Sabtu, 18 Jun 2011

KITA AKAN LIHAT..DIAKHIRAT NANTI...PENENTANG2 HUKUM@PEMBELIT2 HUKUM ALLAH...AHLI MAKSIAT....SIPENIPU..SIZALIM..SIDOUBLE STANDARD...ALLAH HUKUM...

Syarat Pemimpin Negara: Teks Dan Konteks

SYARAT PEMIMPIN NEGARA: TEKS DAN KONTEKS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Sarjana siyasah syar’iyyah terdahulu membahaskan syarat-syarat yang wajib dipenuhi oleh seseorang yang hendak diangkat menjadi khalifah. Al-Baghdadi meletakkan empat syarat, Ibn Khaldun lima, al-Mawardi tujuh, Ibn Hazm lapan, al-Ghazali sepuluh dan seterusnya. Perbezaan ini disebabkan beberapa perkara; ada ulama yang mendetailkannya, ada yang meringkaskannya lalu dimasukkan dua syarat atau lebih ke dalam satu syarat. Juga ada syarat yang mereka sepakati dan berbeza. Syarat yang mereka sepakati ialah Islam, baligh, berakal, merdeka, dan lelaki. Adapun yang mereka berbeza; ijtihad, ‘adalah, berketurunan quraish (qurasyi), ilmu, tiada kecacatan pancaindera, keberanian, kafaah (kewibawaan). Sementara Syiah menambah syarat ismah atau kemaksuman.

Saya tidak mahu membahas panjang syarat-syarat ini. Perbezaan suasana politik juga membolehkan kita berbeza dalam penetapan syarat-syarat di atas. Khalifah dalam gambaran dahulu, mungkin tidak sama dengan Perdana Menteri atau Presiden pada zaman ini.

Bagi saya, syarat yang paling kukuh dari segi nas dan akal ialah Islam. Sementara yang lain itu ditetapkan dengan lojik yang kuat atau tafsiran ke atas beberapa nas yang terdedah kepada perbezaan. Mempunyai syarat-syarat wajib, bukan semestinya sesebuah kepimpinan itu berjaya. Mesti dilihat keadaan realiti sesebuah kepimpinan itu hendak dijalankan. Kita hendaklah fleksible dalam membahaskan syarat-syarat ini dan tidak semestinya terikat dengan perbahasan silam. Kita hanya wajib terikat dengan nas yang jelas. Adapun ijtihad, tiada paksaan ke atas kita untuk menerima atau menolaknya.

Sebahagian syarat itu ditegaskan pada zaman tertentu. Al-Imam al-Mawardi r.h (meninggal 450H) yang terkenal dengan tulisannya al-Ahkam al-Sultaniyyah umpamanya ialah seorang hakim di bawah Kerajaan ‘Abbasiyyah. ‘Abbasiyyah berketurunan Quraish. Al-Mawardi juga menegaskan kewajiban syarat Quraish ini dalam kitabnya. Sehingga beliau menyatakan:

“Hendaklah imam (khalifah) itu berketurunan Quraish disebabkan ada nas yang menyebutnya dan telah berlaku ijmak (consensus)” (Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyyah, m/s 6. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Padahal para ulama lain seperti al-Amidi menyebut: “Demi sesungguhnya, syarat seperti ini berlaku secara ijtihad”.

Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H): “Ulama berkhilaf tentang syarat yang kelima iaitu keturunan Quraish”. (Lihat perbahasan ini: Dr. Muhammad bin Muhammad bin Sa’id Ali Fariyan, Ara` Ibn Taimiyyah fi al-Hukm wa al-Idarah 1/226-241).

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa menjadi dasar Islam apa yang disabda Nabi s.a.w:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi. Dinilai hasan oleh al-Albani.)

Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll. Sahih), ia tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan politik milik sesuatu kabilah atau bangsa, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:

“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah”. (Riwayat Muslim)

Apa yang hendak ditegaskan ialah, perbahasan tentang politik islami, termasuk syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin tidak boleh bertaklid sepenuh kepada buku-buku yang ditulis pada beberapa ratus tahun yang lain. Buku-buku ada sumbangannya, tapi mungkin dalam beberapa keadaan ia sudah tidak relevan atau ia terikat dengan suasana di zaman penulisan itu dibuat.

Iran Dan Kepimpinan Ulama

Isu pemimpin negara mestilah ulama menjadi lebih rancak dibincang dalam dunia pemikiran apabila tercetusnya Revolusi Iran dan Khomeini memperkatakan tentang konsep Wilayah al-Faqih (The Absolute Authority of the Faqih) yang meletakkan faqih atau ulama (syiah) sebagai pemimpin yang wajib ditaati. Konsep itu mempunyai akar umbi kefahaman Syiah yang tersendiri, walaupun ia juga didebatkan dan dibantah dalam kalangan mereka.Sebenarnya, tujuan konsep itu diadakan oleh Khomeini adalah untuk menangani pemikiran ulama konservatif Syiah Iran yang enggan tunduk kepada keputusan-keputusan Negara Revolusi Iran atas alasan mereka tidak terikat dengan pegawai-pegawai kerajaan yang sebahagian bukan ulama. Apatahlagi ramai ulama Syiah berpendapat bahawa mereka tidak boleh memiliki negara sehingga kehadiran al-imam al-ghaib atau the absent imam iaitu imam Mahdi.

Lalu Khomeini menyandarkan kedudukannya sebagai faqih atau ulama dalam Syiah yang memerintah negara Iran bagi mewajibkan para ulama dan rakyat taat tanpa bantah kepada kerajaan. Namun konsep telah mendapat kritikan dari golongan agama dan sekular. Ia telah memberikan kuasa mutlak kepada Khomeni yang menafikan syura dan demokrasi. Taufiq Alsaif dalam bukunya Islamic Democracy and its Limits membahaskan isu ini di bawah tajuk Ayatollah Khomeini’s Project. (m/s 50-53. Beirut: SAQI)

Maka konsep ini cuba diterjemahkan oleh sesetengah gerakan Islam yang wujud, sehingga menganggap hanya ulama sahaja yang boleh memimpin. Dalam ertikata yang lebih sempit pemimpin utama mesti dari kalangan ulama. Jika mereka menganggap ulama membimbing atau adanya badan ulama bagi memimpin gerakan dan negara, itu lebih fleksibel. Namun apabila ditentukan individu pemimpin mestilah ulama, maka dalam suasana tertentu boleh menyempit ruang pemilihan kepimpinan yang berkesan.

Di samping kegagalan golongan bukan ulama untuk menunjukkan ketelusan dalam kepimpinan, menjadikan harapan kepada ulama bertambah besar. Tidak dinafikan, jika ada ulama yang berkemampuan dalam politik lagi amanah, tentulah itu pilihan terbaik. Jika tiada ulama yang memiliki kemampuan, selain ulama juga boleh memimpin dengan syarak berkemampuan dan amanah. Jika ada ulama yang berkemampuan tetapi tidak telus, dia pun tidak layak. Jika telus, tetapi tidak berkemampuan, pun tidak layak.

Politik Islam dibina atas prinsip-prinsip umum Islam, tanpa terikat dengan perincian. Maslahah dan realiti memainkan peranan penting dalam pengendalian politik islami atau kepimpinan secara umumnya. Objektif yang hendak dicapai ialah keadilan dan membimbing rakyat ke jalan yang Allah redha. Perinciannya dilihat kepada tuntutan semasa. Nas-nas politik hendaklah dilihat hubung kait antara teks dan konteks.

Mencari pemimpin dalam negara seperti Malaysia, hendaklah tidak hanya melihat kepada nas-nas agama, tetapi juga kepada realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat negara ini dan juga suasana politik di peringkat antarabangsa. Nas-nas agama berkaitan muamalat dan siyasah sebahagiannya mempunyai konteks yang tersendiri. Perubahan suasana hendaklah diambil kira oleh seseorang yang ingin menegakkan siyasah syari’iyyah.


P'raya masjid: Nama Agong diheret, kata Aziz Bari
Hazlan Zakaria
Jun 18, 11
12:45pm

Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

NONE"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.

"Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.

"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

"Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri,” kata Abdul Aziz.

Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.

"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam,” katanya.Fatwa

Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.

azlan"Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu,” katanya.

Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

Syiah saman Utusan, JAIS, Khusrin
Jimadie Shah Othman
Jun 18, 11
9:34am

Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz akhirnya menyaman Utusan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas pengarahnya Datuk Khusrin Munawi atas alasan memfitnahnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu.

NONELaporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya.

Sehubungan itu, Mohd Kamil sebagai plaintif percaya bahawa kenyataan itu menggambarkannya sebagai pengikut Syiah yang menganggap umat Islam yang bermazhab lain sebagai kafir dan darahnya halal dan/atau boleh dibunuh.

Menurutnya, kenyataan Khusrin juga membawa makna plaintif adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya dari ajaran sesat; pengikut ajaran Syiah yang sesat dari ajaran Islam; dan seorang Islam yang tidak beriman dengan kewajipan mengerjakan haji.

NONEKhusrin kini merupakan setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor.

Dalam writ saman itu, Mohd Kamil berkata, penyiaran kenyataan tersebut menyebabnya menanggung malu dan aib yang amat berat dan juga kesengsaraan dari segi maruah, air muka, kredibiliti, karakter dan reputasi.

Tuntut siar maaf 3 hari

Utusan juga didakwa menerbitkan kenyataan itu tanpa usul periksa dan dengan niat jahat bagi mensensasikan berita dan melariskan akhbar tersebut.

NONETindakan itu bagi mendapat faedah kewangan tanpa mengambil berat reputasi, maruah dan harga diri plaintif.

Sementara JAIS pula didakwa bertanggungjawab atas segala tindakan dan perbuatan yang Khusrin.

Utusan dinamanakan sebagai defendan pertama, Khusrin sebagai defendan kedua dan JAIS pula sebagai defendan ketiga.

Mohd Kamil juga mendakwa telah dua kali menghantar notis meminta defendan-defendan menarik balik tuduhan itu, meminta maaf dan membayar gantirugi.

Sehubungan itu, Mohd Kamil menarik balik tuduhan fitnah dan memohon maaf yang disiarkan di muka hadapan Utusan selama tiga hari dan memberikan gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, kos dan lain-lain relif yang ditetapkan mahkamah.

Mohd Kamil diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin daripada tetuan Mohamed Hanipa & Associates.


Pekida lonjakkan kutipan KL Gangster?
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 18, 11
10:48am

Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line".

Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam.

Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia.

Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.

Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida.

"Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang."

Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak.

Meskipun ia dianggap bahasa kasar yang sekadar hiburan, namun masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipaparkan.

Tiada undang-undang

Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu.

Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.

Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial.

Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul.
Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat.

Bagi penulis sendiri, kelemahan filem itu terserlah apabila undang-undang seolah-olah tidak wujud di ibu negara ini kerana ketika berlakunya pergelutan, pihak polis tidak langsung terlibat.

Pihak penguatkuasa hanya dipaparkan menbunyikan siren dan memerhati dari jauh semata-mata. Hal ini kemungkinan boleh mempengaruhi kegiatan gangsterisme.

Cinta cengeng

KL Gangster mengisahkan Malek (Aaron Aziz) ingin mengubah hidupnya serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap pimpinan King (Rizuan Hasim) setelah dibebaskan daripada penjara.

Bagaimapun, hasrat itu tidak mudah apabila anggota kongsi gelap masih cuba menariknya kembali ke dalam kumpulan itu.

Malah, ibu dan adiknya juga tidak dapat hidup selesa kerana sering diganggu oleh kumpulan samseng.

Dalam filem itu juga, Shamsul dilihat gagal memainkan wataknnya dengan baik. Bagaimanapun, penampilan watak konco-konconya berjaya menyelamatkan keadaan dan mengembangkan perjalanan cerita filem itu dengan baik.

Kredit harus diberikan kepada Ady Putra yang membawakan watak Jai dengan mantap.

Penonton juga diperkenalkan kepada watak 'putih' yang sering tertindas seperti Zeti, adik perempuan Malik, ibunya serta watak komedi Fadil yang dilakonkan dengan baik oleh pelawak Zizan.

Di sebalik aksi-aksi ganas, filem itu bagaimanapun masih cuba mengekalkan kesopanannya dengan tidak memuatkan babak cinta cengeng dan aksi-aksi berunsur seks yang keterlaluan.


Kes Aminul: Siasatan forensik tak ikut prosedur
Jun 18, 11 11:06am

Seorang saksi berpendapat pasukan forensik tidak mendapatkan hasil keputusan tepat dalam siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan.

NONEBekas Ketua Unit Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Amidon Anan berkata siasatan keseluruhan pasukan itu gagal mengguna pakai beberapa amalan seperti pemprosesan kesan belerang dari tembakan (GSR) yang dilepaskan pada hari kejadian.

Selain itu, katanya, kegagalan pasukan forensik membuat lakonan semula kejadian turut menyumbang kepada kegagalan menghasilkan keputusan yang jitu dalam kes itu.

Katanya amalan mengutip kelongsong peluru dua atau tiga hari selepas kejadian seperti yang dilakukan oleh pasukan forensik dalam kes tersebut jelas tidak mengikut amalan biasa sains forensik.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Salim Bashir yang mewakili tertuduh dalam kes itu, Koperal Jenain Subi di Mahkamah Sesyen di Shah Alam, semalam.

"Dalam kes melibatkan penggunaan senjata api yang melepaskan tembakan, tidak kira pada bila-bila masa kelongsong yang telah dilepaskan dari apa jua jenis tembakan seharusnya dikutip atau dikumpul secepat mungkin bagi mengelakkan ia terjejas akibat dipijak atau dilenyek oleh kenderaan.

"Jika protokol atau SOP tidak diikuti maka ia akan jejaskan keputusan ujian balistik menyebabkan kita tidak akan dapat mempastikan dari senjata mana kelongsong-kelongsong peluru itu dilepaskan," katanya.

NONEJenain, 48, diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Shah Alam, pada 26 April 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka akibat tembakan di kepala.

Saksi kedua pembelaan itu berkata lakonan semula kejadian amat perlu dilakukan oleh pasukan forensik bagi menentukan kesahihan berlakunya sesuatu kejadian jenayah.

Amidon menjelaskan lakonan semula kejadian dalam kes itu adalah bertujuan mengenalpasti arah tembakan dilepaskan, arah kemasukan peluru, jarak tembakan dan kedudukan penembak.

NONE"Dalam kes ini, pasukan forensik tidak lakukan apa-apa lakonan semula, cuma pihak Jabatan Kimia yang melakukan trajektori lakonan semula. Bagaimanapun trajektori Jabatan Kimia tidak banyak sokong perjalanan anak peluru dan memberi keputusan yang tepat," katanya.

Ketika ditanya ke arah mana tembakan dilepaskan dalam kejadian itu, Amidon berkata berdasarkan pemerhatian ke atas gambar-gambar yang dibekalkan kepadanya, jelas sekali tembakan yang dilepaskan disasarkan ke arah bahagian bawah belakang kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Katanya CSI hanya menyiasat kereta mangsa manakala kereta peronda polis di tempat kejadian tidak disiasat oleh pasukan forensik.

NONE"Dalam kes ini, apa kesimpulan awak terhadap siasatan pasukan forensik," soal Salim dan Amidon menjawab: "Berdasarkan gambar-gambar dan dokumen berkenaan, amalan sains forensik tidak banyak digunakan dalam siasatan kes ini.

"Jika digunakan, kita akan dapat kaitkan si penembak kepada GSR, kepada cermin kereta, kepada headrest yang mana keputusannya saya anggap adalah tepat," kata Amidon.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung 24 Jun ini.

- Bernama

Tiada ulasan: