Selasa, 21 Jun 2011

MUNGKIN LEPAS KEJAHATAN2 DUNIA YG KITA BUAT....DIAKHIRAT HUKUM TEGAS DARI ALLAH SEDANG MENUNGGU...MUNGKIN DIDUNIA ALLAH DAH HUKUM..CUMA TAK PERASAN

Mahkamah arah Rais fail keterangan saksi
Jun 20, 11 5:02pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memfailkan keterangan saksi dalam kes saman beliau terhadap penulis blog berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan penulis blog itu, Amizudin Ahmad, berbuat perkara serupa selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Azad Bashir yang mewakili Rais, dan peguam Gan Chee Wei mewakili Amizudin.

Ketika ditemui pemberita, Azad, berkata mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan keterangan itu sebelum 1 Julai.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 4 Julai untuk mendengar kes itu.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blog Amizudin, bersama gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk selain perintah terhadap defendan supaya mengeluarkan dari blognya artikel itu dan melarangnya daripada terus menyiarkannya.

Pada 2 Februari lepas, Rais memperoleh injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin mengeluarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Amizudin pada 21 Mac lalu bersetuju berhenti menyiarkan artikel itu.

Dalam kenyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau.

Menteri itu berkata tulisan itu membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Rais juga berkata tulisan fitnah itu membawa maksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Katanya ekoran daripada penerbitan artikel itu, reputasi beliau sebagai seorang individu dan/atau sebagai seorang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa telah tercemar teruk, dan membuat beliau malu dan tertekan.

Amizudin dalam pernyataan pembelaannya mempertahankan tindakannya dengan berkata artikel itu menyatakan apa yang benar berlaku.

--Bernama

AG gagal rayuan terhadap bekas CPO Sabah
Hafiz Yatim
Jun 20, 11
4:52pm
Kongsi 14
Bekas Ketua Polis Sabah, Datuk Ramli Yusof akhirnya bebas daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa dengan menggunakan pesawat polis untuk kepentingan peribadi, yang dibuat empat tahun lalu.

Mahkamah Rayuan, yang bersidang di Kota Kinabalu hari ini, sebulat suara mengekalkan pembebasan Ramli di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen. Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen tanpa Ramli dipanggil membela diri.

Keputusan oleh penal tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Sulong Matjeraie, adalah sebulat suara.

ramli yusuff asset declare case 120310 03Dua lagi ialah hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Apandi Ali dan hakim Mahkamah Tinggi Sabah, Datuk David Wong. Ramli (kanan) didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua

polis Sabah untuk keuntungan kewangan peribadi apabila pada 15 Jun 2007, menggunakan pesawat polis diraja Malaysia - Cessna Caravan - untuk membawanya dan Brig-Jen (Bersara) Mohamad Yasin Yahya untuk pengawasan udara di dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu.

Dengan keputusan hari ini, pihak pendakwaan dan Pejabat Peguam Negara tidak boleh lagi merayu kes itu.

Ramli, yang merupakan bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Komersial Persekutuan, juga dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tahun lepas daripada tiga tuduhan gagal mengisytiharkan hartanya.

Beliau juga dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tuduhan melanggar undang-undang yang menghalang penjawat awam daripada erlibat dalam perniagaan swasta.

Bagaimanapun, kedua-dua kes di Kuala Lumpur itu masih dalam proses rayuan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi.

Ramli hari ini diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah manakala timbalan pendakwa raya ialah Ahmad Bache.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Datuk Ramli Yusof patut bersyukur bebas dari tuduhan.
    Kalau lah benar benar Datuk Ramli Yusof tanggung jawap. Berdiri lah depan rakyat , menyuarakan isu isu busuk pihak PDRM. kakitangan kerajaan , kes rasuah, penipuan kakitangan kerajaan dan pihak UMNO...
    Beritahulah kepada rakyat, bongkarkanlah isu rasuah UMNO, dan rakyat mengharapkan Datuk Ramli Yusof boleh memperjuangkan untuk rakyat. Rakyat tetap berdiri di sisi mu..
Rais: Perlu kuasa lebih tangani penggodam
Jun 20, 11 4:26pm

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyberscurity perlu diberikan kuasa lebih luas daripada segi perundangan bagi membolehkan entiti berkenaan mengambil tindakan lebih tegas dan pantas terhadap kegiatan penggodaman laman-laman web.

NONEMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (kanan) berkata prasarana yang wujud ketika ini tidak mencukupi bagi membolehkan tindakan tegas dan pantas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kegiatan penggodaman.

"Susulan untuk menentukan siapa yang menggodam adalah soal yang berat, SKMM atau Cybersecurity perlu diberikan kuasa untuk menyusul siapa yang menggodam dan jikalau mereka di dalam Malaysia, tindakan yang perlu diambil atau yang boleh diambil," katanya kepada pemberita di Singapura, hari ini.

Rais sebelum itu menghadiri Forum Menteri-Menteri Asia Mengenai Teknologi Informasi dan Komunikasi (CommunicAsia) 2011 di Marina Bay Sands Convention Center, yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean.

Beliau berkata kegiatan penggodaman laman-laman web berkait rapat dengan isu undang-undang dan jika soal perundangan itu tidak ditangani, maka segala langkah untuk menangani aktiviti penggodaman itu hanyalah bersifat sementara.

"Undang-undang kita (Malaysia) ada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, cuma mekanisme perlu disusul lagi. Kalau kita mahu penyusulan yang pantas, maka alatnya mesti ada dan orang mesti dilatih dan kemungkinan-kemungkinan lain.

azlan"Insya-Allah, di dalam tempoh terdekat kita rancang untuk menanganinya (penggodaman) dengan cepat," kata beliau.

Katanya Malaysia yang berhadapan dengan serangan pengodam dengan kira-kira 200 laman webnya telah diserang, telah mengemukakan bahan-bahan baru tentang bagaimana kerajaan dapat mempertahankan hak mereka daripada serangan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Pandangan Malaysia itu, katanya telah mendapat perhatian daripada peserta-peserta forum dengan beberapa penyelidikan baru akan dilaksanakan ke arah itu.

Rais berkata forum tersebut yang turut dihadiri oleh wakil daripada lebih 50 negara, merupakan peluang bagi komuniti antarabangsa mencari jalan dan kerjasama bagi mewujudkan integriti menangani jenayah siber.

--Bernama

  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Jangan persalahkan kekurangan kuasa pulak.. kuasa yang diberikan oleh undang-undang dinegara kita cukup luas...akuilah saja yang kita kekurangan kepakaran dan expertise dalam bidang menangani permasalahan....INILAH SUSAHNYA BILA PAK MENTERI SOMBONG BODOH...
Inkues: Keluarga Sarbaini tak pernah tukar fikiran
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 20, 11
12:41pm

Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak pernah menolak keputusan kerajaan mengadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Justeru, peguam keluarga itu Ghazali Mohd Ramli berkata tidak timbul soal sama ada keluarga si mati menukar fikiran di saat-saat akhir.

NONE"Kita tidak pernah bertukar fikiran. Mungkin perkara tersebut datangnya daripada anaknya (Sarbaini) yang berusia 26 tahun, yang young boy (budak muda) itu," katanya.

Ghazali pagi ini dilaporkan berkata, pihaknya memutuskan untuk mengikut undang-undang dan akur dengan keputusan kerajaan memanggil satu inkues awal bulan depan.

Katanya, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tindakan itu tetapi keluarga dan balu allahyarham bersetuju kerana "kita perlu ikut undang-undang".

Sebelum ini, anak sulung Sarbaini - Shahril - dilaporkan berkata pihaknya lebih suka jika Putrajaya terus menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues.

Rujuk balu

Katanya, keluarganya percaya inkues yang mahu diadakan sukar mengenalpasti punca kematian selain akan melambatkan proses menuntut keadilan.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung persetujuan itu.

Beliau sebaliknya mencadangkan supaya perkara itu dirujuk dengan balu almarhun Masiah @ Maziah Manap.

"Perkara ini juga perlu dirujuk kepada Puan Maziah," katanya lagi.

Usaha Malaysiakini menghubungi Maziah setakat ini bagaimanapun belum berhasil.

Anggota keluarga Ahmad Sarbaini akan hadir pada inkues yang akan bermula pada 4 Julai depan.

Malabar serang Melayu maklumat palsu
Jun 20, 11 3:28pm

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah hari ini mengesahkan bahawa maklumat berkaitan kaum Melayu diserang oleh kumpulan Malabar di Klang seperti yang tersebar melalui khidmat pesanan Blackberry semalam adalah palsu.

NONEBeliau turut menafikan bahawa maklumat itu dikeluarkan oleh pihak polis.

"Sehingga kini polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak berkenaan kaum Melayu diserang di daerah Klang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Sehubungan itu, Tun Hisan (kanan) memberi amaran agar pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran berita palsu itu supaya berhenti berbuat demikian dengan serta merta.

Kenyataan seperti itu boleh mendatangkan khianat awam dan ianya satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, katanya.

--Bernama


Bicara kes khalwat timbalan KSU 26 Julai
Jun 20, 11 3:02pm

Mahkamah Rendah Syariah George Town hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat timbalan ketua setiausaha (strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.

Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.

"Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai," katanya.

Nik Bukhari kemudiannya menetapkan perbicaraan akan dijalankan sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah itu.

Bagaimanapun, jika permohonan itu diterima mahkamah, pihak pendakwaan boleh menarik balik atau membatalkan kes berkenaan.

Pada 19 April lepas, Salim, 51, dan Nur Diayana, 30 mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

- Bernama

Saksi: PKNS lupus bon pelaksanaan syarikat Shamsuddin
Hazlan Zakaria
Jun 20, 11
4:33pm
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pernah melupuskan keperluan 'bon pelaksanaan' untuk Proniaga Sdn Bhd, sebuah syarikat milik pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni, demikian Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu hari ini.

Ini selepas Shamsuddin (kiri) membuat rayuan dengan sokongan menteri besar ketika itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, kata bekas pengurus besar PKNS, Datuk Harun Salim dalam keterangannya hari ini.

Bon pelaksanaan untuk projek pembangunan di Bandar Baru Bangi itu, telah digantikan dengan jaminan pengarah, yang menurut Shamsuddin dalam keterangannya sebelum ini, bahawa beliau sendiri membayar RM2 juta dalam bentuk wang tunai.

Sebahagian besar kontrak PKNS memerlukan kontraktor membayar bon prestasi sebagai jaminan bahawa mereka akan menyiapkan projek.

NONEPihak pendakwaan mengemukakan satu lampiran bertulisan tangan pada surat rayuan tersebut sebagai bukti. Di dalamnya, Khir merujuk kepada Ditamas sebagai "syarikat bumiputera" dengan "rekod yang baik", dan mengesyorkan supaya keperluan bon itu dilupuskan.

Ketika disoal timbalan pendakwa raya, Masri Mohd Daud dan semasa soal-balas oleh peguambela M Athimulan, Harun bertegas bahawa proses itu mengikut prosedur dan tidak ada pertimbangan istimewa telah diberikan kepada Shamsuddin.

Semua keputusan berhubung projek PKNS diputuskan oleh Jawatankuasa Penswastaan Projek, kata Harun.

Tetapi ketika disoal Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, beliau mengakui bahawa langkah melupuskan bon pelaksanaan itu "jarang" dilakukan oleh PKNS.

Harun memberi keterangan pada hari kelapan kes perbicaraan Khir yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.


Nazri: Tiada aduan rasmi pengundi hantu
S Pathmawathy
Jun 20, 11
1:42pm
Kongsi 60
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tiada laporan rasmi berhubung pengundi hantu.

Jawapan itu sekali gus mengetepikan dakwaan anggota parlimen pembangkang Azmin Ali.

NONEAzmin (PKR-Gombak) dalam jawapan tambahan mahukan menteri berkenaan menjelaskan pendaftaran pengundi secara terperinci di kawasan parlimennya.

Azmin (kiri) turut mendakwa bahawa terdapat pengundi didaftarkan menggunakan alamat ibunya di Kampung Klang Gate Baru.

Katanya, setelah dicabar Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagi membuktikan bahawa daftar pemilih pada Mei merupakan yang terkotor, beliau menemui perkara itu.

Katanya, dalam daftar tersebut, rumah bernombor 1E yang diduduki ibunya dikatakan didiami 11 orang lai dengan enam daripada Melayu dan lima lagi Cina.

  • Janiatul Allysa · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Damansara Utama
    1 rumah melayu ada cina ada, tambah la india pula dalam rumah tu, baru 1Malaysia haha.
    • Abdul Hakim · Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia
      awk keje dgn SPR ke? cm ne awk tau? jg bt tuduhan melulu...negara kita ada udg2. semasa pilihanraya utk pengetahun awk ada pemerhati dr luar negara & mereka x pernah complen....klu semua sala jdi siapa yang betul...jg jdikan demokrasi sbg alat utk menuduh pihak lain.....
    • Razali Abd Ghafar · Pengulas Tertinggi · Admin di AIA
      pemerhati luar negara pantau pilihanaraya Malaysia?
    • John Terry
      abdul hakim:xkan berak tgh jalan nak kasi tau suma org... apela, ptt la bn hidup sbb ade org slow mcm awak.. 1malaysia tau la spr penipu... kalu rasa xtipu buatjela tuntutan bersih... kalu spr xda tipu, bersih pun xda la wujud...
  • Jimmy Udan · Smpo
    PENGUNDI HANTU DI SABAH YANG SUDAH SEDEKAD WUJUD, MACAM MANA ? TIADA ADUAN RASMI ATAU ADUAN SENGAJA TIDAK DISAMPAIKAN ?
    • Petterson Ray Petrus · Pengulas Tertinggi · Sm teknik
      jimmy: betul apa yg ko cakap...penghundi hantu=ic palsu...d sabah hari2 dlam daily express ada sahaja berita PTI yg kena tangkap menggunakan ic palsu..dan kalo xda silap hisamudin pernah ckp xda ada bukti tentang ic palsu...liaht la kebodohan mentri dlm negri ne...
    • Cocklongnbig Feel · Pengulas Tertinggi
      Nazri ni bingai..klu aduan yg dibuat tk diterima SPR,tntu la tkde aduan rasmi..tp bukti terdapatnya pengundi hantu mmg ada..ada kes di semenanjung bilamana seorg pengundi tk pergi mengundi pd thn itu tp apabila dia pergi semak semula nama dia,didapati nma dia ada dlm senarai org yg mengundi di Sabah.Siapa pula yg "tolong" undikan utk dia ni?
    • Aminuddin Ab Kadir · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      haramjadah menteri bn ni mmg buat pekak badak..benda ni dah setiap kali pilihanraya org sebut..sbb tu kalau jumpa menteri2 bongok kat tepi jalan,takde jalan lain melainkan halal untuk anda melempangnya 3 kali diatas dahi!

Tiada ulasan: