Gaji MB tidak mungkin kumpul RM6.5juta
Belanja RM6.5 juta yang digunakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo untuk mengubahsuai kediaman mewahnya, tidak akan mampu ditanggung meskipun beliau menjawat jawatan itu lapan tahun berturut-turut. Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran Umno yang korup.
“Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.
“Ini gambaran bahawa pentadbiran Umno selama ini berlaku kebobrokan,” ujarnya yang juga Adun Seri Muda.
Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, beliau percaya Khir Toyo menjadi mangsa kambing hitam pimpinan Umno Selangor sendiri, iaitu Datuk Noh Omar yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Umno Selangor.
“Ini semua satu perangkap yang dipasang Noh serta rakan pimpinan Umno Selangor dan mangsa yang dikambing hitam ialah Khir,” kata Shuhaimi ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Khir semalam, mahkamah didedahkan bahawa beliau membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubahsuai rumahnya seperti diberitahu pereka lanskap yang membuat kerja pengubahsuaian berkenaan.
Bayaran itu dibuat secara ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.
Khir dihadapkan ke mahkamah pada 6 Disember tahun lalu atas tuduhan rasuah kerana membeli harta berupa tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di bawah harga pasaran daripada Pengarah Ditamas, Shamsudin Haryoni.
Bagaimanapun, Shamsuddin dibebaskan mahkamah atas tuduhan bersubahat dengan Khir awal bulan ini.
Dalam pada itu, Shuhaimi menyuarakan kesangsiannya sekiranya Khir akan disabitkan bersalah, berdasarkan kes-kes rasuah sebelum ini yang ditutup dengan pelbagai alasan.
“Kes ini kemungkinan besar akhirnya ditutup seperti contoh kes melibatkan Tan Sri Eric Chia, Datuk Seri Rafidah Aziz, Tan Sri Kasitah Gaddam dan ramai lagi terlepas dengan alasan mengaitkan kesilapan teknikal dan sebagainya.
“Sebab itu kita menyarankan supaya memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diletakkan fungsinya dan diberi tanggungjawab kepada Parlimen,” kata beliau.
Sementara itu, beliau menyeru rakyat supaya bijak memilih kerajaan yang menolak amalan rasuah.
“Rakyat boleh menilai dengan melihat apa yang berlaku dan selagi kes-kes rasuah ditutup dan disembunyikan, maka lagi bertambah keraguan rakyat kepada pemerintah.
“Oleh itu, rakyat perlu bangkit sokong usaha Pakatan Rakyat untuk menangani gejala rasuah dan penyelewengan oleh pemimpin Umno,” katanya.
Khutbah Jumaat: Qazaf dosanya besar
Minbar hari ini merasa amat terpanggil untuk menjelaskan maksud dan kesan fitnah yang wajib difahami, jika kita benar-benar inginkan kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT di dunia, apatah lagi di akhirat kelak. Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam. Ianya dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain.
Fitnah ialah mengadakan suatu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.
Fitnah boleh memecah belahkan masyarakat, meruntuh perpaduan ummah, merendahkan akhlak dan menjatuhkan maruah Islam.
Fitnah pula boleh menimbulkan Qazaf. Qazaf bererti membuat sesuatu pertuduhan terhadap seorang melakukan zina atau liwat tanpa mengemukakan empat orang saksi muslim yang adil.
Oleh itu orang yang menuduh telah melakukan jenayah Qazaf dan fitnah.
Pembuktian dengan cara bersumpah, termasuk sumpah laknat (mubahalah) atau menggunakan bahan-bahan lain sebagai bukti adalah tidak relevan sama sekali kerana tidak menepati kehendak syariat.
Termasuk dalam kategori ini, mereka yang mendedahkan maklumat secara terbuka, dalam pelbagai bentuk dengan maksud menuduh melakukan zina juga telah melakukan jenayah Qazaf.
Malah mereka yang mempercayai fitnah tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa dan boleh dikenakan hukuman kerana gagal membuktikannya mengikut ketetapan syarak.
Dalam hubungan ini marilah kita menghayati dan meyakini pesanan Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
“Sesiapa yang menggembar-gemburkan pada orang ramai sesuatu perkara terhadap seseorang muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikan kebenaran apa yang telah dikatakannya”. -(Riwayat At-Thabrani)
Fitnah boleh menjatuhkan maruah si tertuduh apabila disiar oleh media massa, media cetak mahupun media elektronik termasuk telefon bimbit. Lebih memburukkan keadaan, apabila si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad dengki yang terhadap orang yang dituduh.
Orang yang memfitnah sama ada sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang ingin merosakkan iman dan aqidah umat Islam sehingga hari kiamat.
Adakalanya fitnah itu diulas, diperbesar dengan memetik kenyataan oleh pihak-pihak tertentu ke arah menggambarkan bahawa si tertuduh memang bersalah.
Inilah budaya buruk sangka dan hasad dengki oleh mereka yang tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Setiap individu yang bersama melakukan perbuatan terkutuk ini, atau mempercayai atau sama-sama menyebarkan akan menerima pembalasan dari Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 25: “Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus, tetapi akan menimpa kamu secara umum; Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sesungguhnya mereka yang melakukan jenayah qazaf telah melakukan perbuatan yang haram dan termasuk tujuh jenis dosa besar.
Oleh itu, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut syariat Islam iaitu;
Pertama : Dari segi fizikalnya, boleh dikenakan lapan puluh sebatan.
Kedua : Dari segi moral dan sosialnya, akan hilang kelayakan menjadi saksi selama-lamanya dalam semua perkara termasuk saksi perkahwinan.
Ketiga : Dari segi keagamaannya akan tergolong sebagai orang yang fasiq.
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 4; “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang fasiq”.
Disamping itu, tukang fitnah atau mereka yang sengaja mengintai-intai aib orang, hendaklah mengambil pengajaran sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai aurat (cacat cela mereka), sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah, nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun dalam kenderannya sendiri, dalam riwayat lain disebutkan dalam rumahnya sendiri”. (Riwayat Abu Daud)
Fahamilah dengan sebenarnya maksud ayat yang dibacakan pada muqaddimah khutbah tadi daripada surah An-Nur ayat 12 yang bermaksud; “Mengapa semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, tidak bersangka baik sesama sendiri dan berkata;”Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.
Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan kesan jenayah qazaf, serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan syarak.
Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah yang melibatkan orang Islam.
Dengan ini kita boleh melaksanakan sistem perundangan yang adil, diredhai dan patuh kepada hukum syarak.
Marilah kita sama-sama bermuhasabah dengan membersihkan diri kita dari sifat-sifat keji yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Tingkatkanlah kefahaman kita mengenai Islam dengan menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh masjid dan surau.
Oleh itu, semua pihak, sama ada kerajaan, institusi perundangan dan masyarakat hendaklah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk melaksanakan syariat Islam sepenuhnya kerana ruang dan peluang telah tersedia.
Insya Allah kita akan mendapat pemeliharaan serta pertolongan daripada Allah S.W.T.
“Mengapa mereka tidak membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu; Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi Allah, adalah orang yang berdusta”.(An-Nur : 13)
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Khutbah Jumaat Bacaan 10 Jun 2011
M'SIAN INSIDER
Lim Kit Siang mahu sidang Parlimen yang bermula minggu depan membahaskan isu kematian penolong pengarah Kastam Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) April lalu.
Lim berkata beliau telah menghantar notis kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendesak Parlimen membahaskan kematian kedua ketika siasatan SPRM dengan menumpukan kepada dakwaan terbaru dibuat editor portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin.
Raja Petra dalam tulisan dalam blognya berkata polis telah menyiasat aset Ahmad Sarbaini dan mendapati dia tidak memiliki “kekayaan luar biasa” seperti mana didakwa.
Beliau berkata SPRM cuba untuk memburukkan nama Ahmad Sarbaini ekoran kematian itu.
“Isu ini penting untuk dibahaskan di Parlimen dengan menumpukan kepada pendedahan dibuat Raja Petra Kamaruddin yang mana polis telah melakukan siasatan ke atas aset Ahmad Sarbaini tapi mendapati beliau tidak memiliki kekayaan luar biasa,” kata Lim.
Wakil rakyat DAP ini juga menggesa agar polis memenuhi hasrat keluarga Ahmad Sarbaini agar hasil siasatan didedahkan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk diadakan inkues atau suruhanjaya diraja.
“Polis sepatutnya dedahkan hasil siasatan kepada keluarga Ahmad Sarbaini dan membenarkan keluarga itu membuat keputusan sama ada mahu diadakan inkues atau suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian,” katanya.
“Jika Parlimen enggan berbuat demikian dan tidak mengambil peluang menunjukkan sikap ambil berat terhadap kematian Ahmad Sarbaini, ia akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada SPRM.
“Parlimen akan hilang peranannya sebagai sebuah platform politik tertinggi,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.....
Chua Soi Lek sahkan 1Malaysia gagal
Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali. Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah ‘topeng’ kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.
Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.
Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.
Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.
Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.
Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.
Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.
Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih ‘bulu’ yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar ‘ruang lingkup’ mereka sahaja.
“Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar V K Lingam yang masih bebas ‘berkeliaran’ tanpa didakwa,” katanya.
Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi ‘budak suruhan’ kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.
Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.
Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong ‘lidah rasmi Umno’ iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.
Ini, katanya jelas memperlihatkan ‘wajah’ sebenar Perkasa.
“Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar akan penipuan tersebut,” ujarnya.
Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.
“Katakan tak nak pada BN!” katanya lagi.
Sumber: Harakah Daily
Kelab Isteri Taat sengaja undang publisiti
Kelab Isteri Taat cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej ‘taat’ kepada golongan isteri dengan cara yang salah.
“Kalau saya tidak salah, mereka adalah cabang dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global.
“Justeru saya menduga bahawa kumpulan ini dikendalikan oleh suami mereka dan boleh menghantar mesej yang salah kepada golongan isteri mengenai ketaatan kepada suami mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kota Baru di sini, Jumaat.
Katanya kewujudan kelab itu perlu dilihat semula bagi mengetahui siapa yang berada di sebaliknya yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan kelab berkenaan. “Saya bimbang, mana-mana saya pergi pun istilah taat. Contoh pinang isteri kedua, istilah taat itu digunakan oleh golongan suami untuk meminta isterinya meminang isteri kedua dengan alasan jika isteri mengingkarinya maka ia akan dilabelkan sebagai tidak taat, ia akan menjadi senjata sebenarnya untuk putarbelitkan sebahagian daripadanya.
“Ini semacam dari isyarat yang salah yang akan membingungkan masyarakat,” katanya.
Baru-baru ini, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.
Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Mashitah meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.
Mashitah berkata, hubungan seksual suami dan isteri adalah rahsia serta tidak perlu dikongsi dengan pihak luar kerana ia adalah fitrah manusia.
“Kenyataan mereka menyebut tentang kepuasan hubungan seksual, mereka hendak ajar bagaimana mendatangi suami tetapi pada saya hubungan suami adalah rahsia tidak boleh dipecahkan kepada orang luar,” katanya.
Pertubuhan yang dikenali sebagai Wira Perkasa Pulau Pinang (PERKASA) dan Penawar 1 Malaysia itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bukit Mertajam dan mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur iaitu Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS.
Ketua Penerangan PERKASA Norhalim Abdul berkata polis harus mengambil tindakan segera kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adalah berunsur menghasut rakyat dan mempunyai niat untuk mengganggu ketenteraman awam.
"Penganjuran perhimpunan itu, hanya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat kepada pelabur-pelabur asing," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Di Kelantan, penduduk Kampung Wakaf Baharu, Tumpat meminta pihak berkuasa bertindak tegas ke atas Bersih yang merancang mengadakan demonstrasi itu.
Ketua Kampung Wakaf Baharu, Mat Yusoff Mat Musa,60, berkata tindakan menghimpunkan orang ramai dengan tujuan mengadakan demonstrasi membantah kerajaan boleh menyebabkan huru hara.
"Kalau perkara itu dibiarkan dan keganasan berlaku, rakyat akan hidup dalam ketakutan berpanjangan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Wakaf Baharu, di Kota Bharu.
Dalam laporan media 7 Jun lalu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan harat kumpulan itu mengajak rakyat negara ini turut serta dalam perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 9 Julai depan.
Katanya ia adalah untuk menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengulas perkara itu berkata pihak penganjur perlu bertanggungjawab sekiranya perhimpunan itu dilaksana dan menganggu ketenteraman awam.
- Nur Atika Binti Atan · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MalaysiaPerkasa buat Himpunan takde siapapun kacau.. malahan Polis jaga elok2 lg... mcm dia saja yg boleh buat demontrasi... org lain tak boleh.
Beliau berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej "taat" kepada golongan isteri dengan cara yang salah.
"Kalau saya tidak salah, mereka adalah cabang dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global.
"Justeru saya menduga bahawa kumpulan ini dikendalikan oleh suami mereka dan boleh menghantar mesej yang salah kepada golongan isteri mengenai ketaatan kepada suami mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kota Bharu hari ini.
Katanya, kewujudan kelab itu perlu dilihat semula bagi mengetahui siapa yang berada di sebaliknya yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan kelab berkenaan.
"Saya bimbang, mana-mana saya pergi pun istilah taat. Contoh pinang isteri kedua, istilah taat itu digunakan oleh golongan suami untuk meminta isterinya meminang isteri kedua dengan alasan jika isteri mengingkarinya maka ia akan dilabelkan sebagai tidak taat.
"Ia akan menjadi senjata sebenarnya untuk putarbelitkan sebahagian daripadanya. Ini semacam dari isyarat yang salah yang akan membingungkan masyarakat," katanya.
Baru-baru ini, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".
Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Mashitah meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.
Mashitah berkata, hubungan seksual suami dan isteri adalah rahsia serta tidak perlu dikongsi dengan pihak luar kerana ia adalah fitrah manusia.
"Kenyataan mereka menyebut tentang kepuasan hubungan seksual, mereka hendak ajar bagaimana mendatangi suami tetapi pada saya hubungan suami adalah rahsia tidak boleh dipecahkan kepada orang luar," katanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Salleh Abdul Razak, berkata pihaknya bersama Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Agensi Dadah Kebangsaan kini berusaha menjejaki mereka yang meloloskan diri.
"Kami juga masih menyiasat punca sebenar rusuhan tersebut," katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut.
Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu.
Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999.
- Bernama
Katanya, perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah untuk menjamin keutuhan hidup suami isteri dan membentuk keluarga yang bahagia dengan kedua-dua suami isteri sama-sama memegang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.
"Justeru jangan ada di kalangan suami yang cuba mengabui pemahaman isteri kononnya satu pengorbanan bagi mereka dengan jaminan masuk syurga jika membenarkan suami berkahwin lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Simposium Wanita peringkat negeri oleh Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Dewan 2020 di Kangar hari ini sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Raja Perlis.
Mashitah yang juga seorang daripada panel simposium itu berkata, adalah tidak wajar seseorang suami meletakkan isteri mereka sebagai "pelacur terhormat" sedangkan taat setia tidak boleh diletakkan kepada isteri sahaja sebaliknya suami juga perlu mempunyai sikap taat setia kepada isteri mereka.
Beliau menyifatkan perbuatan sedemikian tidak boleh dibiarkan kerana isteri akan terus teraniaya sedangkan apa yang lebih penting adalah jaminan masa depan keluarga dan anak-anak, bukan semata-mata memuaskan nafsu seks seseorang suami.
"Dalam rumah tangga memang menjadi tanggungjawab isteri melayan suami tetapi jangan pula seseorang suami mengambil kesempatan daripada layanan baik isteri mereka hingga sanggup mempergunakan isteri tersebut untuk memuaskan hawa nafsu sendiri," katanya.
- Bernama
- Nur Afiqah · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysiaminta maaf yes ustazah... tidak ada istilah pelacur kepada seorang wanita apabila sah menjadi isteri kepada seorang lelaki.dan keduanya... setahu saya istilah taat setia hanya kepada wanita bernama isteri tidak ada hukum taat setia bagi suami kepada isteri tetapi kepada ibunya...memang ada.Yang penting sebuah perkahwinan itu mesti berlandaskan iman dan masing-masing mesti kena ada ilmu. Baru semuanya berjalan dgn lancar...wallahu alam.
- Tuan Othman Bin Yaacob · Pusat Pengajian Tinggi Nilam Puri - Al-Azhar Mesir - UKM BangikENAPALA DENGAN DR. MASYITAH KITA NI ASYEK2 SEBUT PELACUR AJE. DULU DAH BISING 2 TENTANG PEMPUAN BOLEH JADI PELACUR DEMI UNTUK MENYARA HIDUP. NI ISTRI PULA JADI PELACUR KEHORMAT KPD SUAMI. HARAP DR. JANGAN LAGI LA SEBUT PELACUR NI . SERIAU AKU MENDENARNYA.
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Tanggungjawab Suami
1. Menyediakan mahar untuk isteri.
2. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.
3. Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.
4. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.
5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.
6. Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal
ibadat dalam fardu ain.
7. Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan
maruahnya.
Tanggungjawab Isteri
1. Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
2. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
3. Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan sempurna.
4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.
5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.
6. Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.
Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri
1. Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.
2. Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.
3. Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.
4. Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
5. Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.
6. Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumahtangga.
TANGGUNG JAWAB SUAMI ISTERI
Sebagai bahan referensi dan renungan bahkan tindakan, berikut, garis besar hak dan kewajiban suami isteri dalam Islam yang di nukil dari buku “Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari Lengkap” karangan H.A. Abdurrahman Ahmad.
Hak Bersama Suami Istri
- Suami istri, hendaknya saling menumbuhkan suasana mawaddah dan rahmah. (Ar-Rum: 21)
- Hendaknya saling mempercayai dan memahami sifat masing-masing pasangannya. (An-Nisa’: 19 - Al-Hujuraat: 10)
- Hendaknya menghiasi dengan pergaulan yang harmonis. (An-Nisa’: 19)
- Hendaknya saling menasehati dalam kebaikan. (Muttafaqun Alaih)
Adab Suami Kepada Istri .
- Suami hendaknya menyadari bahwa istri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (At-aubah: 24)
- Seorang istri bisa menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah clan Rasul-Nya. (At-Taghabun: 14)
- Hendaknya senantiasa berdo’a kepada Allah meminta istri yang sholehah. (AI-Furqan: 74)
- Diantara kewajiban suami terhadap istri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristri lebih dari satu. (AI-Ghazali)
- Jika istri berbuat ‘Nusyuz’, maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berurutan: (a) Memberi nasehat, (b) Pisah kamar, (c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (An-Nisa’: 34) … ‘Nusyuz’ adalah: Kedurhakaan istri kepada suami dalam hal ketaatan kepada Allah.
- Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap istrinya/keluarganya. (Tirmudzi)
- Suami tidak boleh kikir dalam menafkahkan hartanya untuk istri dan anaknya.(Ath-Thalaq: 7)
- Suami dilarang berlaku kasar terhadap istrinya. (Tirmidzi)
- Hendaklah jangan selalu mentaati istri dalam kehidupan rumah tangga. Sebaiknya terkadang menyelisihi mereka. Dalam menyelisihi mereka, ada keberkahan. (Baihaqi, Umar bin Khattab ra., Hasan Bashri)
- Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk istrinya. (Abu Ya’la)
- Suami wajib menggauli istrinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (An-Nisa’: 19)
- Suami wajib memberi makan istrinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Abu Dawud).
- Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada istrinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, Muttafaqun Alaih)
- Suami wajib mengajarkan istrinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali)
- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap istri. (An-Nisa’: 3)
- Suami tidak boleh membuka aib istri kepada siapapun. (Nasa’i)
- Apabila istri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali)
- Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada istrinya. (AI-Baqarah: ?40)
Adab Isteri Kepada Suami
- Hendaknya istri menyadari clan menerima dengan ikhlas bahwa kaum laki-Iaki adalah pemimpin kaum wanita. (An-Nisa’: 34)
- Hendaknya istri menyadari bahwa hak (kedudukan) suami setingkat lebih tinggi daripada istri. (Al-Baqarah: 228)
- Istri wajib mentaati suaminya selama bukan kemaksiatan. (An-Nisa’: 39)
- Diantara kewajiban istri terhadap suaminya, ialah:
a. Menyerahkan dirinya,
b. Mentaati suami,
c. Tidak keluar rumah, kecuali dengan ijinnya,
d. Tinggal di tempat kediaman yang disediakan suami
e. Menggauli suami dengan baik. (Al-Ghazali)
- Istri hendaknya selalu memenuhi hajat biologis suaminya, walaupun sedang dalam kesibukan. (Nasa’ i, Muttafaqun Alaih)
- Apabila seorang suami mengajak istrinya ke tempat tidur untuk menggaulinya, lalu sang istri menolaknya, maka penduduk langit akan melaknatnya sehingga suami meridhainya. (Muslim)
- Istri hendaknya mendahulukan hak suami atas orang tuanya. Allah swt. mengampuni dosa-dosa seorang Istri yang mendahulukan hak suaminya daripada hak orang tuanya. (Tirmidzi)
- Yang sangat penting bagi istri adalah ridha suami. Istri yang meninggal dunia dalam keridhaan suaminya akan masuk surga. (Ibnu Majah, TIrmidzi)
- Kepentingan istri mentaati suaminya, telah disabdakan oleh Nabi saw.: “Seandainya dibolehkan sujud sesama manusia, maka aku akan perintahkan istri bersujud kepada suaminya. .. (Timidzi)
- Istri wajib menjaga harta suaminya dengan sebaik-baiknya. (Thabrani)
- Istri hendaknya senantiasa membuat dirinya selalu menarik di hadapan suami(Thabrani)
- Istri wajib menjaga kehormatan suaminya baik di hadapannya atau di belakangnya (saat suami tidak di rumah). (An-Nisa’: 34)
- Ada empat cobaan berat dalam pernikahan, yaitu: (1) Banyak anak (2) Sedikit harta (3) Tetangga yang buruk (4) lstri yang berkhianat. (Hasan Al-Bashri)
- Wanita Mukmin hanya dibolehkan berkabung atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari. (Muttafaqun Alaih)
- Wanita dan laki-laki mukmin, wajib menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluannya. (An-Nur: 30-31)
Isteri Sholehah
- Apabila’ seorang istri, menjaga shalat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramddhan, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, niscaya Allah swt. akan memasukkannya ke dalam surga. (Ibnu Hibban)
- Istri sholehah itu lebih sering berada di dalam rumahnya, dan sangat jarang ke luar rumah. (Al-Ahzab : 33)
- Istri sebaiknya melaksanakan shalat lima waktu di dalam rumahnya. Sehingga terjaga dari fitnah. Shalatnya seorang wanita di rumahnya lebih utama daripada shalat di masjid, dan shalatnya wanita di kamarnya lebih utama daripada shalat di dalam rumahnya. (lbnu Hibban)
- Hendaknya menjadikan istri-istri Rasulullah saw. sebagai tauladan utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan