Sabtu, 25 Jun 2011

BERSIH IKUT KACAMATA DAN FIKIRAN SENDIRI...TAPI KOTOR SISI ALLAH LAH TU YANG TEPAT...DAN HANYA ALLAH TAHU SAPE YANG KOTOR ITU.....

Foto lucah di surah Yasin ditemui di masjid negeri
Jun 24, 11 9:40pm

Sebanyak 11 naskhah Surah Yasin yang diletakkan sekeping gambar berwarna yang memaparkan pelbagai aksi lucah ditemui di Masjid Negeri Pulau Pinang, semalam.

Imam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata gambar lucah itu ditemui di dalam naskhah Surah Yasin di rak ruang solat utama masjid itu oleh seorang pengawal keselamatan masjid yang ingin membacanya sementara menunggu solat Asar pada kira-kira jam 4.30 petang.

"Beliau kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada siak masjid dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Yusuff berkata naskhah Surah Yasin itu dipercayai baru diletakkan di rak berkenaan kerana keadaannya yang masih elok dan tidak terusik dan naskhah itu juga berbeza dengan naskhah Surah Yasin sedia ada di masjid.

Katanya seorang daripada imam masjid membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Air Hitam berhubung perkara itu, petang semalam.


Utusan dibakar di seluruh negara
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 24, 11
7:49pm

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat bagi membantah penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang didakwa menghina Islam.

NONEDalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu turut menyaksikan akhbar milik Umno itu dibakar selepas solat Jumaat hari ini.

Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.

Menurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa.

NONE"Dalam demonstrasi tadi, Ahmad Sabki ada menyebut bahawa karikatur (itu) telah melakukan kesalahan besar kepada umat Islam dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu mengambil tindakan dengan menggantungkan permit Utusan Malaysia," katanya.

Keputusan mengadakan perhimpunan di seluruh negara hari ini atas arahan ketua Pemudanya Nasrudin Hassan selepas tuntutan maaf mereka tidak dilayan akhbar itu.

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Polis arah henti

NONESementara itu, di Ipoh, dua ratus orang hadir perhimpunan anjuran dewan Pemuda PAS negeri di pekarangan Masjid negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri Safizal Saleh berkata, himpunan hampir 30 minit itu diwarnani dengan pelbagai sepanduk mendesak Utusan segera memohon maaf.

Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

NONE"Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam," katanya.

Di Terengganu pula, difahamkan terdapat perhimpunan dibuat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu yang disertai ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah.

Kontroversi kartun dua panel itu bermula apabila sebuah dialog berhubung penolakan telefon bimbit sebagai bahan bukti dalam kes rogol menjadi pertikaian.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”




Hina Islam: Pemuda PAS demo seluruh negara
Jimadie Shah Othman
Jun 24, 11
8:40am

Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah penyiaran penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam oleh akhbar Utusan Malaysia.

NONEKetua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, tindakan berkenaan diambil setelah akhbar tersebut gagal membuat permohonan maaf yang dituntut mereka genap seminggu lalu.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysiakini semalam, Nasrudin juga berkata, pihaknya mengisytiharkan pemboikotan akhbar Umno itu secara menyeluruh "atas keangkuhan mereka enggan mohon maaf."

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Diharamkan buat liputan

Mereka memberi tempoh tujuh hari kepada akhbar itu untuk memohon maaf secara terbuka atau pihaknya akan meneruskan siri bantahan dengan membuat perhimpunan besar.

NONEBeliau juga menuntut Utusan mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur tersebut.

Lakaran pertama dalam karya itu menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

NONENasrudin, lulusan pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar, Mesir berpendapat, selain mempersendakan hukum Islam, karikatur itu juga dilihat "memperkecilkan institusi agama seolah-olah tidak boleh menangani" isu berkenaan.

Sabtu lalu, Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.


Dr M: Ikut BERSIH, hati tak bersih
Fadzly Esa
Jun 24, 11
6:16pm

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mewajibkan ahlinya menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

NONE"Saya rasa dia (Hadi) ikut bersih sahaja, dia bukan berapa bersih betul. Kalau hati dia bersih betul, saya fikir dia takkan buat benda-benda macam ini.

"Orang ikut BERSIH memang hati tak bersih," katanya diikuti gelak ketawa hadirin yang hadir.

Beliau yang juga Yang dipertua Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah kompleks Perkim negeri Selangor di Seksyen 8, Shah Alam, pagi tadi.

Ditanya berhubung perhimpunan BERSIH yang dikatakan seolah-olah menggalakkan orang melayu bertempur, Dr Mahathir berkata, sekarang ini pun "mereka sudah bertempur".

NONEMenurutnya lagi, ini berlaku apabila ada pihak yang menuduh pihak lain tidak Islam atau separuh Islam.

"Semua ini menyebabkan kita bertempur, ini adalah soal politik bukan soal agama," katanya.

Ditanya wajar pucuk pimpinan BN melucutkan jawatan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang turut mengarahkan anggota pergerakan itu berhimpun pada hari yang sama, Dr Mahathir menyerahkannya kepada kebijaksanaan mereka.

"Itu terpulang kepada mereka, saya tiada hak," katanya.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Siapakah yang kotor kan Malaysia?
    Mamak kutty namanya.
    Siapakah yang jaga kroni?
    Mama Kutty Namanya.
    Siapa yang hina Islam?
    Mamak Kutty namanya.
    Siapa yang pecah belahkan melayu?
    Mamak kutty Namanya.
    Siapakah bapak perasuah?
    Mamak Kutty namanya.
    Siapakah yang gunakan Islam tipu melayu.
    Mamak Kutty namanya.
    Tanyalah diri mu mamak kutty.. hati kau bersihkah?
    Ptuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiii.... hingga akhir hayat aku.
    • Md Tahir Mustafa
      Antimamak ...sdr bersih ke..? Seolah2 sdr yg baik...dari yg baik. kalau sekadar tulis dan cakap kosong boleh lah temberang ...
    • Gee Notty · Pengulas Tertinggi · Seremban
      sekurang2nye dia cuba jd yg terbaik tahir oooiiii..........kau tu bila nak sedar...??
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      Gee Notty ·
      Siapakah yang gila kuasa tetapi gunakan islam untuk menyatu kan melayu ??
      Namanya Mamak Kutty
      Siapakah yang gunakan isu perkauman untuk menabur benci di Malaysia ??
      Namanya Mamak Kutty
      Siapakah paling kotor , hati kotor , perangai kotor tipu melayu ??
      Siapakah Perdana Menteri bangsa India yang tak mengaku dirinya India? Ini lah Mamak Kutty dari Kerala.
  • Hasanul Isyraf · Pengulas Tertinggi
    Jika kau fikirkan kau Bersih, kau memang orang yang Bersih, jika kau fikirkan ragu-ragu, kau memang katak puru dan penipu. Bersihkan pemikiran, supaya tidak mudah ditipukan oleh UMNO penipuan. jika kau fikirkan Bersih, Kau Bersih! Kau Bersih! Kau Bersih!

'Polis ada cara halang perhimpunan 9 Julai'
Jun 24, 11 4:51pm

Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Amar Singh berkata sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Amar Singh berkata sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 800 laporan polis berhubung bantahan terhadap demonstrasi ini yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), golongan peniaga, persatuan-persatuan, ahli politik dan orang awam (individu).

"Selain daripada perhimpunan yang menggunakan nama BERSIH 2.0, pada masa yang sama juga terdapat dua kumpulan berlainan telah menyatakan hasrat untuk membuat perhimpunan di sekitar ibu kota bagi membantah perhimpuan Bersih ini.

"Dengan adanya kumpulan yang tidak sefahaman pendapat ini berhimpun, kita khuatir akan mencetuskan keadaan yang boleh menggangu aktiviti harian, perniagaan dan ketenteraman awam," katanya.

Amar Singh meminta penganjur supaya menarik balik rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan haram itu.

- Bernama

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Amar Singh jumapa Karpal Singh bincang tentang BERSIH 2,.0.
    Amar Singh : Kami PDRM tak benarkan BERSIH dijalankan.
    Karpal Singh : Ada baca perlembagaan?
    Amar Singh : Tiada permit , memang haram.
    Karpal Singh : Siapa keluar permit?
    Amar Singh : Ini hak kuasa polis untuk keluar permit.
    Karpal Singh : Kebebasan sersuara , kebebasan berhimpun ada cata dalam perlembagaan. kenapa perlu permit.
    Amar Singh; Kita hanya jalankan kerja, ikut arahan kerajaan umno, menteri cakap apa. kita ikut apa.
    Karpal Singh: Macam ini. polis pun cari makan dari umno, polis pun tak ikut undang undang.


'Datuk T' mengaku bersalah, didenda RM5,500
Jun 24, 11 10:11am

[GALERI FOTO]

Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.

azlanMereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”

Ketika-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari 21 Mac lepas.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

'Bukan menyerupai, tapi Anwar'

Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

NONESelepas sidang mahkamah disambung, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.



Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar
Jimadie Shah Othman
Jun 24, 11
8:51am


Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menerbitkan buku terbaru, yang antaranya memuatkan lakaran wajahnya sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkiflee, kerja seni "istimewa" dari koleksi peribadinya itu dilukis ketua pembangkang ketika merengkok dalam penjara Sungai Buloh pada Ogos 2001.

NONE"Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat 'cartoonology' iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974," katanya.

Buku tersebut, Even My Pen Has a Stand (Hatta pen saya punya pendirian) merupakan buku keempatnya terbitan Kinibooks, anak syarikat kumpulan Malaysiakini.

Sebelum ini dengan syarikat yang sama, beliau menerbitkan Cartoons On Tun… and Others (2005), 1Funny Malaysia (2009) dan "Cartoon-O-Phobia (2010)."

Koleksi kartu politik dalam buku terbaru ini pernah disiarkan dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan dalam laman web antarabangsa Cartoonmovement.com.

NONETurut dimuatkan kali ini kartunnya yang dilukis ketika berada dalam lokap polis pada 24 September tahun lalu berikutan penerbitan buku Cartoon-O-Phobia, tambah Zunar.

Dalam kenyatannya semalam, Zunar berkata Even My Pen Has a Stand dipilih sebagai tajuk untuk menegaskan pendiriannya yang "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir" selepas ditangkap dan diugut.

'Saya ditangkap lagi'

"Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat," katanya.

Justeru, tidak hairan, isu-isu utama yang disentuh dalam buku itu berkaitan Altantuya Shaariibu, isu Scorpene, perdana menteri dan isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, isu perkauman, kebangkitan rakyat Mesir, 'FLOM' dan pilihan raya Sarawak.

NONESebelum ini enam buku Zuhar diharamkan.

Buku-buku itu Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun 1, Isu Dalam Kartun 2 dan Isu Dalam Kartun 3.

"Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi (saya) ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamadun," katanya.

Katanya, tangkapan dan ugutan terhadap kartunis Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke-19 adalah perkara biasa, tetapi dalam dunia moden sekarang, kartunis editorial diiktiraf sebagai ejen demokrasi.

NONE"Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!" katanya.

Buku baru itu setebal 104 muka warna penuh dan boleh turut diberi dalam talian dengan harga RM25.00 senaskhah.

Ia dijadual dilancarkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada 2 Julai depan.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Ketawa lah sebelum UMNO diketawakan.
    Bila UMNO diketawakan , dia naik marah.
    Maka haram sini haram sana , kartun pun kena haram.
    silap silap keluar fatwa `Islam tidak benar.....kartun'.
    `Dimalaysia , sesiapa , apa saja yang bertentangan dengan UMNo.
    semua diistiharkan haram ' - al surah 18 Kitab Utusan.


Poligami: K'tan mungkin hadiah dinar emas
Jun 24, 11 6:07pm

Hadiah berbentuk dinar emas dan meraikan pasangan makan secara berhidang di restoran mungkin merupakan pilihan kerajaan negeri dalam memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar berkata apa yang dilakukan kerajaan negeri itu adalah mengikut kemampuan yang ada.

"Kita tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau mengada-ngada dalam memperkenalkan sesuatu program untuk faedah umum termasuk dalam memberi insentif kepada pasangan yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Wan Ubaidah, ia akan dibincangkan secara terperinci sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga berkata selebriti Salleh Yaakob, yang mempunyai empat isteri, mungkin diundang menghadiri satu majlis untuk dijadikan contoh pasangan berpoligami mengikut acuan yang dikehendaki Islam.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri minggu lepas, Wan Ubaidah berkata kerajaan negeri bercadang memberi insentif kepada lelaki mendedahkan perkahwinan mereka secara polgami kepada umum bagi mengelakkan perselisahan faham dalam keluarga dan masyarakat.

- Bernama

Tiada ulasan: