"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.
"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.
"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.
Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.
Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.
Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.
Guna duit sendiri
Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.
"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly.
Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.
"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.
Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.
"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.
Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.
"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.
"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily.
Bayi berusia enam hari yang diberikan nama Shay Adora Ram, hampir menjadi 'anak Malaysia' pertama yang didaftarkan oleh pasangan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy.
Pasangan ibu bapa itu ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya hari ini bagi mendaftarkan kelahiran Shay.
"Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan 'bangsa' tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India,” kata Yeoh (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.”
Yeoh kemudiannya memilih untuk membiarkan ruangan itu kosong tetapi ini juga ditolak oleh pegawai berkenaan.
"Mereka berkata tiada peruntukan bagi mengosongkan ruangan itu. Sistem sedia ada tidak boleh mendaftarkan anak kami. Kami mesti memilih mana-mana satu bangsa,” kata ADUN DAP itu sambil menambah kategori 'lain-lain' juga tidak dibenarkan dipilih olehnya.
Pasangan yang kecewa itu kemudian memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran anak mereka tetapi diberitahu tindakan berkenaan akan mengusutkan lagi keadaan dan mungkin menjejaskan anak itu, umpamanya apabila mendapatkan rawatan perubatan dan perkara lain.
Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini.
"Saya akan menulis kepada perdana menteri dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara untuk membuat rayuan.
"Sistem mendaftarkan rakyat mesti mencerminkan apa yang dilaungkan oleh perdana menteri setiap hari,” kata Yeoh.
Keputusan pentadbiran BN Selangor memberikan lesen menduduki sementara kepada pengusaha di tapak rizab di Sg Buloh sebelum ini dibuat tanpa memikirkan keselamatan rakyat, kata setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin.
Faekah menjelaskan, kawasan yang menjadi tapak perusahaan tapak semaian itu merupakan rizab keselamatan kerana menempatkan paip bertekanan tinggi bagi menampung bekalan air kepada lebih sejuta penduduk.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memeliharanya demi mengelak kemungkinan kemalangan besar berlaku.
"Malangnya kerajaan Umno BN ketika itu, entahkan cuai atau mungkin begitu cetek ilmu telah mendesak pegawai kerajaan mengeluarkan TOL dan mengarahkan pengusaha tapak semaian berpindah ke tapak tersebut," kata Faekah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan "celupar" timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak prihatin dalam isu berkenaan.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu sepatutnya membela masalah penduduk berkenaan dengan memperbaharui TOL untuk mengusahakan tanah rizab Jabatan Bekalan Air itu.
"Beliau perlu ingat bahawa tapak semaian asal seluas 75.16 ekar dan dihuni oleh 50 pengusaha yang dipaksa pindah ke Sungai Buloh oleh kerajaan BN Selangor pada 1999. Tapak tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah hospital," kata Faekah.
Katanya lagi, kerajaan Pakatan Selangor tidak berniat untuk menghalang usaha pembinaan hospotal berkenaan, namun arahan kepada Pebadanan Kemajuan Pertanian Selangor untuk mengeluarkan TOL untuk mengusahakan tanah berkenaan bercanggah dengan peruntukan undang-undang tanah negeri.
Jelasnya, kawasan yang menempatkan paip bertekanan tinggi sepanjang 16 km itu perlu dipelihara bagi mengelakkan kemalangan besar berlaku.
Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pula sebelum ini memutuskan supaya perusahaan tanaman pokok itu boleh diteruskan dan turut memberi jaminan bahawa hak pengusaha berkenaan akan diambil kira walau tidak diberikan TOL.
Namun menurut beliau butiran perjanjian itu tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kerana ia adalah perkara sulit.
"Di parlimen, apabila seseorang MP bertanyakan sesuatu, kita mesti sentiasa telus,” kata Mukhriz kepada wartawan semasa sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ditanya sama ada kerajaan bercadang mendedahkan perjanjian itu berikutan luahan rasa tidak puas hati rakyat dan pelbagai pihak kerana perjanjian PPA itu yang dikatakan berat sebelah.
Mukhriz berkata ahli parlimen adalah perwakilan rakyat dan parlimen adalah tempat yang bersesuaian bagi perkara yang membabitkan kepentingan awam seperti perjanjian PPA dibincangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan