Khamis, 9 Jun 2011

JANGAN TAKUT DENGAN BAYANG2....PE NAK TAKUT KALAH KALAU KITA BENAR DAN MENTADBIR DENGAN BAIK.

IGP sahkan seorang ahli JI ditahan di bawah ISA
Jun 8, 11 1:51pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan seorang peniaga kecil yang menjual tudung, selendang dan jubah adalah ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ahad lalu.

NONE"Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Ismail dipetik Bernama di Putrajaya hari ini.

Abdul Haris Syhuhadi, 63 ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor.

Ismail berkata, penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris seorang ahli perniagaan Indonesia yang dikatakan boleh membahayakan keselamatan negara.

Lelaki itu didakwa menyebar fahaman dan idologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002.



Risik anak PM kahwin: Diam jika tiada bukti, kata KJ
Jun 8, 11 6:02pm

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

Anak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”

Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

JPN: Tak boleh ada 'Anak Malaysia'
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 8, 11
7:17pm

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

"Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa, penentuan keturunan bagi kanak-kanak adalah berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak sahaja.

"Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut," kata Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.

NONEBagaimanapun, JPN menolak permohonan itu dengan mengatakan yang pasangan itu hanya dibenarkan memilih sama ada Cina atau India. Hannah (kanan) akhirnya terpaksa memilih Cina dan memutuskan untuk menulis surat rayuan kepada Najib dan JPN.

Bawa ke mahkamah

Susulan itu ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo melalui laman twitter menyokong tindakan pasangan tersebut dan mencadangkan perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.

Sementara itu NGO 'Saya Anak Bangsa Malaysia' (SABM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan JPN menerima pendaftaran semua kanak-kanak sebagai 'Anak Malaysia' berdasarkan tuntutan ibu bapa.

“Kami sepenuhnya menyokong ibu bapa dalam menentukan identiti anak tercinta mereka.

“Kami dengan sepenuh hati memuji Hannah dan Rama di atas keberanian dalam menegakkan pendirian mereka.

“Pendirian mereka mengingatkan kita tentang identiti umum sebagai manusia biasa, dan sebagai ahli kolektif yang dipanggil Malaysia, layak untuk mendapat penghormatan paling tinggi,” kata SABM dalam satu kenyataan hari ini.

Dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menyemak keperluan dalam kategori 'etnik' dalam semua borang rasmi.

Dianggap tempang

“Kami hairan terhadap status semakan terhadap perkara ini. Apa yang jelas JPN belum bertindak terhadap keputusan itu.

“Dalam era teknologi maklumat, alasan JPN bahawa sistem baru belum dibentuk bagi menentukan 'identiti' baru itu boleh dianggap tempang,” kata kenyataan itu.

SABM berkata Najib dan kabinet perlu mengambil tindakan serta-merta bagi menunjukkan keikhlasan kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia.

“Kita, sebagai rakyat, memerlukan secara sedar menolak etnik yang dicipta oleh ahli-ahli politik dan ahli birokrat yang membezakannya”. Kata SABM

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia menyokong Hannah dan Rama dalam perjuangan mulia untuk mencabar paradigma ketinggalan zaman pentadbiran berdasarkan 'keetnikan'” mengulas kenyataan.



Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

Khairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.

Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.

Ibu pejabat PKR dilelong esok
Regina Lee
Jun 8, 11
6:46pm

Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR DI Merchant Square Tropicana di Petaling Jaya yang disewakan akan dilelongkan esok kerana pemilik premis itu gagal menjelaskan pinjaman banknya.

Bendahari PKR William Leong yang mengesahkan perkara itu berkata lelongan awam akan diadakan di sebuah pejabat pelelong di Brickfields Kuala Lumpur, petang esok.

Lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada tingkat mana unit itu terletak.

Meskipun Leong pernah memberitahu Malaysiakini bahawa PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu tetapi katanya ia bergantung kepada harga yang ditawarkan itu.

“Ada keputusan dari pucuk pimpinan parti tetapi ia bergantung kepada harga,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa yang sama, katanya belum ada sesiapa yang memaklumkan kepada PKR bahawa mereka berminat membeli bangunan berkenaan.

Namun kata Leong, seorang peguam parti itu akan dihantar bagi memantau lelongan itu dan membuat bidaan jika perlu.

Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000".

Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan melelong bangunan berkenaan akan menimbulkan masalah kepada parti itu kerana perjanjian sewa selama enam tahun telah ditandatangani dan akan tamat lebih tiga tahun lagi.

"Ini bukan masalah kepada kita. Kita adalah penyewa dan kita sewa. Jika bank mahu melelong hartanah itu dan pemilik baru mengambil alih, mereka masih perlu mematuhi perjanjian," katanya.

Saifuddin berkata PKR tidak menolak kemungkinan membida hartanah itu jika harganya munasabah tetapi enggan memberitahu harga yang diharapkan.

"Harga lelongan yang disebut ialah RM6.1 juta, yang dianggap tinggi. Bagaimanapun, dalam sebarang lelongan komersil, kita akan tunggu sehingga harga itu turun. Jika harga itu munasabah, kita akan beli," kata beliau.

PKR menyewa bangunan itu di Merchant Square Tropicana sejak 2008. Ibu pejabat mereka sebelum itu adalah di Brickfields.
Chua: Perseimbangan Cina kini terumbang ambing
Andrew Ong and Lee Way Loon
Jun 9, 11
12:22pm

Sejak 50 tahun lalu, MCA menjadi tunjang utama yang memperjuangkan bahasa, ekonomi dan kepentingan politik masyarakat Cina di negara ini. Namun hari ini parti itu mendapati kedudukannya berada di persimpangan jalan.

Semua tanda-tanda menunjukkan masyarakat Cina tidak lagi mengalas harapan terhadap parti itu. Sebaliknya, selepas pilihan raya negeri Sarawak, sokongan mereka kini ke arah Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau percaya masyarakat Cina telah lama mengamalkan sikap pragmatik apabila mengundi, khususnya dengan melantik campuran kedua-dua pihak sebagai perwakilan di Dewan Rakyat.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, keseimbangan itu telah menjadi huru-hara dan terumbang-ambing.

"Orang Cina adalah masyarakat yang strategik. Mereka mahu seseorang dalam kerajaan bagi meluahkan rasa kecewa mereka, (tetapi) pada masa yang sama, mereka juga inginkan pembangkang yang kuat bagi (mengimbangi) kerajaan.

"Tetapi ada kalanya, apabila mereka cuba melakukan perimbangan ini, ia menjadi huru-hara,” kata Chua yang telah berpengalaman selama 35 tahun dalam politik.

Jelasnya, jauh tersirat, masyarakat Cina masih mahu mereka diwakili dalam kerajaan BN tetapi kerana gagal menyelaraskan sesama diri sendiri, ia berakhir dengan lebih ramai perwakilan di pihak pembangkang.

"Jadi dalam hati, mereka kata 'Oh, saya mahu supaya pembangkang lebih kuat'. Tetapi akhirnya semua mereka mengundi pembangkang (sehingga menyebabkan) tiada wakil di pihak kerajaan,” kata Chua.

Ketika pilihan raya umum 2008, MCA hanya memenangi 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya atas tiket BN manakala bagi kerusi dewan undangan negeri pula, mereka hanya berjaya mendapatkan 32 daripada 90 kerusi. Sebahagian besar kerusi-kersi itu dimenang oleh seteru politiknya, DAP.


Demo BERSIH: Pemuda Umno mahu polis bertindak awal
Jimadie Shah Othman
Jun 9, 11
2:53pm

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

"Jangan sampai dah rugi RM10 juta baru nak ambil tindakan. Tak ada gunanya lagi," katanya sambil meminta semua pihak mengambil iktibar daripada perhimpunan pertama BERSIH dan anti-ISA sebelum ini.

Laporan itu menurutnya berdasarkan laporan Suara Keadilan kelmarin yang melaporkan Naib Presiden PKR Tian Chua sebagai berkata 60,000 akan terlibat dalam perhimpunan itu.

Satu lagi laporan dalam akhbar sama melaporkan Timbalan Presiden PAS menyeru semua anggotanya turut serta dalam perhimpunan pada 9 Julai itu.

Menurut Tengku Azman, selain Pemuda Umno, tujuh lagi NGO tampil sama membuat laporan.

Jaminan aman

Mereka antaranya Persatuan Peniaga Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman, Wira PERKASA Wilayah Persekutuan dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK).

Bercakap dalam sidang media selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Tengku Azman berkata, walaupun didakwa perhimpunan aman, pengalaman dalam perhimpunan sebelum ini menunjukkan sebaliknya.

"Dengan jumlah (penyokong) yang ramai, adakah mereka (penganjur) dapat menjamin dapat mengawal perasaan. Biasanya riot (huru-hara)," katanya.

Ditanya tentang hak berhimpun rakyat Malaysia yang dijamin dalam perlembagaan, Tengku Azman bagaimanapun berkata ia mestilah mengikut lunas undang-undang.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Bukit Bintang sebaliknya berkata, perhimpunan bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati seeoknya dibuat di tempat tertutup seperti dalam stadium.

"Kita Umno kalau buat demonstrasi pun kita tak pergi semua, apa salahnya hantar wakil sahaja untuk serah memorandum," katanya lagi.


PAS intai peluang tandingi kawasan bukan Melayu
Salhan K Ahmad
Jun 9, 11
4:13pm

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi bukan Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Mohamad berkata, formula berkenaan boleh digunakan bagi memastikan PAS menjadi teraju utama dalam Paktan memandangkan parti kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu, katanya.

"Itu bergantung kepada kerusi yang (PAS) menang. Dulu kawasan majoriti bukan Melayu – DAP, majoriti Melayu – PAS, campuran – PKR.

"Saya tak tahulah formula itu boleh guna atau tidak perlu diguna sebab sekarang di kawasan campuran pun PAS boleh menang," katanya ketika ditanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut popular dengan nama jolokan Mat Sabu itu juga yakin akan menang di kawasan parlimen Bukit Bintang jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan yang sering ditandingi DAP dan MCA itu.

"Soal pengagihan kerusi, jawatankuasa (Pakatan) akan bincang – tidak lagi berdasarkan majoriti Melayu ini PAS kena bertanding, majoriti bukan Melayu – DAP.

"Sekarang (kemenangan) mana-mana (calon adalah) ikut ketokohan. Saya sendiri berani bertanding di Bukit Bintang, asalkan simbol PAS, DAP tak bertanding, dan lawan MCA. Boleh menang," katanya sambil ketawa kecil.

PAS kawasan Bukit Bintang juga merupakan antara kawasan yang paling awal mencalonkan Mohamad bagi jawatan timbalan presiden bagi pemilihan parti tahun ini dan juga pada 2009.

Beliau juga yakin bahawa PAS boleh menjadi teraju utama dalam Pakatan, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan parti itu di kawasan yang dimenanginya pada 2008 seperti Kota Raja, Kuala Selangor dan juga Shah Alam.

Hadi pun boleh ganti Anwar

Bagaimanapun, buat masa ini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merupakan ketua umum Pakatan, kata Mohamad lagi, mengulas kritikan yang diterima oleh PKR setakat ini.

"Terserah kepada Pakatan Rakyat (sama ada ingin ganti Anwar). Sekarang dia masih ketua umum. Pilihan raya umum akan datang, dia berada di dalam atau di luar (penjara), itu keputusan mahkamah.

"Tapi sekarang dia masih ketua umum yang dihormati rakyat. Mana dia pergi, sambutan pada ucapannya hebat sekali," kata Mohamad lagi yang mengakui bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar selain di "pentas ceramah."

Ketika ditanya siapakah pemimpin yang boleh menggantikan Anwar bagi mengetuai Pakatan, Mohamad berkata tugas berkenaan boleh digalas oleh "sesiapa saja" termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tak ada masalah, orang dah boleh menerima (PAS)," katanya yang menambah, Abdul Hadi akan dapat memimpin Pakatan Rakyat berdasarkan persetujuan yang ditandatangani oleh anggota pakatan tersebut.



Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.

Tiada ulasan: