Sabtu, 25 Jun 2011

LAH NI RAKYAT DAH CERDIK...RAKYAT SEDAR DAN HENDAK ISLAM KIAN BERTAMBAH..MEREKA TENTU MENOLAK PERKARA YANG DILARANG ALLAH..ORANG TAK NAK KAKI TIPU

















PM: Biar rakyat putuskan sama ada Anwar dalam video
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 24, 11
11:46pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terserah kepada rakyat untuk memutuskan sama ada individu dalam video seks dalam kes yang didakwa di mahkamah hari ini adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah sesuatu yang rakyat perlu hakimi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menambah bahawa perkara yang paling penting ialah untuk menentukan ketulenan dan kebenaran.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di ibunegara malam ini, perdana menteri berkata terserah kepada rakyat untuk menentukan.

Menurut Najib lagi, dua pakar asing telah mengesahkan ketulenan video tersebut.

Datuk Shafee Abdullah, peguam yang mewakili Tan Sri Rahim Thamby Chik - salah seorang anggota trio Datuk T - telah berkata menurut laporan 4 Jun Prof Hany Farid dan Prof Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat 99.99 peratus keirasan lelaki dalam klip video itu dengan gambar Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Sebelum itu, ketiga-tiga individu di sebalik tayangan video seks seorang lelaki yang menyerupai Anwar, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. Mereka mengaku bersalah dan didenda sejumlah RM5,500.

Mereka ialah ahli perniagan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Ditanya mengenai dakwaan Anwar bahawa beliau (Najib) telah menemui Rahim di Parlimen semalam, perdana menteri Najib dengan tegas menafikannya.

Menurutnya, kakitangan di pejabatnya berkata Rahim tidak datang untuk berjumpa dengannya.

Najib juga mempertahankan keputusan Pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, serentak dengan perhimpunan anjuran BERSIH 2.0.

"Masing-masing ada hak. Bagaimanapun kita ada undang-undang dalam negara kita dan semua pihak tertakluk kepadanya.

"Kalau pihak BERSIH boleh nak buat, pihak Pemuda Umno pun nak buat juga. Namun, negara kita masih ada undang-undang," tegasnya.

Bagaimanapun, apabila terus ditekan oleh pemberita semasa meninggalkan bilik mesyuarat, Najib berkata tiada siapa yang mengatasi undang-undang termasuk Pemuda Umno.


  • Roslan Ali · Pengulas Tertinggi · Intitute Teknologi Udara TUDM Kinrara
    BIAR RAAYAT YANG MENENTUKAN SAPA YANG BUNUH ALTANTUYA.
    • Ashraf Lokman · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
      bro wat masa ni round video sex member kita anuar. nanti kalau PR menang PRU round siape bunuh antatuya pulak la..... jgn buat perkara jadi cam budak2... ikut turn la. ape pun yg benar akan menang dn dapat pahala sebaliknya yg bersalah tetap akan kalah dah berdosa termasuk yg menyokong.
    • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
      Biar rakyat putuskan siapa PM yang baru.........haha...kantoi
    • Ashraf Lokman · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
      ZB: benar cara tu lah yg di tuntut utk tumbangkn kerajaan sedia ada.... pas tu tibai la mane2 nak tibai. ape pun yg balik pd fitrah kehidupan dan agama(islam), yg benar tetap dilindungi tuhan. ingat tu.

Tiada ulasan: