| Hazayani Zakaria | |||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 15 Jun: Setiap wakil NGO yang dicadangkan untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) akan disiasat di beberapa peringkat termasuk daripada polis cawangan khas (SB). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, siasatan ini bagi memastikan mereka bebas daripada mana-mana 'kumpulan pengganas' seperti Jemaah Islam (JI). "Pencalonan yang diterima sudah tentu daripada persatuan atau NGO tertentu dan seseorang itu mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. "Cuma dari segi kesesuaian, kerajaan akan membuat siasatan termasuk special branch check takut mereka dari JI dan sebagainya.Ini juga perlu. Apabila dapat senarai nama siasatan akan dibuat atas kesesuaian seseorang itu," katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menambah senator daripada setiap negeri. Ini katanya, bagi memastikan proses semak imbang di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berjalan lancar. "Bagaimanakah kerajaan nak pastikan wakil NGO yang tak berparti mewakili kuasa ketiga sebagai NGO. "Jika dilihat yang dilantik sebagai senator semuanya ada kepentingan politik. Senator yang dicadangkan kerajaan jauh lebih banyak daripada senator yang dilantik kerajaan negeri yang sekarang ini dua orang setiap negeri. "Ini menjejaskan check and balance Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri," katanya. Nazri dalam jawapannya berkata, adalah mustahil perkara itu dapat dilaksanakan kerana melibatkan pindaan perlembagaan. "Kalau nak tambah lebih daripada dua senator setiap negeri, kerajaan boleh bincang cuma saya tidak fikir ini boleh dilaksanakan kerana ini memerlukan pindaan perlembagaan yang mana kerajaan tak dapat dua per tiga," katanya. Nasharudin dalam soalan asalanya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan bercadang melantik wakil-wakil NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sebagai Ahli Dewan Negara.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 15 Jun 2011
SIASAT MANUSIA PE DE HAIRAN...SIASAT ALLAH LEBIH TEPAT..MESTI TELUS...TIADA SEORANG YG AKAN LEPAS TERMASUK SB-SB ITU SENDIRI...KITA TUNGGUUUU.......
SB siasat sebelum dilantik jadi Senator
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MELAKA, 15 Jun: Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man menyifatkan perlantikan Adly Zahari (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS negeri amat tepat dan sesuai dengan kehendak semasa.
SHAH ALAM, 15 Jun: Seorang bookie berhadapan dengan 11 pertuduhan di dua mahkamah yang berasingan hari ini selepas didakwa memberikan suapan wang rasuah kepada pemain bola sepak T Team, Piala Presiden Terengganu.
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat amat bimbang dengan perkembangan isu rasuah sukan yang kini menjalar daripada bola sepak tanah air kepada sukan lain.
IPOH, 15 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersetuju dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) negeri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang meminta agar kontijen negeri yang menduduki tempat terakhir pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur baru-baru ini menyerahkan laporan secara jujur persiapan secara terperinci dengan kadar segera bagi melihat apakah punca sebenar prestasi negeri kali ini.
ISTANBUL, 15 Jun: Selepas tiga hari berada di Turki untuk melihat dari dekat perjalanan dan strategi kempen parti AK di Turki, rombongan hari ini berkemas-kemas untuk pulang.
Pertama, kempen ini mesti inklusif atau memasukkan semua orang dalam sasaran. Benar PAS parti Islam tetapi Islam hendaklah dijelmakan untuk memimpin semua pihak, Islam dan bukan Islam. Di Turki, AK disenangi semua pihak. Yang mahukan Islam menyokong AKP, yang sudah jauh dari Islam juga menyokong AKP.
Yang sudah jauh dari Islam juga menerima AKP. Ketika AKP memperjuangkan hak untuk wanita Islam memakai tudung, parti itu juga memberikan peluang kepada wanita yang tidak bertudung untuk menjadi calon mereka. Mungkin PAS tidak perlu melakukan hal ini di Malaysia namun keterbukaan mereka memberikan makna besar kepada rakyat Turki.
Pendekatan kempen AKP juga bercorak 'lihat dan percaya'. Melalui pendekatan ini, bahan-bahan kempen AKP juga lebih bercorak gambar yang besar-besar. Gambar-gambar besar tanpa perkataan ini di pasang di merata-rata tempat khasnya di pejabat-pejabat AKP.
Untuk peringkat nasional juga boleh dibuat iaitu dengan membanding Malaysia dahulu dan kini selepas 50 tahun di perintah oleh Umno dan Barisan Nasional.
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.
Pada tengahari, hari Ahad 12 Jun, setelah selesai mengunjungi beberapa walimah, saya menuju ke Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi sesi 2011–2013. Ini juga merupakan mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi saya selepas hampir 20 tahun. Sekembalinya saya selepas sekian lama mungkin merupakan satu rekod untuk 'PAS Book of Records' - sekiranya wujud sebuah buku seperti itu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan