Khamis, 30 Jun 2011

LAH NI ZAMAN IT...ZAMAN RAKYAT BERPENDIDIKAN....NI KESANNYA...SEKARANG SEGALA ADA FAKTA....MENAFIKAN JUGA ADA FAKTA...JANGAN TUTUP AUTA DENGAN AKTA...

★ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA ★ ★ Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN ★ ★ Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG ★ ★ Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN ★ ... ★ Belajar IKHLAS dari suatu KEPEDIHAN ★ ★ Belajar TAQWA dari KEKUFURAN ★ ★ Belajar TAWAKAL dari sesuatu DOA....



BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi
Joseph Sipalan
Jun 30, 11
3:26pm

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar berjalan dalam suasana 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara itu melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

NONE"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

“Beliau tak kata tidak dan saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temujanji untuk berjumpa IGP minggu depan.

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

“Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi.”

Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan tersebut, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan itu.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulangkali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman.

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli-belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

azlanPerarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Kalau polis mahukan BERSIH didemo dengan aman damai.
    1) Elakkan geng umno / perkasa buat kacau , paksa mereka pakai baju merah. jangan menyamar orang BERSIH.
    2) Sediakan water canon/ air asid tembak ppuak umno/ perkasa kalau buat kacau.
    3) hantarkan bodyguard pdrm bersama BERSIH jalan ke istana. tanpa gangguan dari pdrm sendiri.
    inilah 3 syarat dijamin BERSIH akan berjaya tanpa huru hara dari puak finatik umno/ perkasa.
    • Reformasi Tajdid · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Maybank
      apapun ht2 dgn pihak yg akn provok nanti termasuk yg pakai bj kuning yg akn cb menjadikn himpunan bertukr wajah.sama2 kt berpimpin tgn utk menunjukkn kekuatn kt.TAKBIR
    • Nur Atika Binti Atan · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
      Polis byk rampas baju bersih...nanti ms 9 Julai mesti SB ada yg pakai baju BERSIH menyilap masuk dlm kumpulan BERSIH. So waspada...

      Tp sy rs kalu polis setuju utk berdamai dgn BERSIH...itu adalah suatu yg luarbiasa...ekeke...polis ni mmg ikut ckp tuan..ekeke..

Pejabat Umno disimbah cat, lempar ayam mati
Abdul Rahim Sabri
Jun 30, 11
5:32pm

Dua pejabat Umno bahagian - Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur - telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.

Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot, ketua bahagiannya, Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi tadi.

NONEMenurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam blog itu juga, Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Syed Ali menasihatkan ahli akar umbi supaya tidak melatah kerana perbuatan itu bertujuan merosakkan perpaduan kaum dan menjejaskan keamanan negara.

NONEBeliau menyifatkan insiden tersebut sesuatu yang serius dan meminta polis segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.

Sementara itu, menurut blog riziqin.blogspot.com, Pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan berhubung kejadian yang sama ke atas pejabat bahagian itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling ayam yang disembelih di kedua-dua bangunan itu.

Dalam kenyataan media, ketua pemudanya, Kamaruzaman Mohamad berkata perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.

NONEMinggu lalu, kejadian yang hampir sama berlaku di Kangar, Perlis apabila berlakunya insiden cat hijau disembur pada sebuah kereta dan dinding bangunan, antaranya mengajak orang ramai turun menyertai perhimpunan BERSIH.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat negeri membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

  • Che' Tat · Pengulas Tertinggi
    Kalau jenis simbah cat, baling ayam, bawak kepala lembu, baling babi dalam masjid, bakar sana, bakar sini - tak payah tanya banyak-banyak laaa. Modus operandi sama. Woit! Buat la taktik lain pulak. Balik-balik taktik sama jer. Bosannnnnn... Kah kah kah!

Rumah MP DAP disimbah cat
Jun 30, 11 6:31pm

Kediaman ahli parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang terletak di Taman Sri Rambai, di Bukit Mertajam disimbah cat hijau manakala bangkai seekor ayam digantung di pintu pagar rumahnya hari ini.

Suami Chong, K Gunabalan, 63, berkata kejadian itu hanya disedari pada jam 5.45 pagi ketika beliau sedang bersiap untuk menghantar anak keduanya G Omprekash, 16, ke sekolah.

NONEKatanya ketika kejadian, hanya beliau dan dua anak berada di rumah manakala isterinya berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang Parlimen.

"Semasa saya keluar untuk menghantar anak, saya terkejut apabila melihat banyak tompokan cat hijau di sekitar kawasan rumah serta dua buah kereta jenis Mitsubishi dan Proton Wira yang diparkir di dalam kawasan pagar rumah.

"Saya tidak pasti bila kejadian itu berlaku kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising," katanya ketika ditemui pemberita.

Gunabalan berkata beliau menemui tiga bungkusan beg plastik cat yang ditinggalkan masing-masing dalam pagar rumah, luar pagar dan di dalam longkang serta bangkai seekor ayam turut digantung di pagar hadapan.

NONEKatanya, beliau juga tidak mengetahui motif kejadian itu dan tidak pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan politik atau peribadi.

"Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah SPT Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

- Bernama


NY Times dakwa kilang Lynas bahaya alam sekitar
Jun 30, 11 3:55pm

Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.

NONEArtikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.

  • Zakrie Jugged · Pengulas Tertinggi
    bHAHAHHA..ini bagi KARAMSINGH walia jawab! kemain pompang2 dlm tv3suku., lynas tanpa retorik, bla bla bla...NY Times patut interview karam ni!
    • Malieq Mohamed · Pengulas Tertinggi
      karam singh kompang jer...pegi test kat pejabat yb kat pagar cat minyak.sah2 ada radioaktif...ujian bangang
    • Raja Branson · Bekerja di Intel
      karamsingh ni pandai angkat tangan semasa cakap....aje...banggang betui!!!
    • Kilok Lampas Gen · SMK TAMAN MALURI
      dulu aku suka Karam Singh ni bila buat laporan.. tp lps laporan Lynas.. hampeh tul.. bukan mau tunjukan kebenaran tp jadi Pro BN lak.. entahla.. bila Lynas ni siap suruh aja karam Singh ni buat rumah kat tapak projek ni. biar dia rasa.. sapa betul n salah.
  • Hafiz Johari · British Malaysian Institute
    tulah dia yg ditakuti oleh semua rakyat marhaen...jika berlaku kecelakaaan seperti di Jepun adakah kita mampu untuk tanganinyer...bumbung stadium runtuh pun dah 2 tahun dok cam tx repaire..MRR2 tiang retak sana sini..bumbung parlimen bocor tx sudah2...apatah lagi nak wat loji nuklear...fikirkanlah..

Berbaju BERSIH: 23 ahli majlis diarah ke balai polis
Jimadie Shah Othman
Jun 30, 11
4:48pm

Gara-gara memakai baju BERSIH di mesyuarat bulanannya semalam, seramai 23 orang ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dipanggil polis untuk merakam kenyataan mereka.

Daripada jumlah itu, hanya tujuh hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini.

NONESelebihnya mempunyai tugas lain dan akan datang secara berperingkat-peringkat selepas ini.

Bagaimanapun, menurut seorang daripada mereka, Chandra Mohan ST, mereka masih tidak pasti akan disiasat mengikut akta mana.

MPKj mempunyai 24 anggota. Daripada jumlah itu hanya 20 orang hadir dalam mesyuarat semalam.

Ketujuh-tujuh mereka, Chandra, Ng Tien Chee, Steven Chan Jeong Hon, Tan Boon Wah, Lee Kee Hiong, Chang Siaw Hong dan Datuk Noorhisham Ishak.

Mereka diiringi peguam Lim Lip Eng yang juga anggota parlimen Segambut.

Ambil gambar

Malaysiakini difahamkan, dalam mesyuarat semalam di pejabat MPKj di bandar Kajang, lima anggota polis turut hadir dan mengambil gambar semua anggota majlis itu.

Selepas selesai memberikan keterangan kira-kira 30 minit kemudian, Chandra memberitahu pemberita mereka diarah memberikan keterangan mengikut Seskyen 112 Kanun Acara Jenayah sebagai saksi.

Katanya, selain maklumat diri, kehadiran mereka semalam dan bidang tugas sebagai ahli majlis, turut ditanya pendirian mereka tentang tuntutan BERSIH.

NONE"Saya jawab saya sokong pendirian BERSIH. Sebab itu kami pakai baju kuning," katanya.

Bagaimanapun, menurut Chandra lagi, mereka tidak ditanya sama ada menyokong perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Bagaimanapun, soalan yang tidak relevan kami tidak jawab," katanya merujuk soalan seperti nama anggota keluarga yang lain.

Bagi Norhisham pula, soalan yang ditanyakan kepada mereka terlalu mudah dan tidak memerlukan mereka hadir merakamkan kenyataan hari ini.

"Lebih baik mereka hantar soalan dan kami jawab dengan e-mel sahaja," katanya.

Semua mereka bagaimanapun tidak pasti sama ada akan dipanggil lagi membantu siasatan polis.


'Hampir mustahil' mengundi dua kali, kata SPR
Salhan K Ahmad
Jun 30, 11
5:15pm

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu.

NONE"Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008.

Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini.

Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali.

Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing.

"Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad.

"Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka.

Tegasnya, "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad, melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.

"Lagipun kita sendiri tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang.

NONE"Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya.

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih.

Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian, katanya.

Selain itu, Wan Ahmad antara lainnya turut mengulas mengenai tuntutan bagi pendaftaran automatik pengundi yang juga memerlukan pindaan dalam Perkara 119.

Jelasnya, undang-undang berkenaan pada masa ini tidak mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih seperti di negara lain.

Katanya lagi, jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti politik juga merupakan saluran dengan jumlah pengundi paling tinggi buat masa ini.


  • Noor Mohamed Mohamed Haniba · S.R.K Seri Bidor
    Salam,

    How about this,

    Para pembaca yang budiman sila semak nombor ic berikut di laman SPR, sila perhatikan tahun kelahiran. Ini baru 'random' check.
    ...
    1. a2222220 -1972
    2. a2222221 -1929
    3. a2222222 -1929
    4. a2222223 -1972

    Noor M.
    Bidor.
    Lihat seterusnya..
  • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
    Kata SPR: Hampir mustahil mengundi dua kali
    Kata Rahim Tamby Cik : Hampir mustahil saya wat kat budak sekolah
    Kata Polis : Hampir mustahil la polis rasuah
    Kata SPRM : Hampir mustahil la kita tolak Beng Hock
    Kata Muhyidin : Hampir mustahil la saya tak taw agama
    Kata Najib : Hampir mustahil BN menang kali ni.....
    • Sin Taq · Pengulas Tertinggi · SMDSA Arau
      tuntutan bersih didahului dgn kajian menyeluruh kpd sistem polihanraya. Bukan main tangkap ja.sebenarnya apa masalah spr utk menerima tuntutan ini...apa ruginya spr dan apa ruginya najib?
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      Wan Ahmad Wan Omar, kalau dah kakak kakak kamu sendiri tidak mempercayai sistem pilihanraya yang kamu terajui, rkyt terbanyak apatah lagi......!!!! susah sangatkah utk memenuhi tuntutan bagi menjalankan pilihanraya yg adil dan telus.???? atau memang telah menjadi agenda SPR bagi mengekalkan kuasa KERAjaan Be End sampai malaikat Izrafil meniup sangkakala..????? cammon mennnn...!!!!
  • Mohd Zuhairi Ariffin · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
    Jgn cakap sahaja nak buat.... tahun 2007 Bersih 1 dah suruh cari jalan penyelesian...Bukan tak bagi masa langsung.. Cik Wan kita ni buat bodoh je.... tahun 2011... Bersih 2.... tuntut lagi sekali... Jarak masa Bersih 1 ke Bersih 2 tu hampir 4 tahun... satu tuntutan pun tak dilayan... jangan diamal sgt perangai lembu kenyang... buruk padahnya

Tiada ulasan: