Selasa, 7 Jun 2011

MILIKI BUKU NI...MUNGKIN PERKARA YANG BOLEH KITA KETAHUI.....

TUHAN UNTUK SEMUA

Alhamdulillah buku bertajuk TUHAN UNTUK SEMUA kary penulis yang pertama berjaya diterbitkan oleh PTS pada pesta buku Antara Bangsa PWTC. Alhamdulillah respon yang cukup baik daripada pembaca tentang kandungan buku ini, penjelasan yang mudah difahami dan menggunakan hujah yang sahih daripada Al-Qur'an dan Hadis serta saintifik.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan muslim yang bergiat aktif dalam usaha menyebarkan islam dan juga bukan Islam yang sedang mengkaji Islam. Buku ini juga sangat baik dihadiahkan kepada saudara-saudara kita yang belum menerima Islam.

Hubuku tersebut dapat ditempah melalui penulis Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 ataupun melalui email cikmu06@yahoo.com serta menghantar mesej ke inbox facebook faisal_achenes@yahoo.com. Harga buku RM12 untuk semananjung termasuk kos penghantaran dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju.

Monday, January 24, 2011

KENAPA PERLU PAKAI BAJU MELAYU SELEPAS MASUK ISLAM?

Islam bukan untuk sesuatu bangsa, Islam adalah agama yang universal. Kaedah berpakaian dalam Islam adalah menutup aurat, adakah baju melayu ataupun baju Cina.

Syarat-syarat menutup aurat dalam Islam

Mengikut Al-Qur'an dan hadis, pada dasarnya terdapat enam syarat-syarat dalam menutup aurat baik lelaki ataupun perempuan. Hanya satu syarat sahaja yang berbeza antara lelaki dan perempuan iaitu

i. Aurat, had tubuh yang perlu ditutup berbeza di antara lelaki dan perempuan. Had yang wajib bagi lelaki ialah menutup bahagian tubuh daripada pusat hingga lutut, bagi wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sampai pergelangan tangan.

Sedangkan syarat-syarat yang lain adalah sama antara lelaki dan perempuan iaitu Lima kriteria lain adalah sama bagi lelaki dan perempuan :
ii. Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan bentuk tubuh
iii.Pakaian tidak jarang/tipis sehingga dapat mendedahka
n bentuk tubuhnya.
iv.Pakaian tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis
v. Pakaian tidak boleh menyerupai pakaian lawan jenis (lelaki tidak menyerupai perempuan dan sebaliknya)
vi. Pakaian tidak menyerupai pakaian orang bukan islam iaitu pakaian menyerupai identiti atau simbol khas agama lain seperti Baju Risyi atau Rahib.

Hijab yang sempurna selain daripada enam syarat-syarat tersebut termasuk juga perilaku moral, budi pekerti, sikap dan niat seseorang individu. Seseorang yang hanya mengamalkan hijab pakaian sahaja maknanya hanya mengamalkan hijab dalam erti kata terhad. Hijab pakaian hendaklah disertai dengan hijab mata. hijab hati, hijab pemikiran dan hijab niat termasuk juga cara seseorang berjalan, bertutur, kelakuannya dan lain-lain lagi.

Islam tidak pernah mewajibkan muslim untuk memakai mana-mana pakaian tempatan termasuk juga pakaian melayu apabila masuk Islam. Tidak ada kelebihan menggunakan baju melayu berbanding baju Cina sekiranya kedua-duanya menutup aurat. Selain itu Islam melarang baju yang mempunyai unsur-unsur penyembahan dan gambar-gambar haiwan seperti naga dan harimau pada baju samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki.

KENAPA MASUK ISLAM PERLU BERSUNAT?

Bukankah Allah menciptakan manusia sebagai makhluk paling sempurna? Kenapa perlu disunat? Bukankah ini membuktikan bahawa manusia diciptkana tidak sempurna?


Ada bahagian yang perlu dibuang bukan bermakna ciptaan Allah tidak sempurna sebagai contoh kita sentiasa memotong kuku dan rambut, adakah ini bermakna Allah menciptakan manusia tidak sempurna? Pembuangan bahagian tersebut untuk memudahkan kita menjaga kebersihan.


Sebelum kita menrangkan tentang kenapa perlu bersunat? Perkara pertama yang perlu kita terangkan bahawa apa itu sunat dan bahagian mana yang dibuang? Kebanyakan bukan Islam tidak faham bahagian mana yang dibuang sehingga sangat takut bersunat. Terangkan kepada mereka bahawa hanya hanya kulit di bahagian hujung zakar sahaja yang dibuang. Gambar di atas menunjukkan cara suant yang salah sebab semua kulit zakat dibuang, hanya dibuang sedikit sahaja bahagian kulit hujung sampai batas lekukan sahaja.
Kebanyakan muslim memberikan maklumat yang tidak lengkap tentang sunat sehingga bukan Islam merasa takut. Bahkan sebahagian muslim sengaja menakut-takutkan mereka dengan mengatakan dipotong semua zakar.


Khatan adalah amalan sunat dalam Islam, ia merupakan amalan nabi-nabi. Rasulullah menerangkan bahawa Nabi Ibrahim juga berkhatan


Rasulullah bersabda: Ibrahim berkatan pada umur 80 tahun, beliau berkahtan pada alqadum (Sahih Bukhari)


Dalam Al-kItab menceritakan bahawa Yesus bersunat.


Selepas umur lapan hari, tibalah masanya untuk ia bersunat, dia dinamakan Yesus (Luke 2;21)


Ayat di atas menjelaskan bahawa Yesus bersunat pada umur lapan hari, ini merupakan amalan bangsa Yahudi seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini.


Setiap lelaki harus sunat, sunat merupakan tanda jasmani yang menunjukkan perjanjian aku dengan Engkau adalah kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat bukan umatku kerana ia tidak berpegang kepada perjanjian (Genesis 17;13-14)


Sungguhpun demikian Rasulullah tidak mewajibkan umatnya untuk melakukan khatan...Namapun sunat jadi diberikan pilihan untuk berkhatan ataupun tidak. Sungguhpun demikian Islam Rasulullah menggalakkan berkhatan kerana kebaikan-kebaikan daripada khatan. Adapun kebaikan daripada khatan adalah


1. Sunat akan memudahkan untuk menjaga kebersihan, bahagian alat sulit adalah bahagian yang paling sensistif dan mudah dijangkiti kuman jika tidak bersih. Permukaan yang ditutupi oleh kulit akan memudahkan bakteri membiak dengan cepat.


2. Zakar yang tidak disunat akan mudah berlaku iritasi kulit apabila zakar menegang sehingga ada sesetengah kes terjadi robekan pada kulit bahagian hujung zakar apabila menegang.


3. Mengikut kajian yang dilakukan di Afrika, lelaki yang bersunat 30% lebih selamat daripada jangkitan virus HIV.


Oleh itu, sekarang ramai lelaki bukan Islam juga bersunat terutama di negara-negara maju kerana isu kebersihan dan kesihatan. Sungguhpun demikian Islam tidka pernah mewajibkan umatnya untuk sunat serta merta. Perlukan masa yang sesuai untuk melakukan khatan sehingga saudara muslim betul-betul telah bersedia.


Antara teknik yang biasa digunakan dalam bersunat adalah membuang kulit menggunakan gunting bedah selepas dibius, menggunakan laser dan Klamp. Laser dan Klamp teknologi terbaru yang dapat mengurangkan rasa sakit dan lebih cepat sembuh. KBagi lelaki yang bekerja dengan syarikat swasta dan susah mendapatkan cuti maka digalakkan untuk menggunakan Klamp kerana lebih selesa bergerak selepas disunat. Selepas bersunatpun boleh terus menggunakan seluar dan bergerak seperti biasa.

Saturday, May 1, 2010

KENAPA UMAT ISLAM MELAKUKAN BOM BERANI MATI?

Islam tidak pernah mengajarkan bom bunuh diri, sebetulnya bom bunuh diri telah bermula sejak perang Vietnam melawan Amerika Serikat. Bom bunuh diri akan dilakukan sekiranya tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan diri oleh orang yang ditindas. Sungguhpun demikian bom bunuh diri lebih popular di kalangan masyarakat Islam sejak akhir-akhir ini, hal ini disebabkan banyak bom bunuh diri dilakukan oleh masyarakat Islam seperti di Palestina, Iraq dan Afganistan serta Cechen.

Sebelum negara-negara tersebut dijajah tidak pernah terdengar bom bunuh diri, tetapi kenapa Islam melakukan bom bunuh diri selepas negara tersebut dijajah? Ada banyak alasan bom bunuh dilakukan di negara tersebut :

1. Rakyat Palestina, Iraq, Afganistan dan Cechen telah ditindas dan dinafikan hak asas sebagai manusia tetapi tidak ada negara-negara yang konon pembela hak asasi manusia yang membela mereka. Oleh itu untuk mempertahankan diri mereka akan melakukaan apasaja untuk menakuti negara-negara penjajah tersebut.

2. Negara penjajah mempunyai persenjataan yang canggih sedangkan negara-negara tersebut tidak mempunyai senjata yang canggih. Hanya bom bunuh diri yang dapat menggerunkan mereka sehingga penindasan sedikit berkurangan.

Sungguhpun demikian bom bunuh diri tidak dibenarkan dilakukan kepada orang awam hanya untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh dan juga untuk membuat musuh gerun sebab Islam tidak membenarkan pembunuhan orang awam sungguhpun dalam peperangan seperti Firman Allah dalam ayat di bawah :

Dan perangilah orang-orang yang memerangi kamu kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah, dan janganlah memulakan peperangan, kerana Allah tidak suka kepada orang-orang yang memulakan peperangan (Al-Baqarah 2;190).

Thursday, April 29, 2010

KENAPA MUHAMMAD BERKAHWIN DENGAN MENANTU?

Benar, Muhammad berkahwin dengan Zaynab Binti Jash bekas isteri kepada Zayed Hereathah Bin Kalby (anak angkat beliau), perkahwinan mereka terkandas di tengah jalan kemudian beliau berkahwin dengan Zaynab Binti Jash selepas menerima wahyu daripada Allah seperti disebutkan dalam ayat berikut :

... Maka ketika Zayed telah menceraikan isterinya, kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk berkahwin dengan isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat tersebut telah menceraikan isterinya (Al-Ahzab 33;37).

Adapaun tujuan perkahwinan tersebut untuk mengajarakan kepada umat bahawa berkahwin dengan bekas isteri daripada anak angkat adalah dibolehkan kerana budaya pada zamn tersebut menganggap anak angkat seperti anak kandung iaitu berhak menerima harta pusaka dan tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri anak angkat. Untuk menghapauskan amalan tersebut maka Muhammad mendapatkan perintah daripada Allah untuk berkahwin dengan bekas isteri anak angkat beliau iaitu Zayed Hareashah bin Qalby.

Wednesday, April 28, 2010

ADAKAH BETUL MUHAMMAD MEMPUNYAI 12 ISTERI?

Nama-nama Isteri Muhammad :
1. Khadijah Binti Khuwailed
2. Saudah Binti Zum'ah
3. Aishah Binti Abu Bakar
4. Hafsah Binti Omar Bin Khattab
5. Zainab Bin Jahsyin
6. Zainab Binti Khuzaimah
7. Hindon Binti Abi Umayah
8. Ramlah Binti Abi Sufian
9. Juwairiyah Binti Al- Harits
10. Maimunah Binti Al-Harith
11. Safiyah Binti Haiyi Bin Ahtab
12. Mariyah AlQibtiyah

Orang bukan Islam menuduh Muhammad gila sex sebab Muhammad mempunyai dua belas isteri. Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa rasulullah tidak gila sex :

1. Muhammad berkahwin dengan Khadijah Binti Khuwailed berumur 40 tahun, perkahwinan beliau secara monogami selama 20 tahun. Selepas kematian Khadijah, beliau menduda selama 2 tahun kemudian baru berkahwin dengan Aishah dan beliau bersama Aishah dua tahun selepas itu. Orang yang gila sex mesti akan kahwin ramai semasa masih muda sebab mempunyai selera dan kemampuan yang tinggi seperti Tiger Wood tetapi beliau tidak berbuat demikian.

2. Daripada dua belas isteri Muhammad hanya seorang sahaja yang masih dara iaitu Aishah Binti Abu Bakar. Orang yang gila sex mesti akan berkahwin dengan perempuan muda dan masih dara seperti dilaporkan National Enquirer pada 25 April 2010 tentang perempuan yang pernah ditiduri oleh Tiger Wood seramai 120 perempuan sedangkan beliau tidak berbuat demikian.

3. Lelaki yang gila sex lebih suka melakukan sex tanpa ikatan perkahwinan "Touch 'N GO" kerana tidak perlukan komitmen hanya perlukan kepuasan tanpa perlu tanggung jawab tetapi beliau tidak berbuat demikian. Beliau mengahwini isteri-isteri beliau kerana banyak faktor iaitu melindungi isteri-isteri sahabat beliau yang mati dalam peperangan, faktor ekonomi dan hubungan kenegaraan. Bahkan isteri beliau ada yang sangat tua iaitu Sawda Binti Zam'a (65) yang tidak ada sesiapa yang dapat menguruskannya sehingga Muhammad mengahwininya untuk keselamatan semata-mata.

KENAPA SEMBELIHAN ISLAM SANGAT KEJAM?

Ramai yang beranggapan bahawa penyembelihan secara Islam adalah sangat kejam. Sekiranya anda faham proses penyembelihan dalam islam maka anda akan faham bahawa penyembelihan secara Islam adalah yang paling lembut. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa bukti di bawah ini :

1. Haiwan yang akan disembelih maka diasingkan daripada haiwan yang lain supaya tidak menyebabkan haiwan lain ketakutan.

2. Sebelum penyembelihan maka pisau harus dipastikan betul-betul tajam supaya penyembelihan berlangsung dalam masa singkat sehingga kesakitan adalah sangat minimal

3. Tidak dibenarkan menampakkan pisau kepada Haiwan sembelihan dengan tujuan menakut-nakuti haiwan sembelihan.

4. Apabila haiwan disembelih maka urat leher yang menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh akan putus maka haiwan akan tegang sehingga kesakitan akan rendah berbanding sembelihan selain Islam.

Berdasarkan hasil kajian haiwan yang disembelih secara Islam lebih sihat berbanding cara bukan islam. Hal ini kerana sembelihan secara Islam akan mengeluarkan darah daripada tubuh haiwan, penyakit banyak disebabkan oleh darah haiwan.

Tiada ulasan: