Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap (Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.
"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
ADUN, exco tak boleh pohon tanah
"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.
"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."
Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.
Berebut untuk dapat 'Datuk'
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.
"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.
Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.
"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.
Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.
Laporan terdahulu: PAS intai peluang di kawasan bukan MelayuMalaysiakini mendapati terdapat tiga peraturan pendaftaran yang berbeza di Sabah, Sarawak dan semenanjung meskipun semuanya terletak di bidang kuasa Jabatan Pendaftran Negara.
Hanya Sabah yang mengiktiraf bangsa campuran tetapi mengehadkannya kepada pasangan Cina dan pribumi sahaja, manakala Sarawak pula mewajibkan seseorang anak itu mengikut bangsa bapanya.
Peraturan di semenanjung pula membenarkan ibu bapa untuk memilih bangsa anak mereka berdasarkan keturunan si ibu mahupun si ayah.
Menurut seorang pegawai JPN Sabah, ibu bapa boleh memilih mendaftarkan anak mereka sebagai 'bangsa campuran' atau juga mengikut salah seorang ibu bapanya.
“Jika bapanya Cina dan ibunya adalah Kadazan, maka anaknya adalah Cina atau Kadazan atau juga sino-bumiputera,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.
Jelasnya, ibu bapa juga sebelum ini boleh memilih pelbagai istilah lain seperti 'sino-Kadazan' dan 'sino-Murut' ketika pendaftaran dijalankan secara manual.
Selepas pendaftaran dijalankan secara berkomputer, mereka hanya boleh memilih 'sino-bumiputera'.
“Kami telah memohon supaya istilah lama dikembalikan tetapi ini belum diluluskan lagi,” kata pegawai yang memohon identitinya dirahsiakan.
Bagaiamanapun perkhawinan yang membabitkan seorang pribumi dan bukan Cina, anak mereka mesti mengikut sama ada bapa ataupun emaknya. Pilihan bangsa campuran hanya untuk ibu bapa bumiputera-Cina sahaja.
“Tidak ada pilihan 'bumiputera-India' atau 'bumiputera-Melayu;” katanya.
Manakala itu, sistem pendaftaran di Sarawak dikatakan lebih rigid. Bangsa seseorang kanak-kanak mestilah berdasarkan keturunan bapanya.
“Wajib ikut bangsa bapa,” kata seorang pegawai JPN cawangan Sarawak kepada Malaysiakini semalam.
“Jika bapanya orang asing, bangsa anak itu akan ditentukan oleh kerakyatan bapanyanya,” kata pegawai itu.
“Contoh, bapanya adalah orang Itali, bangsa anak itu adalah 'Itali'. Jika bapanya rakyat Singapura, maka bangsa anak itu adalah 'Singapura',” kata pegawai itu.
Sebaliknya, menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.
“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.
“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.
Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:ThePirateBay.org
- MegaUpload.com
- FileServe.com
- DepositFiles.com
- FilesTube.com
- Warez-BB.org
- Movie2k.to
- MegaVideo.com
- PutLocker.com
- DuckLoad.com
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityIni filesharing hoster.
Apa sangkut dengan SKMM? Kalau takut rakyat download video seks , eloklah tangkap UMNO dulu. Ini nampak Streamyx takut rugi , sebab download banyak dari file hosting merugikan premium IP.Streamyx akan menangung kos berlebihan untuk membeli premium IP dari oversea.
Karutlah SKMM. Negar a jiran tak lakukan sekatan sedemikian, kenapa perlu di Malaysia? pordah- Nunalifwaualiflam Haalifdalya · Tasikmalayamediafire.com xde dlm senarai plak sbb ade video tulen datuk "t"ungau kankankan..
Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu.
Timbalan Ketua Polis Ledang, DSP Mohd Salleh Abdul Razak, ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan ada pelatih pusat pemulihan tersebut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian tersebut.
Katanya, pihaknya sedang memeriksa bilangan pelatih bagi mengesan sekiranya ada antara pelatih yang telah melarikan diri.
Mohd Salleh yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut.
Katanya, kebakaran di pusat berkenaan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada kira-kira 10 malam semalam.
- Bernama
Agih RM2 juta pada semua persatuan belia
Harakahdaily |
IPOH, 10 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengharapkan pembahagian peruntukan bajet kerajaan negeri untuk warga belia sebanyak RM2 juta diagihkan kepada semua persatuan belia dan tidak terhad kepada persatuan sukan atau persatuan tertentu sahaja. Setiausahanya, Salman Saleh berkata, sudah tentu Persatuan Bolasepak Negeri Perak (Pafa) akan mendapat peruntukan yang lebih besar kerana presidennya adalah Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang juga Exco Belia dan Sukan negeri. “Apa yang kami harapkan, persatuan sukan lain seperti hoki, badminton, sepak takraw dan beberapa lagi sukan teras dalam Negeri Perak akan turut mendapat peruntukan yang sama,” ujarnya. Selain itu, katanya persatuan belia yang kini tidak mendapat suntikan bantuan juga perlu diberikan peruntukan sama rata bagi meningkatkan aktiviti belia di negeri ini. Baginya, adalah sewajarnya semua senarai penerima perlu dipamerkan bagi tujuan ketelusan kerana ianya membabitkan wang rakyat. “Kami tidak menuduh atau berprasangka buruk, ketelusan amat penting bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan yang membabitkan wang rakyat. “Sekali lagi kami berharap pembahagian sama rata dibuat kepada semua persatuan belia dan sukan sebagai penghargaan kepada golongan belia di negeri Perak ini,” katanya. |
BN mahu banteras rasuah, rakyat senyum kambing
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, Pakatan Rakyat komited melakukan reformasi seperti yang digaris dalam kerangka dan dasar yang terkandung dalam Buku Jingga. Berbeza dengan Umno-Barisan Nasional, parti pemerintah itu katanya, meskipun tampil dengan pelbagai slogan, namun dilihat tidak konsisten terutama dalam melaksanakan perubahan seperti membanteras rasuah dan salahguna kuasa, lapor Keadilandaily. “Saya fikir Pakatan sudah memaparkan idea mereka dalam buku jingga dan apa yang penting ialah hapuskan rasuah dan ketirisan supaya sumber yang ada sampai ke tangan yang disasarkan. “Masalah Umno-BN ialah masalah ketiadaan integriti. Contohnya apabila mereka bercakap tentang membanteras rasuah, rakyat senyum kambing kerana mereka ragu yang kerajaan ini mempunyai landasan moral untuk memperkatakan soal-soal seperti itu,” katanya dalam satu temubual bersama wartawan Keadilandaily. Tambah beliau, isu pembangunan bukan lagi isu yang boleh menarik perhatian rakyat, terutama kaum Melayu seperti mana yang selalu dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya. “Siapa pun boleh buat pembangunan jika ada kuasa. Isu yang lebih dekat dengan hati orang Melayu ialah siapa yang boleh mengurus dengan baik; bukan soal kalau parti lain memerintah tidak ada pembangunan. “Seperti yang kita lihat Pakatan tidak memainkan isu itu; mereka lebih menekankan soal pengurusan, soal idea dan yang penting ada ketelusan dan pertanggungjawaban. “Isu-isu ini tidak dapat ditangani oleh Umno-BN kerana mereka anti pertanggungjawaban dan ketelusan. Sebab itu mereka tidak boleh buat tender terbuka umpamanya,” kata pakar perlembagaan itu lagi. Ditanya mengenai sentimen di kalangan golongan muda pula katanya, ia menunjukkan perubahan apabila kelompok itu mula menerima politik baru. “Saya pasti ada perubahan; yang jelas kita ada ramai pengundi muda yang cara berfikir mereka tak sama dengan orang tua mereka. Selain itu mereka juga adalah generasi yang berbeza; isu kaum dan sensasi termasuk hantu 13 Mei 1969 tidak masuk akal bagi mereka. “Dalam pada itu mereka juga kurang tebal sentimen perkauman. Keutamaan mereka ialah masa depan dan kebajikan mereka. Mahasiswa contohnya tidak lagi takut seperti mahasiswa 10 atau 15 tahun dulu sebab mereka bukan generasi biasiswa kerajaan. “Tidak seperti dulu, kerja tidak lagi terjamin. Mereka juga tidak takut dibuang kolej kerana sekarang kolej ini yang terdesak mencari pelajar! Ini semua adalah perubahan dan anjakan yang kebanyakan kita tidak sedar. Dalam pada itu mereka terdedah kepada media alternatif,” katanya. |
Guan Eng minta Soi Lek henti berbohong
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mempunyai rekod yang tidak tercela dengan lebihan bajet (surplus) untuk tiga tahun berturut-turut sejak mengambil alih tampuk pada 2008 berlandaskan konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Justeru, Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) meminta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhenti daripada terus melakukan pembohongan kepada diri sendiri. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek dalam satu wawancaranya bersama Malaysiakini yang disiarkan secara penuh dalam The Star hari ini mengatakan bahawa ‘Pulau Pinang telah membenarkan kenaikan tarif air sebanyak 20 peratus dan kini Pulau Pinang sedang mengalami bajet defisit, di mana akan menjadi lebih teruk menjelang tahun hadapan’. “Perkara ini adalah tidak benar sama sekali kerana Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencatat rekod lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak mengambil alih tampuk pemerintahan BN pada tahun 2008 atas amalan bebas rasuah dan urus tadbir yang berasaskan CAT,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Ini, katanya turut disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara di mana Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik selama dua tahun berturut-turut. Tambahnya, Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan negeri atau negara yang telah dipuji oleh Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Pulau Pinang mencatat surplus yang paling tinggi dalam sejarah dengan RM88 juta pada 2008, RM77 juta (2009) dan RM33 juta (2010). Jelasnya, anggaran surplus pada tahun 2009 sepatutnya bernilai RM92 juta jika kerajaan negeri tidak perlu membayar RM15 juta atas perintah Mahkamah Tinggi disebabkan skandal tanah Tang Hak Ju yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum ini. Menurutnya, dengan pengurusan kewangan yang baiklah telah membolehkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengagihkan RM12 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Sikh. “Adakah RM12 juta juga diberikan oleh Kerajaan BN sebelum ini?” soalnya. Beliau menjelaskan Pulau Pinang tidak menaikkan tarif air untuk pengguna domestik malah telah membiayai subsidi yang besar, tetapi mengenakan surcaj pemuliharaan air kepada mereka yang membazirkan air. Baginya, Chua tidak jujur kerana memutar belitkan perbezaan itu. Katanya, keengganan Pakatan Rakyat menaikkan tarif air kepada pengguna domestik telah dikutuk hebat oleh NGO yang menginginkan kenaikan tarif air bagi mengurangkan pembaziran air. Tambahnya, tarif air hanya dinaikkan untuk perniagaan sahaja setara dengan kos pengeluaran. “Sekiranya Chua tidak gembira dengan kenaikan ini, mengapa beliau tidak menentang kenaikan tarif air di Johor, yang mana tarif air di Johor adalah 3-6 kali lebih tinggi daripada Pulau Pinang?” soalnya lagi. Menurutnya, Pulau Pinang masih menikmati tariff air yang terendah bagi kedua-dua domestik dan perniagaan di negara ini. Disebabkan tarif air yang rendah, katanya Pulau Pinang menanggung penggunaan air yang tertinggi dengan purata 291 liter seorang, sehari untuk tahun 2010 berbanding purata kebangsaan sebanyak 205 liter sahaja. Beliau menambah, prestasi kewangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukan hanya untuk pentadbiran kerajaan negeri sahaja tetapi juga telah menyelamatkan MPSP daripada menjadi muflis. Jelasnya, dari tahun 2000- 2007, MPSP terpaksa menanggung defisit setiap tahun di mana, kehilangan RM230 juta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini. Katanya, MPSP berada dalam keadaan muflis secara praktikal semasa Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini. Walau bagaimanapun, ujarnya hanya dalam masa satu tahun, Kerajaan CAT Pakatan Rakyat berjaya menyelamatkan MPSP daripada terus muflis dengan mencatatkan sedikit surplus pada tahun 2008 dan seterusnya untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2008 (RM3 juta), 2009 (RM15 juta) dan 2010 (RM23 juta). Mengenai kenyataan Chua bahawa ‘BN mempunyai banyak kelemahan, kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak melakukan seperti yang dikatakan’, Lim menjelaskan kehilangan RM230 juta di MPSP dan RM40 juta ke atas skandal tanah Tang Hak Ju merupakan contoh terbaik kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. “Manakala kenyataan BN tidak melakukan seperti apa yang dikatakan, Chua seharusnya merujuk kembali janji-janji yang telah beliau taburkan ketika pilihan raya pemilihan presiden MCA yang lepas,” ujarnya. Tambahnya, tidak diragukan sememangnya Pulau Pinang menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada BN. Katanya, keyakinan diiringi dengan kejayaan Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam sejarah dan menduduki tempat pertama di Malaysia sebanyak RM12.2 bilion. Pulau Pinang juga, ujarnya mengalami penurunan indeks jenayah yang tertinggi di Malaysia dengan penurunan sebanyak 27 peratus. Beliau berkata, Pulau Pinang juga menduduki tempat pertama dalam sektor pelancongan kesihatan dan pertumbuhan penumpang udara sebanyak 25 peratus di negara ini. “Chua seharusnya mencari kebenaran melalui fakta, bukannya berbohong dengan memutar belitkan fakta semata-mata untuk meraih populariti dan menyerang PR. “PR tidak sempurna dan bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dilakukan tetapi PR berbeza dengan BN kerana PR tidak memanjakan diri dengan rasuah dan kroni,” katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan