Khamis, 23 Jun 2011

JANGAN SILAP BUAT KENYATAAN...Poligami ibarat ' pikul beban kayu'..MELIBAT RASULLULLAH SAW...BIMBANG MENGHINA RASUL....

PAS kesal ADUN DAP S'wak enggan bersongkok
Jun 22, 11 3:39pm

Dewan Pemuda PAS kesal dengan sikap beberapa ADUN Sarawak dari DAP yang tidak memakai pakaian rasmi untuk majlis perasmian sidang dewan undangan negeri Isnin lalu dengan alasan pemakaian songkok adalah bercirikan Islam.

“Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu sama lain.

NONE“Walaupun perkara ini berlaku di Sarawak, kami amat kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah sokongan rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini.

“Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Harian pada halaman utamanya hari ini memaparkan gambar ketua pembangkang Sarawak Wong Ho Leng yang mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat kerana mendakwa ia bercirikan Islam.

Dalam penerangan gambar itu, menurut akhbar milik Umno tersebut tindakan DAP dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat Sarawak sedangkan empat lagi ADUN PKR dan Bebas memakainya.

Enggan bazir wang rakyat

Sebelum ini, Wong dalam penjelasannya kepada akhbar bahasa Inggeris New Straits Times berkata rasional beliau dan ADUN DAP memilih memakai sut hitam adalah kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.

NONEKatanya, pakaian rasmi lengkap dengan songkok bagi setiap ADUN berharga antara RM2,000 hingga RM4,000.

"Pada sesi dewan yang lalu, speaker memutuskan bahawa tidak wajib bagi memakai pakaian rasmi, asalkan kami memakai sut hitam, jadi kami memutuskan untuk datang seperti apa yang kami lakukan sebelum ini,” kata Wong (kiri) dipetik akhbar itu.

Bagi Raja Ahmad, PAS melihat kegagalan ADUN berkenaan menyarungkan songkok dan berbaju rasmi persidangan adalah kerana gagalnya Umno dan BN dalam mendidik rakyat bagi memahami budaya adat resam orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

“Orang bukan Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsirkan oleh orang bukan Islam.

“Umno sendiri menghalang perlaksanaan hukum Islam dari dilaksanakan dan Umno sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum-hakam Islam sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu. Begitu juga isu songkok yang dianggap sebagai elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya (Umno),” katanya.

Menurut Raja Ahmad, beliau berharap semua lapisan masyarakat dapat bersama dalam menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri seluruh negara yang mana ia telah disepakati bersama sejak dahulu.

Murtad: Silap daftar antara punca kekeliruan
Jimadie Shah Othman
Jun 22, 11
4:12pm
Murtad: Silap daftar antara punca kekeliruan
Jimadie Shah Othman
Jun 22, 11
4:12pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan, kesilapan mendaftarkan status agama oleh Pejabat Pendaftaran antara punca berlakunya kekeliruan dalam isu murtad.

Katanya, terdapat kes di mana terdapat golongan bukan Islam yang mempunyai nama Melayu-Islam membuat permohonan menukar agamanya di Mahkamah Syariah.

NONE"Nama macam Islam-Melayu, macam nama Muhammad. Tetapi bila pergi daftar, Pejabat Pendaftaran terus masukkan agama Islam, sedangkan dia nama Islam tetapi dia bukan (Islam).

"Jadi, (kes) ini dibenarkan mahkamah supaya dibetulkan balik agama dia. Itu antara berapa contoh yang berlaku kekeliruan. Jadi tak timbul (isu) mahkamah meluluskan (murtad)" katanya.

Menurut Jamil Khir (kanan), kes sebegitu biasanya berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jamil Khir diminta menjelaskan jawapannya di parlimen pada 14 Jun lalu bahawa dalam tempoh sepuluh tahun antara 2000 hingga 2010, sebanyak 863 permohonan menukar agama oleh orang Islam dibuat dan sebanyak 168 diluluskan.

(Berdasarkan statistik mengikut negeri, jumlah itu didapati mempunyai kesilapan kiraan. Jumlah sebenar yang memohon sebanyak 686 orang dan 135 diluluskan.)

Jumlah murtad kosong

Bercakap dalam sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, Jamil Khir juga menjelaskan, jawapanya sebenarnya merujuk kepada golongan yang tidak sah keislamannya.

siti fatimah tan abdullah tan ean huangSelain kesilapan pendaftaran, Jamil Khir juga berkata, terdapat kes lain seperti seorang tukang masak Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang (kanan) yang dibenarkan menukar status agamanya kepada Buddha.

Ketika membacakan keputusannya pada 8 Mei 2008, Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang Othman Ibrahim menjelaskan responden (Siti Fatimah) tidak dianggap sebagai Islam dan tidak boleh dianggap murtad kerana proses pengislamannya tidak sah.

Ditanya apakah sebenarnya maksud "lulus" yang dinyatakan dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Jamil Khir berkata:

"Maksud lulus (itu) bukan lulus murtad. Kamu pergi daftar di mahkamah bawah nama (kes) murtad, tetapi dia tak timbul soal murtad sebab Islam dia sendiri tak sah. Daftar saja nama di situ begitu."

Sehubungan itu, menjawab soalan, Jamil Khir menjelaskan dalam tempoh itu, jumlah sebenar yang murtad adalah kosong.
Kongsi 126
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan, kesilapan mendaftarkan status agama oleh Pejabat Pendaftaran antara punca berlakunya kekeliruan dalam isu murtad.

Katanya, terdapat kes di mana terdapat golongan bukan Islam yang mempunyai nama Melayu-Islam membuat permohonan menukar agamanya di Mahkamah Syariah.

NONE"Nama macam Islam-Melayu, macam nama Muhammad. Tetapi bila pergi daftar, Pejabat Pendaftaran terus masukkan agama Islam, sedangkan dia nama Islam tetapi dia bukan (Islam).

"Jadi, (kes) ini dibenarkan mahkamah supaya dibetulkan balik agama dia. Itu antara berapa contoh yang berlaku kekeliruan. Jadi tak timbul (isu) mahkamah meluluskan (murtad)" katanya.

Menurut Jamil Khir (kanan), kes sebegitu biasanya berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jamil Khir diminta menjelaskan jawapannya di parlimen pada 14 Jun lalu bahawa dalam tempoh sepuluh tahun antara 2000 hingga 2010, sebanyak 863 permohonan menukar agama oleh orang Islam dibuat dan sebanyak 168 diluluskan.

(Berdasarkan statistik mengikut negeri, jumlah itu didapati mempunyai kesilapan kiraan. Jumlah sebenar yang memohon sebanyak 686 orang dan 135 diluluskan.)

Jumlah murtad kosong

Bercakap dalam sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, Jamil Khir juga menjelaskan, jawapanya sebenarnya merujuk kepada golongan yang tidak sah keislamannya.

siti fatimah tan abdullah tan ean huangSelain kesilapan pendaftaran, Jamil Khir juga berkata, terdapat kes lain seperti seorang tukang masak Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang (kanan) yang dibenarkan menukar status agamanya kepada Buddha.

Ketika membacakan keputusannya pada 8 Mei 2008, Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang Othman Ibrahim menjelaskan responden (Siti Fatimah) tidak dianggap sebagai Islam dan tidak boleh dianggap murtad kerana proses pengislamannya tidak sah.

Ditanya apakah sebenarnya maksud "lulus" yang dinyatakan dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Jamil Khir berkata:

"Maksud lulus (itu) bukan lulus murtad. Kamu pergi daftar di mahkamah bawah nama (kes) murtad, tetapi dia tak timbul soal murtad sebab Islam dia sendiri tak sah. Daftar saja nama di situ begitu."

Sehubungan itu, menjawab soalan, Jamil Khir menjelaskan dalam tempoh itu, jumlah sebenar yang murtad adalah kosong.

Video seks: Trio 'Datuk T' akan didakwa Jumaat ini
Hafiz Yatim
Jun 22, 11
1:45pm

Semua tiga anggota kumpulan trio 'Datuk T' akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

NONEDalam kiriman SMSnya, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah
(kiri) berkata dia diminta hadir di mahkamah tersebut pada jam 8 pagi Jumaat.

SMS itu berbunyi: Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 June 2011. Harap maklum

Dua lagi anggota trio 'Datuk T' - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Mereka telah mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

Jamil Bin Ismail · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Biar ornag kata aku gila, biar orang kata aku tak beriman. tapi kalau betul mereka bertiga ini di kenakan hukuman setimpal seeprti orang biasa aku akan telanjang di tengah tengah traffik light bukit bintang. ini janji aku.
Mohd Hairil Mohd Salleh · Pengulas Tertinggi · Smk tengku kudin
Jam brape nak "telanjang" tu bro???
Kalau bole lewat-lewat malam la ek....
Bukan ape, byk plak eksiden kenderaan nant...

BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jun 22, 11
2:37pm

Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

NONESesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.

Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.

NONEJika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya.

Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

Perkara haram

Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk.

Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

bersih rally 271207 05Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.

Hak rakyat

Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

bersih rally 271207 01Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan.

Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

NONEPara peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan.

Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan.

Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.


ULASAN ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.


Anwar tak yakin hasil tuduhan terhadap 'Datuk T'
S Pathmawathy
Jun 22, 11
5:46pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin sesuatu akan berhasil daripada tuduhan terhadap Trio Datuk T berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, walaupun beliau telahpun menafikannya.

Ketua pembangkang itu mendakwa, berasaskan kepada rekod prestasi peguam negara, mereka akan dikenakan tuduhan paling minima untuk menyenangkan hati pihak (Umno), sepertimana dengan tuduhan bermotifkan politik yang lain, kecuali bila ia membabitkan pemimpin pembangkang.azlanAhli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata hari ini bahawa ketiga-tiga mereka akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

“Saya tidak tahu, (saya) tidak mendengar, kes-kes seperti ini ditangguhkan (untuk) banyak bulan, (ia) akan membangkitkan banyak persoalan,” tegas Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pada 21 March lalu, satu video seks ditayangkan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur, untuk editor dan wartawan.

Eskay, serta bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mengakui bahawa mereka di sebalik tayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara.

Walaupun lelaki dalam video dikatakan mirip Anwar, tetapi beliau telah menafikan sebarang penglibatan dan telah membuat laporan polis.

Penganjur himpunan 9 Julai dipanggil ke Bkt Aman
S Pathmawathy
Jun 22, 11
1:25pm

Tiga kumpulan yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, telah dipanggil ke ibupejabat polis di Bukit Aman hari ini,
kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata wakil kumpulan berkenaan dipanggil kerana mereka mahu
mengadakan aktiviti mereka tanpa permit polis.

Tiga kumpulan tersebut ialah BERISH 2.0, PERKASA dan Pemuda Umno.

Katanya, mereka dipanggil kerana walaupun pihak polis mengatakan permit tidak akan dikeluarkan tetapi kenyataan PERKASA, Pemuda

Umno dan BERSIH membayangkan mereka mahu meneruskan juga dengan perhimpunan masing-masing.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan memberikan butiran mengenai apa yang akan berlaku bila wakil kumpulan tersebut sampai di Bukit
Aman.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, ketika dihubungi, berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut.


PAC diminta siasat untung 1MDB yang mencurigakan
Jun 22, 11 6:21pm

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) bagi menyiasat transaksi dan pendapatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa mencurigakan.

NONEAnwar berkata beliau telah menyampaikan permintaannya kepada PAC menerusi sepucuk surat menjelaskan perkara itu yang ditimbulkan dalam laporan audit oleh firma antarabangsa KPMG.

Antara lain, katanya, PAC mesti menyiasat sama ada 1MDB mengeluarkan bon yang disokong oleh kerajaan untuk membiayai pelaburan RM3.5 bilion dalam 1MDB PetroSaudi Ltd.

Menurut Anwar PAC juga harus menyiasat keputusan 1MDB untuk mempelbagaikan pelaburannya dalam saham 1MDB PetroSaudi Ltd dalam tempoh hanya lima bulan dengan hanya modal RM4.1 bilion dan membawa pulangan keuntungan RM615 juta.

“Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6 peratus atau 42 peratus berdasarkan kadar pulangan tahunan. Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah,” katanya.

Menurut Anwar PAC perlu menyiasat segera kerana 1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan. NONE“Difahamkan bon sehingga RM15 bilion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta,” katanya.

Selain itu, siasatan perlu disegerakan kata Anwar kerana 1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan.

“Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur.

“Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan di ibukota ini,” katanya.

Poligami ibarat ' pikul beban kayu'
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 22, 11
6:11pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilihat mengelak memberikan jawapan pasti sama ada menyokong atau menolak cadangan kerajaan Kelantan memberi insentif khas kepada suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Bagaimanapun, beliau dilihat menyatakan sikap tidak senangnya aktiviti tersebut kerana perkara itu diibaratkan seolah-olah "memikul beban kayu".

NONE"Salih Yaccob itu lain, sebab namanya dah soleh," selorohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 100 hadirin yang hadir menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh sepuluh syarikat besar di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Semalam, exco kerajaan Kelantan Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan daripada diketahui isteri dan anggota keluarga lain.

Katanya, kalau ada pihak yang berpoligami seperti pelawak terkenal Salih Yaccob yang beristeri empat bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

Jamil Khir juga terus berseloroh dengan tidak mahu menjawab pertanyaan wartawan kepadanya pagi tadi kerana menganggap soalan tersebut sekadar picisan.

"Saya tidak mahu menjawab sebab soalan itu hanyalah sekadar picisan," katanya.

azlanBeliau turut menjelaskan pelbagai persepsi masyarakat sekarang yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran berhubung keharusan berpoligami.

"Ada seorang datang ke pajabat agama menyatakan dia telah berkahwin sepuluh, kerana dia telah menambahkan atau mendarabkan bilangan angka yang terkandung dalam surah itu," katanya.

Beliau juga memetik Surah an-Nisa yang menyebut supaya berkahwinlah dua, tiga atau empat dan sekiranya tidak mampu cukuplah dengan seorang isteri.


Elaun 18 pengerusi, SU JKKKP didakwa dihentikan
Jun 22, 11 3:21pm

Seramai 18 pengerusi dan setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Pokok Sena kecewa dengan tindakan ketua Umno bahagian itu yang didakwa menghentikan elaun bulanan mereka tanpa alasan kukuh sejak Januari lalu.

Wakil kumpulan itu M Zani Morad, 61, berkata pemberhentian elaun itu melibatkan pengerusi dan setiausaha pengerusi JKKKP di Kampung Baru, Batu 18 Kampung Bukit, Machang Kudong, Padang, Tok Keling, Batu 3 Jalan Langgar, Mata Air, Taman Seri Kota dan Taman Pertama di Pokok Sena.

Zani, yang merupakan pengerusi JKKKP Kampung Baru sejak 2009, memberitahu pemberita bahawa elaun mereka dihentikan kononnya kerana mereka tidak menyokong ketua Umno bahagian itu, Datuk Ahmad Lebai Sudin selain kerana ada antara mereka dituduh sebagai pengedar air ketum.

"Tuduhan ini sangat melampau dan langsung tidak berasas," katanya.

Pengerusi JKKKP Batu 18 Kampung Bukit, Ramli Enoi, pula berkata beliau sangat terkilan dengan tindakan terbabit dan berharap pemimpin atasan Umno segera turun padang untuk menyiasat.

"Sudah 51 tahun saya berkhidmat dalam Umno dan dah jadi pengerusi JKKKP lebih 20 tahun, selama ini saya bertugas dan berjuang dengan ikhlas dalam Umno, dan demi kepentingan Umno, pemimpin atas kena turun ke bawah.

"Sekiranya perkara ini tidak diatasi, kita tidak akan dapat menawan semula negeri ini daripada Pas sebab sebelum ni pun kita kalah kerana kita sendiri, bukan sebab parti politik lain," katanya.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berharap JKKKP berkenaan bersabar dan bertenang kerana perkara itu melibatkan banyak pihak dan akan mengambil masa untuk diselesaikan.

"Saya melihat perkara ini sebagai isu teknikal yang boleh diselesaikan," katanya.

Qazaf Anwar: MAIWP didakwa guna wang zakat
Jun 22, 11 4:40pm

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution hari ini mengecam tindakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu.

Beliau yang dipetik TV Selangor, berkata dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

NONE"Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali (kanan) memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah," kata Saifuddin yang juga setiausaha PKR di lobi parlimen.

Bayaran kepada syarikat guaman itu merujuk kepada pengendalian kes Mahkamah Tinggi Syariah dan Wilayah Persekutuan antara Datuk Seri Anwar Ibraim melawan Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes tuntutan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Adzlan.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengemukakan aduan mengenai perkara tersebut.

Anwar memfailkan saman itu berikutan ketiga- tiganya dilihat melengah-lengahkan tuntutan qazaf yang difailkannya.

azlanBeliau terkejut apabila diberitahu bahawa ketua pendakwa syarie memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.

Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas semua pendakwaan dan pelaksanaan undang- undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan: