Rabu, 29 Jun 2011

BILA BAB HARAM YANG DILAKUKAN PIHAK TERTENTU ...BIARKAN...UNDANG2 ISLAM BISU SERIBU BAHASA...AKHIRAT KITA SAMA2 JAWAB....

Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR
Regina Lee
Jun 28, 11
10:23am

Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

NONEDalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

NONE"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

NONEKatanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.Rozan membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

NONE"Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.


Khalis Kamarudin · Pengulas Tertinggi · Jenazah bangun college
KALAU BERANI SANGAT CUBA UGUT BAKAR PEJABAT PAS....NAK TGK JADI APA.
  • Gee Ying Chun · Universiti Teknologi Malaysia
    Nak tanya PDRM dan KDN, siapakah sebenarnya yang akan memudaratkan Malaysia? BERSIH atau UMNO?
  • Riwan Mohd Saad · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
    PEMIMPIN PEMBANGKANG XPERNAH MENGHASUT UNTUK MENGANGKAT PEDANG, KERIS MEMBAKAR ATAU MERUSUH.. TETAPI SETIAP MASA DIGAMBARKAN SEBAGAI PARTI YG RASIS.. SEDANGKAN PARTI KERAJAAN TERANG2 MEMBUAT KEROSAKKAN TETAPI MEDIA ARUS MENGGAMBARKAN MEREKA SEBAGAI SEORG WIRA.. MENUNTUT KEADILAN KEPADA RAKYAT..


Pinjaman RM6b Felda: ANAK minta bantuan Agong
Jun 28, 11 6:12pm

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) tidak teragak- agak memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong jika isu pinjaman RM6 bilion oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) gagal disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEPresidennya, Mazlan Aliman (duduk pertama dari kanan), berkata pihaknya akan berterusan mendesak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memperincikan persoalan yang gagal dijawab dengan jelas berhubung pinjaman RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP), sehingga dibangkitkan semula oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Aktivis ANAK melalui 61 cawangan ANAK di seluruh negara akan membuat laporan polis di balai polis berdekatan tanah rancangan Felda mereka.

“Sekiranya dalam tempoh sebulan dari tarikh laporan, kerajaan dan Felda masih gagal menjelaskan secara terperinci berhubung pinjaman ini, kita akan buat satu lagi laporan terhadap SPRM supaya siasatan menyeluruh dapat dilakukan,” kata Mazlan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

NONEAhad lalu, ANAK membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berhubung perkara itu dan 13 lagi laporan polis seluruh negara bersabit isu yang sama turut dibuat.

Beliau menegaskan, sekiranya SPRM juga gagal menyiasat, ANAK akan akan memohon perkenan campurtangan Yang di-Pertuan Agong.

“Felda adalah institusi milik orang Melayu yang telah wujud sejak 1956, jadi, banyak persoalan masih belum mendapat jawapan terperinci.

“Antara aduan dikemukakan dalam laporan itu, kita minta siasat ke mana pinjaman RM6 bilion itu disalurkan? Siapa yang arahkan pinjaman? Mengapa ia tidak pernah dibentangkan di Parlimen?” soalnya.



Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan
Hazlan Zakaria
Jun 28, 11
4:17pm

Kongsi 7512
Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

dr siti mariah interview 300408 02Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. NONEMenurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

NONEMenurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

  • Syahmi Marzukhi · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu
    160k bill electrik, 33k bill air......kadar ini masih rendah berbanding kegunaan perdana menteri negara lain....TERBAEKKKKK....boley tuju lagu?
    • Rakyat Johor · Universiti Pondok
      hebat kan tpm dan pm -- berbelanja lebih jimat dari tpm dan pm negara lain --bravoooooooooooooooooo 1 malaysia
    • Cg Agm · Pengulas Tertinggi
      Rumah Tn Guru Nik Aziz berapa agaknya ekk...
    • Farid Shamshuddin · Pengulas Tertinggi · umur 37 tahun
      kami rakyat bawahan ni nak beli atap zink rm 20 -30 pun terpaksa berkira..berjuta2 untuk kediaman PM, sakit ati aku baca..4 Khalifah Ar-Rasyid pun tak hidup mewah mcm ni..mmg dasar bajingan..ptuih!

Video seks: Hati nurani saya jelas, kata Johari
Jun 28, 11 6:54pm

Ahli Majlis Tertinggi PKR Johari Abdul menolak dakwaan penulis blog pro-Umno bahawa beliau meminta wang bagi tugas menyakinkan ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya menonton video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

parliament briefing 030408 johari abdul"Hati nurani saya jelas,” kata Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani, apabila ditemui di lobi parlimen hari ini.

Johari hari ini dituduh oleh blog Papagomo cuba mendapatkan RM100,000 sebagai 'bayaran pelincir' bagi menjalankan tugas itu.

Penulis blog itu juga menuduh beliau cuba meminta RM1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu.

Papagomo tidak membekalkan bukti bagi mempertahankan dakwaannya tetapi hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video seks berkenaan dengan kumpulan trio 'Datuk T'.

Beliau dilihat sedang bergurau dengan kumpulan Datuk T dan bergelak ketawa sepanjang klip dua minit itu.

Adalah dipercayai klip video berkenaan dirakamkan pada 21 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari yang sama Datuk T menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan dan editor terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

NONEDatuk T adalah nama samaran yang sebelum ini digunakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKAS Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Ditanya mengapa beliau sebegitu tenang semasa tayangan itu, Johari berkata beliau rasa 'rileks' kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.

“Saya suspek yang saya dirakamkan sebab itu saya banyak tersenyum,” jelasnya.

Lebih-lebih lagi, kata Johari, beliau mengenali Rahim sejak zaman mereka bersama di Umno manakala Shuib adalah bapa saudaranya.

“Saya seorang MP lah bagaimana harus saya bertindak? Patutkah saya menanggis?” soalnya lagi.


  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Rakaman ini boleh pulak guna pakai kamera jenis baik dan berwarna.. masa nak rakam video seks mengapa hitam putih dan kabur? tunjuk jam tangan jenama "Omega".. tetapi semasa di Mahkamah langsung tak sentuh mengenai jam "Omega" ni...UMNO BOLEH TIPU SEMUA RAKYAT SETENGAH MASA... SETENGAH RAKYAT SETIAP MASA.. TETAPI TIDAK MAMPU NAK TIPU, KELENTONG DAN PERBODOHKAN SEMUA RAKYAT SETIAP MASA...KISAH INI SEKADAR MEMASTIKAN PENYOKONG TEGAR UMNO TIDAK GOYAH DALAM MELAHIRKAN SOKONGANNYA KAPADA UMNO.. TAK LEBIH DARI ITU...TIDAK MAMPU MEMIKAT DAN MENAMBAT HATI RAKYAT YANG MAMPU BERFIKIR DAN MENILAI TERUTAMANYA PENGUNDI-PENGUNDI BARU DAN ANAK-ANAK MUDA.
    • Jalaludin Zainal Abidin · Ampang, Kuala Lumpur
      pakai camera khas untuk malam. Macam prog. national Geo.... ambil gambar binatang. ini pun kira binatang gak.....
    • Farid Shamshuddin · Pengulas Tertinggi · umur 37 tahun
      terima kasih atas pendedahan oleh papagomo..maka makin nampaklah segala yang berlaku telah dirancang dari awal lagi..dan aku pun membuat keputusan..PRU 13 undi aku bukan untuk UMNO/BN lagi..
    • Eddiey Mohd · Pengulas Tertinggi
      video tu cuma besi je takleh jadi saksi
NIEI: Bebaskan Song
Salhan K Ahmad
Jun 28, 11
5:20pm

Pusat kajian pilihan raya National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI) hari ini menuntut supaya pihak berkuasa segera membebaskan seorang pelatih wanitanya yang ditahan berhubung satu program Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Ledang, Johor.

NONESetiausaha agung NIEI, Amin Iskandar (kiri) berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap pelatih warga Korea itu, Song Min-young juga tidak berasas dan tidak betul sama sekali.

"Semasa penahanannya di Ledang, Johor, Song sedang memerhatikan kerja-kerja oleh Parti Sosialis Malaysia, selari dengan tugasnya di NIEI," kata Amin yang membacakan satu kenyataan rasmi NGO itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan satu laporan akhbar hari ini bahawa, PSM yang mengepalai BERSIH 2.0 bersekongkol dengan ejen asing bagi menyebarkan propaganda jahat untuk menggulingkan kerajaan.

Seorang daripada "ejen asing" yang dinamakan dalam laporan akhbar tersebut itu ialah Song, 24.

"Kami sangat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dibuat oleh polis dan juga Utusan Malaysia bahawa Song merupakan seorang ejen asing yang (mahu) mengacau ketenteraman di Malaysia.

"Kami menuntut supaya Song dibebaskan dan tuduhan ke atasnya digugurkan serta merta," kata Amin lagi yang juga mahu PDRM serta akhbar berkenaan memohon maaf atas tuduhan berkenaan.

Amin menjelaskan, pelajar kejuruteraan di Chonnam National University itu sebenarnya membantu NGO berkenaan dalam kajian pilihan raya dan juga untuk satu kajian bertajuk 'Election in Malaysia: Comparison studies between Malaysia and South Korea.'

NONEBeliau turut menjelaskan, Song juga merupakan anggota pertubuhan hak asasi May 18 Memorial Foundation di Korea dan memulakan latihan selama sembilan bulan di NIEI bermula Mac lalu.

"Tugas (Song) memerlukan beliau berkomunikasi dengan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan juga parti politik.

"Song bukanlah perisik asing dalam apa cara sekalipun," kata Amin yang menambah, Song juga merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan peringkat ijazah di Chonnam National University, Korea Selatan.

Song telah dibebaskan pada Ahad lalu bersama seramai 29 orang lagi ahli PSM namun beliau kemudiannya ditahan semula semalam di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Namun pada 27 Jun, Song ditahan semula pada malam semalam dan kini ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil," kata Amin.

Bercakap kepada media di perkarangan bangunan balai polis berkenaan, Amin berkata Song kini disiasat mengikut Akta Imigresen berhubung status pasportnya.

"Kita akan bekerjama dengan kedutaan Korea bagi membantu mempercepatkan proses pembebasannya. Kita akan minta kedutaan sahkan pasport beliau," kata Amin lagi.


  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    Beguitulah hebatnya pelajar luar negara walaupun mereka mengambil bidang dan jurusan lain tetapi mereka juga terpaksa mengambil mata pelajaran selain dari apa yg mereka belajar sebagai subjek sampingan bukannya macam university dalam negara kita.. pelajaran hanya tertumpu kepada bidang dan jurusan yg diambil sahaja sbb tu ramai pelajar malaysia yg menganggur sbb tak boleh buat kerja jika tidak melibatkan subjek yg mereka belajar di universiti Bahalol dalam negara..

Biskop minta "hentam Kristian" dihentikan
Terence Netto
Jun 28, 11
3:11pm

Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan “hentam Kristian” berikutan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa dana perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai pertubuhan Kristian.

Presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia itu berkata, akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen menerbitkan dakwaan liar tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini.

“Saya gerun kerana tidak ada apa yang dilakukan bagi menghentikan akhbar ini daripada mengeluarkan perkara mengarut seperti ini.

NONE“Ini menunjukkan pihak berkuasa lebih berminat menangkap dan memantau orang ramai yang mahu meluahkan perasaan mereka secara sah daripada menghentikan tindakan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap beberapa individu dan kumpulan di negara ini,” katanya hari ini.

Dalam lidah pengarang akhbar itu semalam, Utusan mendakwa jutaan ringgit disalurkan oleh 11 pertubuhan asing Kristian bagi membiayai dana perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 9 Julai ini.

Sebelum ini, akhbar sama memetik dua blog pro-Umno yang pernah melaporkan sekumpulan paderi Kristian berhasrat menegakkan agama mereka sebagai agama rasmi Malaysia dan melantik seorang pemimpin Kristian sebagai perdana menteri.


Harussani: Ambiga cuba jadi 'superhero'
Jun 28, 11 7:57pm

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

NONE"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Harussani berkata malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.

"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.

Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya.

--Bernama

K'jaan Pulau Pinang nafi jual tanah wakaf masjid
Jun 28, 11 7:16pm

Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan fitnah bahawa pihaknya menerusi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tanah wakaf Masjid Jalan Tengah, Jalan Burma di Georgetown dan menjualnya kepada pihak ketiga.

NONEPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kasim, berkata tanah masjid berkenaan di Lot 205 yang telah didaftarkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 5 Januari 1993 itu masih menjadi hak MAINPP.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan pihak tertentu... saya tegaskan tanah itu masih milik MAINPP," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebuah akhbar baru-baru ini mendakwa "MPPP menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial, mengundang kemarahan kariah masjid berkenaan".

Sementara itu, berhubung penutupan jalan belakang ke Masjid Jalan Tengah yang dibantah penduduk baru-baru ini, Abdul Malik berkata siasatan mendapati terdapat kerja pembinaan struktur separuh konkrit dan berbumbung di atas Lot 206 (bersebelahan Masjid Jalan Tengah) yang dimiliki oleh orang perseorangan.

Abdul Malik berkata, pemilik tanah juga didapati menutup laluan belakang ke masjid dengan binaan zink dan tindakan itu menyusahkan masyarakat Islam yang menggunakan laluan berkenaan ke masjid.

"Ada pihak menuduh MPPP terbabit dalam rasuah kerana meluluskan pembinaan bangunan yang sedang dijalankan itu, sebenarnya premis yang masih dalam pembinaan tersebut dibina tanpa kebenaran MPPP.

"Berikutan itu, pada 11 Mei lalu MPPP telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 72(1) Akta Parit dan Bangunan (AJPB) 1974, supaya menghenti dan merobohkan binaan tersebut," katanya.

Katanya, pada 24 Jun lalu, notis AJPB telah disempurnakan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan terhadap pihak yang berkenaan.

- Bernama

Tiada ulasan: