Rabu, 15 Jun 2011

KITA ADA PEMIMPIN...POLIS...HAKIM DAN MACAM2 JAWATAN TERTINGGI YG BERKUASA...YANG ATAS.. 'MAHA BOS' ADALAH ALLAH...ALLAH HUKUM SETIMPAL KEJAHATANNYA

Ketelusan faktor utama jadi ekonomi pendapatan tinggi
Jun 14, 11 7:24pm

Malaysia mesti memberi tumpuan kepada ketelusan yang akan menjalinkan kreativiti dan pertumbuhan produktiviti dalam usaha menjadikan negara sebuah negara berpendapatan tinggi, kata pakar ekonomi terkemuka Prof Florencio Lopez de Silanes.

azlan"Apa yang kita tahu ialah negara-negara berkembang pesat yang menunjukkan prestasi baik dalam jangka panjang mempunyai satu set institusi yang telus dan menjalinkan kreativiti serta pertumbuhan produktif," kata Lopez de Silanes, profesor Kewangan EDHEC, Fakulti Perniagaan di Jabatan Perakaunan, Undang-undang dan Kewangan di Perancis memberitahu Bernama dalam satu temubual di Singapura.

Berpangkalan di Nice, Lopez de Silanes ialah antara tiga penyelidik terkemuka di dunia dalam ekonomi dan perniagaan sejak 10 tahun, demikian menurut Essential Science Indicators.

Lopez de Silanes juga berkata Malaysia mesti mempunyai institusi pendidikan yang kukuh kerana modal insan amat penting untuk menggerakkan negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

- Bernama

  • Michael J Ward · Blackpool and The Fylde College
    Selagi Sistem Pendidikan, Kehakiman, Kesihatan, Kepolisan dilibatkan 100% dengan Politik yang teramat kotor di Malaysia, jangan mimpilah. Malaysia ni... bolehlah disamakan dengan Zimbabwe. Ya...Tuhanku selamatkan Malaysia negaraku yang tercinta dari tangan-tangan rakus yang tak pernah dan kenal erti puas dan cukup. The more they have, the more they want. Habis kecantikan semulajadi Malaysia dihancurkan. Bolehkah kehancuran yang telah dilakukan itu boleh dibeli balik. Usah mimpilah. Pelancung luar negara tak heran dengan menara yang tertinggi sekali didunia, jembatan yang terpanjang, airport yang tercantik, dan apa-apa lagi lah yang terbest. Tingkah laku kita yang bersih, bijak , boleh dipecayai itu yang menjadi ukuran. Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Anak cucu kita ramai yang mengharapkan pembelaan....


Lagi kes peneroka akan saman Felda
Aidila Razak
Jun 14, 11
4:33pm

Satu lagi kumpulan peneroka Felda dijangka akan mengemukakan saman ke atas lembaga pembangunan tanah berkenaan berhubung dakwaan penipuan bayaran untuk hasil sawit.

Saman yang akan difailkan pada Jumaat ini melibatkan kerugian didakwa mencecah RM1,000 setandan yang ditanggung oleh 700 peneroka berkenaan, kata seorang anggota Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Rebin Birham.

NONEBeliau mendakwa, ujian makmal menunjukkan buah sawit berkenaan mempunyai kadar perahan minyak setinggi 26 peratus, namun Felda menetapkan bahawa kadar perahan bagi buah berkenaan adalah sebanyak 17 peratus.

Beberapa ratus orang peneroka lagi turut dijangka akan turut serta dalam tindakan saman itu, kata Rebin lagi ketika ditemui di satu bengkel anjuran Sekretariat Task Force Felda Selangor hari ini.

Saman yang akan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh itu merupakan susulan kepada satu keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu yang memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.

Kumpulan peneroka Temerloh ini akan diwakili peguam R Sivarasa yang sebelum ini mewakili peneroka di Serting dan Gugusan Raja Alias dalam saman berjumlah RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan.

Selain itu, Felda juga berdepan dengan tindakan saman daripada sekumpulan 32 orang peneroka di Jempol yang menuntut hak mereka bagi melantik kontraktor untuk menebang pohon getah.

Sementara itu, pengerusi biro berkenaan, Suhaimi Said pula berkata, lebih banyak lagi saman yang akan dikemukakan oleh golongan peneroka ke atas Felda.

Seramai 300 orang lagi peneroka di Felda Keratong telah sedia untuk mengemukakan saman, manakala kumpulan peneroka di Johor dan Perak sedang bersiap sedia bagi mengambil langkah sama, kata aktivis hak asasi itu.

Tambahnya, peneroka berkenaan terpaksa mengambil langkah saman memandangkan rundingan yang dijalankan dengan Felda tidak membuahkan hasil.

"Saudara Mazlan Aliman dah berapa kali tulis surat untuk berunding. Tapi bila berjumpa, (pegawai Felda) kata 'kamu ini tak pandai bersyukur.' Kalau dia kata tak bersyukur nak runding apa? Jadi kita terpaksa saman," katanya lagi dalam bengkel berkenaan.


Selangor garis tiga pelan untuk peneroka Felda
Salhan K Ahmad
Jun 14, 11
3:53pm

Kerajaan Selangor bakal menumpukan tiga rancangan utama bagi golongan peneroka Felda di negeri itu dalam usahanya untuk meraih sokongan masyarakat berkenaan dalam pilihan raya akan datang.

Tiga rancangan berkenaan – pemberian hak milik tanah kepada peneroka, pembinaan rumah mampu milik dan juga penamatan status tanah berkelompok – dikemukakan hari ini kepada Sekretariat Task Force Felda Selangor.

NONEUsaha berkenaan dijangka akan dapat dilakukan melalui dua peruntukan bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang dapat memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri dalam soal pentadbiran tanah berkenaan.

Salah satu daripada ruang undang-undang berkenaan ialah bidang kuasa yang diberikan kepada kerajaan negeri untuk mengeluarkan geran mengikut Seksyen 10 akta berkenaan, kata pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Satu lagi ruang berkenaan ialah peruntukan bawah Seksyen 44 yang membolehkan kerajaan negeri menamatkan rancangan berkelompok dan mengambil semula ladang di bawah kuasa Felda, kata Suhaimi lagi.

"Macam mana hendak keluarkan (daripada penempatan berkelompok)? Senjata yang digunakan ialah (Akta Penempatan Berkelompok) dan kontrak yang berat sebelah. Walau kawasan sudah diberi hak milik, mesti dijual kepada pembeli yang ditetapkan Felda."

Geran tanah

"Kalau hendak keluarkan mereka (dari penempatan berkelompok), mesti kaji bawah kuasa 44 untuk tamatkan," katanya lagi ketika membentang kertas kerjanya dalam majlis perbincangan berhubung isu berkenaan.

NONEKatanya lagi, kerajaan negeri juga harus mengambil peluang untuk mengumumkan pakej bagi membina rumah mampu milik, khususnya bagi golongan muda yang dilahirkan di kawasan Felda berkenaan.

Beliau memberi contoh, kawasan seluas lebih 30 ekar di kawasan Felda Suharto yang sesuai untuk dijadikan tapak bagi perumahan berkenaan.

Tambahnya, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah bersetuju supaya satu cadangan dikemukakan bagi membolehkan tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Hak bantah

Bagi proses mendapatkan geran pula, Suhaimi berkata kerajaan negeri hanya perlu memberitahu Felda bahawa peneroka itu akan diberikan geran tanah.

NONE"Felda ada hak bantah, tapi (kerajaan negeri) ada hak keluarkan geran," katanya lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam perbincangan itu, Mazlan Aliman pula berkata, usaha yang dilakukan bagi golongan peneroka berkenaan sepatutnya ditawarkan dalam pakej seperti manisfesto Buku Jingga Pakatan Rakyat.

"Ini akan jadi isu utama yang kita akan jadikan peluru pilihan raya. Felda bukan lagi talian hayat BN, (malah) kubu mereka inilah yang akan runtuhkan BN," kata pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan itu lagi dalam majlis perbincangan sama.

Majlis perbincangan di Dewan Annexe, Bangunan SUK Selangor itu turut dihadiri menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota exco dan juga sekitar 60 orang ahli majlis serta peneroka.

Sekretariat yang telah ditubuhkan sejak lebih setahun itu sebelum ini dikepalai oleh Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar daripada PKR dan kini mengetuai parti baru KITA.


Gelaran 'dangkal' pulang pada Awang Selamat
Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 14, 11
12:58pm

Beberapa NGO memulangkan kembali gelaran "dangkal" yang diberikan penulis kontroversi Awang Selamat terhadap orang Melayu yang mahu menyertai perhimpunan BERSIH 9 Julai depan.

protest israel penang 020109 teras president azmi abdul hamid"Kita lihat dangkalnya Awang Selamat, sengaja menunjukkan kejahilan dalam melihat politik.

"Perhimpunan BERSIH adalah hak untuk keseluruhan (rakyat) bukan hanya orang Melayu," kata Pengerusi Teras Keupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid (kiri).

"(Awang) melihat orang Melayu sebagai bodoh. Sebenarnya sudah lama orang Melayu dibodohkan oleh pihak berkuasa. (Ini) satu perkara yang menghina orang Melayu."

Dalam kolum "Bisik-bisik" di Mingguan Malaysia kelmarin, Awang Selamat menyifatkan orang Melayu yang menyertai perhimpunan BERSIH sebagai "dangkal berpolitik" kerana faedah besarnya dinikmati kaum lain.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Azmi turut meminta Awang Selamat mengemukakan bukti atas dakwaannya bahawa perhimpunan itu didalangi oleh "NGO anti-Islam."

"Apa buktinya? Ini tuduhan dan tanggapan liar begitu saja. Siapa dia yang dipanggil NGO anti- Islam?" soalnya kembali.

Umno tahu ia berkesan

Sebaliknya, katanya lagi, perhimpunan BERSIH selari dengan tuntutan agama Islam yang menuntut hak untuk membuat pilihan dengan bertanggungjawab.

"(Ia) tidak lari dari tuntutan Islam. Hak untuk bersuara. Hak untuk memilih kepimpinan. Sama sekali tidak boleh dikatakan bertentangan dengan Islam," tambahnya yang akan turut sama dalam perhimpunan itu.

gmi leaflet demonstration anti isa 040709 syed ibrahim (in blue)Sementara itu, Pengerusi Gerakan Menentang ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh (kanan) pula turut menyangkal dakwaan Awang Selamat dan menyifatkannya mempunyai pemikiran sempit.

"Saya rasa itu satu pemikiran yang sempit. Saya rasa prinsip di sebalik BERSIH bukan perkauman.Saya rasa tidak benar sama sekali. Ini perjuangan oleh semua kaum. Untuk kepentingan semua kaum," kata Syed Ibrahim.

Malah, beliau tidak tahu menahu dengan isu perkauman yang dibangkitkan Awang Selamat.

Melalui pengalamannya dalam perhimpunan yang lalu, Syed Ibrahim beranggapan artikel dalam akhbar Umno itu bertujuan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan tersebut.

"Perhimpunan sebelum itu juga mereka cuba untuk memburukkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau juga berkata, perhimpunan BERSIH dari dulu sehingga sekarang sentiasa bebas dari agenda perkauman.

Katanya, perhimpunan tersebut selari dengan peruntukan dalam perlembagaan, malah Umno sendiri berusaha menyaingi perhimpunan sedemikian kerana maklum pada keberkesanannya.



Nazri: Tak bermaruah bagi lucutkan MP Batu
S Pathmawathy
Jun 14, 11
2:52pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata adalah tidak bermaruah bagi BN melucutkan kelayakan Chua Tian Chang sebagai ahli parlimen Batu.

"Sebagai rakan MP, adalah tidak betul bagi saya membentangkan usul memohon beliau dilucutkan. Kita semua adalah ahli dewan yang bermaruah,” kata Nazri kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

NONEKatanya, status Chua adalah lebih baik dibiarkan kepada speaker Dewan Rakyat bagi memutuskannya.

"Lagipun saya menyedari bahawa keputusan hakim berhubung perkara itu, iaitu penghakiman itu dibuat bagi mengurangkan denda supaya beliau tidak dilucutkan jawatannya,” kata Nazri (kiri).

Chua, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, gagal dalam rayuannya terhadap kesalahan menghalang anggota polis menjalankan tugas dan didenda RM2,000.

Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha berkata jumlah denda yang ditentukan supaya mengelakkan Chua daripada dilucutkan tetapi Dewan Rakyat mempunyai kuasa pemutus berhubung statusnya.

Nazri mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik sumber dari kelab penyokong BN bahawa usul bagi melucutkan Chua akan dibentangkan.bersih parliament police blockade memo 111207 tian chua hauledChua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu.

Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun.


Saman Anwar ke atas KJ diselesai luar mahkamah
Jun 14, 11 4:57pm

Pihak-pihak dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menimbangkan kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullahPeguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) memberitahu pemberita, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad telah meminta pihak-pihak berkenaan berbuat demikian semasa berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan di dalam kamarnya hari ini.

Khairy turut diwakili peguam Sarah Abishegam manakala Anwar diwakili peguam Mohd Haijan Omar.

Muhammad Shafee berkata beliau akan berbincang dengan Khairy mengenai sama ada anak guamnya itu bersetuju dengan penyelesaian itu.

Mahkamah menetapkan 24 Jun bagi pengurusan kes bagi mereka memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan mereka.

Anwar memfailkan saman pada 7 Sept, 2007, mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Beliau berkata kenyataan memfitnah itu telah disiarkan oleh media cetak dan media elektronik di negara ini pada 3 Ogos, 2007.

azlanAnwar mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Khairy dalam pernyataan pembelaannya berkata kenyataan itu dibuat berdasarkan perlindungan bersyarat, justifikasi dan komen yang adil.

- Bernama

MB: Bukan masa sesuai ganti Hasan Ali
Salhan K Ahmad
Jun 14, 11
12:07pm

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata masih belum tiba masa yang sesuai untuk menggantikan Datuk Dr Hasan Ali daripada barisan majlis kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menerima apa saja cadangan daripada PAS berhubung kedudukan Hasan yang digugurkan daripada mengetuai parti itu di Selangor.

NONE"Keputusan mana-mana parti adalah yang kita mesti terima.

"Tapi buat masa ini tidak ada dalam pemikiran kerajaan negeri untuk buat pertukaran exco," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Kata Khalid lagi, pelantikan exco berada di bawah bidang kuasanya dan dibuat atas nasihat Sultan Selangor.

Ahad lalu, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kedudukan Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan oleh ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman.

Ditanya wartawan sama ada Hasan telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang exco, Abdul Khalid berkata beliau tidak akan membincangkan prestasi ahli exconya secara terbuka. Beliau bagaimanapun mengakui semua mereka telah bekerjasama dengannya bagi melaksanakan polisi kerajaan negeri.

Pemimpin PAS itu sebelum ini pernah membelakangi beberapa polisi kerajaan negeri dan bertelagah dengan rakan exconya, Ronnie Liu dari DAP.

PAS selar Umno 'bebal' isu p'raya masjid
Abdul Rahim Sabri
Jun 14, 11
2:31pm

PAS menyelar pemimpin Umno yang didakwanya bersikap seperti berpenyakit bebal kerana cuba mengeksploitasi isu pilihan raya masjid yang diperkenalkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

pas muktamar 130610 idris ahmadAhli jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad mendakwa tujuan isu itu diekploitasi dengan harapan "orang Melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid".

"Mereka akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam.

"Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid," katanya dalam satu kenyataaan.

Idris mendakwa Umno sebenarnya mahu melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan BN kerana didakwa pemilihannya "tidak demokratik dan dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah".

"Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia dibinkan dengan Umno maka semua boleh. Umno meniru

"Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri Umno mati sebelum ahli kariah mati," katanya.

Idris mendakwa Umno bersikap anti pembaharuan kerana "berfikiran jumud dan zero IQ" sehingga menyebabkan setiap pembaharuan yang ingin dibuat "akan ditentang secara melulu walaupun akhirnya mereka akan meniru".

sitting in a mosque"Rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika Kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti.

"Tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama," katanya yang juga bekas ketua penerangan PAS Pusat.

Sedangkan katanya, perubahan cara pemilihan jawatankuasa masjid itu sahaja yang berubah berbanding dahulu undian dilakukan dengan cara angkat tangan.

Katanya, pemilihan jawatankuasa kariah masjid itu mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang).

  • Ibn Abd Halim · Pengulas Tertinggi · DTC
    Semua masjid di Pulau Pinang dikuasai UMNO walaupun PR memerintah negeri tersebut. Pilihanraya masjid akan menghilangkan cengkaman UMNO ke atas masjid dan ahli kariah. Itu merupakan malapetaka besar bagi UMNO. Takut? Memang UMNO dalam ketakutan.
    • Aloq Staq · Pengulas Tertinggi · UMNO Sungguh Banyak Jasa Kepada Orang Melayu
      komen hang menunjukkan memang pilihanraya masjid tu ada agenda - ada udang disebalik batu - ada niat tertentu ... NAMPAK SANGAT la bro ! ... marah abih laaa pemimpin pakatan kat hang sebab hang bagi komen yang memecahkan rahsia dalaman depa ! (oooo ! Patutla hangpa gila sangat sokong pilihanraya masjid ni ! Nawaitu tak betoi ...)
    • AlJefry Haddi · Pengulas Tertinggi · Arizona State University
      Sesiapa pun yg menjaga masjid biar lah..tiada sesiapa pun yg untung dgn mempolitikkan mesjid.undian akan memecah belahkan para jemaah.. Ini lah satu politik kotor utk memecahkan umat islam oleh DaP keparat..
    • Rosmady Mat Abu · Pengulas Tertinggi · Small Boss di Self Employed (Business)
      Ni lagi satu bebal....
  • Mohd Nizham · UiTM Alor Gajah, Melaka
    umno bebal ke, pr bebal ke dua2 sama..sudah2 lah nk b'politik tu..masjid kita jadikan tmpt kita merapatkan ummah & persaudaraan bkn untuk dijadikan medan ukuran kekuatan parti politik masing-masing..bila berdakwah contentnya islam ttp golongan sasar iatu Mad'u' nya ialah bangsa melayu di sbbkan mereka golongan majoriti..sama2 penting..nk asik nk berpolitik & bergaduh apa yg untungnya?
    • Wasi Mah
      TP UMNO SUKA MENOLAK ISLAM....TULAH KITA KENA PERJUANGKAN HAK KITA...RUMAH ALLAH adalah tempat ibadat..
    • Wasi Mah
      umno tk suka buat majlis ilmu...ceramah agama...sbb tu masjid yg ahli jawatankuasa UMNO...TK PERNAH BUAT MAJLIS YG HEBAT2..
    • Rashid Ramli · Pengulas Tertinggi · TEKNOLOGI MALAYSIA
      yg suke bergaduh dan pecah belahkan kaum sape bang?sistem undi kat masjid xboleh ke bang,salah dari segi agama ker bang?yg dok sibuk ckp boleh memecahkan kaum tu ape ke halnyer?ade ker sistem undian kat masjid tu yg letak calon bukan islam???????bleh pikir ke bang?salah ker demokrasi ni bang,islam larang ker????sape yg tak paham sekarang ni bang?
  • Ahmad Mus · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
    betol juga... kenapa dorg bising yer? ahli qaryah pun ada undian angkat tangan... kira mcm pilihanraya gak la tu.. cuma cara beza... pandi UMNO/PERKASA putar belit.

Pemuda PAS: Kerahan PERKASA ancaman serius
Jun 14, 11 12:24pm

Pemuda PAS menyifatkan hasrat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengerahkan ahlinya berarak dan bertembung dengan kumpulan Gabungan Pilihan Raya dan Adil (BERSIH) dalam himpunannya 9 Julai ini sebagai "satu ancaman serius".

Malah, mereka menganggap tindakan NGO Melayu yang diketuai Datuk Ibrahim Ali "membuktikan PERKASA adalah pertubuhan yang mahukan kekacauan berlaku dalam negara" ini.

"Kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara.

"Polis perlu menyiasat (presiden PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berhubung ancaman yang telah dikeluarkan secara terbuka," tegas exco dewan itu Suhaizan Kayat.

Semalam kumpulan pendesak Melayu itu memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang himpunan BERSIH 2 yang didakwa sebagai pengacau.

Ibrahim dilapor berkata mereka akan melawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras turun ke jalan raya pada tarikh tersebut.

Ikut telunjuk

Sebelum ini juga pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno membuat laporan polis membantah perhimpunan itu diadakan yang didakwa boleh mencetuskan huru-hara.

Dalam satu kenyataan, Suhaizan berkata polis mempunyai kelengkapan mengawal rusuhan, mampu mengawal keadaan, termasuk menjaga keamaman dengan menyusun anggotanya di tepi jalan sepanjang himpunan menuju Istana Negara.

"Mereka yang didapati mewujudkan kekecohan perlu ditangkap. Jika pihak PERKASA dengan niat yang ikhlas mahu menghantar memorandum kepada pihak Istana maka mereka (hendaklah) dibenarkan berhimpun dan berarak daripada laluan yang berbeza,"katanya.

Sehubungan itu, Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor menggesa polis mengadakan perbincangan rapi dengan kedua-dua penganjur sebelum perhimpunan pada Julai ini berlangsung.

"Saya yakin polis mempunyai banyak pengalaman mampu mengawal keselamatan negara. Jika dua himpunan dapat berjalan serentak dengan aman, maka saya penuh yakin pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa," katanya.

Bagaimanapun, Suhaizan mendakwa jika polis "hanya mengikut telunjuk pemimpin politik tertentu maka polis akan dihina oleh semua pihak".

Tanpa senjata

Menurutnya, himpunan aman tanpa senjata merupakan kebebasan yang dijamin dalam perkara 10 Perlembagaan Malaysia dan perkara 27 Akta Polis yang memperuntukkan kuasa kepada polis untuk mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan.

"(Ia) bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan bukannya menghalang kebebasan tersebut. Himpunan aman tanpa senjata adalah keperluan kepada demokrasi yang adil.

"Ratusan ribu rakyat tidak akan menghadiri Himpunan BERSIH 2 jika mereka tidak ada tujuan yang khusus untuk mendapat satu pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Oleh itu, Suhaizan mempersoalkan mengapa hak mereka untuk berhimpun secara aman seolah-olah dinafikan sedangkan kerajaan dan NGO sering menganjurkan perarakan dalam sambutan keagamaan dan upacara agama tertentu.

"Ribuan orang akan berarak di jalan raya. Mereka mendapat hak untuk berhimpun. Persoalannya mengapa BERSIH 2 seolah-olah dinafikan hak untuk berhimpun secara aman?"katanya.

Himpunan BERSIH menuntut lapan perkara kepada kerajaan bagi mengembalikan demokrasi yang didakwa mereka telah tercemar.

Tuntutan itu adalah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Kematian Sarbani: Inkues bermula 4 Julai
Jun 14, 11 10:19am

Inkues bagi menyiasat kematian misteri penolong pengarah kanan Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua bulan lalu telah ditetapkan pada 4 hingga 15 Julai ini.

Tarikh itu ditetapkan di mahkamah majistret 3 di hadapan koroner Aizatul Akmar Maharani dan disahkan oleh pegawai polis yang bertugas di mahkamah Kuala Lumpur R Munusamy hari ini.

NONEAhmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Kuala Lumpur pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Permohonan untuk mengadakan inkues itu dikemukakan mengikut Seksyen 399(1) Kanun Prosedur Jenayah, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Mat Sabu kata :
    Kita mesti belajar dari orang cina dan jadi proaktif dalam mempertahankan hak bangsa. Melayu selama ini hanya mempertahankan diri ( pasif ) dan tidak ada semangat tolong menolong sesama sendiri. Cina pula selalu perihatin akan hak mereka dan akan segera mempertahankan keadilan.

    Ini dapat kita lihat dalam kes TBH, walaupun kes dah mati, mereka akan sering ungkit sehingga keadilan tercapai. Berbeza dengan orang Melayu, bila perkara yang sama berlaku kepada Sarbani, orang kita tak buat apa-apa. Apa lagi yang mampu kita lakukan..... dia dah mati.


Sistem tiket sepadu RM115.2 juta dilancar
Jun 14, 11 4:46pm

Syarikat Prasarana Negara Bhd, pengendali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas RapidKL, menjangka pendapatannya meningkat sebanyak 10-15 peratus dengan Sistem Tiket Bersepadu (ITS) baharu.

NONEITS, dari segi teknikalnya merujuk kepada sistem Kutipan Tambang Automatik, akan membolehkan penumpang menggunakan satu tiket tunggal bagi tiga perkhidmatan relnya iaitu Aliran Kelana Jaya, Aliran Ampang dan Monorel.

Pengarah Urusan Kumpulan, Shahril Mokhtar, berkata syrikat itu yakin dapat mencapai sasaran itu kerana ITS akan juga meningkatkan bilangan penumpang, yang kini seramai hampir 400,000 sehari.

Beliau berkata Prasarana berhasrat meningkatkan bilangan penumpang kepada purata setengah juta sehari tahun depan.

NONE"Sistem baharu yang menelan kos RM115.2 juta ini akan disepadukan sepenuhnya di LRT Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang pada 30 Nov, 2011, monorel (suku pertama tahun depan) serta KTM Komuter dan bas RapidKL (dijangka menjelang 2013)," katanya pada satu taklimat media di Kuala Lumpur hari ini.

Empat stesen

Shahril berkata hingga hari ini, ITS telah dipasang di empat stesen LRT, iaitu Taman Paramount dan Abdullah Hukum bagi Aliran Kelana Jaya; dan Sultan Ismail dan Bukit Jalil bagi Aliran Ampang.

"Pada masa ini, projek sistem ITS sudah 62 peratus siap dan Prasarana akan perlahan-lahan menggantikan sistem lama mulai September.

"ITS akan juga dirangkumkan bagi perkhidmatan MRT dan sambungan LRT," katanya.

NONEBeliau berkata Prasarana akan membolehkan pengguna membeli dan menambah nilai tiket mereka secara dalam talian. Ia juga akan memperkenal mata ganjaran penumpang setia bagi penggunanya.

Shahril berkata sistem semasa kini sudah usang dan Prasarana menghadapi kesukaran mendapatkan alat ganti.

Sementara itu, kata Shahril, sebarang kenaikan tambang akan bergantung kepada kerajaan dan Prasarana tidak akan bergantung semata-mata kepada hasil tambang sebagai sumber pendapatannya.

Katanya, syarikat itu juga sedang mempertimbang bidang-bidang lain seperti pengiklanan, ruang perniagaan runcit dan talian optik gentian sebagai sumber pendapatan.

- Bernama


Penduduk KL gempar rasai gegaran
Jun 14, 11 1:04pm

Penghuni di beberapa buah bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur hari ini cemas seketika apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira jam 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada jam 8.08 dan 11.01 pagi.

Turut tidak terkecuali adalah ribuan kakitangan awam yang terpaksa bergegas keluar dari Bangunan SUK di Shah Alam setelah berlaku gegaran kira kira pukul 11.30 pagi ini.

Gegaran itu dikesan dua kali.

Seorang kakitangan awam berkata, gegaran itu dapat dapat dirasai di tingkat lima termasuk menyedari bingkai gambar didapati bergerak-gerak.

NONEBagaimanapun, wartawan yang berada dalam sidang akhbar menteri besar di bangunan annex tidak merasai gegaran itu.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan gempa bumi sederhana di Sumatera Utara, Indonesia itu.

Menurut kenyataan jabatan itu, pusat gempa ialah 330 kilometer ke barat daya Klang, Selangor.

Gegaran turut dirasai di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung terutama di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melak

Kebimbangan Johor bakal tumbang 'berasas' - Pakatan
Abdul Rahim Sabri
Jun 14, 11
8:52am

Pakatan Rakyat menyifatkan kebimbangan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman terhadap kemampuan gabungan itu merampas Johor "ada asasnya" sekiranya pakatan itu menguasai 50 peratus pengundi luar bandar.

abdul ghani othman and bangsa malaysia multicultural malaysiaGabungan itu sedang berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.

Pakatan memenangi enam kerusi negeri di Johor - dua kerusi dimenangi oleh calon PAS (Sungai Abong dan Maharani) dan empat lagi oleh calon DAP (Bentayan, Mengkibol, Skudai dan Senai).

Ketua Pembangkang Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beberapa kayu ukur pertambahan sokongan masyarakat luar bandar dapat dilihat daripada kehadiran mereka pada ceramah Pakatan yang bertambah sehingga 30 peratus.

debate on islamic state boo cheng hau in clinic"Ceramah adalah cara paling efektif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat luar bandar. Ada peningkatan hadirin dalam ceramah kita... Dalam satu minggu ada dua atau tiga ceramah Pakatan.

"Selepas pilihan raya Sarawak, peningkatan 30 peratus (hadirin) dalam ceramah kita. Ada juga ramai penyokong Umno yang hadir... Tidak kira ceramah kita di seluruh Johor, sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran," katanya.

Dr Boo yang juga pengerusi DAP Johor mengulas kenyataan Abdul Ghani yang mengarahkan semua jentera BN di 26 bahagian di negeri itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani juga dilaporkan berkata sekira Pakatan menguasai 50 peratus pengundi luar bandar, 80 peratus pengundi bandar dan 60 peratus pengundi India, maka gabungan itu berupaya merampas Johor daripada BN.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini semalam, Dr Boo berkata untuk tujuan berkenaan, Pakatan juga menubuhkan pusat aduan masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya, DAP turut menubuhkan 15 pusat aduan masyarakat di luar bandar antaranya masing-masing dua di Skudai dan Muar serta beberapa lagi di Tangkak, Labis, Segamat, dan Johor Bharu.

"Mereka (BN) memang terasa tekanannya. Dua tiga tahun ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti dan menubuhkan pusat aduan rakyat," kata beliau yang juga ADUN Skudai.

boo cheng hau flood muar 271206Dr Boo berpandangan wujudnya kecenderungan pengundi luar bandar untuk menyokong Pakatan berdasar sokongan mereka dalam pilihan raya kecil Tenang, walaupun calon PAS Normala Sudirman tewas akibat kesulitan seperti banjir dan masalah pengangkutan.

Sementara itu, ADUN PAS Maharani Dr Muhammad Taslim bersetuju dengan pandangan Dr Boo bahawa BN "sedang kepanasan dengan sambutan rakyat Johor terhadap Pakatan".

"Agak tepat apa yang dibimbangi (Abdul Ghani)... Sokongan pengundi bandar dan luar bandar tidak berubah sejak (pilihan raya) 2008, bahkan bertambah.

NONE"Kita juga bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. (Menarik sokongan) di luar bandar, kita mengambil masa (sedikit).

"Kita ada kumpulan sasaran, kita beri bantuan tak ikut parti politik. Mereka nampak keikhlasan kita, kita cuba sedaya-upaya kita sekadar yang mampu (membantu rakyat)," katanya.

Menurutnya lagi, khidmat wakil rakyat pembangkang kepada masyarakat tidak bermusim, sebaliknya berterusan dan bertambah walaupun dalam skala yang kecil.

Bagi tujuan tersebut, Dr Muhammad yang juga ahli jawatankuasa PAS Johor menubuhkan pusat aduan masyarakat di luar bandar, antaranya di Sungai Balang dalam parlimen Muar dan beberapa lagi di Johor Bahru.

johor baharu may day workers rally 010507 rallyDr Muhammad yang juga naib yang dipertua PAS Muar berkata beliau juga mendapat "maklum balas yang cukup baik" daripada pengundi di luar bandar, khususnya kaum Cina, terhadap aktiviti yang dilaksanakannya.

Difahamkan PAS juga menubuhkan pusat aduan dan khidmat masyarakat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar antaranya di sebuah kampung Melayu di Gelang Patah, Taman Permas di Pasir Gudang dan kampung tradisi di Tampoi, Pulai.



Mat Sabu: PAS tak akan kerjasama dengan Umno
Jun 14, 11 12:51pm

PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

NONE"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

"Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar malam tadi.

Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah.

Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata PAS akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya.

- Bernama

Norfadhli Mohd Farid · Pengulas Tertinggi
umno ni macam budak tak mandi pagi, tak gosok gigi, tak basuh muka tapi ada hati nak peluk cium orang yang bersih wangi hehehe...


Peguam bergelar 'Datuk' mati ditetak di kuil
Jun 14, 11 12:49pm

Peguam Datuk R Anbalagan ditemui mati di sebuah kuil di Kampung Perepat, Kapar, di Klang malam tadi dipercayai akibat ditetak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohamad Shukor Sulong, berkata Anbalagan, 56, cedera di badan, muka, bahu kanan dan tangan kiri.

Katanya, suspek kes pembunuhan itu dipercayai melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan mencuri satu barang kemas.

Polis sedang mencari seorang lelaki rakyat India dikenali sebagai Rajangam yang juga pekerja peguam itu untuk membantu siasatan.

- Bernama

  • Mohd Ismail Qamaludeen · Pengulas Tertinggi · Inti College Sarawak
    ini barulah satu malaysia....anbalagan bukan baik pun.tak percaya tanya org sana....byk dosa tuhan pun tak dapat tahan perangai setan dia, inilah hukum karma.....pengajaran untuk semua pemimpin, bn? pembangkang 2 kali 5.....salah tuhan bagi balasan cash.
    • Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
      Oooo... ini spesies peguam sengkek ke apa? Sama tak dengan perangai peguam di Banting tu? Apasal di highlightkan 'Datuk' tu? Dah tak ada value langsung 'Datuk' Matuk Batuk ni....
    • Ace Prima · UTM
      banyak tanah @ perepat dirembat oleh nyer. termasuklah tanah berstatus tol yang diusahakan oleh peneroka lebih 30 tahun dulu tapi skg bila geran tanah keluar , semua atas nama peguam nie... tuhan maha adil
    • Mohd Mislan · Bekerja di SME Aerospace
      ini ada kaitan geng 08 ke?
  • Jaks Rmd · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
    apa nak di hairankan.
    ada kes peguam yg terlibat dalam kes pembunuhan, siap bakar mayat lagi.
    tak settle pun kes tu.
    datuk jugak tu.
    silap2 haribulan......dibebaskan atas alasan tak cukup bukti.

Tiada ulasan: