| M Faqih | ||||||||||||||||||
| KOTA BHARU, 9 Jun: Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga sekarang, biar pun diuar-uarkan pendekatan baru iaitu Membangun Negara Berkebajikan.
“Kelantan haramkan judi, riba semata-mata bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia. Mereka yang berjudi hanya menunggu nasib akhirnya berlaku kemusnahan dalam rumahtangga. ”Boleh dikatakan Kelantan satu-satunya negeri di rantau ini yang mengharamkan kegiatan judi. Islam larang aktiviti itu bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia,” katanya di sini, semalam. Pemimpin Umno kini bertali arus mengkritik hebat konsep baru diperkenalkan PAS pada muktamar baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan. Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap DAP mendapat keuntungan apabila PAS dikatakan menggugur hasrat menubuh negara Islam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini pemimpin PAS sering menyebut perkataan negara Islam. ”Maka untuk menjawab soalan orang Presiden PAS sebut perkataan itu tidak ada dalam al Quran, tetapi disebut istilah negara berkebajikan. ”Konsep itu tidak ditonjolkan sahaja. Biar apa pun prinsip PAS tidak pernah berubah. Kebajikan yang kita buat asalkan diredhai Allah Taala” ujarnya. Ketika ditanya media massa proUmno sekarang sibuk mendakwa PAS sudah menggugur tuntutan negara Islam katanya, suratkhabar Umno memang tidak suka orang berminat kepada Islam. Menurutnya bermacam-macam perkara dibuat apabila seseorang itu tidak mahu kepada Islam. ”Cuma sekarang orang keliru sahaja. Isya Allah perkara itu boleh hilang dengan penjelasan yang diberi,” katanya. Beliau juga menasihatkan ahli dan penyokong PAS tidak lagi membaca Utusan Malaysia kerana laporannya disifatkan tidak seperti media lain. Katanya, akhbar itu tidak lebih sebagai surat pekeliling Umno bagi memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 9 Jun 2011
SAMPAI BILA NAK SELINDUNG@SOROK...TIPU...SATU KETIKA IA TERBUKA JUGA...NAK LARI KEMANA...KALAU KITA TELAH JADI PENIPU DAN PENJAHAT TEGAR....
Kelantan haram judi, riba untuk kebajikan manusia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, Kelantan sebenarnya sudah lama melaksana konsep baru itu apabila mengharamkan segala bentuk maksiat sejak 1990.
“Oleh itu saya memohon jasa baik Tun Dr Mahathir atau pihak yang dekat dengannya untuk menggunakan khidmat doktor pakar untuk menguji tahap mental beliau adakah masih dalam keadaan baik atau tidak,” ujarnya.
Justeru, ketuanya, Suhaizan Kayat (gambar) berkata pihaknya mewakili anak-anak muda Malaysia yang majoritinya pengguna telefon prabayar memohon penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi berkenaan mengenai kebenaran dakwaan tersebut.
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausahanya, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyertai muktamar itu dan menghantar laporan ke sini bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 8 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, wajar diberikan ucapan tahniah di atas kenyataannya 'BN telah laksanakan negara kebajikan' kerana ia memperjelaskan lagi imej sebenar di mata rakyat.
KUALA LUMPUR, 8 Jun: Bukan sekadar perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP), malah perjanjian konsesi tol juga akan dituntut supaya didedahkan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).
IPOH, 8 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak membantah keras tindakan Umno memperalatkan para pelajar universiti dalam program baktisiswa perdana mereka.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rupanya masih ramai yang tidak memahami bagaimana proses dan lebih malang cuba mengelirukan orang ramai seperti MIC yang membuat dakwaan kononnya Kerajaan Selangor tidak peka dalam hal berbangkit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan