Sabtu, 18 Jun 2011

BILA TERLALU LAMA BUAT SILAP SERTA PENIPUAN...MAKA JIKA BAIK SEKALI PUN...MAKA ORANG DAH TAK PERCAYA LAGI...

Kalau SPR terima cadangan, Himpunan Bersih tidak diadakan
Harakahdaily

Kenyataan media PAS Miri

MIRI, 17 Jun: Tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah untuk mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

Kita mendesak agar SPR dapat menjalankan amanah yang diberi kepada mereka dengan adil dan bebas dari sebarang pengaruh politik. Sekiranya SPR dapat melaksanakan tugas seperti yang tersebut diatas dengan baik tidak timbul orang ramai meragui sebarang tindakan SPR selama ini. Sekiranya SPR dan kerajaan tidak mahu himpunan bersih diadakan SPR dan mereka yang berwajib seharusnya bersedia untuk bertemu,berunding dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang professional.

Pihak SPR sepatutnya bersedia untuk berubah demi kebaikan untuk semua. Sebarang pemintaan dari rakyat seharusnya diambil perhatian yang serius dari pihak SPR agar perkara yang tidak sepatutnya berlaku dapat dielakkan. Jadi kita mohon agar mereka yang telah diberi amanah menjaga SPR seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara yang tersebut tadi. Jangan pandang ringan masalah rakyat yang mahu keadilan dan kebebasan untuk bersuara.

Mungkin hari ini kamu diberi kuasa untuk menjaga amanah rakyat dan suatu hari nanti bila kamu sudah tidak berkuasa kamu yang akan menanggung akibat dari perbuatan kamu yang tidak jujur dan tidak amanah. Bagi mereka yang beragama sudah pasti mereka tahu akibat perbuatan mereka didunia akan di soal di akhirat nanti.

Kepada pengurusi SPR kita minta kamu supaya berlaku adil dan amanah dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kamu, mari kita perbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu agar kamu akan dihormati oleh rakyat dan janganlah kamu tunduk kepada arahan yang bercanggah dengan tugas kamu. Kalau kamu sukar untuk melaksanakan tugas kamu dengan adil dan bebas lebih baik kamu letak jawatan secara terhormat, Insya-Allah rakyat akan memandang mulia dan menghormati keputusan kamu.

Sekali lagi kita minta SPR agar menunaikan hasrat dan pemintaan orang ramai agar dapat mengubah apa yang patut demi kebaikan semua. Marilah kita menuju ke arah Negara berkebajikan dan adil untuk semua.

PAS Miri
Jofri Jaraiee


Bersih 2.0: Khalid jangan buta undang-undang
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun lalu bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.

Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzami berkataan kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman.

“Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, tindakan menangkap berbentuk pencegahan (pre-emptive) untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia.

“Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah?” soalnya.

Jelasnya, tindakan penangkapan seperti itu tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa (abuse) yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.

Beliau berkata, phaknya juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam (guardian of public interest).

Menurutnya, pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Sehingga perkara sebegitu berlaku, jelasnya tindakan menghalang adalah satu salah guna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau lagi, Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk menghalang hak rakyat dari berhimpun.

Justeru, Juham menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa:

"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."

Katanya, perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan double standard akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh itu, ujarnya Juham menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat.

Tegasnya, Juham juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah.

“Kami akan memberikan legal representation kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya.

“Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar,” katanya.


Tahniah Taufek, syabas Zulkefly
Harakahdaily

REMBAU, 17 Jun: Ahli-ahli dan penyokong PAS Kawasan Rembau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Taufek Abd Ghani yang telah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru.

Ketua penerangannya, Mohamad Husaini Husin berkata Taufek yang juga Adun Paroi, merupakan seorang tokoh yang berdedikasi dan mempunyai jentera dari pelbagai lapisan dan bidang yang begitu professional dan agresif dalam menawan Dun Paroi dalam PRU 12 yang lalu.

“Dengan perlantikan ini, kami yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Negeri Sembilan kerana pengalaman kemenangan dan seluruh jentera di Paroi boleh digunakan oleh Taufek untuk menawan Dewan Undangan Negeri yang lain dan seterusnya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 kelak,” ujarnya dalam kenyataan di sini.

Katanya, Mohamad Taufek seorang pemimpin yang sangat merendah diri dan ramah sehingga beliau sangat disenangi oleh semua pemimpin lain, ahli, penyokong Pakatan Rakyat dan semua pengundi dari pelbagai bangsa dan agama selain disokong kuat oleh pemimpin Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan dan Dun Paroi.

“Saya menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan PAS Negeri Sembilan khasnya untuk memberi sokongan, bantuan dan memudahkan urusan Haji Taufek untuk menjalankan tugasnya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan seterusnya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 kelak, insya Allah,” ujarnya.

Belau juga mengambil kesempatan untuk menyeru semua jentera Pakatan Rakyat dan PAS untuk terus bersedia menghadapi PRU 13 yang sangat hampir kini.

“Kami juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkefly Mohd Omar atas perlantikan beliau sebagai AJK PAS Pusat.

“Sekalung terima kasih juga diucapkan atas segala sumbangan beliau yang tidak boleh dinafikan untuk PAS Negeri Sembilan. Semoga beliau berupaya mengharumkan nama PAS Negeri Sembilan di PAS Pusat pula,” katanya.


Anak muda Melaka bantah harga air naik

Ahmad Danial

MELAKAN, 17 Jun: Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) hari ini meneruskan kempen membantah kenaikan harga air negeri Melaka dengan mengadakan demonstrasi aman di perkarangan Masjid Al-Azim selepas solat Jumaat.

Sebelum ini GERAM telah membuat siri jelajah di setiap kawasan di negeri Melaka dengan mendapatkan tanda tangan rakyat Melaka selain siri-siri penerangan berbentuk ceramah dan risalah sebagai kaedah untuk memberitahu rakyat tantang kenaikan harga air yang membebankan itu.

Ketua Penggerak GERAM, Yuhaizad Abdullah dalam ucapannya pada demonstrasi tersebut berkata kerajaan negeri sengaja tidak mengeluarkan notis kepada rakyat bagi memaklumkan kenaikan air tersebut pada April lepas.

"Beberapa exco kerajaan negeri sebelum itu telah memberitahu untuk mengadakan perbincangan sedangkan tarif air telah dinaikkan, sepatutnya perbincangan itu dilakukan sebelum tarif air dinaikkan bagi mendapat maklum balas rakyat, bukan selepas harga air dinaikkan.

"Tindakan kerajaan seolah-olah sengaja untuk mengelirukan rakyat supaya mereka tidak membantah kenaikan ini yang jelas membebankan rakyat," kata Yuhaizad yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Shamsul Iskandar pula menegaskan tujuan bantahan ini adalah untuk menyedarkan rakyat supaya bangkit membuat perubahan di atas tindakan kerajaan BN yang menekan rakyat.

"Apa guna status negeri maju andai rakyat masih lagi terbeban dengan pelbagai kenaikan. Rakyat Melaka perlu berani berubah, jangan anggap kerajaan Barisan Nasional akan kekal selamanya.

"Kita berjanji akan menurunkan harga air dan mengkaji balik segala perkara yang membebankan rakyat andai Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Melaka nanti," ujar Shamsul.

Demosntrasi tersebut selesai dengan lancar dan aman setelah pihak polis membenarkan demonstrasi tersebut berlangsung sehingga tamat.

Turut hadir menyertai demonstrasi tersebut ialah pimpinan Pakatan Rakyat perlbagai peringkat.


UM-NO: Katakan tidak pada Utusan dan Umno
Harakahdaily

KOTA BHARU, 17 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan Kempen Boikot Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, sebentar tadi.

Majlis pelancaran kempen itu bermula sebaik sahaja beliau mengakhiri kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, di sini pada jam 10.15 pagi.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memangkah perkataan Utusan Malaysia pada kain rentang sebagai simbolik pelancaran memboikot akhbar milik Umno itu.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) dalam ucapan ringkas mengambil perkataan ‘Umno’ sebagai ungkapan kepada pemboikotan akhbar berkenaan.

Katanya, ‘UM’ adalah ringkasan kepada Utusan Malaysia dan ‘NO’ sebagai tidak, justeru 'katakan tidak pada Utusan’ dan ‘tidak pada Umno’.

Beliau yang juga Adun Mengkebang memberikan tiga sebab tindakan memboikot itu dilakukan kerana Utusan sudah menjadi akhbar yang memecahbelahkan perpaduan rakyat, menyebar unsur-unsur lucah dan fitnah.

Menurutnya, kemuncak kepada tindakan akhbar berkenaan sejak mutakhir ini boleh menimbulkan hura-hara di dalam negara ini.

Namun, tegasnya pemboikotan diambil sebagai menyatakan bantahan terhadap akhbar itu yang menyiarkan karikatur mengenai kes rogol yang jelas menghina hukum Allah SWT.

"Kalau dulu, akhbar Denmark yang menghina Islam, tapi hari ini akhbar utama dalam negara kita yang menghina agama Allah yang maha suci," ujarnya.

Justeru, beliau menyeru para pendukung PAS, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat supaya tidak membeli akhbar tersebut.

"Kalau beli bermakna kita suburkan fitnah, lucah dan kita menghina Islam," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya.

Tegasnya, penghinaan terhadap agama Allah yang dilakukan oleh Utusan tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan lebih banyak lagi penghinaan seperti itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Bantahan besar jika Utusan enggan mohon maaf
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberikan tempoh seminggu kepada pihak akhbar Utusan Malaysia untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung siaran karikatur yang menghina Islam.

Tempoh seminggu ini bermula daripada tarikh karikatur 'kekeliruan kes rogol' tersebut disiarkan iaitu pada Rabu lalu.

Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada pihak Utusan Malaysia di ibu pejabatnya, Jalan Chow Sow Lin, dekat sini pagi ini.

Ketua DPPP, Nasrudin Hassan berkata, sekiranya perkara tersebut gagal dilakukan, DPPP tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan secara besar-besaran bagi memastikan desakan itu berjaya.

"Desakan kita ini sebagai satu mesej bahawa tindakan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan pelukis kartun tersebut adalah satu kesilapan besar yang melibatkan hukum hakam Islam," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan memorandum pagi tadi (gambar).

Ianya diterima wakil ketua pengarang, Sufian Abu Bakar yang merupakan ketua meja jenayah.

Pelukis kartun yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan 'tok penghulu' yang berimejkan seorang alim.

Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.

Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.

Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut.

"Perbandingan dua gambar ini menafsirkan mesej yang salah dan bertujuan dangkal.

"Mesej yang cuba digambarkan khususnya melalui gambar pertama adalah tidak tepat sekaligus telah mengelirukan kefahaman rakyat berhubung prosedur perbicaraan kes rogol atau zina dalam perundangan Islam," katanya.

Tambahnya, karikatur itu secara tidak langsung menggambarkan wujudnya kelemahan dalam tatacara pengendalian pebicaraan kes rogol atau zina seperti mana yang digariskan dalam Islan iaitu perlu kepada empat orang saksi.

"Malah ia telah mempersenda hukum Islam secara halus dengan mewajahkan prosedur itu sebagai tidak relevan dengan situasi semasa hari ini," katanya yang diiringi setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan exco, Sani Hamzan serta kira-kira sepuluh pemuda yang lain.

Justeru, katanya ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Sementara itu, menurut Nasrudin memorandum tersebut diterima baik oleh pihak Utusan Malaysia dan Sufian berjanji akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan.

"Saya telah menjelaskan kenapa memorandum ini dihantar dan beliau (Sufian) berhasrat membawa perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut," katanya.

Mereka tiba di pejabat Utusan Malaysia kira-kira jam 9.35 pagi dan masuk menyerahkan memorandum sebelum keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Lebih kurang 30 anggota polis dilihat mengawal keselamatan di hadapan bangunan pejabat sebelum ketibaan mereka lagi.


Siapa peduli RON 97 turun 10 sen
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tidak melihat tindakan kerajaan menurunkan harga petrol RON 97 mulai tengah malam tadi sebagai satu langkah yang terdesak tetapi tidak mampu menurunkan harga barang di pasaran yang kian naik hari ini.

Ketua penerangannya, Herman Samsudeen berkata penurunan itu juga tidak akan menghentikan mogok yang dilakukan oleh nelayan dan pemandu teksi hari ini. Menurutnya, majoriti rakyat dan kumpulan industri menuntut kerajaan agar tidak memansuhkan subsidi bagi diesel, RON 95 dan gas asli kerana itulah bahan api yang banyak digunakan.

Katanya, malang sekali yang turun hanya RON 97, itu pun hanya turun sebanyak 10 sen berbanding kenaikannya pada 5 Mei lepas sebanyak 20 sen.

“Kini harga RON 97 bernilai RM2.80, tapi siapa peduli kerana rakyat tahu kerajaan akan menaikkannya semula selepas ini dengan harga yang tinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Malah, katanya peniaga yang telah menaikkan harga barangan mereka sebelum ini tetap tidak akan turunkan harga.

Baginya, alasan penurunan itu yang kononnya dibuat atas sensitiviti kerajaan terhadap harga minyak dunia yang turun juga begitu naif.

In, ujarnya kerana jika benar itu alasan yang mereka mahu gunakan, maka harga minyak petrol RON 95, diesel dan gas asli juga hendaklah diturunkan juga, barulah ia mengikut trend semasa.

Beliau menambah, walau apa pun alasannya, jelas penurunan itu bermotifkan politik dan mahu meraih sokongan rakyat yang kini begitu marah sehingga melakukan mogok atau demonstrasi di sana sini.

Katanya lag, Barisan Nasional kini mulai sedar bahawa mereka memerlukan sokongan penuh rakyat sebagai persiapan pilihan raya.

Justeru, katanya mereka mahu kemarahan rakyat harus diredakan segera, mogok, demonstrasi dan komen-komen pasal kenaikan harga harus segera dihentikan.

“Buatlah apa sahaja, selagi pemimpin BN tidak menghentikan pembaziran dan salah guna kuasa, mementingkan kroni IPP mereka, masih mahu melindungi kepentingan mereka dan meneruskan hasrat mengurangkan subsidi untuk rakyat dan melaksanakan GST, maka rakyat pasti akan membuat perhitungan untuk mereka dalam PRU 13 nanti.

“Tumbangkan BN, rakyat akan lebih sejahtera,” ujarnya.


PAS kemuka usul bincang web k'jaan kena godam
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS hari ini mengemukakan satu usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar ditangguhkan bagi membincangkan isu berhubung beberapa laman web di negara ini yang digodam oleh pihak tertentu.

Usul itu dicadangkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2).

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan terhadap beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan bergelar anonymous yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my", katanya.

Sehingga hari ini sudah hampir 51 laman web rasmi kerajaan telah digodam dengan serangan pihak yang tidak bertanggujawab di luar negara.

Laman web itu di dakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service).

Semalam, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS melahirkan kebimbangan dengan perkembangan terbaru itu yang memperlihatkan sistem keselamatan siber negara mudah ditembusi.

Kebimbangan lebih besar jika penggodam tersebut turut menyerang sistem keselamatan dan perbankan negara ini.

"Perkara ini adalah suatu yang amat serius dalam negara berdepan dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kemudahan tanpa sempadan ini bagi tujuan yang amat memalukan negara dan menggugat keselamatan negara kita.

"Oleh yang demikian, saya meminta Sidang Dewan Rakyat agar dapat melihat keseriusan serangan terhadap laman web rasmi kerajaan ini dan meletakkan tindakan serangan ini sebagai satu tindakan yang akan menggugat keselamatan negara dalam konteks pertahanan negara jika ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan drastik pihak kerajaan," ujarnya.


Ulama desak Majlis Fatwa bertindak terhadap Utusan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Ulama PAS Pusat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan segera bertindak serta mendakwa akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menghina Islam melalui karikatur bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan 15 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, penolong setiausahanya, Ustaz Nazmi Nik Din berkata Dewan Ulama melihat tindakan Utusan itu seolah-olah cuba menafikan undang-undang Islam yang ditetapkan oleh Allah SWT.

"Seolah-olah Utusan ingin menggambarkan kepada rakyat umum bahawa arahan Allah supaya mendatangkan syarat 4 orang saksi sepertimana yang terkandung di dalam nas Al-Quran yang jelas sebagai satu perkara yang menzalimi manusia dan merupakan undang-undang yang bodoh," katanya.

Sambil mengutuk tindakan melampau itu, Dewan Ulama PAS juga ujarnya menyeru supaya pihak Utusan terutamanya pelukis dan penerbit karikatur tersebut segera bertaubat kepada Allah terhadap dosa besar yang dilakukannya.

Utusan juga ujarnya perlu meminta maaf bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam bahkan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam kerana jenayah memberikan imej buruk tentang Islam terhadap mereka.

"Tidak cukup dengan memberi gambaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dimainkan akhbar itu sebelum ini, kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri.

"Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-Umno iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan Islam terhadap impian perjuangan PAS," jelasnya lagi.






Tiada ulasan: