| Afiq Hizami, Pelatih UKM | ||||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 14 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersetuju mengenai kebenaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara terhadap pengambilalihan bank RHBCap oleh Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB). Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian semasa ditemui di lobi Parlimen hari ini mengalu-alukan ADCB untuk ambil alih RHBCap dan menyatakan hasrat Maybank dan CIMB untuk mengambil alih RHBCap perlu dilupakan apabila kebenaran itu telah dibuat oleh Bank Negara. Menurut beliau lagi, Maybank dan CIMB perlu terus dan merancang memikirkan satu sektor lain yang lebih menguntungkan mereka. "Bagi kita tidak perlu Mybank dan CIMB untuk ambil alih RHBCap kerana Mybank dan CIMB ini kepentingannya adalah merupakan pengumpulan besar wang dana rakyat. "Jadi, kita nak selamatkan dana dalam bank Maybank dan CIMB supaya tidak menggugat kepentingan awam. "Hal ini kerana Maybank di bawah Pemodalan Nasional Berhad dan CIMB pula di bawah Khazanah yang terdapat wang dana rakyat. "Kita mengharapkan tidak berlaku pengambilan bank oleh Maybank dan CIMB yang berhasrat untuk mengambil alih RHBCap. "Hal ini kerana kita merasakan pekara itu tidak ada satu keperluan yang mendesak bagi kedua-dua bank yang besar ini untuk mengambil alih RHBCap," jelas beliau lagi. Sebelum ini beliau telah membangktkan perkara tersebut semasa membahaskan Rang Undang-undang Larangan Kumpulan Wang Kutu 2011 di Dewan Rakyat. Akhbar The Sun pada 13 Jun lalu melaporkan mengenai rancangan ADCB untuk mengambi alih bank RHBCap.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 15 Jun 2011
TERJAMIN JIKA SEMUA SISTEM DAN CARA HIDUP IKUT ISLAM...SEBAGAIMANA BERLAKU DIZAMAN NABI MUHAMMAD SAW...
PAS setuju Abu Dhabi ambil alih RHBCap
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sehubungan itu, kerajaan BN diminta mengambil langkah perlu bagi memperluaskannya dengan memperkenalkan makanisme tertentu, sejajar dengan peranan penting aktiviti itu selama ini.
ISTANBUL, 14 Jun: PAS mengucapkan tahniah kepada AK Parti berikutan kejayaannya memenangi pilihan raya Turki kali ketiga berturut-turut.
Dalam pilihanraya Turki 12 Jun, AKP menang untuk tiga kali berturut-turut dan memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan meningkatkan peratusan undinya pada setiap kali pilihan raya.
Bagi AKP, dengan cara kempen untuk memasuki EU, pihaknya boleh menekan tentera khasnya, agar membebaskan rakyat Turki dari pelbagai kongkongan.
Katanya, ia akan diadakan selepas berjaya mengadakan perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai nanti.
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihan raya, Umno yang bersikap berpenyakit bebal cuba eksploit isu itu dengan harapan supaya orang Melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan