Khamis, 9 Jun 2011

LAH NI ADA ULAMAK KOPI O NASI LEMAK...ULAMAK 'ALA MAK'...ULAMAK ULAR DALAM SEMAK...NI SEMUA ULAMAK CINTA DUNIA...

'Disungkurkan': Utusan saran Nasharudin sertai Umno
Jun 9, 11 5:45pm

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

NONEMenulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

“Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

“Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya.

Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.

“PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

“Slogan 'langkah mayat saya dulu' begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.

NONE“Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa 'melangkah mayat' Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik,” kata Zaini.

Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai “cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

“Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,” tulisnya.

Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

young ulama join umno 250610 02“ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

“Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap,” katanya lagi.

Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

“Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu,” tulisnya.


PAS: Tiada yang bankrap selepas demo
Jun 9, 11 5:49pm

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

kamaruzzaman mohdKetua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

bersih rally 271207 01"Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya.

Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Seru Pemuda Umno berkawal

NONEExco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

bersih 2.0 launch"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya.

Rasuah balak: KM Sarawak disiasat SPRM
Jun 9, 11 6:00pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berhubung dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

NONE"Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini," katanya pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey, dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

azlanMengulas pemantauan projek mega, Abu Kassim berkata, SPRM akan terus memantau projek-projek berkenaan dari masa ke masa.

"Tanggung jawab kami adalah untuk memantau sebarang projek dari masa ke masa. Saya tidak boleh nyatakan projek mana tetapi tugas kami memantau dan mencegah rasuah dalam kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada SPRM telah mengenalpasti projek lain.

Setakat ini, SPRM dijangka memantau tiga projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka setinggi 100-tingkat yang bernilai RM5 bilion; sistem transit laju massa (MRT) bernilai RM36 bilion; dan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

- Bernama

Kempen Jelajah S'gor sasar kubu Noh
Jun 9, 11 4:51pm

Fasa kedua Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia anjuran PKR akan menggempur kerusi-kerusi milik BN dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

NONEDalam kenyataan medianya, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata fokus parti itu adalah di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Pandan, Sungai Besar, Tanjong Karang dan Sepang.

Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia Fasa 2 atau JELAS akan bermula pada 11 Jun di Tanjong Karang.

"PKR Selangor memilih untuk memulakan kempen di Tanjong Karang kerana kerusi parlimen itu dipegang oleh timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

NONE"Kami yakin pelancaran itu akan memberi tamparan kepada seluruh jentera Umno-BN, khususnya ketika ini di mana mereka masih bergaduh sesama sendiri,” kata Shuhaimi.

Noh (kiri) sebelum ini kerap-kali 'menyerang' pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan mendapat publisitu meluas di akhbar arus perdana.

Antara isu yang digunakan untuk menyerang kerajaan Pakatan Selangor termasuk dakwaan perlombongan pasir haram yang kemudiannya tiba-tiba lenyap dan yang terbaru dakwaan Yayasan Selangor tidak mempunyai dana yang mencukupi.

Menteri: Cadangan mogok pengusaha lori tak adil
Jun 9, 11 6:19pm

Tindakan sesetengah pihak yang mahu melancarkan mogok ekoran pemansuhan diesel super subsidi untuk lori komersial oleh kerajaan 1 Jun lalu boleh dianggap sebagai tidak adil kepada kerajaan kerana sebelum pemansuhan itu para pengusaha lori sudah lama menikmati
keuntungan.

NONEMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun super subsidi ditarik balik, sebenarnya kerajaan masih menanggung subsidi melalui diesel biasa dengan nilai subsidi kira-kira RM1.

Menurut beliau, dahulu para pengusaha lori komersial membayar RM1.48 sen seliter melalui diesel super subsidi tetapi kini mereka perlu membayr RM1.80 seliter di mana kerajaan memberikan subsidi pada sebahagian harganya.

"Mereka perlu sedar bahawa, walaupun kerajaan menarik balik super subsidi kepada mereka, kerajaan masih memberikan subsidi RM1 setiap liter, bukan bermakna kerajaan tarik sepenuhnya. Jika ditarik semua, mereka akan membayar RM2.80 sen seperti yang dibayar pihak industri ketika ini.

"Jadi, ancaman kepada kerajaan untuk boikot dan mogok adalah `very uncall for' ... tak munasabah langsung. Selama lima tahun sudah mereka menikmati hasil daripada faedah yang diberikan kerajaan kepada mereka, tiba-tiba dalam waktu ini mereka nak mogok, ini satu tindakan yang tidak baik, eloklah difikirkan semula,"
katanya.

toll booths and commercial vehicle lorry 151206Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Akademi Peruncitan di Maktab Kerjasama Malaysia di Petaling Jaya hari ini, Ismail Sabri berkata beliau tidak berupaya menghalang pihak tertentu untuk melakukan mogok.

Menurut beliau, perkara itu jika hendak dilakukan biarlah mengikut undang-undang kerana di Malaysia, walaupun bebas bersuara negara ada undang-undang.

"Negara ini negara yang bebas untuk mereka melakukan apa sahaja, jadi terserahlah. Kalau nak demonstrasi lebih daripada lima orang mereka kena dapatkan permit polis, negara kita bebas tapi ada undang-undang, saya tak boleh nak sekat kepada sesiapa apa mereka nak buat, terserahlah," katanya.

Kerajaan telah memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati lori komersial kerana beranggapan hanya kenderaan individu dan kenderaan berkepentingan orang ramai sahaja yang wajar menikmati kemudahan tersebut.

Super subsidi bagaimanapun dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi dan individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya.


MPPP: Penunggang kuda cuba larikan diri
Jun 9, 11 6:10pm

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menjelaskan bahawa insiden kanak-kanak dirempuh kuda di pantai Batu Feringghi kelmarin berlaku ketika penunggang kuda itu cuba melarikan diri daripada anggota penguatkuasa majlis berkenaan.

Menurut MPPP, penunggang kuda tersebut terserempak dengan anggota bahagian penguatkuasa ketika memasuki kawasan berkenaan dan cuba mengelak daripada ditangkap dengan menunggang ke arah bertentangan.

"Ketika cubaan untuk mengelak daripada tindakan penguatkuasaan, penunggang kuda itu melanggar seorang kanak-kanak yang berada di kawasan pantai.

"MPPP merasa dukacita dengan kejadian yang berlaku hingga mencederakan seorang kanak-kanak dan ingin merakamkan rasa simpati kepada keluarga kanak-kanak berkenaan," menurut kenyataan itu.

Terdapat larangan aktiviti berkuda di kawasan Pantai Batu Feringhi di bawah peruntukan Undang-undang Kecil (Lembu/Kerbau Dalam Bandar 1968) dan Undang-undang Kecil (Lembu/Kerbau Luar Bandar 1972).

Mengenai dakwaan bahawa dua anggota penguatkuasa MPPP yang berada di kawasan kemalangan tidak membantu kanak-kanak yang cedera itu, MPPP menjelaskan anggota berkenaan tidak mempunyai kepakaran paramedik selain dikhuatiri kanak-kanak terbabit akan mengalami kecederaan lebih teruk sekiranya mereka membantunya.

Bagaimanapun, menurutnya anggota berkenaan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam
untuk mendapatkan bantuan.

Berikutan kemalangan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Feringghi dan kuda berkenaaan ditangkap oleh bahagian penguatkuasa MPPP sementara penunggangnya ditahan polis.

"MPPP akan terus bekerjasama dengan pihak polis dan kerajaan negeri untuk meningkatkan penguatkuasaan ke atas larangan aktiviti kuda di kawasan pantai Batu Feringghi," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Arina Kirana Azrin, 5, patah bahu kiri setelah dirempuh kuda di kawasan belakang sebuah hotel.

- Bernama

Kes rasuah Khir: Pengarah Ditamas gelabah
Jun 8, 11 7:34pm

Perbicaraan kes rasuah membabitkan mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo ditunda apabila Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni menggelabah ketika memberi jawapan dari kandang saksi.

NONEBeliau tidak memberikan jawapan- jawapan dengan jelas dan kerap kelihatan murung apabila ditanya mengenai dua lot tanah yang di dakwa di jual kepada Khir pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Isnin lalu, Shamsudin (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Mohamad Khir untuk melakukan rasuah bersabit urusniaga jual beli dua tapak berkenaan.

Ditamas membeli dua lot Seksyen 7, Shah Alam pada harga RM6.5 juta pada tahun 2004 tetapi kemudian menjualnya kepada Mohamad Khir pada harga RM3.5 juta sahaja pada tahun 2007.

Dua lot itu digunakan untuk membina apa yang disebut oleh pembangkang sebagai Istana Khir iaitu kediaman mewah dengan kos pembinaan didakwa mencecah RM24 juta.

Sebagai balasan, Mohamad Khir selaku Menteri Besar ketika itu didakwa memberikan Shamsudin dan Ditamas pelbagai kontrak.

Shamsudin kelihatan menggelabah apabila ditanya oleh pendakwaraya Abdul Wahab Mohamed mengenai keputusan Ditamas membeli dua tapak tanah itu sebelum dijual kepada Mohamad Khir.

Berurusan terus

Shamsuddin juga memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa beliau pernah berurusan terus dengan Mohamad Khir.

NONEShamsuddin, yang memiliki beberapa syarikat berkaitan pembinaan dan pembangunan hartanah, berkata beliau kerap berjumpa dengan Mohamad Khir kerana urusan kerja, dan sebagai seorang ahli perniagaan, beliau ada memperkenalkan syarikatnya, cadangan serta perkembangan kerja yang dijalankan oleh syarikatnya.

Katanya antara projek yang dijalankan adalah pembangunan hartanah untuk mendirikan rumah kediaman di Bandar Baru Bangi menerui syarikat miliknya, Roniaga Sdn Bhd.

"Projek-projek tersebut berjalan lancar. Terdapat tiga fasa kesemuanya dan Fasa 1 dan kedua telah siap, manakala kerja-kerja fasa ketiga sedang berjalan," katanya yang mengenali Dr Mohamad Khir sejak 2000.

NONEBeliau adalah saksi kedua pihak pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes Mohamad Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Mempunyai hubungan

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

NONEMahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin lalu melepas dan membebaskan Shamsuddin daripada tuduhan bersubahat dengan Mohamad Khir berhubung tuduhan itu.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad, ahli perniagaan itu berkata beliau ada membuat lanjutan permohonan berhubung projek yang tidak dapat disiapkan kepada Mohamad Khir yang merupakan Menteri Besar ketika itu.

"Saya ada membuat permohonan lanjutan masa secara bersurat dan dialamatkan kepada Pengurus Besar PKNS ketika itu dan juga telah nyatakan sebab-sebab permohonan. Saya menghantar surat itu dengan cara menghubungi dan diserahkan sendiri kepada Datuk Seri Khir Toyo," katanya.

Menjawab soalan mengenai dua lot tanah dan sebuah rumah yang didakwa dibeli oleh Mohamad Khir daripada beliau pada harga murah, Shamsuddin berkata harta itu adalah milik Ketua Eksekutif Syarikat Permodalan Kebangsaan Berhad, Saiful Aznir Shahabudin.

khir toyo mansion 060709 08Katanya beliau mengetahui Saiful Aznir berhasrat menjual hartanah tersebut daripada seorang kawan, Datuk Sumadi Ismail.

"Saya dan Sumadi ada melawat rumah tersebut dan Saiful Aznir menawarkan mahu menjual hartanah itu RM7 juta. Saya rasa ia terlalu mahal," katanya.

Terlalu mahal

Terdahulu, saksi pendakwaan pertama, Saiful Aznir memberitahu mahkamah bahawa dua lot tanah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 itu, dijual oleh beliau kepada Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada Disember 2004.

Beliau berkata pembayaran itu adalah untuk Lot 8 dan 10, masing-masing dijual pada harga RM4.3 juta dan RM700,000.

Katanya pembayaran RM1.5 juta lagi adalah untuk binaan seperti gazebo, trek joging, air pancut, kolam renang dan kolam ikan serta perabot.

Saiful Aznir berkata sebelum beliau menjual tanah berkenaan kepada Shamsuddin, Mohamad Khir dan Zahrah, ada melawat ke rumahnya di Lot 8 dan meninjau kawasan itu antara 10 dan 15 minit sebelum beredar selepas bertanya berapa harga yang ditawarkan.



Katanya apabila dimaklumkan harga yang ditawarkannya RM7 juta, Mohamad Khir berkata ia terlalu mahal.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki disambung pukul 9 pagi esok.

Mohamad Khir diwakili peguam M Athimulan.

'Meriam bersejarah' Melaka disamun
Elissa Helmy
Jun 8, 11
6:17pm

Besar kemungkinan angkara 'penyamun besi buruk' sehingga menyebabkan 10 buah roda besi yang dipasang pada lima replika meriam terletak di lokasi bersejarah Bukit Senjuang di Melaka didapati hilang.

Kejadian itu disedari kakitangan pembersihan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pagi kelmarin ketika sedang melakukan tugas harian.

Kesal dengan kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Hussin berkata, kehilangan barangan terbabit mempunyai nilai sejarah dan dianggap harta berharga untuk negara.

"Sepatutnya kita semua menjaganya dan bertanggungjawab memastikan khazanah milik negara terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.

"Saya berharap siasatan dapat dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika meninjau di kawasan Bukit Senjuang hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Khamis Abas dan Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti MBMB, Md Derus Tompang.

Besi pagar dipotong

Sementara itu, di pihak kerajaan tempatan, menurut Md Yunos, telah mengambil beberapa langkah perlu termasuk memasang kemudahan lampu awam, menjaga kebersihan dan keceriaan di ke semua kawasan serta tempat-tempat bersejarah.

"Semua ini, kita laksanakan bagi memastikan semua tempat-tempat terbabit sentiasa ceria dan bersih bagi menarik minat kedatangan pengunjung khususnya pelancong.

"Justeru, kita ingin mencadangkan kepada pihak Jabatan Warisan Negara dan Perzim supaya menempatkan pengawal keselamatan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

"Dalam masa yang sama roda yang hilang akan diganti roda baru dan serupa dengan roda asal sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Md Yunos turut mengesahkan beberapa kemudahan lain di situ juga telah dirosakkan pihak terlibat seperti besi pagar yang dipotong manakala sebahagiannya telah diketuk.

Khamis ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu memaklumkan, replika meriam terbabit diletakkan di Bukit Senjuang sejak lebih 30 tahun lalu.

"Replika meriam ini adalah hampir menyamai rupa meriam asal yang pernah digunakan penjajah Belanda bermula tahun 1641.

"Semua ini adalah di bawah Jabatan Warisan dan kami sudah memaklumkan kepada mereka agar membuat satu laporan polis berhubung kejadian," katanya.


Kejatuhan ketara dalam eksport elektronik M'sia
Aidila Razak
Jun 8, 11
3:07pm

Kajian yang dijalankan oleh 21 syarikat elektronik utama di negara ini mendapati eksport sektor itu jatuh menjunam 26 peratus kepada RM51.8 bilion pada 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Trend ini berterusan dengan perangkaan 2009 mencatatkan penurunan 15.8 peratus dalam eksport.

Pengerusi Industri Elektronik Malaysia Amerika, (MAEI) Wong Siew Hai berkata sebab utama kemerosotan itu adalah kerana syarikat komputer peribadi (PC) yang menyumbang kira-kira 50 peratus nilai eksport elektronik meninggalkan negara ini.

“Syarikat-syarikat itu mendapati adalah lebih mudah bagi mereka untuk hanya berunding dengan sub-kontraktor yang kebanyakannya terletak di China,” katanya ketika membentangkan keputusan kajian tahunan hari ini.

Tiada ulasan: