Rabu, 22 Jun 2011

BILA BERCAKAP MENYOKONG SESATU PUAK...INGINKAN DUNIA..HINGGA HUJAH BODOH DIKUAR..MEMANG CONFIRM BODOH..TAK INGAT MATI...LUPA DOSA PAHALA....SERTA MATI

Kepintaran Mat Sabu berbanding sarjana Umno
Subky Latif

MAT Sabu, Timbalan Presiden PAS tidak lulus Universiti Oxford seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kelulusannya pun tidak sehebat setengah sarjana UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Najib. Dia tidak mengaji falsafah dan sains politik peringkat ijazah di ITM. Dia belajar diplomat tertentu tentang teknologi saja.

Tetapi kepintarannya berhujah tentang isu demonstrasi Bersih 2.0 pada 09 Julai nanti jauh lebih hebat dari alasan bodoh pemimpin Pemuda UMNO dan sekutu NGOnya yang membuat aduan polis tentang mengapa ia patut dihalang.

Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang satu sekolah dengan Mat Sabu di ITM dulu selalunya pintar tetapi dalam perkara ini lebih buntu otaknya dari Hosni Mubarak.

Mereka takut pelancong tidak datang sehari ke Kuala Lumpur akan menyebabkan penjaja kerugian dan pengusaha teksi tidak dapat membawa penumpang. Ekonomi negara akan terjejas.

Siapa kata pelancong tidak datang ke Kuala Lumpur?

Beratus ribu orang yang datang dari seluruh negara bagi menyertai perarakan itu pelanconglah. Pelancong itu bukan yang datang dari Amerika dan Negara-negara Teluk saja. Orang dari ceruk rantau dari seluruh negara yang ke Kuala Lumpur itu adalah pelancong juga.

Banyak tol yang mereka akan bayar pergi balik ke Kuala Lumpur pada hari itu? Mungkin melebihi pungutan di hari perayaan. Banyak petrol yang mereka akan gunakan hari itu? Pemilik stesen minyak sepanjang ke Kuala Lumpur dari Perlis, dari Rantau Panjang dan dari Johor Bahru menyebak akan membuat duit yang banyak.

Berapa kali seorang penunjuk perasaan singgah di gerai dan restoran hari itu dari pagi hingga ke malam? Empat lima kali. Katakanlah sekali makan RM5, banyak penjaja di gerai dapat pungut hari itu.

Mereka bukan sekadar datang untuk tunjuk perasaan saja, bahkan berbelanja sedikit sebanyak. Biasanya seorang akan berbelanja antara RM50 hingga RM100. Ke mana duit itu pergi kalau tidak kepada peniaga?

Lagi ramai orang datang ke Kuala Lumpur lagi peniaga dan penjaja beroleh tuah. Berniaga air botol saja pun tak dapat dikira untungnya. Mat Rempit boleh rehat berlumba hari itu, ambil peluang berjaja air botol kepada demonstran di sepanjang jalan. Tak perlu meragut hari itu mereka akan dapat banyak rezeki.

Mungkin teksi terpaksa berjalan perlahan di kawasan sesak atau tidak boleh masuk ke kawasan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Masjid Negara dan ke Istana Negara. Tapi kawasan sesak itu untuk beberapa jam saja kecuali apabila ia dihalang oleh polis.

Kalau polis cerdik dan menteri-menterinya cerdik, memberi peluang kepada tunjuk perasaan aman itu, dan bekerjasama bagi memastikan lalu lintas berjalan licin, maka tunjuk perasaan tidak menjadi apa-apa keburukan. Tentulah tiga empat jam akan sesak, tetapi lepas itu semuanya akan pulih.

Tunjuk perasaan itu bukan untuk membuat Perdana Menteri seperti di Mesir, Tunisia, Yaman, Libya dan Syria, tetapi untuk mengajar SPR yang pada persepsinya ia satu dari biro UMNO.

Orang datang dengan motokar dan bas dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan Melaka tidak boleh membawa kenderaan mereka ke tengah-tengah kota kerana mengelakkan sesak dan kereta payah tiba ke situ. Bas dan kereta akan ditinggalkan jauh dan berbatu-batu dari kawasan orang berhimpun dan berarak.

Dengan apa orang hendak ke situ kalau tidak dengan teksi. Bukan semua kawasan ada perkhidmatan train. Maka mereka perlu teksi untuk pergi ke tempat yang paling dekat dan boleh ditiba oleh teksi.

Teksi hendak cerdik mencari jalan yang boleh dilalui. Kalau polis tidak menghalang dan sebaliknya membantu kelancaran trafik, teksi boleh sampai ke tempat paling dekat dengan lokasi perhimpunan.

Dan bila tunjuk perasaan itu selesai, mereka hendak balik ke tempat kereta ditinggalkan yang tentu jauh dan tak terdaya lagi berjalan kaki. Semuanya itu peluang mengaut untung bagi teksi.

Kalaulah sehari itu teksi tak dapat rezeki langsung, maka sekadar sehari tak memandu tidaklah menjadi pemandu teksi bangsat bertahun-tahun. Orang yang datang dari jauh berbelanja banyak sanggup datang menyertai tunjuk perasaan bagi memperjuangkan tertegaknya keadilan, maka apalah salahnya kalau sehari pemandu teksi tidak pendapatan tetapi dengan keadilan yang hendak ditegakkan akan memberi kebaikan kepada masa depan maasing-masing.

Mungkin hari ini hilang mata pencarian, tetapi kalau keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat dihapuskan, apalah ertinya kerugian satu hari itu?

Ibrahim tak usah diikut. Dia makan kiri dan makan kanan. Pemerintah zalim pun dia kenyang dan kalau tertegak keadilan, masakan dia bangsat pula.

Mat Sabu menggunakan hujah-hujah itu. Ternyatalah hujahnya kuat dan ia melemahkan dalih serjana-sarjana yang mengaji tinggi. Hujah sarjana itu lebih lemah dari akal orang sekolah atap. Tun Abdullah Badawi pun bercakap semangkok, jelaslah hujahnya tak sampai separuh dari kehebatan Mat Sabu.

TV3, Bersih 2.0 dan Yob Tualang Sekah..



Salam untok pejuang...

Sebenornye haku dan Hanapiah Husin mengiring rakan kami ke TV3 untok temuramah mengenai isu BERSIH 2.0. kerana kenderaannya bermasaalah.

Kami tiba sekitar jam 4 petang dan dibawa terus kebilik media. Selepas sahaja habis temuramah rakan kami ini, haku dan Hanapiah diperkenalkan kepada pengacara sebagai blogger dan ativis masyarakat yang aktif.

Pengacara tersebut mempelawa kami untok ditemuramah dengan tajuk 'Apa pandangan anda dengan Perhimpunan BERSIH..?' Kami bersetuju, walaupun mengetahui TV3 akan edit temuramah ini mengikot citarasa mereka.

Hanafiah memberi pandangan dan cara penyelesaian masaalah hampir 5 minit. Dan apa yang kita buleh saksikan didalam video klip adalah temuramah yang diedit seolah olah Hanafiah tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih. Cara penyelesaian yang dibentangkan oleh Hanafiah, tidak langsung disiarkan. Warghkahkahkah... Sebenornye kami memang dah bersedia.

Giliran aku memberi pendapat, haku juga memberi pandang dan cara penyelesaian yang sama dengan hanafiah. 4 minit temuramah, yang komer lihat hanyalah komen haku yang hanya beberapa saat sahaja. Juga, cara penyelasaian tidak disiarkan. Yob Tualang Sekah digambarkan seolah olah tidak bersetuju dengan perhimpunan ini. Ini memang haku jangka awal awal, warghkahkahkah..

Jam 9.00 malam, haku menerima panggilan dan sms dari rakan pejuang mengenai temuramah ini. Haku kata, 'Kalo komer percaya dengan TV3, takde bezalah komer dengan geng Umno/BN yang lain..'.Mudah percaya dengan apa yang dipaparkan oleh media perdana ini.

Sebenornye, haku, Hanafiah dan rakan rakan telah pon berbincang mengenai isu BERSIH ini. dan kami sepakat untok menghantar "Nota untok Datuk Ambiga.". Dan berikut adalah pandangan peribadi Yob dan rakan rakan mengenai isu ini...dan Yob telah sampaikan semasa temuramah tersebot.


"NOTA UNTOK DATUK AMBIGA.."

1. Kami bersetuju dengan hasrat Datuk Ambiga untok mengadakan perhimpunan Bersih ini diadakan dengan niat untok menyampaikan hasrat rakyat supaya piliharaya telus dan bersih mendapat perhatian dari penguasa.. Dan kami bersedia untok turun menyokong bersama lebih kurang 4000 ahli RTPJ.

2. Kami juga memohon agar semua penyokong memakai hanya baju berwarna kuning sahaja, tanpa membawa bendera parti politik masing masing agar perhimpunan ini tidak disalah anggap sebagai perhimpunan politik.

3. Namun niat yang baik ini diambil kesempatan oleh politikus politikus rakus untok kepentingan masing masing. Tiba tiba, Perkasa dan Ibrahim Ali melancarkan perhimpunan Anti Bersih pada tarikh, tempat dan masa yang sama. Pemuda Umno dan Khairy Jamaluddin juga tidak mahu ketinggalan.

4. BERSIH kini menjadi pertembungan politik diantara puak haluan kanan dan kiri. BERSIH kini bakal menjadi KOTOR.

5. Sogo dan sekitarnya bakal menjadi seperti 'the killing field'. Dipenuhi jerangkap samar yang pada bila bila masa sahaja pasti meletus kekecohan antara dua kumpulan ini. Pasti ada yang cedera, ditangkap, dipukol, kemusnahan fasilitas awan dan sebagainya.Saya merasakan, dengan kehadiran Perkasa dan Pemuda Umno ini, pemilihan kawasan Sogo sebagai tapak perhimpunan BERSIH adalah kurang bijak. BERSIH dan penyokongnya akan dipersalahkan 100%..

6. Sebagai pemimpin, Datuk Ambiga perlu memikirkan keselamatan para penyokong yang terdiri daripada golongan tua, ibu ibu, anak anak dan anak muda.. Ini memang mustahil dengan kehadiran Perkasa dan Pemuda Umno. Adakah cara lain yang lebih selamat dalam mencari publisiti dan simpati dunia..?

CADANGAN KAMI...

1. Perhimpunan ini dipindahkan ke Stadium Shah Alam dimana ia diadakan secara tertutop, mengurangkan risiko kerosakan harta awam, kecederaan dan penangkapan penyokong.

2. Pemantauan keatas kumpulan Perkasa dan Pemuda Umno akan menjadi lebih mudah.

3. Perhimpunan serentak juga buleh dianjurkan diPulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

4. Pada 9/7/2011, rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan BERSIH ini memakai baju kuning, atau memasang bendera kuning sebagai tanda sokongan.

Terima kaseh.


p/s Yob dan rakan rakan akan berada bersama rakan pejuang... Jumpa disana.


http://youtu.be/1A6rRuJer1w
Ibrahim: 'Cina duduk di rumah' satu nasihat saja
S Pathmawathy
Jun 21, 11
4:03pm

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.

NONEKenyataan itu buat pada perhimpunan mini PERKASA pada Ahad lalu bagi membantah ralli BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.

"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya? Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.

"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.

NONE"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan Zmelayu. Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah. Itu sahaja,” kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Dua hari lalu, Ibrahim berikrar untuk mengadakan “Perhimpunan Aman' PERKASA pada 9 Julai yang bakal menimbulkan huru hara jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak membatalkan perhimpunan mereka.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

NONE"Apa sahaja boleh berlaku," kata Ibrahim Ahad lalu.

Bercakap pada wartawan di lobi parlimen hari ini, Ibrahim mempersalahkan mereka kerana didakwa salah mentafsirkan apa yang diluahkannya serta mensensasikan berita.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda:
“Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Facebook RM1.8 juta: Ng jemput SPRM siasat
Jun 21, 11 6:39pm

Kementerian Pelancongan mempersilakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perbelanjaan peruntukan RM1.8 juta kementerian itu bagi mewujud, mengurus dan memantau kempen serta promosi pelancongan Malaysia menerusi laman web sosial .

ng yen yen pc parliament 160611 03Menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata beliau memang mengalu-alukan sekiranya SPRM mahu menjalankan siasatan terperinci berhubung kes terbabit.

"Malah, saya sendiri sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Ong Hong Peng, menghubungi dan 'menjemput' SPRM, semalam (kelmarin) untuk menjalankan siasatan kerana kami memang telus dan tiada apa yang mahu sembunyikan.

"Pada masa sama, kementerian akan terus menggunakan strategi pemasaran baru (media sosial seperti Facebook and Google). Ini perlu kerana kami bertanggungjawab menjayakan sektor pelancongan negara," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Ng, beliau kecewa dan terguris dengan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini, terutama pembangkang yang menuduh Kementerian Pelancongan membazirkan peruntukan RM1.8 juta untuk semata-mata mewujud, membina dan menguruskan Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia.

NONEBeliau mengulangi bahawa peruntukan itu juga untuk kempen laman sosial di Facebook dan Google, termasuk bayaran RM360,000 untuk pengiklanan dan lebih RM500,000 bagi hadiah pertandingan yang dianjurkan.

Baru-baru ini, media melaporkan petikan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, memberitahu Dewan Rakyat kementeriannya membelanjakan RM1.8 juta untuk laman Facebook, termasuk perbelanjaan pembangunan, kerja-kerja menyelenggara dan pengiklanan.Ng berkata, beliau komited untuk mempelbagaikan saluran bagi promosi pelancongan daripada hanya bergantung pada media tradisional iaitu media cetak dan elektronik.

"Terdapat 700 juta orang aktif dalam media sosial, dan jika anda tidak percaya bahawa media sosial boleh meningkatkan pemasaran dengan itu anda tidak tergolong dalam masyarakat masa kini,” katanya.
SPR: Kemenangan parti ikut sentimen pengundi
Jun 21, 11 9:12am

Kemenangan dan kekalahan sesuatu parti yang bertanding di dalam pilihan raya berubah mengikut sentimen pengundi.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya dipersalahkan di atas keputusan sesuatu pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

NONE"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya semasa wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" selama 30 minit yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV Jabatan Penyiaran Malaysia Sayuti Mukhtar di Kuala Lumpur, malam semalam.

Menyentuh mengenai cadangan menurunkan had umur mereka yang layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun pada masa ini, Abdul Aziz berkata ia memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, seperti juga penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi mengundi dua kali dalam satu-satu pilihan raya.

Katanya, tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan yang menghalang seseorang itu mengundi sekiranya terdapat dakwat kekal di jari, tangan malahan pada badan sekalipun dan tindakan menghalang boleh menyebabkan SPR dicabar mengikut undang-undang.

NONE"Untuk pinda Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Untuk dapat dua pertiga sangat susah kerana hasil risikan saya, jika pemerintah setuju, pembangkang tidak bersetuju, pindaan tak boleh lulus dan begitu juga sebaliknya," katanya.

Abdul Aziz berkata sekiranya pindaan ini diluluskan, barulah Malaysia boleh mencontohi India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.

Selepas program itu, Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa SPR sentiasa membuka ruang perbincangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berbincang bagi menambahbaik perjalanan pilihan raya di negara ini.

NONE"Di sini juga saya ingin membetulkan laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, Sabtu lepas yang mengatakan SPR telah menutup pintu perbincangan kepada kumpulan itu ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

"Sebenarnya SPR tidak menutup pintu perbincangan malah bersedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk kebaikan dan menyuburkan proses demokrasi di negara ini," katanya.

- Bernama


Puad jangan jadi orang asing dengan PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zakarshi mungkin sudah terlupa Perlembagaan PAS, parti yang pernah dia dukung.

“Untuk pengetahuan Dr Puad dasar PAS tidak berubah sejak daripada 1951 hingga sekarang,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Tambahnya, tidak timbul PAS sudah mengubah dasar perjuangan apabila tema ucapan dasar Muktamar PAS ke-57 adalah ‘Membangun Negara Berkebajikan’.

Katanya, tohmohan demi tomohan kepada PAS kononnya PAS sudah mengubah dasar dan menjadi terompah DAP dan paling kelakar yang menjadi dalangnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Jelasnya, setakat hari ini dasar PAS ialah Islam seperti tercatat dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS, Manakala Fasal 5, tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah di samping mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Menurutnya, mungkin Puad terlupa bahawa setiap tajuk ucapan dasar muktamar dibincang di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat terlebih dahulu bukan ditentukan oleh DAP sebagai tohmohan pemimpin Umno.

Katanya, cadangan Puad supaya PAS membuat referendum di kalangan ahli mengenai tajuk Membangun Negara Berkebajikan tidak berbangkit kerana tajuk manifesto PAS 2008 ialah Negara Berkebajikan dan semua perwakilan muktamar PAS seramai hampir 1,200 orang sebulat suara menerima ucapan dasar presiden.

“Dr Mohd Puad bolehlah membaca Perlembagaan PAS yang beliau pernah buka dahulu. Beliau janganlah jadi seperti orang yang asing dengan PAS membuat tuduhan liar begitu sahaja.

“Biarlah Tun Dr Mahathir yang dari dulu, kini dan selamanya berdendam dengan PAS,” ujarnya.


Tiada ulasan: