..HIDUP RAKYAT.
Seniman PAKSI dakwa polis hina Pak Samad
Jimadie Shah Othman
Jun 29, 11
6:38pm

Sekumpulan seniman dan budayawan mendakwa tindakan polis menyiasat Datuk A Samad Said ekoran sokongan terbukanya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai ini adalah satu penghinaan terhadap sasterawan negara itu.

NONEMenamakan diri mereka sebagai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), mereka menyifatkan tindakan polis menyiasat A Samad atas akta hasutan dan akta polis sebagai tidak wajar dan menimbulkan curiga terhadap "manusia sebaik A Samad".

"Maka PAKSI berharap kepada pihak yang berkuasa agar tidak menggunakan kuasa yang ada secara sewenang-wenangnya dalam apa pun keadaan," kata presidennya Che Shamsuddin Othman.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dinsman malah meminta masyarakat umum membaca sendiri puisi A Samad yang dikatakan boleh menghasut dan mengganggu keselamatan itu.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Che Shamsuddin juga menggesa A Samad terus menikmati kebebasan berkarya agar dapat menyumbang sesuatu yang berharga.

NONEDitanya tentang tindakan kebanyakan seniman yang masih berdiam diri, Che Shamsuddin berkata beliau kesal dengan tindakan itu.

"Saya kesal, mereka membiarkan Pak Samad begitu sahaja," katanya yang juga dramatis terkenal.

Bagi A Samad sendiri, beliau menyifatkan golongan itu sebagai "menjaga periuk nasi sendiri."

Manakala setiausaha PAKSI, Hasni Abas pula membidas tindakan polis yang didakwanya bertanyakan jumlah bayaran yang diterima A Samad ketika membacakan puisi di majlis pelancaran BERSIH baru-baru ini.

"Mereka tanya berapa Pak Samad dibayar kerana membaca sajak. Ini satu penghinaan," katanya.


Petronas bayar Pusat, kerajaan negeri RM594.6b
Jun 29, 11 6:07pm

Datuk Seri Najib Razak berkata, Petronas telah membuat pembayaran RM594.6 bilion kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dalam bentuk dividen, cukai, duti eksport dan perolehan petroleum semenjak penubuhannya sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata, RM65.7 bilion adalah pembayaran bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun ini.

Sehingga Jun 2011 pula, Najib berkata, jumlah sumbangan Petronas kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) adalah sebanyak RM3.0 bilion dan dilaburkan di dalam pelbagai instrumen kewangan.

"Dana ini adalah aktif dan saiz dana KWAN kini berjumlah RM5.43 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat hari ini.

Nurul Izzah ingin tahu mengenai jumlah sumbangan Petronas kepada KWAN dan kesediaan kerajaan menetapkan 30 peratus keuntungan tahunan Petronas ke dalam sebuah tabung pendidikan kebangsaan untuk pemberian biasiswa.

- Bernama
Ahli PAS selamatkan penyokong PSM
Susan Loone
Jun 29, 11
8:56am

Kira-kura 40 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang 'berkhemah' di luar balai polis Kepala Batas malam semalam diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi mendakwa diri mereka sebagai penduduk kampung di sekitar kawasan itu.

NONEPenyokong parti PSM itu termasuk ahli keluarga mangsa yang ditahan reman selama tujuh hari atas dakwaan cuba mencetuskan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka berkumpul seawal jam 11.30 pagi semalam tetapi dinafikan hak untuk melawat oleh polis.

Antara yang ditangkap itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis lain.

Semua mereka dicekup di pondok tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang Ahad lalu bagi menghadiri sebuah majlios yang bertema "Udahlah...Bersaralah" yang dianjurkan parti itu.

Mereka dikenakan perintah tahan reman sehingga 2 Julai ini tetapi peguam tahanan itu cuba membuat semakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini pada jam 2.30 petang.

“Penduduk kampung” yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu muncul pada jam 9 malam dan menuntut penyokong PSM supaya segera meninggalkan kawasan itu kerana tidak mahu melihat sebarang 'huru-hara'.

Kumpulan itu menafikan mereka terbabit dengan sebarang parti politik tetapi enggan mendedahkan siapa pemimpin mereka.

Mereka datang dengan menaiki kereta dan motorsikal tetapi berjaya disuraikan oleh kira-kira 50 anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.

NONEPada satu ketika, apabial ketegangan memuncak, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu V Selvam terpaksa mendapatkan perlindungan daripada polis.

Selvam kemudiannya mempersalahkan polis kerana 'memaksa' kumpulan PSM itu berkumpul secara tidak sah.

"Mereka tidak benarkan kita masuk balai polis dan minta kita tunggu di jalan raya di luar balai,” katanya kepada Malaysiakini.

"Ada kawasan letak kereta yang luas di luar balai polis tetapi mereka juga tidak benarkan kita tunggu di sana, jadi kita terpaksa berkumpul di tepi jalan,” katanya.

Arutchelvan pula mendakwa kumpulan penunjuk perasaan itu cuba menghasut penyokong partinya supaya bergaduh.

Dakwanya penganjur penunjuk perasaan besar kemungkinan mahu melihat pergaduhan tercetus.

NONE"Kita tidak mahu diheret dengan isu lain sebab itu kita berundur,” katanya sambil menambah perkara itu akan diadukan kepada ketua polis Pulau Pinang hari ini.

Keluarga mangsa tahanan kemudiannya diiringi oleh beberapa anggota PAS yang membawa mereka ke kampung tersebut untuk bermalam dan dilindungi daripada kumpulan penunjuk perasaan itu.

Sementara itu, seorang anggota PAS dari Kepala Batas Abu Muaz (kiri) berkata beliau mengenal-pasti penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno kerana mereka tinggal di kawasan yang sama.

'BERSIH 2.0 Australia' tak hirau amaran kerajaan
Jun 29, 11 10:18am

Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demkian.

bersih rally 271207 02Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Maverick itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.

Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.

bersih rally in london 131107 defiance“Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.

“Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik,” kata Maverick.

Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.

NONEMenurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.

“Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini.

“Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini,” katanya lagi.

12 petikan anti-BERSIH - versi Bernama
Jun 29, 11 12:19pm

Rancangan pihak tertentu untuk terus mengadakan perhimpunan pada 9 Julai di ibu negara walaupun tanpa permit menimbulkan pelbagai reaksi umum yang bimbang terhadap implikasi buruk daripada perhimpunan itu.

Lebih membimbangkan lagi jika ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan daripada perhimpunan itu untuk kepentingan tertentu.

najib tun razak may 2011Berikut antara petikan pendapat umum mengenai rancangan mengadakan perhimpunan haram tersebut:

"Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.

"Tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada BN." - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

"Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.

NONE"Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini." - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kanan)


"Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan 9 Julai ini.

"Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu." - Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman


"Bersih dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan.

suaram human rights award 091208 rs thanenthiran"Sememangnya pilihan raya di Malaysia adalah dijalankan dengan adil dan saksama dan buktinya ialah bilangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada pihak pembangkang ketika ini." - Presiden Parti Makkal Sakti Datuk RS Thanenthiran (kiri)


"Perhimpunan ini hanya akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pemandu teksi yang antara mereka merupakan anggota persatuan itu.- Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego


"Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang selama ini menyerlah di mata dunia.

"Apa perlu adanya demonstrasi? Kita faham kalau dah ramai berdemonstrasi, pastinya keadaan tidak akan aman apatah lagi bila berlaku pertembungan dua kumpulan. Yang menjadi mangsa ialah rakyat."- Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) Syed Anuar Syed Mohamad


NONE"Budaya demonstrasi yang berlaku di beberapa negara lain harus dijadikan iktibar bahawa ia boleh menjejaskan keselamatan, keamanan dan ekonomi sesebuah negara." - Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee

"Kalau nak lakukan sesuatu, kita juga perlu fikirkan kepentingan rakyat. Dengan adanya perhimpunan itu nanti, ia akan mengundang kesesakan lalu lintas dan menjejaskan rutin harian serta pendapatan rakyat seperti peniaga kecil dan pemandu teksi." - Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay


"Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara dan menyarankan kepada polis agar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap perancang perhimpunan." - Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman

bersih rally 271207 05"Perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam." - Pemandu teksi, Samad Ismail, 43


"Perhimpunan ini perlu dibatalkan kerana bukan sahaja ia menjejas pendapatan peniaga tetapi turut mengancam keselamatan" - Pemilik kedai tas tangan dan perhiasan wanita, Rosyna Alias, 48


bersih rally 271207 02"Jika berlaku perhimpunan, ia mengganggu rutin harian wanita hingga mengakibatkan mereka takut untuk keluar dan terpaksa tinggal di rumah supaya tidak terdedah kepada bahaya.

"Waktu hujung minggu adalah waktu beriadah tapi apabila berlaku perhimpunan haram seperti ini kita terpaksa terperuk dan berkurung di rumah." - Pekerja swasta Muliana Mohamad, 26

- Bernama

PSM dakwa tahanan wanita dikasari di lokap
Susan Loone
Jun 29, 11
10:33am
Kongsi 43
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa beberapa anggota wanitanya yang ditahan di lokap polis Kepala Batas sejak Ahad lalu dikasari dan diberi layanan buruk serta dinafikan hak melawat oleh keluarga mereka.

NONEAhli Jawatankuasa Pusat PSM V Selvam (kiri) berkata beliau menerima aduan daripada 14 tahanan wanita bahawa keadaan di penjara semasa tahanan reman mereka yang dijangka berterusan hingga 2 Julai ini adalah sebegitu buruk.

Selvam mendakwa seorang daripada tahanan itu juga 'ditolak dan diludah' manakala seorang lagi yang dikenali sebagai G Pakialetchumy mendakwa dia disepak pada bahagian kakinya.

Katanya, seorang tahanan lagi P Jody yang meminta air minuman tetapi diberitahu supaya minum air daripada mangkuk tandas di lokap itu.

"Seorang tahanan meminta air minuman untuk menelan pil sakit kencing manisnya tetapi secara sengaja diberikan air sirap,” katanya kepada Malaysiakini di Kepala Batas, lewat malam semalam.

"Apabila wanita berkenaan dirah menukar pakaian mereka kepada pakaian lokap, anggota polis lelaki memerhatikan mereka,” katanya.

Tahanan lain termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 13 aktivis lain yang dicekup polis di tol Sungai Dua pada Ahad lalu ketika kumpulan itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Eloklah saman polis naik mahkamah.
    Polis memang tidak mempunyai hak untuk mendera , memukul , atau menyeksa hak seseorang individu. kerja Polis haruslah ikut SOP, kalau polis tidak mengikut sop , saman polis. jangan bagi peluang.
    • Ridzuan Wan · Bekerja di Peniaga
      saman jangan tak saman.......setahu saya lokap polis bukan nya hotel 5 star yang siap penyambut tetamu yang ramah tetapi menempatkan orang yang disyaki membuat kesalahan


Anwar jangka ramai lagi pemimpin BERSIH ditangkap
Joseph Sipalan
Jun 28, 11
6:28pm

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan lebih ramai pemimpin BERSIH 2.0 akan ditangkap sebelum perhimpunan itu pada 9 Julai ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) atau undang-undang lain bagi menahan pemimpin BERSIH bagi melindung kedudukan dan kepentingan Umno-BN.

"Pemimpin yang korup dan zalim ini akan mengunakan apa sahaja alasan bagi mengekalkan pegangan mereka kepada kuasa,” katanya kepada wartawan selepas merakamkan kenyataan kepada polis berhubung perhimpunan itu.


PERKASA: Majlis Peguam 'bastard'
Abdul Rahim Sabri
Jun 28, 11
7:03pm

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mencerca Majlis Peguam yang didakwanya hipokrit dan dwi-standard dalam sesuatu kenyataan.

NONEKatanya kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut "menyokong (pihak) yang menentang kerajaan".

"Majlis Peguam ini tak boleh ikut. Majlis Peguam, pada pandangan saya, adalah bastard (anak haram) punya council (majlis).

"Sebab mereka hipokrit dan double standard. Semua yang Majlis Peguam sokong, (mereka) yang lawan kerajaan, kebanyakkannya.

NONE"Tengok, dia marah, ada ahli PERKASA bakar gambar (pengerusi BERSIH) S Ambiga. Waktu ada penyokong India, atas isu Interlok, gambar Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin dibakar, mana kenyataan daripada Majlis Peguam?

"Jadi dia double standard. Saya tak hormat langsung dekat Majlis Peguam," katanya.

Ibrahim turut dengan mempersoalkan pendirian Majlis Peguam berhubung penyiaran gambar menghina Islam menggambarkan seekor babi berada di atas kaabah atau seekor anjing membaca surah Yassin.

"Apa yang Majlis Peguam buat?" soalnya lagi yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

'Kebebasan bukan cek kosong'

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa tindakan bekas presiden Umno pernah berdemonstrasi sewaktu menentang Malayan Union sebelum merdeka.

NONEDalam sidang media itu juga, Ibrahim turut membidas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam (kanan) yang berkata rakyat mempunyai hak untuk berhimpun seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Dari segi perlembagaan memang benar... Memang dari segi prinsipnya begitu, tetapi ia juga tertakluk dengan undang-undang yang terikat dalam negara kita.

"Ia bukannya cek kosong, yang mana setiap orang boleh berdemonstrasi atas nama kebebasan bersuara... kita ada undang-undang seperti Akta Polis yang perlu dibaca sekali. Kemudian, kita tengok pula isu yang munasabah," katanya.

Katanya, sepatutnya Hasmy mencadangkan supaya perhimpunan diadakan di tempat tertutup seperti di stadium yang disifatkannya sebagai selamat dan tidak mungkin berlakunya huru hara.

"Nak menyampaikan pandangan, tidak semestinya di jalan raya. Boleh buat di stadium, boleh pasang video, dan layar besar (untuk) sampaikan memorandum. Itu juga menyampaikan suara, menyampaikan pandangan," katanya.


Tiada ulasan: