| Nazri Abdullah | ||||||||||||||||||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 21 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membayangkan "ada benda tidak kena" di sebalik konflik pertukaran Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim dari jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Sambil mendakwa ianya seperti menurunkan gred Dr. Judin yang bergred Turus 3 kepada Jusa C, beliau berkata kerajaan cuba menyembunyikan alasan pertukaran itu. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian sebagai mempersoal jawapan bertulis dari JKR yang disentuh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa sesi penggulungan. "Saya merasakan bahawa ada benda yang tidak kena (dengan pertukaran itu). "Apakah dia (Dr. Judin) ini jenis yang bukan yes man kepada menteri?" soalnya. Sebelum ini beliau juga mendakwa pertukaran itu ada kaitan dengan beberapa keputusan projek termasuk pembinaan Istana Negara. Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah JKR sejak Mei 2007 ditukar ke jawatan Ketua Pengarah CIDB berkuatkuasa 1Mei lalu. Jawatan yang dikosongkan itu kemudiannya diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini. Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa pada tarikh sama diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu. Bagaimanapun menurut Mahfuz, Dr. Judin "tidak menerima" arahan surat pertukaran oleh Ketua Setiausaha Negara itu dan masih datang ke pejabatnya di JKR. Akibat dari itu, jawatan itu katanya seolah-olah kini disandang dua orang dan tidak dapat diselesaikan oleh pihak kementerian. Tambahnya lagi, Jabatan Perkhidmatan Awam juga difahamkan tidak tahu pertukaran tersebut. Turut mencelah, Saifudin Nasution (PKR-Machang) yang mempersoal kenapa surat pertukaran kepada Dr. Judin diberikan secara tergesa-gesa. "KSU serah surat hari Jumaat, pertukaran kuatkuasa hari Sabtu. Kenapa keadaan tergesa-gesa itu berlaku?" soalnya. Menjawab persoalan itu, Nazri berkata pertukaran Dr. Judin itu bukanlah penurunan jawatan tetapi kerana kepakaran beliau dan diperlukan untuk menguruskan CIDB. Bagaimanapun, berhubung isu konflik wujud dua ketua pengarah, dan perlantikan dibuat tergesa-gesa, beliau akan meminta pihak kementerian kerja raya menjelaskan perkara itu kemudian. "Tak apa, saya akan maklumkan kepada pihak kementerian bahawa jawapan bertulis yang diberikan tidak memuaskan," katanya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 22 Jun 2011
MANUSIA TAK RETI ALAM AKHIRAT...MEREKA GEMAR MENJAGA KEDUDUKAN DIDUNIA..WALAUPUN PERKARA YANG DIBUAT TU SALAH..HASIL KEJAHATAN AKAN DITERIMA DIAKHIRAT
'Ada tak kena' di sebalik pertukaran pengarah JKR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Langkah seperti itu lebih baik bagi mempastikan SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih, memandangkan SPR juga menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dalam negara ini.
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zakarshi mungkin sudah terlupa Perlembagaan PAS, parti yang pernah dia dukung.
SHAH ALAM, 21 Jun: PAS Selangor yakin dengan saf kepimpinan sesi 2011-2013 mampu menggerakkan kerja kuat hasil gabungan mantap semua golongan dalam usaha mendepani PRU 13 tidak lama lagi.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, pemilihan Iskandar Samad, Ustaz Sallehin Mukhyi, Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, 2 dan 3 menunjukkan bahawa PAS Selangor telah mempunyai sebuah pasukan yang lengkap dan kuat untuk menghadapi Pilihan raya Umum yang ke 13 nanti.
Katanya, pada 19 Jun lepas, Presiden Perkasa telah mengeluarkan kenyataan bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan umum dengan mengingatkan sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini pada 9 Julai ini, maka orang-orang Cina terpaksa membeli stok makanan.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang mewakili Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) menerima memorandum bantahan tersebut daripada wakil penduduk Kampung Baru yang hadir ke Parlimen pagi ini.
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bagi membincangkan isu beberapa laman web kerajaan yang digodam pihak tidak bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Memacu Arus Perjuangan (MAP) menggesa semua pihak supaya sama-sama menjayakan perhimpunan aman Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai nanti.
SHAH ALAM, 21 Jun: Khalid Samad dan Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan