Jumaat, 17 Jun 2011

90% penggodam rakyat tempatan, kata menteri
Jun 17, 11 4:02pm

Kerajaan persekutuan yakin sebahagian besar penggodam yang menyerang laman web kerajaan dan agensinya dilakukan oleh rakyat tempatan.

NONEMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata hasil siasatan awal menunjukkan kira-kira 90 peratus serangan dikenalpasti dijalankan oleh penggodam tempatan.

Katanya daripada jumlah 200 laman web di negara ini yang diserang sejak tengah malam Rabu lalu, 60 adalah milik kerajaan dan agensinya.

Dakwa Ongkili lagi sebahagian besar daripadanya sudah berjaya dipulihkan.

Beliau, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah yang terbabit dengan penggodaman itu dan berkata akan menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis untuk bertindak.


Dakwa ditipu: Peneroka Jengka pula saman Felda
Hafiz Yatim
Jun 17, 11
1:04pm

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berdepan dengan satu lagi saman - kali ini dari 711 peneroka rancangan Jengka, Pahang yang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah.Sebelum ini, Felda disaman oleh peneroka dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam Ms Daim & Gamany pagi ini, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

azlanDalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja.

Mereka mendakwa sentiasa dibayar mengikut kadar perahan gred Kadar Perahan Asas (OER) sejak 15 tahun yang lalu - purata 18.5 peratus seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS - resit yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah sawit.

Peneroka berkenaan mendakwa tidak ada bukti jelas yang menunjukkan bagaimana Felda Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran.

Peneroka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka menyedari yang mereka tidak mampu menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Peneroka, melalui wakil mereka, menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit mereka kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER.

Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh defendan kedua.

azlanPeguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang.

Peneroka terbabit dibayar oleh Felda pada purata harga RM560 setan pada tahun yang sama.

Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 bagi tahun 2008 sahaja.
Agong arah pilihan raya masjid P Pinang dibatalkan
Susan Loone
Jun 17, 11
1:04pm

Hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur pagi ini apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan esok dan Ahad ini sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.

NONEPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim (kiri) berkata keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas perjumpaan di Istana Negara pagi ini.

"Saya baru diberitahu melalui telefon oleh Ellias bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan buat sementara waktu," katanya.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

"Kami akan buat pengumuman rasmi selepas mesyuarat MAIPP pad Isnin ini. Selepas itu, kami akan memutuskan sama ada untuk meneruskan atau membatalkan pilihan raya berkenaan,” kata Abdul Malik.

NONEBantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

[Baca berita penuh]

Sebelum ini, Bernama melaporkan seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang.

34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.
Abdul Malik juga berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Tiada ulasan: