Khamis, 23 Jun 2011

BILA SLOGAN JAUH TERPESONG...CAKAP TAK SERUPA BIKIN...SAMPAI BILA KITA PENIPU SERTA BERKUASA..YG ELOK INGAT MATI DAN HARI HISAB....

Isa Samad: Pinjam duit KWSP satu 'penghormatan'
Salhan K Ahmad
Jun 23, 11
1:35pm

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

isa samad interview 150509Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?

"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.

Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.

FeldaDalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.

Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia.

Pernah rugi

Sementara itu, ditanya sekiranya beliau menyentuh mengenai kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa secara ringkas berkata beliau hanya menyentuh mengenai kerugian itu secara umum.

"(Felda) pernah juga rugi pada awal-awal, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kerugian itu supaya jadi baik," katanya lagi.

Dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa turut meminta wakil peneroka ke AGM berkenaan supaya "bersyukur" dan "tidak terpedaya" dengan golongan tertentu yang didakwa terus "mencucuk" masyarakat peneroka berhubung kerugian yang dialami Felda.

NONE"Kita akan rugi sebab perjuangan mereka ini sampai pilihan raya ke-13... Jangan terpedaya kata kami di Felda nak menindas, nak menipu. Tak ada begitu sebab kita tahu tujuan hendak hapuskan kemiskinan luar bandar.

"Ada orang mencucuk masyarakat Felda, tapi apa nak buat memang ada orang macam itu," katanya lagi yang dipercayai merujuk kepada tindakan berterusan oleh kumpulan peneroka yang memfailkan saman ke atas Felda.

Status tender hospital Shah Alam dalam masa terdekat
Jimadie Shah Othman
Jun 23, 11
4:51pm
Status tender terbuka projek Hospital Shah Alam sudah diangkat kepada Kementerian Kewangan dan dijangka diputuskan dalam masa terdekat, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

"Saya telah lakukan prosesnya dan sudah angkat pada Kementerian Kewangan. Kemudian Kementerian Kewangan minta (buat) value management (pengurusan nilai).

shaziman 230611"Kita bagi pandangan kitalah. Insya-Allah Kementerian Kewangan akan buat keputusan dalam masa terdekat," katanya ketika diminta menjelaskan status terkini tender semula projek Hospital Shah Alam.

Pada 11 Ogos tahun lalu, pembinaan hospital yang dibelenggui pelbagai masalah tertangguh berikutan khidmat subkontraktornya GM Healthcare Sdn Bhd (GMH) ditamatkan.

Setakat penamatan itu, kurang daripada 30 peratus daripada kerja-kerja pembinaan disiapkan.

Mengikut rancangannya, projek bernilai RM482 itu sepatutnya siap pada bulan ini.

'Saya tak tengok terperinci'


Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor dekat Rawang hari ini, Shaziman bagaimanapun tidak dapat menjelaskan dakwaan bahawa dua subkontraktor asal berada dalam senarai tender semula projek itu.

"Saya tak tengok secara terperinci siapa kontraktor itu. Saya tak ada. Terima kasih.

"Itu bukan (soalan tentang) lebuh raya. Saya kata tadi (boleh tanya) tentang lebuh raya saja," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Didesak lagi, Shaziman kali ini cuma menjawab: "Saya dah jawab tadi".


Jamil Khir nafi zakat diguna bagi yuran peguam
Jun 23, 11 5:16pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini, menafikan laporan harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.

NONEBeliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Semalam ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution mengecam Che Mat kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Anwar.

Dakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu.

NONEMenurut Saifuddin dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che Mat Ali juga orang yang sama.,” kata Saifuddin.

  • Raja Izwan Iskandar · Pengulas Tertinggi
    Aduis, jamil ni...hilang hormat aku kat dia ni sebagai seorang yang berpelajaran agama tinggi@USTAZ...en. JAMIL, memang betul, ada peruntukan guaman untuk Kementerian atau Jabatan...masalahnya, wang yang diguna tu, bukan untuk guaman Jabatan atau Kementerian, tapi kegunaan guaman individu....kalau saman tu khusus kepada penama, iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, maka betul la, wang itu utk guaman jabatan...ini, saman penama individu...kenapa jabatan nak kena tanggung plak...
    • Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Aje
      menteri kat malaysia ni mana suka pakai duit sendiri...semua perkara tentang duit rakyat mesti d dahulukan...so kena ambil duit rakyat dulu....lepas habis duit rakyat dalam bank...ambil lagi duit rakyat dgn saman atau kaedah yg rakyat semua sedia maklum....
Terdapat 27,902 isi rumah miskin tegar di Sarawak
Jun 23, 11 3:34pm

Sejumlah 27,902 Ketua Isi Rumah (KIR) atau 49.8 peratus daripada 55,975 yang didaftarkan di dalam sistem e-Kasih tergolong di bawah kategori kumpulan miskin tegar di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.

bn candidates announcement pbb hq 030411 alfred jabuBeliau berkata seramai 55,975 KIR berpendapatan rendah telah didaftarkan di dalam sistem e-Kasih yang termasuk kumpulan mudah miskin membabitkan 23,235 KIR dan keluarga miskin (4,838 KIR), sehingga 11 Jun ini.

KIR mempunyai pendapatan sebanyak RM520 sebulan tergolong di bawah kategori miskin tegar manakala RM830 sebulan dikategorikan miskin, katanya ketika menjawab soalan Violet Yong (DAP-Pending) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuching hari ini.

"Daripada 27,902 KIR yang tergolong di bawah miskin tegar, sebanyak 13,349 KIR merupakan Iban, 5,601 (Melayu), 2,925 (Orang Ulu), 2,757 (Bidayuh), 1,974 (Melanau) yang merupakan Bumiputera di negeri ini manakala 647 (Cina) dan 622 KIR lain-lain," katanya

Untuk memastikan keberkesanan sistem e-Kasih, Jabu berkata Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah akan bertindak untuk melakukan penyisihan awal kepada senarai permohonan bagi memastikan hanya pemohon yang layak sahaja dibuat pengesahan.

NONE"Ini dapat memastikan proses penyelarasan bancian di peringkat lapangan dapat dipercepatkan," katanya.

Jabu berkata data e-Kasih akan dikemas kini dengan kemasukan data daripada semua agensi pemberi bantuan dan golongan yang masih belum didaftarkan (di luar e-Kasih) untuk memastikan data dan maklumat golongan berpendapatan rendah dicakupi dan komprehensif.

"Sistem ini masih dalam fasa pembangunan dan pelaksanaan dan dijangka siap pada tahun 2012," katanya.

NONEMenjawab soalan Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai), Jabu berkata seramai 18,876 penerima bantuan Program Bantuan Rumah (PBR), termasuk projek bina baru sebanyak 10,847 dan baik pulih rumah sebanyak 8,029, di Sarawak.

Beliau berkata sebanyak 1,877 KIR telah menerima bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Mulai penghujung tahun lepas, bantuan peningkatan pendapatan tertumpu kepada program 1Azam di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Setakat bulan Mei tahun ini, kerajaan negeri telah melaksanakan 3,426 projek 1AZAM melalui pelbagai agensi pelaksana," katanya.

- Bernama

  • خازيمان اجير · Pengulas Tertinggi · University College London
    bagi taib tu bukan masalah dia.....yg penting kaum kerabat dia senang.....
    cuba tengok dia suruh kew tV3 masuk sarawak...dia takut rahsia dia tebongkar tu.......kami rakyat sarawak dah lali dengan pemainan piltik sarawak ni......beli tanah bumiputra dengan alasan untuk buat perbagunan, nak buat penanaman kelapa sawit utk masa depan rakyat tp smpy sekarang takda pun....
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      sokong la lagi Taik Mamud tu, sokong, sokong, sokong.....!!!! baru padan muka kau org serawak, aku tak boleh nak buat apa sbb korang yg pilih dia......!!!!!
Gangguan air kerana Syabas gagal selenggara loji
Jun 23, 11 9:07am

Gangguan bekalan air yang menjejaskan hampir sejuta pengguna di beberapa daerah di Lembah Kelang bukan kerana bekalan air tidak mencukupi tetapi disebabkan kerja-kerja penyelenggaran loji rawatan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

NONESehubungan itu, exco Selangor, Elizebeth Wong berkata tindakan Syabas menjadikan rundingan penstrukturan semula sebagai alasan gangguan bekalan air berkenaan amat dikesali.

Sebaliknya menurut Wong, gangguan itu adalah kerana kegagalan Syabas untuk menyelenggara loji rawatan tersebut sejak tahun 1997.

"Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas.

"Kenyataan pihak Syabas (yang) menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat, penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja- kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.

NONE“Pada hari ini pula, perundingan dengan kerajaan negeri senang-senang digunakan sebagai alasan menghalang syarikat swasta tersebut dari menaiktaraf infrastrukturnya. Sepatutnya kerja-kerja ini dibuat sebelum ini.," katanya dalam satu kenyataan akhbar, lewat petang semalam.

Tahap tinggi


Wong juga berkata simpanan air di empangan sekitar negeri itu masih berada pada tahap yang tinggi.

Beliau membekalkan data Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung kedudukan tahap simpanan air empangan sehingga 21 Jun lalu bagi membuktikan kata-katanya itu.

  • Empangan Sungai Selangor - 98.81 peratus
  • Empangan Sungai Tinggi - 99.17 peratus
  • Empangan Sungai Batu - 100 peratus
  • Empangan Klang Gate - 100 peratus
  • Empangan Sungai Semenyih - 100 peratus
  • Empangan Sungai Langat - 100 peratus
  • Empangan Tasik Subang - 96.88 peratus
Wong turut menyeru rakyat agar tidak terpedaya dengan khabar angin yang mendakwa negeri Selangor akan mengalami krisis air dalam masa terdekat.

“Kerajaan negeri Selangor akan tetap berusaha memastikan bekalan air yang mencukupi kepada semua. Pada tahun ini, kami telah memeriksa dan memastikan semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor.

“Tambahan itu, kerajaan negeri telah membuat persediaan untuk menangani masalah sekiranya jangkaan musim kering atau fenomena El-Nino melanda Malaysia,” katanya.

Berikutan perkembangan itu, Wong mahu Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (KeTTHA) untuk menilai semula kecekapan dan keupayaan Syabas dalam pengurusan sistem bekalan air kepada penduduk.

Mulai pulih

Sementara itu, Syabas dalam satu kenyataan media berkata pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air di Lembah Klang dijangka akan mula menerima bekalan secara berperingkat mulai awal pagi ini sehingga pulih sepenuhnya pada pukul 8 pagi, Jumaat ini.

azlanMenurut kenyataan itu, kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) telah berjalan lancar dan siap dua jam setengah lebih awal daripada dijadualkan.

Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dijalankan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

"Oleh kerana kerja-kerja penyelenggaraan ini siap lebih awal, maka pihak Syabas akan mula mengisi kolam-kolam takungan lebih awal dan menjangkakan bekalan air akan dapat disalurkan semula ke dalam sistem," kata Syabas.

Katanya kawasan yang terletak di tanah tinggi dan jauh dijangka paling akhir menerima bekalan air berbanding kawasan yang rendah.

Pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL jarak aduan dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh membuat laporan kepada Syabas menerusi laman web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.


Tiada ulasan: