Rabu, 15 Jun 2011

BILA BERPOLITIK KEPENTINGAN DIRI DAN KRONI...INGAT KITA AKAN MATI....SEMUA KERJA2@AMALAN2 DIDUNIA AKAN DIHISAB...NERAKA TEMPAT BAGI MELAWAN ALLAH SWT.

Umno jangan berlagak menyalak di luar rumah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah kepada Adun Meru merangkap Yang Dipertua Kawasan Kapar Dr Abdul Rani Osman atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, DPPNS selaku sayap kanan parti akan sentiasa komited dalam usaha membantu pesuruhjaya dalam menggerakkan jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi segala cabaran dan rintangan politik negeri Selangor khususnya dalam persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor yang mengatakan perlantikan Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru akan menjadi 'mimpi ngeri yang berpanjangan' kepada Umno BN Selangor,” katanya kepada Harakahdaily.

DPPNS turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Adun Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali atas segala khidmat dan usaha keras beliau dalam memartabatkan perjuangan PAS dan memantapkan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sehingga mencapai kemenangan bersejarah memerintah Negeri Selangor di dalam PRU ke 12 yang lalu.

“Khidmat beliau sangatlah dihargai oleh seluruh saf pimpinan Pemuda Negeri dan Kawasan-kawasan,” katanya.

DPPNS turut menasihatkan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Satim Deman supaya menjaga urusan partinya sendiri daripada meminta Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menggugurkan Hasan daripada Kabinet Exco Negeri Selangor selaras keputusan PAS tidak melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

“Ingin Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan bahawa jawatan Dr Hasan sebagai Exco Negeri Selangor adalah hasil daripada persetujuan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan tidak membabitkan perubahan kepimpinan di peringkat sesebuah parti.

“Janganlah Umno berlagak seperti anjing yang menyalak di luar rumah cuba mengambil kesempatan mencari publisiti politik murahan dengan mencampuri urusan parti orang lain sedangkan partinya sendiri penuh dengan masalah,” tegasnya.

DPPNS yakin PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Selangor cukup arif dan berpengalaman dalam mentadbir urus Negeri Selangor dan parti masing-masing tanpa campur tangan daripada pihak luar.

Satim katanya, sepatutnya menasihatkan Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan supaya tidak gopoh dalam mempertikaikan khutbah Jumaat baru-baru ini yang bertajuk “Jenayah Qazaf adalah berdosa besar.

“Ini adalah kerana Qazaf dan Hudud sama seperti smbahyang, puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan. Janganlah menjadi seperti pepatah Melayu seperti ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi,” katanya.


ETP hanya jana kekayaan atas kertas
Dr Dzulkefly Ahmad

Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, ahli Parlimen Lenggong minta PERDANA MENTERI menyatakan:
(a) secara terperinci perkembangan Program ETP Kerajaan, berapa peratuskah pelaksanaannya, dan berapakah jumlah pelaburan serta peluang pekerjaan yang ditawarkan sekarang?

Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’ dan masih belum menggarap ‘kekangan utama’ atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce.

Bernama semalam (14 Jun) hanya melaporkan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, PM semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau feel-good factor di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes.

Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana paper wealth atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!

Lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini ialah apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah “kekayaan di atas kertas” khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai ‘bintang’.

Harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP.

Malah ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya. Antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%.

Paling mutakhir saham Tricunes merudum kembali ke paras 10.5 sen.

Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di’strukturkan’ pembayarannya.

Karambunai Corp Bhd dan Petaling Tin Bhd telah memperolehi satu projek pelaburan Karambunai Integrated Resort City (KIRC) yang bernilai RM9.6 bilion.

Sehingga 29 April, saham Karambunai Corp telah melonjak kepada 22.5 sen, dengan lonjakan 246% berbanding nilainya tahun lalu dan Petaling Tin pula melonjak kepada 39.5 sen, lonjakan 132% berbanding tahun lalu.

Sehingga kini dilaporkan belum ada satu yang lebih konkrit untuk kedua-dua syarikat tersebut membuat apa-apa ‘submission’ kepada Bursa Malaysia.

Namun pengumuman telah mencetus excitement dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, kesemua projek berskala besar ini gagal menangani dan tidak dapat menutup kerapuhan ekonomi Malaysia, iaitu permasalahan struktural dalam ekonomi, misalnya kekurangan modal insan berkualiti dan kreatif, pasaran dalam negara tanpa daya saing, sektor awam yang rendah efisiennya, dasar afirmatif yang disalahgunakan yang berasaskan perkauman dan bukan keperluan.

Kesemua ini tidak dijawab dengan ETP-EPP sebagai langkah mitigasi unsur risiko pada jangka sederhana.

Seterusnya, masalah yang terpampang di depan mata adalah bagaimana EPP-ETP ini dilaksanakan, dan bagaimana pula projek-projek ini dijayakan perlaksanaannya dengan delivery yang sarat dengan ‘ketirisan dan kebocoran’ yang berakhir dengan projek menanggung kos projek atau cost-overrun sehingga ke paras jutaan ringgit bahkan billion RM seperti Istana Negara dan Projek Empangan Bakun dan lain-lain.

Rakyat mahu ETP-EPP berjaya, tetapi Najib dan kerajaan BN jangan bertindak dengan perhitungan jangka pendek sekaligus mengorbankan kemaslahatan rakyat pada jangka sederhana-panjang!

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Malaysia, Kuala Selangor.

15 Jun 2011


ETP-EPP hanya jana kekayaan di atas kertas
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: PAS menganggap Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’.

“Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’ dan masih belum menggarap ‘kekangan utama’ atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, Najib pada 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah ETP bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Tambahnya, terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Menurutnya, mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, Najib semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau feel-good factor di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes.

“Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana paper wealth atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!” ujarnya.

Katanya, lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini ialah apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah “kekayaan di atas kertas” khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai ‘bintang’.

Beliau berkata, harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP.

Malah, ujarnya ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya, antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, katanya harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%.

Katanya, paling mutakhir saham Tricunes merudum kembali ke paras 10.5 sen.

“Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di’strukturkan’ pembayarannya,” katanya.


Pindaan RUU PPKB bersifat kosmetik
Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali

Merujuk kepada pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) yang dicadangkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, saya sukacita ingin memaklumkan bahawa sebahagian tuntutan pemilik tanah Kampung Baru sebelum ini yang saya suarakan selaku Wakil Rakyat Titiwangsa telah diambilkira oleh pihak Kementerian.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu juga dipinda dan dijelaskan kepada para penduduk sebelum dibentangkan di Parlimen.

Kedudukan Lembaga MAS

Fasal 57 RUU PPKB 2010 yang asal memperuntukkan pembubaran Enakmen MAS & Lembaga MAS telah dipotong. Ini sesuatu yang baik tetapi dengan pindaan ini apakah status Lembaga MAS di dalam PPKB?

Lembaga MAS masih wujud dan dalam masa yang sama PPKB juga bertindak sebagai pentadbir Kampung Baru. Kenapa perlu ada dua (2) badan yang mengurustadbir Kampung Baru?

Oleh yang demikian, saya mencadangkan Kementerian memperkasakan kedudukan Lembaga MAS ini dengan terus menyerap Lembaga MAS sebagai Penasihat PPKB di bawah Fasal 19 RUU PPKB 2010.

Rasionalnya ialah jika melihat kepada Fasal 19 & 20 RUU PPKB 2010, ia menubuhkan suatu Majlis Penasihat yang dimaklumkan oleh Kementerian keanggotaannya akan dilantik daripada kalangan anggota Lembaga MAS.

Jika keadaan sedemikian, adalah lebih baik dinyatakan secara khusus di Fasal 19 tersebut bahawa Lembaga Pentadbiran MAS akan bertindak sebagai Majlis Penasihat kepada Perbadanan.

Dengan ini Fasal 20 RUU PPKB 2010 tidak diperlukan lagi kerana Lembaga MAS sendiri telah mempunyai keanggotannya sendiri yg terdiri daripada ketua kampung yang mewakili tujuh (7) kampung dalam Kampung Baru dan juga Pengerusi.

Dengan kata lain, Pengerusi Lembaga MAS bertindak sebagai Pengerusi Majlis Penasihat dan seterusnya. Ini akan lebih menjamin hak pemilik tanah Kampung Baru kerana Lembaga MAS yang mentadbir Kampung Baru boleh menjadi pengimbang (check & balance) kuasa Perbadanan yang luas itu.

Keanggotaan Perbadanan

Fasal 5(1) Keanggotaan Perbadanan telah dikurangkan dan ditambah. Penambahan dibuat dengan memasukkan Timbalan Pengerusi yang mana dalam RUU PPKB 2010 yang asal jawatan ini tidak ada.

Di dalam Huraian kepada pindaan RUU ini, Kementerian merasionalkan penambahan jawatan Timbalan Pengerusi itu yang dikatakan akan dilantik daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru tetapi peliknya di dalam Fasal 5(2) hanya menyebut bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Kenapa dalam Fasal 5(2) ini tidak disebut perlantikan mestilah di kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru? Adakah ada helah di sebalik perlantikan ini?

Fasal 5(1) (f) di dalam RUU PPKB 2010 yang asal memperuntukkan tidak lebih daripada dua (2) orang pemilik tanah Kampung Baru tetapi telah dipotong dan digantikan dengan Fasal 5(1)(g) iaitu tidak lebih daripada lima (5) orang wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) .

Kenapa pertukaran ini dibuat? Apa faedahnya dan kebaikannya melantik lima (5) orang wakil daripada Badan Bukan Kerajaan?

Adakah ini juga disebabkan lobi-melobi daripada Badan-badan Bukan Kerajaan yang diketahui mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu atau yang gilakan jawatan di dalam Perbadanan? Apakah signifikannya perlantikan mereka ini?

Mekanisma Pembangunan

Mengikut RUU PPKB 2010 yang asal ada disebutkan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 di Fasal 15(2)(h) tetapi dalam pindaan yang dicadangkan, peruntukan itu telah dipotong.

Perlu diambil ingatan bahawa dengan pemotongan Fasal 15(2)(h) tersebut ia tidak memberikan apa-apa makna kerana Akta Pengambilan Tanah 1960 masih boleh digunakan. Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah Akta Parlimen yang umum dan ia boleh digunakan pada bila-bila masa walaupun tiada sebarang peruntukan mengenainya dimasukkan di dalam sesuatu undang-undang kerana Akta Pengambilan Tanah 1960 ini memberikan kuasa pengambilan tanah yang luas samada diperuntukkan secara spesifik ataupun tidak.

Jika benar Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak mahu dan tidak akan digunakan kenapa tidak dimasukkan terus peruntukan yang spesifik bahawa Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak akan digunakan dalam pembangunan Kampung Baru?

Jika begitu keadaannya, bagaimanakah pula bentuk rancangan pembangunan yang hendak dijalankan? Apakah ia akan melibatkan pemindahan penduduk sepanjang tempoh pembangunan tersebut?

Jika perlu dipindahkan, ke mana dan adakah sebarang pampasan atau gantirugi yang akan diberikan?

Persoalan-persoalan ini masih kabur kepada sebilangan besar penduduk Kampung Baru dan perkara ini perlu diberikan penjelasan yang cukup oleh pihak Kementerian.

Apa yang paling penting sekali ialah RUU yang asal yang telah dibentangkan pada 14 Disember lepas masih belum ditarik balik di Parlimen.

Segala pindaan yang dicadangkan itu tidak bermakna dan tidak akan menjadi sebahagian daripada undang-undang selagi mana RUU yang asal masih berada di Parlimen.

Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali adalah Ahli Parlimen Titiwangsa


Tolak Kerajaan Yang Membebankan Rakyat dan Menguntungkan Kroni!
Dr. Dzulkefly Ahmad
Penulisan ini akan memfokas tentang dua perkhidmatan utiliti – Air dan Elektrik. Kedua-dua utiliti ini memaparkan betapa kerajaan Umno/BN memperkayakan kroni dan membebankan serta memangsakan rakyat.

Sebelum ini saya telah menulis tentang macamana kerajaan BN di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir melaksanakan penswastaan air dan berakhir hari ini dengan satu ‘Penstrukturan Semula’. Mengapa berlaku sedemikian?

Penstrukturan semula air adalah kata lain bagi kegagalan penswastaan air yang dilakukan dulu atas andaian pihak swasta mampu meningkatkan perkhidmatan dan mengurangkan kos kepada kerajaan. Ia juga adalah bertujuan untuk melakukan “Penyelamatan Kroni” atau “Bailout”.

Ini bererti setelah penswastaan, pengurusan serta perkhidmatan air tidak dapat dilakukan secara mapan dan secara integrated atau ‘holistik’. Contoh terbaik (baca terburuk) jelas dilihat dalam kes Selangor.

JBAS, yang asal untung, setelah diswastakan pada tahun 1997, menjadi rugi kerana segmen yang untung yakni “rawatan air” diswastakan kepada 3 syarikat iaitu (i) Puncak Niaga Sdn Bhd (ii) Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn BHd (SPLASH) dan (iii) Konsortium Abass Sdn BHd (ABASS).

Kegiatan “membekalkan air” yang merugikan kerana sebab “air tak berfaedah” (NRW) kekal ditanggung oleh JBAS. JBAS yang dulu untungnya antara RM50-RM80 juta setiap tahun menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri, setelah dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Selangor Berhad (PUAS) terus menanggung defisit (rugi) sekitar RM350 juta.

Pendekkan cerita, PUAS, milik kerajaan negeri itu meneruskan perkhidmatan air yang tempang dengan beban hutang sehinggalah diswastakan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada tahun 2005.

Hutang terkumpul SYABAS ketika itu telah melonjak ke paras RM2 bilion.

Pemegang saham SYABAS ialah Puncak Niaga Holdings Berhad (PNSB) sebanyak 70%, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebanyak 15% dan bakinya 15% di pegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS). Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Kewangan memegang satu ‘saham emas’ dalam SYABAS.

Kesemua penswastaan mengandaikan bahawa perkhidmatan akan menjadi lebih efisien dan baik serta tanggungan kos kerajaan akan berkurangan kerana diambil alih oleh pihak swasta.

Bagi menggalakkan pihak swasta mengambil bahagian dalam penswastaan yang mempunyai kos capital yang tinggi dan masa pelaburan yang panjan, pihak kerajaan telah menawarkan tariff tinggi yang menarik berserta ‘subsidi’ dan ‘pampasan’.

Jelasnya inilah punca ia tidak dapat ditunaikan serta jelasnya membawa beban kepada rakyat ketika mahu dilaksanakan. Kisahnya sama samada dalam kes air dan elektrik. Contoh di Selangor tariff air dijanjikan kenaikan sebanyak 37% (2009), 25% (2012) dan 20% (2015). Perjanjian Penjualan Tenaga (PPA) kepada pihak Penjana Tenaga Bebas (PPA) lebih parah lagi sebab semuanya rahsia dan terkawal dan dilindungi oleh akta rimba Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kembali ke air di Selangor, program penstrukturan semula kononnya adalah untuk menjadikan industri air lebih ‘holistik’ dan ‘integrated’ kerana terlalu banyak ‘pemain’. Sehingga kini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) gagal melaksanakan usaha ini.

Pertikaian pembelian semula semua asset-aset air kerajaan negeri dan pihak swasta oleh sebuah badan yang ditubuhkan oleh WSIA yakni Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) untuk memasukki regim baru pajakan 3 tahun sekali sekaligus menamatkan regim konsesi berterusan tanpa ada muktamadnya.

Sebaliknya terkini di Selangor, kerajaan Pusat akan melakukan satu lagi ‘bailout’ bagi menyelamatkan hutang yang ditanggung olih pihak-pihak konsesi kepada pemegang bon berjumlah RM6.4bilion seluruhnya. Atas apa jua sebabnya, kerajaan selalunya bersedia membantu pihak swasta (baca kroni). Tetapi tidak semudah itu ketika untuk mengurangkan beban rakyat. Mengapa begitu?

Bagi pengetahuan umum, begitu halnya dalam kes Tenaga Nasional Berhad (TNB). TNB sebagai sebuah badan berkanun, samalah semacam JBAS tadi, merupakan sebuah badan yang efisien dan membuat keuntungan yang menasabah buat kerajaan sehinggalah berlaku penswastaan di mana TNB dicekik oleh pihak IPP.

Sejarah menunjukkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab menyusun kesemua ini. Mengikut sejarahnya TNB hanya perlu akur kepada arahan EPU. Amat malang, mengikut sejarahnya, bahawa sementara TNB mampu menjana tenaga pada kos 8 sen seunit (setiap kWhr), mereka dipaksa membeli daripada IPP pada harga 14 setiap kWhr atau 75% lebih tinggi. Sebenarnya dengan kaedah ”take or pay” harga dibayar kepada IPP ialah 23 sen (termasuk kos transmisi dan pengedarn). TNB sebenarnya mampu membekal dengan 17 sen se unit tanpa IPP. Simpanan atau kapasiti resap/lebihan pula berada pada lebih 50%, antara tertinggi di dunia. Jelas kerajaan BN menguntungkan kroni dan membebankan rakyat! TK kerajan BN!

Untuk ingatan umum, paksaan inilah yang menyebabkan Tan Sri Ani Arope, Pengerusi yang memimpin TNB dengan cemerlang, meletakkan jawatan seraya menyelarkan EPU sebagai – Economic PLundering Unit atau Unit Penyamun Ekonomi!

Mutakhir, Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada polisi rasionalisasi serta pengurangan subsidi. Bersekali dengan itu,gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mendakwa seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Katanya bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Sementara itu pula, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Saya ingin tegaskan bahawa seperti juga yang diramalkan oleh pakar-pakar ekonomi serta penganalis, akibat dari kenaikan ini, kita menjangkakan bahawa harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ini jelas kerana sebab industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

Mungkin betul bahawa sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, akan tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

Tambahan dengan pemotongan tambahan subsidi atas bahan bakar, petrol dan disel maka ia akan mencetuskan lagi tekanan inflasi yang lebih parah. Rakyat akan terbeban seumpama dah jatuh ditimpa tangga. Terkini, dilaporkan bahawa Indeks Harga Barang (CPI) telah mencecah 4.7%.

Lebih parah lagi adalah kepada golongan berpendapatan rendah. Satunya kerana dulu tidak perlu membayar kalau kurang dari RM20, tetapi selepas Dis 2011, mereka akan terbeban juga. Keduanya golongan ini akan menanggung kenaikan kos ini pada peratus yang lebih tinggi dari pendapatan mereka berbeza dengan golongan berpendapatan tinggi. Kenaikan harga kos makanan dan saran adalah sama ke atas semua orang – yang kaya dan miskin.

Hakikatnya yang miskin akan menanggong pada kadar peratus yang lebih tinggi nisbah pendapatan mereka. Tambahan pula pendapatan mereka tidak pula boleh dinaikkan seperti yang makan gaji atau berniaga. Amat hairan mengapa sebuah kerajaan yang mendakwa yang mengutamakan rakyat, terus-menerus memangsakan rakyat.

Tidak kah dapat mereka fikirkan sumber lain bagi menambah pendapatan Negara dari membebankan rakyat samada dengan menaikan cukai atau mengurangkan subsidi? Menuduh rakyat ‘ketagihan candu’ subsidi adalah sebutan yang menghina rakyat.

Mana-mana kerajaan di dunia ini pun boleh sahaja menggunakan Kaedah Fiskal untuk mencapai ‘pengimbangan’ dengan sistem cukai dan subsidi mereka bagi menentukan pendapatan dan perbelanjaan. Biasa sahaja. Pengherotan ekonomi atau ‘distortion’ berlaku bukan hanya kerana subsidi bahkan termasuk mengepung pasaran dengan monopoli atau ketika kerajaan sendiri berniaga contohnya dengan memberi ‘advantage’ kepada syarikat-kaitan kerajaan (GLCs) dalam persaingan.

Pada soalan sumber pendapatan lain, tentunya ada. Pertamanya, tutup lubang-lubang kebocoran dan ketirisan di segi sistem penghantaran atau ‘delivery’. Skandal PKFZ mencecah RM12.5bilion. Kedua, elakkan pembaziran terutama dalam mengendali projek mega dengan kos ‘overrun’ yang mencecah RM billion . Bakun satu contoh. Ketiga, tarik balik subsidi kepada golongan yang tidak layak, yang untung jutaan dan billion seumpama Penjana Tenaga Bebas atau IPP, pemilik konsesionar utiliti seperti Lebuhraya dan Air.

Kalau kerajaan singkat pemikirannya, rakyat sewajarnya singkatkan riwayat usianya. Tolak kerajaan yang membebankan rakyat dan mengkayakan kroni!

Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.




Tarik subsidi rakyat, kekal subsidi kroni bukti Najib bersama rakyat

KUALA LUMPUR 15 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan berada di pihak rakyat berhubung isu melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) hanyalah retorik semata-mata.

Rata-rata ahli parlimen PR yang ditemui TV Selangor di lobi parlimen bersependapat dalam isu itu dan menganggap ianya hanya untuk mengaburi mata rakyat demi meraih sokongan yang kian terhakis.

Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Saleh berkata kerajaan perlu bertindak telus dalam membentangkan mengenai perjanjian bersama IPP dan ianya juga perlu dikaji semula.

Malah katanya adalah jelas ketika ini kerajaan membenarkan pihak IPP menggunakan dan mengeluarkan tenaga berlebihan melangkaui tahap piawaian di peringkat antarabangsa.

Akibat dari itu katanya, rakyat terpaksa menanggung kadar tarif elektrik yang tinggi sehingga menjejaskan perbelanjaan.

“Saya bagi satu contoh kita bercakap tentang akses kapasiti. Akses kapasiti sekarang ini kita punya 40 peratus sedangkan tahap antarabangsa mengatakan maksimum 20 hingga 25 peratus. Akan tetapi Malaysia membenarkan IPP mengeluarkan tenga berlebihan sebanyak 40 peratus,” katanya kepada TV Selangor.

Tambah beliau,tindakan kerajaan yang dilihat berdolak- dalik berhubung gesaan supaya perjanjian di antara kerajaan dan syarikat IPP didedahkan,jelas menunjukkan pemerintah hanya mengutamakan kroni semata-mata.

“Saya menegaskan segala tindakan kerajaan itu menunjukkan ianya satu usaha menjaga kroni semata-mata,” katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sememangnya apa dinyatakan Najib itu tidak boleh diterima dan tinggal kata-kata sahaja kerana setakat ini apa dituturkan gagal diterjemahkan menjadi satu realiti.

Katanya, pemimpin PR dan rakyat khasnya mahu melihat sekiranya benar kerajaan berpihak kepada rakyat, maka kerajaan sewajarnya mendedahkan segala perjanjian PPA dengan pihak IPP itu.

Awal bulan ini, Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus mulai 1 Jun, sekali gus memberi kesan kepada kadar inflasi yang semakin meningkat.

Harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Posted by PASPB
Tarik subsidi rakyat, kekal subsidi kroni bukti Najib bersama rakyat KUALA LUMPUR 15 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan berada di pihak rakyat berhubung isu melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) hanyalah retorik semata-mata. Rata-rata ahli parlimen PR yang ditemui TV Selangor di lobi parlimen bersependapat dalam isu itu dan menganggap ianya hanya untuk mengaburi mata rakyat demi meraih sokongan yang kian terhakis. Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Saleh berkata kerajaan perlu bertindak telus dalam membentangkan mengenai perjanjian bersama IPP dan ianya juga perlu dikaji semula. Malah katanya adalah jelas ketika ini kerajaan membenarkan pihak IPP menggunakan dan mengeluarkan tenaga berlebihan melangkaui tahap piawaian di peringkat antarabangsa. Akibat dari itu katanya, rakyat terpaksa menanggung kadar tarif elektrik yang tinggi sehingga menjejaskan perbelanjaan. “Saya bagi satu contoh kita bercakap tentang akses kapasiti. Akses kapasiti sekarang ini kita punya 40 peratus sedangkan tahap antarabangsa mengatakan maksimum 20 hingga 25 peratus. Akan tetapi Malaysia membenarkan IPP mengeluarkan tenga berlebihan sebanyak 40 peratus,” katanya kepada TV Selangor. Tambah beliau,tindakan kerajaan yang dilihat berdolak- dalik berhubung gesaan supaya perjanjian di antara kerajaan dan syarikat IPP didedahkan,jelas menunjukkan pemerintah hanya mengutamakan kroni semata-mata. “Saya menegaskan segala tindakan kerajaan itu menunjukkan ianya satu usaha menjaga kroni semata-mata,” katanya. Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sememangnya apa dinyatakan Najib itu tidak boleh diterima dan tinggal kata-kata sahaja kerana setakat ini apa dituturkan gagal diterjemahkan menjadi satu realiti. Katanya, pemimpin PR dan rakyat khasnya mahu melihat sekiranya benar kerajaan berpihak kepada rakyat, maka kerajaan sewajarnya mendedahkan segala perjanjian PPA dengan pihak IPP itu. Awal bulan ini, Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus mulai 1 Jun, sekali gus memberi kesan kepada kadar inflasi yang semakin meningkat. Harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini. Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan. Posted by PASPB







Tiada ulasan: